Covid-19 UPSR, PT3 2020 Dibatalkan, SPM, SVM Ditunda Ke 2021, Sekolah Bermula 1 Mac 21

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,179
Reaction score
12,226
Points
2,376
Betul tuan.
Setakat homework online untuk sekolah guna apps basic je.
Laptop usia 7,8 tahun masih boleh support.
Harap ada orang KPM baca luahan Cgrian ni
Dekat FB tu pun ada share jugak kan
Mana lah tau ada HR² syarikat korporat baca
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Mungkinkah sekolah dibuka secara penggiliran? Ini yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali dalam kalangan pendidik sebagai Cikgu MFS.
#sekolah
#pendidikan
#gpsbestari

Suara hati Cikgu MFS mendapat 16K tanda suka, 1.8K komen dan 4.6K perkongsian, ramai ibu bapa sebak
20 Januari 2021 | SARINA
image.png



Mungkinkah sekolah dibuka secara penggiliran? Ini yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh atau lebih dikenali dalam kalangan pendidik sebagai Cikgu MFS.

Perkongsian di facebook milik beliau telah mendapat 16K tanda suka, 1.8K komen dan telah dikongsi 4.6K setakat ini.

Rata-rata pendidik mahupun ibu bapa memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian dan cadangan menarik beliau ini. Bukan sahaja guru, ibu bapa juga mengharapkan yang sama, demi masa depan dan pembelajaran anak-anak.

Salah seorangnya, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berpendapat, ‘Saya sangat setuju. Nak kejar Nak kejar silibus apalah sangat kalau murid tahun satu tahun lepas ramai yang tak dapat membaca, menulis dan menyelesaikan matematik mudah campur tolak.’

Begitu juga dengan Asma Fuad, ‘Sangat setuju. Kesian murid-murid yang ketinggalan 3M, membaca, mengira dan menulis.
Sementara seorang lagi ibu, Zaina Shamsudin pula menzahirkan kebimbangannya melalui komen yang tertulis, ‘Saya setuju cikgu. Saya sangat risaukan anak saya yang berusia enam tahun. Tahun lepas sekejap, tahun ni masih lagi dibuai mimpi. ALLAH di rumah, saya jadi cikgu, mama singa boleh la. Saya faham setiap ibu bapa ada kerisauan, tapi pendidikan secara bersemuka sangat penting. Ilmu yang disampaikan berbeza dengan online. Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak. Semoga dipermudahkan segala urusan dengan izin ALLAH.

