Covid-19 UPSR, PT3 2020 Dibatalkan, SPM, SVM Ditunda Ke 2021, Sekolah Bermula 1 Mac 21

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Jabatan Pendidikan Sabah menyediakan bimbingan SPM dan STPM atas talian bagi memastikan pelajar yang menjalani rawatan di PKRC tidak ketinggalan.

Akan buat yang terbaik bantu pelajar positif di PKRC, kata pengarah pendidikan Sabah




January 21, 2021 11:12 AM


new-500-bed-PKRC-at-Temporary-Detention-Centre-Sandakan-Bernama.jpg

36 pelajar SPM dan STPM di Sabah disahkan positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah untuk rawatan. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata, pihaknya akan melakukan sebaik mungkin untuk membantu pelajar Sijil Penilaian Malaysia (SPM) dan Sijil Persekolahan Tinggi Malaysia (STPM) yang kini dikuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyediakan kaedah bimbingan SPM dan STPM atas talian bagi memastikan pelajar yang menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.

“Pada dasarnya, kami menyediakan kaedah bimbingan SPM dan STPM dalam bentuk ‘online’ serta bahan bercetak untuk pelajar yang dikuarantin.








Mistirine-Radin-ms-210121.jpg
Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin.

Mistirine berkata, kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun, yang memberitahu bahawa semua PKRC di Sabah disediakan kemudahan internet juga memudahkan lagi tugas mereka.

“Kami cuba yang terbaik untuk murid-murid ini, tetapi peraturan pusat kuarantin perlu juga dipatuhi. Justeru perbincangan perlu dibuat, bak kata pepatah, masuk rumah orang perlu ketuk pintu,” katanya.

Terdahulu, Masidi dalam sidang medianya berkata, 36 pelajar SPM dan STPM disahkan positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) .
Katanya, semua kes itu dikesan menerusi ujian saringan sebelum pelajar berkenaan masuk ke asrama sekolah masing-masing.
“Bagaimanapun, kami perlu mendapat nasihat Pejabat Kesihatan Daerah serta pihak berkaitan berhubung prosedur pelaksanaannya,” katanya kepada FMT.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Tiada komputer riba, anak Orang Asli tetap ikuti PdPR
UTU_PRK_ORANG-ASLI-PDPR-re.jpeg

Nurallisyazana Abdullah (kiri) dan Nazirul Badrul mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menggunakan telefon bimbit di Kampung Redang Punggor, Chenderong Balai, semalam. -UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

  • 21 Januari 2021, 11:57 am



PASIR SALAK: Walaupun tidak mempunyai komputer riba, dua murid Orang Asli di Kampung Redang Punggor, Chenderong Balai di sini tetap mengikuti pembelajaran melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Mereka ialah murid tahun empat, Nurallisyazana Abdullah dan murid tahun lima, Nazirul Badrul yang tetap teruja mengikuti hari pertama kaedah PdPR.

Disebabkan capaian internet yang tidak stabil, mereka lebih selesa mengikuti PdPDR di luar rumah iaitu di sebuah pondok di depan rumah mereka.

Menurut Nurallisyazana, dia lebih suka mengikuti PdPR di rumah kerana boleh menumpukan sepenuh perhatian tanpa gangguan sesiapa.

“Cuma kadang kala capaian internet di sini tidak begitu stabil menyebabkan pembelajaran sedikit terganggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rakannya, Nazirul pula berkata, dia tidak memiliki komputer riba namun tetap mengikuti PdPR menggunakan telefon bimbit kerana tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.

“Tanpa komputer riba agak susah juga untuk saya mengikuti PdPR secara dalam talian. Kalau ada pusat internet di kampung ini, mungkin lebih senang untuk kami murid di kampung ini mengikuti PdPR,” katanya.

Sementara itu, seramai 40,801 pelajar memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah-sekolah di negeri ini semalam.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Mohd. Suhaimi Mohamed Ali berkata, seramai 361,245 pelajar lagi mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR.

“Sebanyak 1,102 sekolah beroperasi di negeri ini melibatkan 852 buah sekolah rendah dan 250 buah sekolah menengah,” katanya. -UTUSAN


 

hero_99

Junior Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
82
Reaction score
39
Points
26
Apa susah sangat nak buat broadcast pembelajaran sekolah kat tv. Buat saluran khas untuk budak2 sekolah ni. Segala GoShop, Wowshop boleh pulak macam2.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

4m ·

CADANGAN MENUKAR SALURAN TV MILIK KERAJAAN KEPADA TV PENDIDIKAN SEPENUHNYA

Saya dihubungi oleh seorang Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan yang memaklumkan bahawa pihak Kementerian memantau setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan dalam posting saya sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan.

Antara cadangan menarik yang dikemukakan oleh masyarakat awam melalui komen-komen dan maklum-balas yang diterima termasuklah solusi Jangka Pendek iaitu MENUKAR BEBERAPA SALURAN TV MILIK KERAJAAN KEPADA TV PENDIDIKAN SEPENUHNYA. Ini dapat memastikan akses atau jurang pendidikan tidak melebar di kalangan rakyat tatkala negara masih dilanda Pandemik Covid-19 ketika ini.

