Covid-19 UPSR, PT3 2020 Dibatalkan, SPM, SVM Ditunda Ke 2021, PdPR Bermula 20 Jan 21

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
#BHnasional Tempat belajar itu disiapkan bapa mereka kerana ada capaian internet
https://bit.ly/2LKTvmO


Tiga beradik daki bukit demi ikuti PdPR



Januari 21, 2021 @ 6:24pm

PAPAR: Demi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR), tiga beradik daripada Kampung Gana dekat sini, sanggup mendaki bukit setiap hari.

Joshua Emmanuel Jeffery, 12 bersama adik-adiknya, Jordon Emmanuel, 9 dan Joshean Emmanuel Jeffery, 8, mendaki bukit yang terletak di belakang rumah nenek mereka sekitar 8.30 pagi.

Mereka mengambil masa kira-kira 10 minit untuk perjalanan sejauh kira-kira 500 meter, untuk sampai ke lokasi adanya capaian internet di bukit berkenaan.
Ketika ditemui, Joshua Emmanual berkata, walaupun terpaksa mendaki bukit untuk belajar tetapi dia tetap teruja dan seronok dengan pengalaman itu.


"Adik-adik pun seronok belajar di atas bukit. Ibu dan ayah akan menemani kami setiap kali perlu belajar secara dalam talian di atas bukit.
"Saya dan adik-adik akan berada di atas bukit selama hampir tiga jam untuk mengikuti kelas dalam talian bersama guru atau membuat latihan," kata murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (C) Anglo Chinese itu.

Anak sulung dari tiga beradik itu, berkata usaha bapanya yang mewujudkan tempat belajar di atas bukit itu sedikit sebanyak mengubati rasa rindu belajar di dalam kelas dengan guru serta rakan-rakan.

Sementara itu, bapa mereka, Jeffery Joseph, 41, berkata dia mula terfikir mewujudkan lokasi pembelajaran untuk anak-anaknya itu pada Jumaat minggu lalu menjelang pembukaan sesi persekolahan 2021, semalam.

SA210121MR002_1611243456.jpg

Joshua Emmanul Jeffery, 12, (tengah) bersama adiknya, Jordon Emmanuel, 9, (dua dari kanan) dan Joshean Emmanuel Jeffery, 8, (dua dari kiri) serta sepupu mereka, Ryan Ronnie (kiri) ditemani ibu mereka, Esther Dungin ketika mengikuti sesi PdPR di kawasan bukit di Kampung Gana, Papar. - NSTP/Malai Rosmah Tuah

"Kami sebenarnya menetap di Kota Kinabalu tetapi pulang ke kampung ini sejak Disember tahun lalu kerana anak-anak lebih selesa berada di sini.
"Kampung ini memang mempunyai masalah telekomunikasi sejak dahulu. Hanya lokasi tertentu dalam kampung ini mempunyai capaian sekiranya mahu membuat panggilan telefon atau melayari internet.

"Apabila anak perlu menghadiri pembelajaran secara PdPR, saya terus memikirkan penyelesaian agar tidak perlu berjalan jauh setiap kali mereka mahu belajar.
"Saya membuat tinjauan di sekitar atas bukit yang ada kebun getah di belakang rumah dan mendapati rangkaian telefon mahupun internet boleh diperoleh di lokasi ini," katanya yang juga anak jati Kampung Gana terbabit.

Beliau Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan, Penampang berkenaan memaklumkan dia membersihkan sekitar kawasan terbabit, selain membina meja serta kerusi dari buluh untuk kegunaan anak-anaknya sewaktu belajar secara PdPR di tempat itu.

22nt07Online_learning_1611243452.jpg


Jeffery Joseph membina tempat untuk anak-anaknya mengikuti PdPR di atas bukit di Kampung Gana, Papar. - Foto ihsan Jeffery Joseph


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Perunding Kewangan, Shanty Nur Shaffizan Mohd Shafie, 40, membelanjakan hampir RM10,000 yang sebahagiannya daripada manfaat i-Sinar selain wang disimpan untuk menunaikan umrah.

