UPDATE : Wabak coronavirus Wuhan

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,530
Reaction score
6,804
Points
1,746
Wabak Koronavirus akibatkan 4 filem sempena Tahun Baru Cina ditangguhkan

January 24, 2020 12:59 PM




Gara-gara wabak koronavirus yang merebak di Wuhan, China, sehingga mengakibatkan 25 kematian direkodkan, 4 filem terbaru yang dihasilkan di negara itu terpaksa ditangguhkan tayangannya di Malaysia.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh TGV Cinemas dan MBO Cinemas di laman Facebook mereka.

Pengguna aplikasi mudah alih tiket atas talian TGV turut dimaklumkan melalui satu notis “pop up” yang memberitahu penundaan tersebut.

“Berikutan penularan wabak Koronavirus di China, beberapa studio dari negara itu menangguhkan tayangan di seluruh dunia,” kata notis tersebut.




Notis penangguhan tayangan disebabkan penularan wabak itu juga turut dikeluarkan MBO Cinemas di Facebook mereka.

Malah di laman facebook Golden Screen Cinemas (GSC) juga mendapati 4 tajuk filem tersebut tidak dapat ditayangkan seperti yang dijadualkan sebelum ini.



Bagaimanapun notis yang dikeluarkan pihak GSC tidak memberitahu sebab penundaan tayangan tersebut.

Pelanggan yang sudah membeli tiket untuk kesemua filem tersebut bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana kedua-kedua syarikat tersebut akan membayar balik wang tiket tersebut dalam masa 14 hari.

Penangguhan tayangan filem-filem tersebut sudah pastinya sedikit mengganggu kemeriahan mereka yang telah pun merancang untuk menonton wayang sempena Tahun Baru Cina ini.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,530
Reaction score
6,804
Points
1,746
Malaysia Gazette
1 min ·
KUALA LUMPUR - Sepanjang dua minggu yang lalu, Shopee menyaksikan peningkatan lebih daripada 500% bagi barang-barang penjagaan kesihatan. Barang-barang itu ialah topeng muka pembedahan, pembersih tangan, cecair dan penyembur disinfektan, tisu basah, gel mandian dan pencuci tangan antibakteria serta vitamin. Ia susulan kes jangkitan koronavirus yang telah menjejaskan 600 orang dan menyebabkan 17 kematian sehingga ini. Virus itu telah merebak di luar China termasuk Thailand dan Singapura. [ 87 more words ]
https://malaysiagazette.com/…/permintaan-barang-barang-pen…/



Permintaan barang-barang penjagaan kesihatan lonjak 500% – Shopee

24 January 2020

shopee

KUALA LUMPUR – Sepanjang dua minggu yang lalu, Shopee menyaksikan peningkatan lebih daripada 500% bagi barang-barang penjagaan kesihatan.

Barang-barang itu ialah topeng muka pembedahan, pembersih tangan, cecair dan penyembur disinfektan, tisu basah, gel mandian dan pencuci tangan antibakteria serta vitamin.


Ia susulan kes jangkitan koronavirus yang telah menjejaskan 600 orang dan menyebabkan 17 kematian sehingga ini.
Virus itu telah merebak di luar China termasuk Thailand dan Singapura.

Hal ini, ditambah lagi dengan kes-kes wabak Influenza A (H1N1) dan penyakit tangan, kaki dan mulut di negara ini, telah menyebabkan rakyat Malaysia mengambil pelbagai langkah pencegahan untuk memastikan diri mereka serta ahli keluarga mereka selamat.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia melindungi diri mereka, Shopee telah memudahkan pencarian produk-produk ini di platform kami melalui halaman Keperluan Anti-
Influenza – https://shopee.com.my/m/anti-influenza-necessities

“Kami harap ini akan membantu memberi ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia terutamanya pada musim perayaan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,530
Reaction score
6,804
Points
1,746
Free Malaysia Today
3 min ·
Rakyat Australia marah dengan sikap masyarakat China yang menjual daging koala di pasar basah binatang eksotik, Wuhan.





