Covid-19 UPSR, PT3 2020 Dibatalkan, SPM, SVM Ditunda Ke 2021, PdPR Bermula 20 Jan 21

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Mufarwa Farid

21m ·

43,000 orang yang mesej Ustaz Ebit Lew untok dapatkan bantuan tablet.

Empat puluh tiga ribu.

Ini yang mesej beliau. Tak campur lagi yang lain-lain. Ada yang segan mesej. Ada yang tak mampu mesej. Ada yang tak tahu pasal bantuan ni.

Katakanlah, setiap pelajar ni dapat bantuan tab berharga RM350. Ni antara tablet paling murah dengan spesifikasi yang okay-okay aku jumpa kat Shopee.

43,000 x RM350 = RM15,050,000.00

Lima belas juta lima puluh ribu ringgit.

Inilah yang diperlukan untok biayai kesemua tablet 43,000 orang penerima tadi. Belum lagi kes yang tak tahu dan malu-malu nak meminta.

Kerajaan kita, sama ada memilih untok belanja berjuta-juta bagi memberikan tablet-tablet ini secara percuma,

Atau kita sama kita saja yang kumpul-kumpul duit, beli, dan sumbangkan tablet tu kepada 43000 orang itu,

Atau tetap bergantung kepada Ustaz Ebit Lew.

Kes ketiadaan bahan elektronik untok belajar ni bukanlah kes yang kecil anak. Ini kes yang amat serius. Pelajar tercicir. Anak dah tak minat belajar. Mak ayah resah hati.

Nak tak nak, kena selesaikan masalah ni secepat mungkin.

Kalau tahun lepas masa PKP 1.0, setiap hari ekonomi rugi berbilion-bilion, PKP 2.0 kali ini pendidikan anak-anak pula rugi berbilion-bilion.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
banyak2 menteri.. menteri sorang ni je la yg bertukus lumus setelkan permintaan rakyat... menteri parti mana ni?
Kementerian Pendidikan yg mana menteri pendidikannya adalah Radzi Jidin mmg fail la

rasa saya, klu undi rakyat kurang, sebahagiannya disebabkan oleh Menteri Pendidikan
dia gagal utk tengok keperluan rakyat pada pendidikan ni
rakyat tgh takde duit tapi terpaksa keluarkan duit utk cari laptop, fon yg boleh tahan mahal utk pdpr anak anak

cubalah gunapakai tv1 tv2 tv3 utk pendidikan contohnya
cari jalan utk reduce kesusahan rakyat yg mana sekarang mmg terbeban
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Kementerian Pendidikan yg mana menteri pendidikannya adalah Radzi Jidin mmg fail la

rasa saya, klu undi rakyat kurang, sebahagiannya disebabkan oleh Menteri Pendidikan
dia gagal utk tengok keperluan rakyat pada pendidikan ni
rakyat tgh takde duit tapi terpaksa keluarkan duit utk cari laptop, fon yg boleh tahan mahal utk pdpr anak anak

cubalah gunapakai tv1 tv2 tv3 utk pendidikan contohnya
cari jalan utk reduce kesusahan rakyat yg mana sekarang mmg terbeban
da setahun kene cobit.. tak ada salusi.... kempen digitilasasion tu sembang kari je ... harga laptop pc meroket... tauke kedai untung kaw2
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
“Sayu rasa hati. Semua bangsa ada dari semua negeri. Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8,000 ribu. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ya tidak dapat membantu ramai lagi.

“Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” katanya hari ini
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Che Puteh Osman

38m ·

Idea bernas dari warga Malaysia bukan pensyarah dan bukan cikgu. Panduan yang baik untuk kita tenaga pengajar.

Kami menerima latihan pelbagai bentuk untuk bersedia dengan pendigitalan. Memang awal-awal PKP1.0 banyak hiccup. Kami diberi break 1 bulan untuk bersedia. Dengan latihan dan webinar.

Itu pun banyak juga hiccup. Students pun bukan semua ada internet. Kita tackle isu pelajar secara individu dan bukannya guna saiz yang sama untuk semua.