Sanggup labur duit i-Sinar demi pelajaran anak

22 Januari 2021



1611286163176.png

Shanty (berdiri, kiri) memerhatikan anak-anaknya melaksanakan tugasan semasa sesi PdPR.


KUALA LUMPUR - Seorang ibu kepada enam cahaya mata sanggup membelanjakan wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli lima komputer riba bagi kegunaan anak-anak ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Perunding Kewangan, Shanty Nur Shaffizan Mohd Shafie, 40, berkata, dia tidak mahu menjadikan situasi pandemik sebagai penghalang kepada anak-anaknya untuk meneruskan pelajaran.
“Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan hampir RM10,000 dan sebahagiannya daripada manfaat i-Sinar selain daripada wang yang disimpan untuk menunaikan umrah.

"Walaupun pada peringkat awal, kami masih teragak-agak namun memikirkan kesukaran pembelajaran anak-anak menggunakan telefon bimbit akhirnya kami nekad,” katanya yang mempunyai anak antara satu hingga 15 tahun.

Menurutnya, dalam situasi ini, semua pihak sedang menghadapi kesukaran. Bukan sahaja ibu bapa, guru dan kerajaan tetapi psikologi anak-anak perlu diambil kira.
“Mereka juga tertekan apabila tidak boleh menjalani kehidupan kanak-kanak seperti biasa seperti ke sekolah. Oleh itu, dengan menyediakan kemudahan pembelajaran yang selesa di rumah, saya mengharapkan ia memberi semangat dan keseronokan mereka untuk belajar walaupun di dalam talian.

“Menguruskan lima orang anak untuk pembelajaran dalam talian yang dijalankan serentak dari pagi sehingga petang memang mencabar. Sebelum ini saya pernah menggunakan telefon bimbit tetapi ia agak rumit kerana ada anak-anak yang masih di sekolah rendah dan memerlukan lebih tumpuan untuk memahami pengajaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Selain itu, dek kekangan pihak sekolah untuk mengedarkan buku teks, beliau turut berbelanja dengan membeli buku teks di kedai buku.
“Saya menghargai jasa pihak kementerian yang memberikan buku teks dalam talian (e-book) tetapi kerana ia dimuat turun dalam peranti yang sama, agak sukar untuk anak-anak merujuk ketika guru sedang mengajar.

“Saya tidak menganggap ini satu pembaziran sebab kita sendiri tidak pasti bila sekolah akan dibuka semula untuk menerima buku teks. Anggap ini pelaburan jangka masa panjang demi pendidikan terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Katanya lagi, ujian yang melanda negara kini mengubah corak kehidupan termasuk sistem pendidikan.
“Pandemik Covid-19 telah menukar landskap kehidupan seharian kita. Pada awalnya, memang sukar untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu ini tetapi mahu tidak mahu kita kena hadapi juga.

“Begitu juga dengan sistem pendidikan, semuanya berubah 100 peratus dan kelas diadakan secara dalam talian. Hanya konsep pembelajaran sebegini sahaja boleh dilaksanakan bagi menjamin keselamatan semua pihak, khususnya pelajar.

“Dalam keadaan sekarang, kita tidak ada pilihan lain. Sebagai ibu bapa, kita kena bersedia mental dan fizikal untuk memastikan pelajaran anak-anak tidak tercicir,” katanya.
Ditanya mengenai keluhan segelintir ibu bapa mengenai proses PdPR, dia berkata, semua pihak perlu memberi ruang dan sokongan, bukan memperlekehkan usaha guru.
“Baru dua hari PdPR dilaksanakan dan semua pihak sedang belajar untuk mengadaptasi pelaksanaan baharu ini. Sepatutnya bagi sokongan kepada PdPR.

“Daripada sibuk mengkritik dan menghentam, lebih baik kita saling menyokong antara satu sama lain. Fikirkan apa yang terbaik untuk pelajaran anak-anak,” katanya.

 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,799
Reaction score
2,228
Points
201
#BHnasional Tempat belajar itu disiapkan bapa mereka kerana ada capaian internet
https://bit.ly/2LKTvmO


Tiga beradik daki bukit demi ikuti PdPR



Januari 21, 2021 @ 6:24pm

PAPAR: Demi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR), tiga beradik daripada Kampung Gana dekat sini, sanggup mendaki bukit setiap hari.