Bagaimana China dapat bekalan jual daging koala di pasar basah Wuhan?

January 24, 2020 1:51 PM







Ketika dikejutkan tentang wabak Koronavirus yang datangnya daripada salah satu binatang eksotik di pasar basah Wuhan, terdapat perkara yang menyedihkan bagi masyarakat Australia apabila pasar itu turut menjual daging koala.

Ia dijual pada harga RM41, namun tidak dapat dipastikan sama ada harga berkenaan untuk setiap kilo atau seekor koala.

Pendedahan tersebut dibuat seorang pengguna Twitter bernama Muyi Xiao di mana dia memberitahu yang koala turut menjadi “mangsa” binatang eksotik yang dijual oleh masyarakat China.

“Cuba anda lihat pada menu daging haiwan yang ada di sana. Mereka turut makan koala. Tiada haiwan yang selamat daripada dimakan di China.


“ ‘Disembelih segar, dibekukan dan dihantar terus ke rumah anda’, antara yang tertera pada papan harga yang terdapat di pasar berkenaan,” tulis salah satu komen yang terdapat di laman Weibo, hari ini.

Penduduk Australia turut tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapat stok koala hidup sedangkan haiwan berkenaan cuma boleh didapati di Australia sahaja.

Dalam Daily Mail UK turut melaporkan bahawa pasar basah ini turut menjual daging koala mentah yang segar untuk dimakan oleh penduduk setempat.

Berita berkenaan ternyata mengejutkan serta menimbulkan kemarahan penduduk Australia.




Semua binatang eksotik ini dijual di Huanan Seafood Market yang terletak di tengah-tengah bandar Wuhan.


Dan ketika ini pasar tersebut telah ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa berikutan wabak Koronavirus dikatakan datang daripada binatang eksotik yang dijual iaitu ular berbisa dengan nama saintifiknya “Bungarus multicinctus”.

Kesan daripada itu, ia telah mengakibatkan 25 orang mati, manakala 450 lagi dijangkiti.

Kini wabak itu masuk ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan.

Selain ular dan koala, anjing, ular, tikus dan kelawar turut dijual kepada masyarakat tempatan.

Sumber gambar : twitter Muyi xiao

 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,618
Reaction score
2,439
Points
236
Singapura Sahkan Kes Pertama Coronavirus, JKNJ Berwaspada

24.01.2020 - Singapura, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah berwaspada selepas Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan seorang rakyat China yang sedang bercuti di republik itu positif coronavirus, malam ini.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu, berkata jabatan berkenaan akan mengetatkan proses saringan kesihatan menggunakan mesin pengimbas sistem gelombang dan suhu badan di 12 pintu masuk antarabangsa negeri ini.

“JKNJ maklum dengan pengumuman Kementerian Kesihatan Singapura sebentar tadi dan sudah bersiap sedia dan mengambil semua langkah berjaga-jaga di semua pintu masuk antarabangsa di negeri ini.

“Semua petugas di lapangan sudah diarahkan sentiasa berwaspada pada tahap tinggi terhadap simptom atau gejala virus berkenaan terhadap mana-mana individu atau pelancong yang memasuki negeri ini di pintu masuk antarabangsa, ” katanya ketila dihubungi BH.



Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649455/singapura-sahkan-kes-pertama-coronavirus -jknj-berwaspada
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
53,530
Reaction score
6,804
Points
1,746
Sinar Harian
2 min ·
Kesemua pelancong yang tiba bersama seorang mangsa positif wabak koronavirus di Singapura itu telah diasingkan dan dipantau lanjut oleh pasukan kesihatan.


Koronavirus: Lapan warga China dikuarantin di Johor
24 Januari 2020

IPOH - Lapan warga China yang tiba bersama seorang mangsa positif wabak koronavirus di Singapura telah dikuarantinkan di sebuah hotel di Johor.


Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kesemua pelancong itu yang tiba di negara semalam, telah diasingkan dan dipantau lanjut oleh pasukan kesihatan.