Ini perkongsian Cikgu MFS.
1. Saya sangat setuju jika sekolah dibuka dengan SOP ketat dan membuat penggiliran.
2. Satu hari, cukup satu aliran sahaja. Contohnya hari Isnin hanya murid Tahun 1, hari Selasa murid Tahun 2 dan seterusnya.
3. Jika hanya ada satu aliran, maka boleh perbanyakkan kelas. Satu kelas 10-15 murid sahaja. Jarak dapat dijaga, makanan pula dihantar ke kelas.
4. Tak perlu wajibkan kehadiran ini kerana mungkin ada yang memilih untuk terus belajar di rumah. Yang memilih belajar di rumah, modul secara online, offline dan off-site diberi. Jadi, mereka pun tidak tertinggal.
5. Pada saya, pembelajaran secara bersemuka ini penting untuk menjaga emosi dan kesihatan mental anak-anak kita. Mereka terkurung di rumah, terperap dengan gajet sahaja tanpa dapat bermain, berinteraksi, berhubung dan meluahkan perasaan pada kawan-kawan dan juga guru.
6. Sesi bersemuka ini BUKAN untuk guru mengajar secara serius bagi menghabiskan silibus dan memberi latih tubi KBAT yang banyak dan padat. BUKAN itu tujuannya.
7. Sesi bersemuka ini untuk kita ‘release stress’ anak-anak kita, untuk jaga tangki emosi mereka, untuk mengelakkan mereka depress, kemurungan dan ada gangguan kesihatan mental.
8. Usah tumpu untuk kejar akademik buat masa ni, kita tumpu untuk baiki kerosakan emosi anak-anak kita akibat PKP, akibat berkurung, akibat kurangnya pergaulan sesama rakan sebaya dan guru-guru mereka.
9. Sesi bersemuka ini tak perlu lama. Cukup tiga jam sehari. Mula jam 8 pagi, tamat jam 11 pagi.
10. Masa tiga jam ini diperuntukkan sepenuhnya untuk mendengar luahan murid-murid, laksanakan aktiviti menarik seperti senam robik, bercerita, menyanyi, sketsa dan apa jua permainan yang menyeronokkan tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Bermaksud permainan yang patuh SOP sepenuhnya.
11. Jika pun ada pembelajaran semasa tempoh bersemuka, tak perlu secara formal dengan buka buku, buat latihan bagai. Cukup selingan melalui cerita, soal jawab secara santai dan melalui permainan.
12. Ingat, kita fokus kelas secara terbuka untuk baiki emosi mereka, untuk jaga kesihatan mental mereka. Bukan untuk kejar silibus yang tinggi melangit, bukan juga untuk mereka diberi latihan banyak-banyak.
13. Soal silibus dan akademik, kita ajar melalui PdPR. Kita bagi rakaman video, kita buat kelas online, kita bekalkan modul dan lembaran kerja untuk mereka buat di rumah. Ikut cara mana yang sesuai dengan murid-murid kita di sekolah.
14. Sesi bersemuka ini sangat penting untuk kita tekankan ‘Fun, Happy and Enjoy’. Kita fokus bagi mereka gembira dan dapat keluar bergaul dengan kawan-kawan sahaja. So, jangan fokus pada pembelajaran akademik.
15. Dalam kerisauan kita dengan silibus dan pelajaran yang anak-anak tertinggal, kita terlupa nak jaga tangki emosi mereka agar stabil dan sihat.
16. Kita asyik tumpu dan cari cara agar pembelajaran dapat disampaikan bila PKP bermula sampai terlupa anak-anak itu punya perasaan dan emosi yang perlu dijaga.
17. Jangan kerana kita terlalu tumpu untuk melihat anak-anak berjaya dan dapat pendidikan terbaik semasa PKP hingga menjejaskan emosi dan kesihatan mental anak-anak kita.
18. Kita semua setuju pendidikan itu penting dan perlu berterusan. Kita semua juga sepatutnya setuju emosi anak-anak sangat penting untuk masa depan mereka.
19. Jadi buat ibu bapa semua, tolong jaga emosi anak-anak kita di rumah dengan baik. Kadang kita tak sedar sebenarnya anak kita stress, murung, depress, tertekan dengan PKP yang dilaksanakan ini.
20. Sentiasa mendengar pandangan mereka, bagi tumpuan dan ajar mereka bercerita serta meluahkan. PKP ini ujian besar untuk kita semua. Dan dalam ujian sebenarnya banyak rahmat yang terkandung jika kita perhati dan peduli.
**********

Artikel ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sebagai seorang bapa yang ada dua anak di sekolah rendah, dan seorang di tadika. Ia juga mewakili pandangan peribadi saya sebagai seorang guru sekolah rendah yang berpengalaman selama 16 tahun di lapangan. Ia tidak mewakili sekolah, daerah, negeri, jabatan yang saya bertugas.

Kalian bebas untuk bersetuju atau tidak dengan pandangan ini. Jika tidak bersetuju, atau jika ada nak tambah point lain, tulis pandangan kalian dengan berhemah di ruangan komen.
Jika ada yang sependapat dengan saya, jom kita sama-sama kongsi agar pandangan dan suara kita meluas dan didengari oleh pihak yang terbabit. Sepaling tidak, mereka tahu apa pandangan kita dan apa yang kita rasa perlu dilaksanakan.

Apa pun, kita semua terikat dengan MKN dan peraturan sewaktu PKP ini. Jika mereka rasa ianya sesuai dan boleh dilaksanakan, kita sangat berbesar hati.Namun jika tidak dibenarkan dengan alasan keselamatan atau apa jua alasan munasabah yang lain, kita terima dengan hati yang terbuka. Sepaling kurang kita telah berusaha untuk menyatakan pendirian dan pandangan kita.

