Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Full Movie

Recommended Brokers


opin

Active+ Member
Joined
Apr 4, 2012
Messages
2,534
Reaction score
41
Points
30
cite best, bawang merah lawa, anak2 happy.
 
Sponsored Post

albab94

Fun Poster
Joined
Nov 1, 2014
Messages
429
Reaction score
39
Points
20
watak komander lemah sangat ..
Maksud awak watak komander yg lanun perempuan tuh ke? Sy rasa watak tu lebih kpd nak ambik hati org kuat MDEC, penaja utama animasi nih. Sbb guna suara org kuat mdec.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,294
Reaction score
20,666
Points
1,661
Kutip RM25 juta selepas 3 minggu

KUALA LUMPUR - Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal filem animasi kedua terbitan Les' Copaque Production meraih kutipan RM 25 juta hanya selepas 3 minggu tayangan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa, Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut sebelum ini.


http://www.kosmo.com.my/terkini/filem-upin-ipin-catat-kutipan-rm25-juta-selepas-3-minggu-1.880654
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,611
Reaction score
907
Points
161
cerita best anak aku kata..tp dia tak faham sgt..mungkin sbb melibatkan sejarah kot
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,220
Reaction score
942
Points
166


Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kutip RM25 juta

NASIONAL April 11, 2019 8:20 pm

KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Filem animasi ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ mencatat kutipan tiket RM25 juta hanya dalam tempoh tiga minggu, sejak ditayangkan pada 21 Mac lalu.

Filem tempatan terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang menemui kira-kira dua juta penonton di Malaysia itu juga bakal menembusi pasaran antarabangsa dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kita memasuki pasaran Vietnam yang mana proses alih suara dilakukan sebelum menemui penonton di sana pada 26 April nanti,” kata Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Razi.

Beliau ditemui pada sidang media khas kutipan pecah panggung filem itu, di sini hari ini.

Katanya, filem itu juga akan menembusi pawagam Indonesia mulai 9 Mei yang menurutnya satu kejayaan membanggakan kerana bukan mudah untuk sebuah filem animasi tempatan menembusi pasaran negara jiran.

“Buat pertama kali, sebuah filem animasi (kita) dapat ditayangkan bukan di beberapa pawagam tetapi di seluruh Indonesia.

“Permintaan ini sangat luar biasa dan sudah tentu ia menjadi satu pengiktirafan kepada hasil karya anak tempatan dalam animasi,” katanya.

Burhanuddin berkata, pihaknya juga bakal menandatangani perjanjian dengan pengedar filem dari China pada 19 April ini untuk memasarkan filem animasi itu di negara berkenaan.

Beliau positif filem itu akan diterima baik penonton di sana setelah dialih suara ke bahasa Mandarin.

Filem itu mengisahkan pengembaraan kembar animasi Upin dan Ipin bersama rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng dikenali sebagai Inderaloka selepas menemui sebilah keris.

Pengarah kreatif filem itu, Adam Amiruddin berkata, kehadiran permainan video Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal The Game pula diharap memberi pengalaman berada di Inderaloka secara berterusan kepada peminat.

Permainan video yang boleh dimuat turun sejak 15 Mac lalu dibangunkan Les’ Copaque Game Development Incorporated.

“Kita mahu peminat dapat bermain dan pada masa sama merasai pengalaman di Inderaloka, sekali gus menjadi kesinambungan pembawaan elemen hikayat Melayu lama daripada filem ke permainan video,” katanya. -BERNAMA
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,352
Reaction score
938
Points
111
Syabas filem Malaysia! :)cgrock
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,334
Reaction score
8,692
Points
2,226

Filem Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal mula ditayangkan pada 21 Mac lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan

Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal rangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik di Festival ANIMAZE 2019


KUALA LUMPUR: Filem animasi tempatan Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 di Montreal, Kanada pada 4 September lalu.

Kejayaan Les' Copaque Productions Sendirian Berhad itu berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Filem arahan Adam Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu antara 65 filem Animasi Antarabangsa yang bertanding.

Pengiktirafan itu, jelas membuktikan bahawa filem animasi 3 Dimensi (3D) tempatan mempunyai skrip dan sudut penceritan, animasi berkualiti tinggi serta elemen muzik yang Keris Siamang Tulang yang menepati standard antarabangsa.

Filem Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal mula ditayangkan pada 21 Mac lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan.

Malah sebanyak 2 juta penonton telah menyaksikan filem terbaharu Les' Copaque Production itu.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register