Joshua Emmanuel Jeffery, 12 bersama adik-adiknya, Jordon Emmanuel, 9 dan Joshean Emmanuel Jeffery, 8, mendaki bukit yang terletak di belakang rumah nenek mereka sekitar 8.30 pagi.

Mereka mengambil masa kira-kira 10 minit untuk perjalanan sejauh kira-kira 500 meter, untuk sampai ke lokasi adanya capaian internet di bukit berkenaan.
Ketika ditemui, Joshua Emmanual berkata, walaupun terpaksa mendaki bukit untuk belajar tetapi dia tetap teruja dan seronok dengan pengalaman itu.


"Adik-adik pun seronok belajar di atas bukit. Ibu dan ayah akan menemani kami setiap kali perlu belajar secara dalam talian di atas bukit.
"Saya dan adik-adik akan berada di atas bukit selama hampir tiga jam untuk mengikuti kelas dalam talian bersama guru atau membuat latihan," kata murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (C) Anglo Chinese itu.

Anak sulung dari tiga beradik itu, berkata usaha bapanya yang mewujudkan tempat belajar di atas bukit itu sedikit sebanyak mengubati rasa rindu belajar di dalam kelas dengan guru serta rakan-rakan.

Sementara itu, bapa mereka, Jeffery Joseph, 41, berkata dia mula terfikir mewujudkan lokasi pembelajaran untuk anak-anaknya itu pada Jumaat minggu lalu menjelang pembukaan sesi persekolahan 2021, semalam.

View attachment 332984
Joshua Emmanul Jeffery, 12, (tengah) bersama adiknya, Jordon Emmanuel, 9, (dua dari kanan) dan Joshean Emmanuel Jeffery, 8, (dua dari kiri) serta sepupu mereka, Ryan Ronnie (kiri) ditemani ibu mereka, Esther Dungin ketika mengikuti sesi PdPR di kawasan bukit di Kampung Gana, Papar. - NSTP/Malai Rosmah Tuah

"Kami sebenarnya menetap di Kota Kinabalu tetapi pulang ke kampung ini sejak Disember tahun lalu kerana anak-anak lebih selesa berada di sini.
"Kampung ini memang mempunyai masalah telekomunikasi sejak dahulu. Hanya lokasi tertentu dalam kampung ini mempunyai capaian sekiranya mahu membuat panggilan telefon atau melayari internet.

"Apabila anak perlu menghadiri pembelajaran secara PdPR, saya terus memikirkan penyelesaian agar tidak perlu berjalan jauh setiap kali mereka mahu belajar.
"Saya membuat tinjauan di sekitar atas bukit yang ada kebun getah di belakang rumah dan mendapati rangkaian telefon mahupun internet boleh diperoleh di lokasi ini," katanya yang juga anak jati Kampung Gana terbabit.

Beliau Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan, Penampang berkenaan memaklumkan dia membersihkan sekitar kawasan terbabit, selain membina meja serta kerusi dari buluh untuk kegunaan anak-anaknya sewaktu belajar secara PdPR di tempat itu.

View attachment 332985

Jeffery Joseph membina tempat untuk anak-anaknya mengikuti PdPR di atas bukit di Kampung Gana, Papar. - Foto ihsan Jeffery Joseph


masing2 nama macam orang puteh. haha.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Plaza Low Yat jadi tumpuan ibu bapa dapatkan tablet, komputer riba dan telefon bimbit untuk anak mereka.

Ibu bapa serbu pusat gajet
21 Januari 2021



1611287257827.png

Plaza Low Yat menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapat gajet bagi menghadapi PdPR.


KUALA LUMPUR - Pusat jualan gajet terkemuka di ibu kota, Plaza Low Yat menjadi tumpuan ibu bapa untuk mendapatkan barang keperluan bagi membolehkan anak-anak mereka mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tinjauan Sinar Harian mendapati, pusat beli-belah itu mula dipenuhi orang ramai sejak beberapa hari lalu.
Antara barangan yang mendapat sambutan tinggi ialah tablet, komputer riba dan telefon bimbit.