Lepas habis semester banyak maklumbalas. Kerja banyak. Assessment banyak. Maka, masuk semester kedua pelbagai garis panduan dibuat untuk mengatasi pelbagai isu dan masalah.

Kata kuncinya empati. Pelajar kita pun ada masalah tersendiri. Kenalpasti masalah. And address the problems.

Untuk kekal relevan, kita perlu berubah.

Rezuwan Zakaria

9j ·

NOTA UNTUK KEMENTERIAN PENDIDIKAN

0. Sediakan pasukan anda betul-betul untuk pendigitalan.

1. Latih betul-betul terlebih dahulu bagi hal digital kepada warga pendidik & kumpulan sokongan. Lengkapkan warga pendidik & kumpulan sokongan dengan instrumen & kefahaman digital.

2. Usah pukul rata. Tidak semua subjek boleh 100% pendigitalan. Tidak semua usia mesra digital. Tidak semua kawasan tembus digital.

3. Perkasakan TV yang tembus siaran sampai ke atas bukit dan ceruk kampung.

4. Fahami bahawa pendigitalan tidak bermaksud ibubapa/penjaga/pengasuh perlu bersama-sama anak/pelajar selamanya. Ibubapa/penjaga/pengasuh perlu bekerja mencari nafkah.

5. CONTENT / ISI KANDUNGAN. Pendigitalan bukan content baru. Itu kaedah penyampaian.

6. Pendigitalan tidak menafikan hak mendapat pendidikan bagi semua warga. Anak miskin bandar wajib diberikan hak pendidikan. Anak kampung wajib diberikan hak pendidikan. Anak hujung kampung tiada internet juga wajib diberikan hak pendidikan. Hak mendapat pendidikan adalah asas samada digital atau tidak.

7. Pastikan pasukan anda cukup bersedia untuk gelombang perubahan landskap ekonomi dan sosial di masa hadapan.

Yang Dididik dengan Cikgu² Awesome
Rezuwan Zakaria
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
KPM rancang perluaskan TV Pendidikan



Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang untuk meningkatkan kerjasama dengan beberapa lagi stesen televisyen untuk menambah tempoh masa rancangan TV Pendidikan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, ini kerana lebih 90 peratus rumah di negara ini memiliki televisyen.

Katanya, jumlah pemilikan televisyen yang tinggi itu mampu menjadikan capaian rancangan TV Pendidikan lebih meluas.

"Kita tidak ada membuat siaran TV Pendidikan sebelum ini kerana kita sudah pun bergerak kepada ke arah siri dalam talian menggunakan laman sesawang, tetapi tahun lalu beberapa kekangan kita lihat seperti (isu) peranti dan capaian internet.

"Jadi, bagaimana pembelajaran boleh berlaku di rumah, kita sudah kembalikan TV Pendidikan berbentuk Terrestrial," katanya dalam sidang media atas talian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan beberapa pihak yang tular di media sosial supaya diadakan pembelajaran melalui siaran televisyen.

Habibah berkata, pihaknya memulakan kembali TV Pendidikan dengan Okey TV dan Astro Tutor.

"Jadual di Okey TV ialah selama dua jam sehari dari Isnin hingga Ahad bermula 9 pagi hingga 1.55 petang manakala di Astro Tutor selama empat jam di saluran 601 dan 603.

"Kemudian kita tambahkan lagi di NTV7 sebanyak tiga jam sehari, Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Keseluruhannya sembilan jam sehari. Kita sedang merancang untuk bekerjasama lagi dengan pihak lain (stesen televisyen) supaya kita boleh tambah dari segi waktu supaya mengadakan lebih siaran TV Pendidikan ini," katanya.

Ini kerana, katanya, ia adalah satu pendekatan yang mana pembelajaran itu boleh sampai meluas kepada murid dan pelajar.

"Cuma bagaimana kita boleh tambah masa itu dan program yang disediakan, itu sedang difikirkan oleh KPM," katanya.

