Movie Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal ke Oscar 2020 Kategori Filem Animasi Terbaik

Recommended Brokers


nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,636
Reaction score
137
Points
38
Beliau berkata, usaha membawa Upin dan Ipin ke Oscar 2020 bertujuan membakar semangat pembikin filem tempatan.

“Kita mahu bakar semangat penggiat seni dan penerbit filem agar dapat menghasilkan sesuatu yang setaraf dengan filem antarabangsa. Sampai bila kita hendak berada di takuk yang sama.
film animasi ok lg ..nampak boleh pergi jauh ..tapi lau film biasa ni , ketinggalan jauh ..
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,420
Reaction score
8,764
Points
2,226
film animasi ok lg ..nampak boleh pergi jauh ..tapi lau film biasa ni , ketinggalan jauh ..
Sekurang kurang nya filem animasi kita dah capai taraf antarabangsa
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,498
Reaction score
5,811
Points
1,346
Zul Faizal berkongsi pautan.
· 3 jam

KUALA LUMPUR: Siri animasi popular, Upin & Ipin, mengharumkan nama negara apabila memenangi Anugerah Golden Wing bagi kategori Animasi Terbaik di China, Khamis lalu.

Pengiktirafan berkenaan diperoleh naskhah terbitan Les’ Copaque itu pada acara Animation Game Industry Annual Conference & Anime Beijing Awards atau singkatannya BAGIA.


Sabtu, 16 November 2019 | 5:11pm



SIRI animasi Upin & Ipin mengharumkan nama negara di China.

Upin & Ipin menang di China

KUALA LUMPUR: Siri animasi popular, Upin & Ipin, mengharumkan nama negara apabila memenangi Anugerah Golden Wing bagi kategori Animasi Terbaik di China, Khamis lalu.



Pengiktirafan berkenaan diperoleh naskhah terbitan Les’ Copaque itu pada acara Animation Game Industry Annual Conference & Anime Beijing Awards atau singkatannya BAGIA.



Acara terbabit dianjurkan peneraju dan persatuan syarikat animasi serta permainan video yang beroperasi di sana.



Ketua Pegawai Eksekutif Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, berkata kemenangan berkenaan tentu sahaja membakar semangat mereka untuk terus menghasilkan karya bermutu dan mengangkat animasi negara ke peringkat lebih tinggi.



“Kami amat berbesar hati apabila pihak BAGIA memberi penghargaan kepada jenama Upin & Ipin.



“Lebih bermakna dan bertambah berharga apabila kejayaan itu umpama serampang dua mata buat syarikat kami dalam mempromosikan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, yang akan memasuki pasaran China, awal tahun depan,” katanya ringkas kepada BH Online.




BURHANUDDIN (tiga dari kiri) bersama pemenang lain pada acara Animation Game Industry Annual Conference & Anime Beijing Awards. - Foto ihsan Les’ Copaque


Burhanuddin, yang ditemani isteri dan seorang kakitangannya, turut diundang sebagai penceramah pada acara berkenaan.



Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut mengucapkan tahniah kepada produksi terbabit atas kejayaan mereka.



Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo, dalam kenyataannya menerusi Twitter rasmi turut mengucapkan tahniah atas pencapaian syarikat terbabit, sekali gus berharap usaha dan pencapaian itu dapat diteruskan pada masa akan datang.



Mac lalu, Les’ Copaque menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Beijing Animation and Gaming Industry Association (BAGIA) bagi mewujudkan kerjasama berkaitan industri animasi dan permainan video.




ANUGERAH Golden Wing dimenangi siri Upin & Ipin di Beijing, China, Khamis lalu. - Foto ihsan Les’ Copaque


Kerjasama ini turut membuka peluang dan laluan untuk Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menembusi pasaran negara itu.



Filem animasi itu, sebelum ini, terpilih mewakili negara untuk bersaing pada kemuncak Asian Academy Creative Awards 2019 (AAA) bagi kategori Filem Cereka Terbaik di Singapura, 5 Disember ini.



Menerusi kategori itu, ia bersaing dengan 15 filem lain dari rantau Asia, termasuk Australia dan New Zealand, bagi merebut trofi emas.



Terdahulu, filem berkenaan tersenarai antara 32 calon bagi kategori Filem Animasi Terbaik, Anugerah Academy Ke-92

 

DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,664
Reaction score
893
Points
166
ada bau2 skit la company china ni nak partnership dgn animasi malaysia.. Tp jaga2.. sebab dorang ni byk duit.. sok hilang identiti animasi malaysia nanti
 
Sponsored Post
Top
Log in Register