Sekian, terima kasih.
P/s : Gambar pada tahun 2017. Masa ni mengajar Tahun 1. Seronok sungguh bila dikenang kembali.
#MFS
- Guru sekolah rendah yang cintakan profesion pendidikan –

Ini kata mereka
image.jpg
'
image.jpg
image.jpg



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
#BHnasional Masalah liputan internet menyebabkan mereka bimbang anak yang akan mengambil peperiksaan ketinggalan
https://bit.ly/3nUDl7e

Pelajar luar bandar sukar belajar secara dalam talian



Januari 20, 2021 @ 2:08pm


syamilbuku_1611122868.jpg

Mohd Syamil Mohd Jamil menelaah pelajaran di rumah mereka Taman Bayu Permai, Baling. - Foto Safuri Kamarudin

BALING: Hari pertama pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menyaksikan ibu bapa di kawasan luar bandar mula mengeluh kerana berhadapan masalah capaian internet.

Masalah liputan internet menyebabkan mereka bimbang anak masing-masing terutama yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini akan ketinggalan dan gagal mengikuti sepenuhnya PdPR yang dilaksana secara dalam talian.

Suri rumah, Norhasyimah Hamzah, 42, berkata masalah capaian internet menyebabkan anaknya tidak dapat mengikuti kelas dalam talian secara sempurna pagi ini.

Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menyebabkan mereka tidak boleh keluar dan terpaksa belajar menggunakan buku rujukan serta latihan sedia ada.


"Anak saya terpaksa merujuk buku latihan lama untuk belajar kerana tidak dapat mengikuti kelas yang dibuat guru melalui dalam talian.
"Mereka yang belajar secara dalam talian pula bergantung kepada kelajuan internet dan kawasan liputan yang kadang-kadang boleh, kadang-kadang tidak boleh seperti pagi ini," katanya yang menetap di Taman Bayu Permai, dekat sini, hari ini.

Anak Norhasyimah, Mohd Syafiq Mohd Jamil akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Syamil akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Mohd Syazlan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.
Beliau berkata, masalah capaian internet di luar bandar juga menyebabkan anaknya tidak selesa belajar secara PdPR.
"Saya terpaksa membantu menggunakan kaedah lain termasuk mencari bahan rujukan dan menggalakkan anak ke perpustakaan ketika cuti persekolahan sebelum ini.

"Walaupun berhadapan masalah internet, sebagai ibu bapa kami mesti membantu dan memastikan anak dapat belajar dan meneruskan pelajaran di rumah sepanjang tempoh PKP," katanya.

Sementara itu, Mohd Syamil berkata, dia masih meneruskan pembelajaran di rumah termasuk mencari bahan rujukan melalui rakan lain yang menghadapi masalah sama.
"Saya bertukar bahan rujukan bersama kawan sekolah melalui aplikasi WhatsApp supaya pelajaran tidak tertinggal.
"Walau apa kekangan, kami mesti belajar supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran selain terpaksa berkongsi telefon pintar bersama adik beradik lain," katanya.


 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,920
Reaction score
221
Points
33
Pelbagai reaksi hari pertama persekolahan

Pelajar Tingkatan Dua SMK Seri Gombak, Muhammad Amar Uzair Muzhafar, 14 mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) subjek Bahasa Melayu di kediaman beliau di Batu Caves. FOTO ASYRAF HAMZAH


Kuala Lumpur: Hari pertama sesi persekolahan baharu dibuka hari ini mencetuskan pelbagai reaksi ibu bapa berhubung kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) membabitkan murid Tahun Satu hingga pelajar Tingkatan Lima bagi sesi 2021.

Ini berikutan murid dan pelajar terbabit dikehendaki mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama guru secara dalam talian.

Ibu dua anak, Tengku Noor Aisyah Tengku Zainuddin, 32 dari Kulai, Johor mengakui sudah melakukan persediaan awal sebaik mendapat makluman daripada Kementerian Pelajaraan berhubung pelaksanaan PdPR.

Menurutnya, sebagai suri rumah sepenuh masa, ia memberi kelebihan dan memudahkannya memantau anak sulungnya, Nur Zafirah Abdul Aziz, 7, yang memasuki tahun satu, hari ini.

"Ikutkan teruja kerana anak akan memasuki tahun satu persekolahan, tetapi kecewa apabila diberitahu sekolah tidak dibuka, sebaliknya menerusi PdPR berikutan pandemik Covid-19.