 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
Lima beradik kongsi satu telefon pintar untuk belajar

rsz_0122rsshare_1611311379.jpg


Kluang: Akibat kekangan hidup, lima beradik terpaksa berkongsi telefon bimbit milik ibunya untuk mengakses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan pada sesi persekolahan yang bermula kelmarin.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa menunggu giliran untuk menyiapkan kerja sekolah yang dihantar melalui aplikasi WhatApps.

Shilla Borhan, 36, berkata, lima daripada lapan anak tinggal bersamanya selepas berpisah dengan suami kira-kira lima tahun lalu.

Katanya, semua anaknya yang berusia lapan hingga 12 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan manakala seorang lagi bersekolah di Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) di sini.

Menurutnya, sebaik sesi persekolahan bermula kelmarin, dia memastikan semua anaknya dapat mengikuti PdPR walaupun mereka terpaksa berkongsi satu telefon pintar.

"Jika tahun sebelumnya saya tidak menang tangan untuk menguruskan anak-anak bersiap-siap ke sekolah, kali ini ternyata berbeza kerana mereka hanya perlu menyediakan buku latihan dan mengikuti pembelajaran secara maya di rumah.

"Bagaimanapun, saya terpaksa membahagikan masa penggunaan kerana tidak mahu mereka berebut untuk menggunakan satu-satunya telefon pintar yang ada," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Shila, akibat keadaan itu, anak-anaknya sering menjadikan murid yang terakhir menghantar tugas sekolah yang diberikan kerana perlu mengikut giliran menggunakan telefon pintar.

"Bukan berniat untuk menagih simpati masyarakat, namun inilah yang anak-anak saya lalui dalam mengikuti PdPR.

"Tidak semua ibu bapa mampu menyediakan gajet kepada anak-anak mereka untuk mengikuti PdPR.

"Memang sekolah ada menyediakan salinan kerja rumah yang boleh diambil ibu bapa di sekolah, namun ia tidak sama dengan cara bersemuka khususnya kepada murid-murid tahun satu yang baharu memulakan persekolahan," katanya.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,285
Reaction score
21,164
Points
1,671
Mber ak tpaksa left group2 wasap sbb xnk bg fon berat sbb nk bg anak guna fon buat belajar

Byk group sampai hang fon. Yg anak ramai tu bertabahla. Insyaallah ada rezeki
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,723
Reaction score
1,178
Points
151
KPM rancang perluaskan TV Pendidikan



Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang untuk meningkatkan kerjasama dengan beberapa lagi stesen televisyen untuk menambah tempoh masa rancangan TV Pendidikan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, ini kerana lebih 90 peratus rumah di negara ini memiliki televisyen.

Katanya, jumlah pemilikan televisyen yang tinggi itu mampu menjadikan capaian rancangan TV Pendidikan lebih meluas.

"Kita tidak ada membuat siaran TV Pendidikan sebelum ini kerana kita sudah pun bergerak kepada ke arah siri dalam talian menggunakan laman sesawang, tetapi tahun lalu beberapa kekangan kita lihat seperti (isu) peranti dan capaian internet.

"Jadi, bagaimana pembelajaran boleh berlaku di rumah, kita sudah kembalikan TV Pendidikan berbentuk Terrestrial," katanya dalam sidang media atas talian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan beberapa pihak yang tular di media sosial supaya diadakan pembelajaran melalui siaran televisyen.

Habibah berkata, pihaknya memulakan kembali TV Pendidikan dengan Okey TV dan Astro Tutor.

"Jadual di Okey TV ialah selama dua jam sehari dari Isnin hingga Ahad bermula 9 pagi hingga 1.55 petang manakala di Astro Tutor selama empat jam di saluran 601 dan 603.

"Kemudian kita tambahkan lagi di NTV7 sebanyak tiga jam sehari, Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Keseluruhannya sembilan jam sehari. Kita sedang merancang untuk bekerjasama lagi dengan pihak lain (stesen televisyen) supaya kita boleh tambah dari segi waktu supaya mengadakan lebih siaran TV Pendidikan ini," katanya.