Seorang pekerja di sebuah kedai telekomunikasi yang mahu dikenali sebagai Apy berkata, peningkatan pengunjung di plaza tersebut mula ketara sejak Isnin hingga mereka tidak menang tangan untuk menguruskan pelanggan.

Menurutnya, majoriti pelanggan datang untuk meninjau atau membeli tablet di kedainya untuk anak-anak mereka.
"Ramai pelanggan membeli tablet keran lebih mudah untuk anak-anak mereka belajar, membuat tugasan dan dapat melihat dokumen dengan lebih jelas," katanya.


1611287299963.png

Orang ramai terutama ibu bapa mencari barang keperluan untuk anak mereka menghadapi PdPR di Plaza Low Yat.

Sementara itu, seorang pekerja di kedai yang berlainan hanya ingin dikenali sebagai Siti berkata, pemilihan tablet sebagai gajet ideal untuk pembelajaran dalam talian kerana harganya lebih murah berbanding komputer riba.

"Harga tablet yang kami jual antara RM200 hingga RM500, jadi ia memang mampu dimiliki oleh pelanggan kami.

"Saiznya yang lebih kecil dan mudah dibawa, menjadikan ia lebih praktikal untuk pembelajaran dalam talian dibuat di mana-mana sahaja," katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi penjual yang dikenali sebagai Faizal berkata, pembelian komputer riba turut mendapat permintaan tinggi.

"Walaupun ramai antara mereka yang membeli komputer riba pada harga yang rendah, jadi saya sentiasa menasihatkan mereka untuk membeli gajet ini mengikut spesifikasi yang sesuai.

"Pada saya, komputer riba tersebut perlulah beroperasi dengan baik, tahan lama dan mampu menjalankan perisian dengan sempurna di samping harga yang berpatutan," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Banyak keluarga tidak memiliki peranti digital untuk kegunaan anak-anak, manakala yang lain, tiada WiFi atau sambungan Internet.

Bagi keluarga miskin, pembelajaran dalam talian menyusahkan

January 22, 2021 11:45 AM

HOPE-SELANGOR-AID-COVID19-MCO-COVID19-SUBANG-B40-06.jpg

Anak-anak Umadevi Satha Udaia Perasagam belajar di rumah sewaktu PKP pertama tahun lalu.

PETALING JAYA: Pada saat murid-murid tidak dapat ke sekolah hingga selewat-lewatnya 4 Feb, kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dan mereka di kawasan luar bandar terhalang daripada mengikuti kelas dalam talian kerana tidak memiliki peranti mahupun sambungan internet.

Sementara perintah kawalan pergerakan (PKP) Mac lalu mengejutkan banyak ibu bapa yang cuba menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian, namun bagi Umadevi Satha Udaia Perasagam, “tiada yang berbeza” ketika PKP 2.0.

“Bagaimana mereka boleh belajar? Kami tiada komputer riba dan anak-anak hanya berkongsi telefon pintar saya,” kata Umadevi, yang tinggal berdekatan Bandar Sunway, Selangor.
“Guru perlu faham bukan semua keluarga mempunyai komputer riba atau telefon pintar.”


Bekas pembantu sambilan di sebuah klinik itu diberhentikan kerja oleh majikannya tahun lalu sewaktu PKP kali pertama.
Suaminya kehilangan pekerjaan di gudang pada Dis 2010 selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, dan keluarga itu kini bergantung pada pendapatan Umadevi yang menjual makanan di gerai tepi jalan.
Tahun lalu, Umadevi berbelanja hampir RM200 untuk membuat salinan foto bahan kerja rumah anak-anaknya seperti yang disyaratkan oleh sekolah.
Ketiadaan pengangkutan juga menghalangnya pergi ke sekolah untuk mendapatkan bahan pembelajaran.