"Perasaan bimbang itu ada kerana dia (Nur Zafirah) hanya dapat memasuki prasekolah selama dua bulan tahun lalu, dan hari ini terus memasuki tahun satu dengan sekolah kebangsaan pada sesi pagi, manakala sekolah agama pada sebelah petang.

"Namun, semuanya berjalan lancar apabila terdapat kumpulan WhatsApp yang memudahkan ibu bapa berinteraksi dengan guru," katanya.

Katanya, dia akan cuba menyesuaikan diri membantu anaknya menjalani PdPR dan berharap pandemik reda supaya sesi persekolahan dapat dijalankan seperti biasa.

"Jujurnya, saya lebih gemar jika pembelajaran dijalankan di sekolah berbanding di rumah kerana anak akan lebih fokus tetapi buat masa ini, saya mengikut apa yang diputuskan kerajaan demi kebaikan semua," katanya.

Ibu lain, Salwa Ab Rasip, 33, berkata dia tiada masalah dengan pelaksanaan PdPR kerana ada pengalaman sama pada tahun lalu.

"Cuma, anak sulung saya (Muhammad Khairil Amirin Nariman) baru memasuki tingkatan satu tahun ini, jadi medium digunakan guru tidak sama iaitu aplikasi Telegram.

"Sebelum ini, kita gunakan WhatsApp, jadi itu saja perubahannya kerana selebihnya masih sama cuma tahun lalu, saya akan ke sekolah sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi mengambil bahan PdP.

"Tahun ini lebih mudah kerana saya sudah membelikan telefon bimbit buat anak sulung sebagai persediaan supaya dia tidak ketinggalan," katanya yang turut berharap sekolah dibuka semula kelak untuk membolehkan PdP secara bersemuka berjalan seperti biasa.

Manakala, Nurul Marlinda Mohd Nasir, 32, pula nekad menghantar anaknya, Raisha Khayla Mohd Hafiz, 5, ke sebuah tadika swasta, hari ini.

Nurul Marlinda yang menetap di Prima Saujana, Kajang berkata, perasaan takut tetap ada, tetapi diketepikannya kerana mahu anaknya mendapat pembelajaran sempurna di bawah bimbingan guru.

"Saya tidak mahir dalam mengajar kanak-kanak dan cepat emosi apabila apa diajar tidak difahami tetapi yakin guru lebih pandai membantu anaknya dalam sesi PdP.

"Berdasarkan pengalaman, saya sedar pembelajaran secara dalam talian tidak sesuai dengan anak saya kerana dia nampak lebih seronok belajar secara bersemuka bersama guru dan rakan tetapi hanya sempat merasainya selama dua bulan saja pada tahun lalu.

"Selepas mengambil kira semua aspek terutama keselamatan dengan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi, saya nekad menghantar anak ke tadika, tahun ini dengan harapan dia dapat menimba ilmu dalam suasana pembelajaran normal walaupun masih dalam fasa norma baharu," katanya.


== hmetro
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Chee Heng memaklumkan, beliau menggunakan wang daripada Tabung Amal Uncle Kentang untuk memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Uncle Kentang beli tablet buat pelajar kurang mampu

20 Januari 2021


1611136378193.png

Uncle Kentang


PUCHONG - Aktivis Masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang sumbang RM6,000 untuk pembelian tablet (tab) kepada pelajar memerlukan.
Chee Heng menerusi perkongsian di Facebook pada Rabu memaklumkan, beliau selaku Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 menggunakan wang daripada Tabung Amal Uncle Kentang untuk memudahkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Tablet tersebut akan diberikan kepada pelajar yang tiada telefon bimbit atau komputer riba untuk belajar secara home-based learning.

"Ini memudahkan pelajar yang ibu bapanya tidak mampu menyediakan kemudahan untuk belajar. Sedih saya," katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan PdPR bermula pada Rabu bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
1611138488413.png


YIK benarkan calon peperiksaan SMU hadir kelas fizikal
N Faizal Ghazali
Diterbitkan 20 Jan 2021, 5:38 pm

Dikemaskini 6:24 pm



Yayasan Islam Kelantan (YIK) turut membenarkan pelajar tingkatan empat tahun 2020 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.
Sesi pembelajaran secara fizikal itu turut melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam di semua sekolah YIK seluruh negeri seperti yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

YIK dalam satu notis pemberitahuan oleh pengarahnya Engku Rajhan Engku Ismail, pada 17 Januari lalu berkata, pembelajaran secara bersemuka itu bermula pada hari ini dan sehingga selesai peperiksaan termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
"Bagi murid sekolah rendah dan tingkatan satu hingga empat pula akan mengikuti pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid," katanya dalam notis berkenaan.

