BTC USD 56,926.8 Gold USD 1,835.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPSI: Pro Kebajikan tekad teruskan misi walaupun diketepikan

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Tanjong Malim, 9 November - Menurut perkembangan terbaru dari blog informasi UPSIkini, kabinet Majlis Perwakilan Pelajar bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah pun disahkan setelah pemberian watikah oleh Naib Canselor UPSI semalam. Keputusan mengekalkan kabinet yang menafikan kesemua calon umum Pro Kebajikan untuk memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi MPP semalam mengecewakan penyokong Pro Kebajikan.

Mereka yang dimaklumkan tentang perkara ini sebaik sahaja majlis penyerahan watikah tamat semalam, menyifatkan keputusan yang dibuat tidak langsung mempertimbangkan kehendak mahasiswa melalui undi yang diberikan oleh mahasiswa kepada calon pilihan mereka. Timbul juga desas-desus untuk diadakan bantahan secara besar-besaran yang menyebabkan Pro Kebajikan terpaksa meminta penyokong mereka untuk bertenang.

“Fasa untuk menuntut kerusi MT saya kira kita sudah buat yang terbaik, dan kita mohon maaf kepada semua penyokong kerana gagal”,jelas jurucakap Pro Kebajikan.
“Kita kembali kepada matlamat kita yang lebih besar dan semua ini sudah pasti memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua penyokong. Kita akan buat pertemuan dengan mereka dalam masa terdekat”,ujarnya lagi.
Kabinet yang disahkan semalam menyaksikan semua ahli MPP Pro Kebajikan diletakkan sebagai exco.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register