Sukarelawan persatuan kebajikan Hope Selangor, Prema Thiyagu, berkata pembelajaran dalam talian “tidak berkesan”.
Prema mengagihkan bungkusan makanan kepada beratus-ratus orang setiap hari di Petaling Jaya, Subang, Shah Alam, Puchong, and Ara Damansara sejak PKP pertama Mac lalu.
Beliau melihat sendiri kesukaran yang dihadapi kumpulan B40 dalam komuniti berpendapatan rendah bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

Keadaan sebenar kehidupan di kawasan PPR

“Kami turun padang (melakukan kerja sosial) dan menyaksikan keadaan sebenar di PPR (Projek Perumahan Rakyat) dan projek perumahan kos rendah yang lain.
“Pertama, mereka perlukan sambungan internet dan peranti. Keluarga ini tidak mampu membeli komputer riba dan telefon pintar untuk semua anak mereka. Mereka selalunya, hanya berkongsi,” kata Prema.

Bagi keluarga yang memiliki peranti yang boleh digunakan oleh anak-anak mereka untuk mengakses platform pembelajaran dalam talian, sambungan internet menjadi penghalang seterusnya.

“Mereka tidak boleh guna sambungan prabayar. Mereka perlu sambungan yang stabil kerana perlu menggunakan aplikasi seperti Google Meet dan Google Classroom, jadi mereka perlukan WiFi,” kata Prema.

“Kebanyakan yang kami lihat, mereka (keluarga B40) tidak memiliki akses internet sebegini.

“Kami dengar kerajaan memberikan pakej (untuk akses internet), tetapi kami tidak tahu sejauh mana ia boleh diakses.”

Bagi yang lain, seperti pekerja kilang di Pulau Pinang yang ingin dikenali sebagai Rashid, video yang kabur dan audio yang tidak jelas menjejaskan minat anak-anaknya pada pembelajaran atas talian.

Rashid, dari Bayan Baru, berkata, guru akan berhubung dengan pelajar melalui panggilan video WhatsApp – tetapi sambungan internet tetap menjadi masalah yang berterusan.
“Walaupun guru mereka menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, namun sistem panggilan video tidak begitu bagus.
“Saya tinggal di rumah pangsa dan tidak memiliki (sambungan) jalur lebar. Kami menggunakan plan data dan taliannya tidak jelas,” katanya.



Guna telefon, bukannya komputer
Rashid, 34, yang berpendapatan sekitar RM2,500 sebulan, tidak mampu membeli komputer riba untuk anak-anak, jadi beliau membelikan mereka telefon untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.
“Paling tidak, jika kami diberi komputer dan Internet yang elok, anak-anak saya dapat belajar dengan mudah,” katanya.

Akses internet adalah masalah yang lebih besar lagi bagi penduduk luar bandar seperti Diana Dennis Oh, seorang ibu kepada dua anak dari Keningau, Sabah.
Katanya, beliau perlu membawa anak-anaknya 6km dari rumah hanya untuk mendapatkan sambungan internet yang stabil dua hari kebelakangan ini, sejak tahun persekolahan baru bermula.

Beliau juga harus mencari masa untuk mengimbangkan pelajaran mereka dengan tanggungjawabnya di tempat kerja.
Beliau berkata anak-anaknya masih dalam “fasa penyesuaian” dalam tahun persekolahan baharu, dan berharap kelonggaran dan empati daripada pihak berkuasa sekolah berkenaan kehadiran pelajar.
Katanya, mereka perlu memahami kesukaran yang dihadapi ibu bapa berkenaan pembelajaran dalam talian.

Katanya, PKP 2.0 “lebih bagus sedikit” kerana guru anak-anaknya tidak lagi meminta banyak gambar mereka membuat kerja rumah.

Beberapa guru, katanya, memberikan kelonggaran dengan membenarkan anak-anaknya menghantar kerja rumah pada waktu malam.
“Sekiranya berlaku apa-apa kepada anak-anak saya (ketika mereka mencari sambungan internet yang stabil di luar), saya hanya mempunyai satu soalan – adakah mereka (sekolah) akan bertanggungjawab (jika anak-anaknya dijangkiti)?”.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Dr Asmah Razalli berkata, perkara tersebut akan menjimatkan serta tidak membebankan ibu bapa terutama kepada mereka yang bekerja dan tidak mempunyai lebihan telefon bimbit mahupun komputer riba.