Berikut adalah cadangan-cadangan yang dapat dirumuskan daripada maklum-balas yang dikemukakan oleh orang ramai:
1. Saluran percuma yang lebih meluas kepada rakyat boleh direalisasikan segera melalui hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi.
2. Kandungan saluran-saluran ini disusun mengikut jadual waktu subjek di sekolah berpandukan sukatan setiap setiap darjah dan tingkatan.
3.Pengajaran dilakukan secara interaktif dan menggunakan kaedah pembelajaran dengan pelbagai visual dan pedagogi yang menarik.
4. Saluran-saluran ini boleh berjalan sehingga jam 12 tengah malam dan kandungan subjek diulang siar bagi membolehkan ulang-kaji dilakukan dan ibubapa turut terlibat membantu anak-anak yang kurang faham setelah pulang dari kerja.
5. Guru-guru hanya perlu memantau dan menilai tahap kefahaman dengan penyediaan siri-siri latihan tambahan, kuiz dan kerja-kerja rumah yang disediakan oleh pihak Sekolah.
6. Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan pihak stesyen TV swasta untuk menyelaraskan program serupa bagi mereka yang mempunyai akses kepada saluran TV berbayar seperti ASTRO.

Ini hanyalah sebahagian daripada solusi jangka pendek yang boleh dibuat waktu darurat ketika ini terutamanya dalam suasana pandemik yang belum berakhir.

Moga dapat perhatian serius pihak Kementerian Pendidikan supaya tiada siapa yang tercicir daripada mendapat peluang pendidikan musim pandemik seperti ini.
PemudaJurubicaraRakyat#

1611220147386.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Ebit Lew

14m ·

Pohon doakan yer. Baru beli biji 100 Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan- ebitlew

1611221030202.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Ahmad Zahid berkata, ramai mengeluh kekangan yang dihadapi mereka terutama gajet tidak mencukupi untuk ibu bapa yang mempunyai anak ramai.

PdPR: Presiden UMNO terima banyak rungutan ibu bapa

21 Januari 2021


1611221687112.png

Ahmad Zahid Hamidi


SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa menerima banyak rungutan daripada ibu bapa pada hari pertama semalam (Rabu) ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menurutnya, ramai mengeluh kekangan yang dihadapi mereka terutama gajet tidak mencukupi untuk ibu bapa yang mempunyai anak ramai selain komputer riba atau telefon bimbit yang mereka ada masih menggunakan spesifikasi lama.
Beliau berkata, kelemahan lain ialah masalah jaringan internet terutama bagi keluarga yang menetap di kawasan pedalaman.

"Ramai mengadu di Facebook saya tentang kekangan dihadapi ibu bapa bagi membantu anak-anak mengikuti PdPR secara maya," katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi Telegram pada Khamis.
Ahmad Zahid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, rungutan masih ada walaupun pengumuman pelepasan cukai khas sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet serta pemberian percuma data 1 Gigabit.

"Mungkin kerana pengumuman itu masih belum dapat membantu sepenuhnya mereka dalam berhadapan kekangan tersebut.

"Apa yang pasti, para ibu bapa ini dalam dilema. Dibelenggu kerisauan. Tiada ibu bapa mahu lihat anak mereka ketinggalan dalam pendidikan," katanya.

Katanya lagi, permasalahan itu pernah ditimbulkan rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, tetapi tiada penyelesaian secara total sebelum PKP 2.0 dilaksanakan.
"Beberapa hari lalu saya sendiri ada bangkitkan semula kebimbangan ini, namun tiada sambutan daripada pihak berwajib.

"Dalam posting itu saya sertakan cadangan kaedah tambahan untuk memudahkan anak-anak kita mendapat akses pendidikan," katanya.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,220
Reaction score
1,872
Points
206
Teo Nie Ching berkata, komputer riba penting untuk pembelajaran di rumah susulan penutupan sekolah.

Bila pelajar akan dapat 150,000 komputer riba dijanjikan dalam bajet, tanya Ahli Parlimen DAP

January 19, 2021 9:26 AM

View attachment 332084
Teo Nie Ching berkata, pembelajaran di rumah tidak dapat dielakkan apabila hanya tinggal satu zon hijau Covid-19 di Semenanjung Malaysia.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP menggesa kerajaan menjelaskan rancangannya untuk pembelajaran di rumah susulan penutupan sekolah, termasuk bila ia akan memberikan 150,000 komputer riba yang dijanjikan dalam belanjawan persekutuan.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, dengan berbaki hanya satu zon hijau Covid-19 di Semenanjung Malaysia, pembelajaran di rumah tidak dapat dielakkan.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan kekal di rumah serta mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai 20 Jan ini.

Bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata, Putrajaya sebelum ini mengumumkan syarikat berkaitan kerajaan akan menyumbang RM150 juta untuk menyediakan komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah.



View attachment 332085Teo Nie Ching.

Katanya, tinjauan Kementerian Pendidikan membabitkan 670,000 ibu bapa pada tahun lalu mendapati 36.9% daripada kira-kira 900,000 pelajar tidak mempunyai sebarang peranti untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

“Untuk memastikan pembelajaran di rumah dapat dijalankan dengan berkesan, Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan kepada ibu bapa, khasnya mereka daripada B40 bila 150,000 komputer riba ini akan siap dan diagihkan kepada pelajar.”

Teo berkata, pelajar perlu diberikan salinan cetak buku teks, selain buku teks digital kerana ramai yang tidak mempunyai akses kepada peranti digital.
“Walaupun mereka yang mempunyai peranti digital, penggunaan berpanjangan tidak dinasihatkan untuk kanak-kanak.

“Ibu bapa dan pelajar perlu diberikan pilihan mengambil buku teks dari sekolah untuk pembelajaran dalam talian.”

Katanya, Kementerian Pendidikan perlu sedar tiada pendekatan menyeluruh yang sesuai untuk semua dan perlu mengambil kira tahap pendapatan berbeza serta jurang digital di seluruh negara.

Ya den stuju dgn teo ning. Jadi sila two ning botakkan kepala utk kutip duit bli laptop Kasi free kek rakyat mcm Syed Sadiq buat.

Den blh sponsor pisau cukur ekekeke 😀
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
pastu kerajaan guna ordinan darurat utk paksa stesen tv berbayar tu siarkan tv pendidikan dlm sejam dua sehari ke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register