Sebagai rekod peperiksaan SMU hanya melibatkan murid sekolah-sekolah agama di bawah kerajaan negeri.
Sementara itu Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknoligi Maklumat Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya menggunakan garis panduan dikeluarkan KPM dalam memastikan pengoperasian sekolah-sekolah di bawah YIK.

Katanya, cuma pelajar tingkatan empat 2020 (berbeza dengan sekolah di bawah KPM) turut dibenarkan hadir ke kelas secara fizikal.
"Sebab pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah YIK ada peperiksaan awam iaitu Sijil Menengah Ugama (SMU).

"Selain itu sekolah-sekolah YIK beroperasi sebagaimana sekolah-sekolah kementerian yang lain," jelasnya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu Menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin pada 15 Jan lalu mengumumkan sesi persekolahan secara fizikal hanya membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan utama.

Ia melibatkan peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan peperiksaan setaraf yang lain.

Keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta merujuk kepada trend kes Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
'Saya terpaksa mengumpulkan telefon milik saya, suami, anak dan kakitangan di sini untuk digunakan oleh murid dan pelajar bagi mengikuti PdPR' - Pengurus Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa

60 penghuni terpaksa kongsi telefon untuk PdPR

20 Januari 2021


1611138610361.png

Penghuni Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At Taqwa terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon bimbit bagi mengikuti sesi PdPR.


SHAH ALAM - Penghuni Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa, Puchong di sini terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon bimbit bagi mengikuti hari pertama sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengurusnya, Norhayati Wan Abib ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu turut mengakui berdepan cabaran besar dalam memastikan semua 60 penghuni mereka yang masih bersekolah dapat mengikuti sesi PdPR itu.

Norhayati berkata, pihaknya juga telah membuat persiapan awal dan turut menerima jadual daripada guru setiap penghuni mereka yang kebanyakannya merupakan anak yatim.
"Kami terpaksa mengumpulkan telefon saya, suami, anak dan kakitangan di sini untuk digunakan oleh murid dan pelajar bagi mengikuti PdPR.

"Pada masa ini, hanya ada 10 telefon yang digunakan untuk mengikuti PdPR ini dan mereka perlu berkongsi kemudahan itu buat sementara waktu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Dalam pada itu, seorang bapa, Noor Najamuddin Mohd Nor, 41, berkata, setiap pihak perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan norma baharu antaranya melibatkan sesi persekolahan anak-anak yang berubah pada masa ini.

Najamuddin berkata, ibu-bapa juga perlu bekerjasama dengan guru bagi mengenal pasti kaedah terbaik dalam menjayakan sesi PdPR tersebut.

"Ini norma baru bersekolah, apa pun kita sebagai ibu bapa perlu bekerjasama dengan guru supaya anak tidak tertinggal silibus pembelajaran," katanya.

PdPR bermula Rabu bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara dalam memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih menghadapi penularan Covid-19 yang belum tamat
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,270
Reaction score
12,118
Points
1,906
Mufarwa Farid

26m ·


1) Saya sangat sukakan idea TV dijadikan tempat untok belajar.

2) Ideanya adalah, setiap hari persekolahan, stesen TV akan menayangkan seorang cikgu mengajar subjek-subjek tertentu, seolah-olah seperti berada dalam kelas.

3) Cikgu tersebut akan mengajar subjeknya ikut silibus KPM. Semua murid atau pelajar sekolah akan duduk depan TV, dengar cikgu tu mengajar ikut subjek yang diajar.

4) Hari ni, saya lihat ramai orang cadangkan idea pembelajaran melalui TV ini. Ia merupakan satu cadangan yang bermanfaat untok golongan keluarga yang tidak mampu mempunyai gajet.

5) Daripada kita tayang cerita ulang-ulang, atau tayang orang dok memekik-mekik jual barang, atau cerita yang tak membina minda, Adalah baiknya semua stesen TV buat macam ni.