KPM disaran wujudkan jawatankuasa televisyen PdPR

22 Januari 2021



1611290196038.png

Dr Asmah Razalli


SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mewujudkan jawatankuasa saluran televisyen pendidikan bagi memastikan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lebih efisyen.

Ketua Wirawati Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Dr Asmah Razalli berkata, perkara tersebut akan menjimatkan serta tidak membebankan ibu bapa terutama kepada mereka yang bekerja dan tidak mempunyai lebihan telefon bimbit mahupun komputer riba.
Pada masa sama kata beliau, stesen televisyen nasional, swasta dan satelit boleh menyalurkan kebajikan korporat untuk mengadakan beberapa saluran khas pendidikan di televisyen.

“Kementerian Pendidikan perlu bersikap lebih empati dalam menyusun atur PdPR yang lebih mesra ibu bapa dan anak anak. Pendidikan secara integrasi yang merakam dan menyiarkan subjek dalam bentuk rakaman mampu diulang oleh pelajar dan menjimatkan masa ibu bapa terutama kepada mereka yang sibuk bekerja.

“Inilah masanya saluran satelit mahupun swasta memberi khidmat bakti kepada negara dengan membantu rangkaian Televisyen Nasional untuk menyalurkan kelas dalam talian Darjah Satu hingga Tingkatan Enam kepada semua pelajar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam kenyataan sama, Asmah berkata, melalui inisiatif tersebut data internet, keperluan membeli telefon bimbit baharu boleh dikurangkan dan ibu bapa lebih mudah menyusun jadual anak anak bagi sesi PdPR.

Tambahnya, capaian internet yang lemah khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak dapat menarik nafas lega jika sistem pembelajaran boleh dimanfaatkan secara terus dari kaca televisyen sedia ada.

“Ibu bapa terpaksa membeli telefon pintar atau komputer riba dan data internet untuk setiap anak yang bersekolah kerana amat sukar bagi mereka berkongsi peralatan itu jika kelas PdPR dilakukan secara serentak.

“Pembelajaran ini tidak begitu mesra rakyat jika ramai ibu bapa berasa terbeban untuk menyediakan data internet dan pelbagai kemudahan streaming walaupun kerajaan mengumumkan bantuan data internet.

“Pergerakan Wirawati Putra Malaysia berasa sedih dengan rungutan dan luahan ibu bapa terutama mereka yang memiliki anak ramai yang bersekolah secara serentak, golongan B40 yang kesusahan dan M40 yang bekerja keras mencari rezeki untuk menampung keperluan sekolah anak mereka,” katanya.
Terdahulu, KPM melaksanakan PdPR bermula pada Rabu bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan memandangkan negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.

Bagaimanapun, pelaksanaan pembelajaran tersebut menimbulkan pelbagai rungutan daripada ibu bapa yang tidak mampu untuk menyediakan alat komunikasi kepada anak mereka.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,871
Reaction score
218
Points
33
Ebit Lew terima 43,000 permintaan tab

WhatsApp-Image-2021-01-21-at-17.59.51.jpeg


PETALING JAYA – Penceramah popular, Ebit Lew menerima sebanyak 43,000 permintaan daripada orang ramai bagi mendapatkan tab untuk anak-anak mereka dalam tempoh separuh hari.

Katanya dalam satu kenyataan di Facebook, ramai juga dalam kalangan yang meminta tab itu terdiri daripada orang kelainan upaya, tiada pekerjaan, anak yatim piatu serta bergaji kecil.

“Sayu rasa hati. Semua bangsa ada dari semua negeri. Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8,000 ribu. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ya tidak dapat membantu ramai lagi.

“Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” katanya hari ini.


== kosmo
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
#NibongTebal Ia berikutan masalah capaian Internet kurang baik selain kerap terputus hingga memberi kesukaran kepada pelajar.
https://www.hmetro.com.my/.../buru-capaian-internet-untuk...