Ini kerana, katanya, ia adalah satu pendekatan yang mana pembelajaran itu boleh sampai meluas kepada murid dan pelajar.

"Cuma bagaimana kita boleh tambah masa itu dan program yang disediakan, itu sedang difikirkan oleh KPM," katanya.

Bkn rancang buat terus, adoi pada masa first pkp aritu dh ckp rancang nie dh brp lama pkp masih rancang, semua nie auta ja nak menyedapkn rakyat.....kamu ada kuasa, kamu ada networking.....kurangkn la birokrasi yg menyemak tu....bertindak la segera....jgn duk ulang ayat rancang rancang rancang.....
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Mohamad Jamalee

· 10j ·
Oh ini menarik.. Betul juga. Sekolah tak bukak. Asrama tentulah lagi. Ke mana ya bajet ni..?
Azwan Bin Omar

12j ·

Hari ini mengidam Nasi Kandar, maka mencari lah aku sampai ke Bukit Beruntung. Nasib baik dalam daerah yang sama dan maksima 10KM pergerakan.



Hasilnya, sudah pasti tak 100% surr macam di Pulau Pinang, tapi puas hati. Waktu-waktu PKP ini, kena biasakan diri dengan pepatah "Tiada Rotan, Akar pun berguna"

Aku ajak kawan baik aku sejak kecil. Dia cikgu sekolah rendah. Kami kongsi tarikh lahir yang sama, cuma ikut mak dia (merangkap cikgu sekolah menengah aku), dia lahir awal beberapa jam dari aku.

Maka kami pun bertolak dari Serendah ke Bukit Beruntung. Masih mematuhi SOP ketat, termasuklah pakai pelitup hidung dan mensanitasi tangan jika masuk keluar dan masuk dalam kereta.

Dalam perjalanan kami, berbual soal PdPR yang hangat sekarang. Kawan baik aku ni keras sedikit. Dia kata
"Mak Bapak yang betul-betul 'concern' pelajaran anak takkan bising bagi alasan, ada cara untuk mereka sediakan peranti dan data internet".

Aku balas balik. "Tak semua mampu, kita kena timbang rasa sedikit".

Dia pun balas "Nak timbang rasa macamana, komplen anak takda peranti nak buat PdPR, tapi dia sendiri sampai pakai dua smartphone, priority lari!"

Aku pun diam saja, sebab dia ada point!

Kemudian dia kata "Covid-19 dah tutup sekolah lama sejak 2020, takkan kita tidak boleh agak lagi berapa bilangan murid tak cukup infra?"

"Cuma kau check, berapa juta peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Bantuan Makanan Asrama (BMA) untuk tahun 2020. Mana pergi semua tu?"

Aku pun terdiam dan membalas "Jap, aku rasa aku pernah tengok perincian dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, masa Bajet selalunya ada"

Kawan pun cakap "Haa, cuba kau check, setahu aku murid tak kesekolah dan asrama, so kenapa tak 'repurpose' duit itu untuk perlaksanaan PdPR, beli lah peranti macam Tablet murah dan beri kepada murid yang betul-betul memerlukan.

Kemudian kami sampai ke destinasi. Order dam order, bungkus dan terus kembali ke Serendah.

Lepas itu, sepanjang jalan balik, kami sembang pasal betapa Surr nyer Nasi Kandar yang berasl dari Pulau Pinang. Dia pula graduan USM kat Pulau, memang seronok membanding.

Kampung Melayu? Rafei? Deen Jelutong? Deen Maju?

Tetapi, dalam kepala aku, betul-betul aku terkesan dengan komen berkenaan RMT dan BMA ini.

Nah, aku pun check lah Anggaran Tahun 2021 tempoh hari. Selalunya ada tahun lepas 2020 sekali.

Hasilnya, fuh... Main billion jugak. RMT sendiri cecah RM200 juta purata.

Aku cuba husnuzon, mungkinkah makanan ini semua dihantar ke rumah? Iyalah, sebab kontraktor penyedia makanan semua sudah lantik kan?

Entahlah. Apa kata kamu?

1611359864122.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register