UPSI: Pimpinan Bitara kuasai 15 kerusi keseluruhan, 6 tanpa bertanding

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Pimpinan Bitara kuasai 15 kerusi keseluruhan, 6 tanpa bertanding

Tanjong malim, 28 Jan. – Calon-calon Pimpinan Bitara berjaya memenangi 15 kerusi keseluruhan Pilihan Raya Kampus (PRK) UPSI pada kali ini termasuk 6 daripadanya calon menang tanpa bertanding.

Dengan jumlah kerusi melebihi Mahasiswa Pendidik sebanyak 9 kerusi, rata-rata para pemerhati menjangkakan Pimpinan Bitara akan menggunakan kelebihan tersebut untuk menempatkan calon mereka di posisi-posisi penting dalam kabinet MPP seperti yang berlaku pada sesi lepas.

Dalam pada itu, timbul desas-desus mengatakan jawatan Yang Dipertua (YDP) akan sekali lagi menjadi polemik di kalangan mahasiswa berikutan kedudukan kemenangan calon umum yang menyaksikan calon wanita Pimpinan Bitara berada di kedudukan teratas dan calon Mahasiswa Pendidik (lelaki) berada di kedudukan kedua.

Dalam perkembangan berkaitan, esok akan berlangsung sesi penamaan calon bagi 4 kerusi etnik – Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak.
 
Sponsored Post

cay3869

Active+ Member
Joined
Mar 11, 2007
Messages
3,095
Reaction score
43
Points
30
pimpinan bitara ni pro kerajaan ke? aku ni x-upsi pn xtau.. hihihi
 

loqueila

Active+ Member
Joined
Feb 6, 2009
Messages
3,630
Reaction score
139
Points
33
pimpinan bitara ni pro kerajaan ke? aku ni x-upsi pn xtau.. hihihi
aku pun sama.. tapi aku x minat study & x minat jadi cikgu, jadi aku x jadi cikgu kerana tak mahu tergolong dalam golongan yg makan gaji kerana kebolehan menyepak terajang murid2, tapi mengajar x pandai:eek:

yg aku tahu dulu aspirasi je. Pelajar2 semester satu baru masuk, terus di brain wash oleh pensyarah2. Mcmana x menang, kalau ceramah pro-aspirasi.. semua penghuni kolej wajib menghadiri. penceramahnya pulak, pengetua, org2 besar universiti:eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register