'Buru' capaian Internet untuk ikuti kelas dalam talian


NUR Alea (kiri) dan Hanis Syuhada Razali (kanan) masing-masing berusia 16 tahun yang menetap di Pulau Aman terpaksa keluar belajar di luar rumah. FOTO Nur Izzati Mohamad

NUR Alea (kiri) dan Hanis Syuhada Razali (kanan) masing-masing berusia 16 tahun yang menetap di Pulau Aman terpaksa keluar belajar di luar rumah. FOTO Nur Izzati Mohamad



Nibong Tebal: Terpaksa merayau-rayau dan menggunakan lebih daripada satu telefon pintar antara usaha pelajar yang menetap di Pulau Aman, di sini, bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula sejak Rabu lalu.
Ia berikutan masalah capaian Internet kurang baik selain kerap terputus hingga memberi kesukaran kepada pelajar di pulau terbabit untuk belajar secara dalam talian.

Pelajar Tingkatan Empat Nur Alea Soffiyah Ahmad Hanif, 16, berkata dia terpaksa membuka 'hotspot' pada telefon bapanya dan disambungkan kepada telefon pintarnya bagi mendapatkan capaian Internet lebih baik bagi mengelak terlepas kelas 'Google Meet'.

"Disebabkan perlu belajar dalam talian ekoran pandemik Covid-19 yang belum berakhir, saya berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti kelas 'Google Meet' apabila membeli data Internet tanpa had.

"Namun, saya sering berdepan masalah untuk mendapatkan capaian Internet yang baik, malah kerap berlaku gangguan sehingga terpaksa meninggalkan kelas dengan lebih awal.
"Masalah ini juga menyebabkan saya penat apabila terpaksa merayau-rayau sehingga ke hujung kawasan pulau ini untuk mencari capaian Internet," katanya.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, dia memahami 80 peratus ilmu yang diajar gurunya secara dalam talian, namun berharap Covid-19 dapat berakhir secepat mungkin.

Katanya, kaedah pembelajaran bersemuka adalah lebih baik apatah lagi dia bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun hadapan.
"Jika masalah capaian Internet berlarutan, saya hanya mampu memohon maaf kepada guru dan mujur guru memahami masalah dihadapi," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Rakannya, Hanis Syuhada Razali, 16, berkata dia turut menghadapi masalah sama seperti Nur Alea hingga sesi pembelajarannya menjadi kelam-kabut.
"Jika Alea menggunakan data, saya pula menggunakan perkhidmatan jalur lebar (broadband) tetapi tetap berdepan masalah sama.

"Bagaimanapun, saya tidak berputus asa dan sanggup belajar di tepi tingkap untuk mencari capaian Internet.
"Pada masa sekarang memang kena usaha sendiri jika tidak memang saya akan tercicir dalam pelajaran," katanya.

Hanis Syuhada dan Nur Alea masing-masing belajar di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di Bukit Mertajam.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Aman, Saidi Abd Majid berkata, penduduk di kawasan berkenaan sudah lama berdepan dengan masalah capaian Internet.

"Apa yang menjadi kerisauan ialah jika pelajar terpaksa keluar rumah semata-mata ingin mendapat akses Internet pada waktu malam sekali gus menimbulkan risiko keselamatan mereka," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 4:03 PM

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Ebit Lew terima 43,000 permintaan tab

View attachment 333024

PETALING JAYA – Penceramah popular, Ebit Lew menerima sebanyak 43,000 permintaan daripada orang ramai bagi mendapatkan tab untuk anak-anak mereka dalam tempoh separuh hari.

Katanya dalam satu kenyataan di Facebook, ramai juga dalam kalangan yang meminta tab itu terdiri daripada orang kelainan upaya, tiada pekerjaan, anak yatim piatu serta bergaji kecil.

“Sayu rasa hati. Semua bangsa ada dari semua negeri. Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8,000 ribu. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ya tidak dapat membantu ramai lagi.

“Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah,” katanya hari ini.


== kosmo
banyak2 menteri.. menteri sorang ni je la yg bertukus lumus setelkan permintaan rakyat... menteri parti mana ni?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register