6) Masalah utama sekarang adalah, kapasiti.

7) Kita tak cukup stesen TV. Murid dan pelajar sekolah ada 10 darjah dan tingkatan.
Sekolah rendah ada 6,
Sekolah menengah ada 4.
Tolak dengan budak Form 5 dan Pra-U.

8) Oleh itu, Kerajaan ada 2 option.

9) Option pertama, tambahkan bilangan stesen TV percuma. Yang ini, akan makan kos yang sangat banyak, tapi kalau boleh buat, ia satu alternatif yang sangat bagus.

10) Option kedua, gunakan semua stesen TV yang sedia ada. Yang ini, perlukan pengorbanan untok gugurkan rancangan-rancangan yang sudah dirancang pihak stesen TV

11) Katakan lah, kerajaan nak guna option 2, iaitu gunakan stesen TV sedia ada.
Stesen TV percuma milik kerajaan ada 5 iaitu TV1, TV2, OKEY, RTM Sports dan Berita RTM.
Stesen TV percuma separa milik kerajaan ada 3 iaitu BERNAMA, Al-Hijrah dan TV Sarawak.

12) Ada 8 stesen TV yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat tanpa Astro. Jadi ini sedikit bermasalah, sebab pelajar-pelajar ada 10 darjah dan tingkatan kan?

13) Maka, apakata dibuat begini:

14) Hanya 5 stesen TV saja digunakan iaitu TV2, OKEY, RTM Sports, Berita RTM dan TV Sarawak.

15) Setiap stesen itu, dibuat 2 sesi iaitu sesi pagi, sesi petang. Contohnya, untok TV2: pagi Darjah 1, petang Darjah 2. TV OKEY: pagi Form 3, petang Form 4.

16) Setiap subjek tu hanya 30 minit sahaja.

Sesi pagi boleh mula jam 8.00 hingga 1.00 tengahari. Situ saja boleh muat 12 subjek. Nak masuk subjek SJK pun mampu.

Sesi petang boleh mula jam 1.00 tengahari hingga 6.00 petang. Sama juga, boleh buat 12 subjek.

17) Stesen TV pun boleh masukkan iklan atau letakkan produk-produk syarikat yang menaja setiap kelas. Untung juga kat stesen TV dalam masa yang sama, dapat bagi manfaat kepada orang.

18) Idea sebegini dapat memaksimumkan capaian pembelajaran kepada murid dan pelajar sekolah seluruh Malaysia.

19) Pembelajaran oleh Guru-guru sekolah tetap ada. Pembelajaran Di Rumah (PdPR) tetap berjalan. Cuma, Pembelajaran melalui TV ini hanya satu langkah kerajaan untok memastikan semua orang dapat belajar.

20) Pembelajaran dalam talian Internet akan pinggirkan orang-orang susah yang tidak ada gajet dan capaian Internet yang bagus.

21) Sebagai kerajaan, hal-hal pendidikan tidak boleh seorang pun dipinggirkan. Mengajar melalui TV ini menunjukkan kerajaan tidak mahu ada murid dan pelajar yang tercicir.

22) Kerajaan sudah perlu kreatif dalam hal ini pendidikan ini memandangkan, kes Covid-19 takkan surut-surut sampai entah bila. Dijangka dalam 2-3 bulan lagi sekolah takkan dibuka selagi trend kes harian baru tidak mendatar.

23) Hari ini kita boleh tengok banyak gelagat ibu bapa mengambil gambar anak-anaknya bersekolah secara online.

24) Tapi berapa ramai pula yang tak mampu nak bersekolah sebegitu?

25) Maka, kerajaan perlu ambil serius hal-hal pendidikan ini, kerana tidak ada seorang pun terpaksa tercicir.

26) Pembelajaran melalui TV ini merupakan salah satu langkah terbaik agar semua orang mendapat pendidikan selengkapnya tanpa apa-apa diskriminasi.
.
.
.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,208
Reaction score
2,608
Points
206
negara maju seperti Jepun pun struggle untuk sediakan kemudahan ICT untuk pelajarnya ketika pandemik Covid-19 ni.
oleh itu kita cubalah apa yang kita mampu dan mainkan peranan masing-masing.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register