“Mereka diasingkan di sebuah hotel di Johor Baharu dan sedang dipantau sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.


“Mereka bukanlah pesakit tetapi kita perlu melihat sama ada berlakunya tanda-tanda simptom atau tidak kerana mereka ada kaitan dengan kes dari mangsa di Singapura itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Boon Chye mengesahkan negara masih lagi bebas daripada wabak itu.

Boon Chye melawat balai ketibaan LTSAS ketika menerima kehadiran penumpang dari Singapura yang tiba di Ipoh hari ini.

Boon Chye melawat balai ketibaan LTSAS ketika menerima kehadiran penumpang dari Singapura yang tiba di Ipoh hari ini.
“Semalam dilaporkan empat kes disyaki virus itu dan kesemuanya telah diperiksa dan bebas daripada koronavirus setakat ini.

“Kita akan terus membuat saringan supaya tindakan awal dapat diambil sekiranya ada kes sedemikian melepasi sempadan.

“Kita akan pertingkatkan peralatan untuk saringan suhu badan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara,” katanya.


Semalam, media Singapura melaporkan seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak koronavirus di negara seberang tambak itu.

Lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin dan menginap di Resort Shangril-La Rasa Sentosa.

Laporan itu turut menyebut lapan individu dari kumpulan yang tiba bersamanya ke Singapura sudah pun berangkat pulang dari negara berkenaan dan kementerian sudah menghubungi pihak berkuasa negara yang mereka tujui.



ARTIKEL BERKAITAN KKM sahkan empat pesakit bebas jangkitan koronavirus



Singapura sahkan kes pertama jangkitan koronavirus


 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,618
Reaction score
2,439
Points
236
semua diorang sapu makan, satu je diorang belum cuba makan atau mungkin cuba satu masa nanti .. TAIK :D

 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,020
Reaction score
281
Points
41
Global carmakers and luxury brands hit as virus shuts down China's 'motor city'

London (CNN Business) Renault (RNLSY), Honda (HMC) and Peugeot owner PSA Group (PUGOY) are among the global companies that have large manufacturing plants in Wuhan, China, the center of a coronavirus outbreak that has claimed dozens of lives.

The three automakers have operations in China's "motor city" through joint ventures with Dongfeng Motor Corporation, one of the country's largest auto groups.

Wuhan, a city of 11 million people, is now under partial lockdown after its airport and railway stations were closed to departing passengers on Thursday as fear over the outbreak spread. All public transport services in the city have been suspended, and some of the main highways closed. The nearby cities of Huanggang and Ezhou have also been affected.

The transport disruption could cause headaches for businesses in the city, and comes at a bad time for carmakers in particular. The global auto industry is in a deep recession, which shows little signs of abating.

The number of cars sold in China, the world's largest market for vehicles, fell by 2.3 million in 2019, according to LMC Automotive. Chinese officials have said sales could fall again this year.

French carmaker Renault sold nearly 180,000 vehicles in China last year, or about 5% of its global car sales. It manufactures its flagship SUVs — the Kadjar and Koleos 2 models — at the Wuhan plant.

In 2018, Renault produced 16,459 Kadjars and 31,299 Koleos in Wuhan to cater to the needs of the Chinese market, spokesperson Rié Yamane told CNN Business. Sales figures for 2019 will be available in March, she added.

According to Renault's website, the Wuhan factory has a workforce of 2,000 and annualproduction capacity of 300,000 vehicles.

Renault's stock closed 5% weaker on Thursday. Shares in the company have dropped 12% so far this year amid continued fallout from the scandal surrounding former chairman Carlos Ghosn.

PSA Group sells its Peugeot and Citroën brands in China. Last year, the company sold about 117,000 vehicles in the country, a 55% decline on the previous year. A company spokesperson did not respond to a request for comment on the size of its operations in Wuhan, but said that the firm is "applying the recommendation of Chinese authorities."

Honda's Wuhan joint venture contributed about 11% to the group's revenue for the year to March 2019 and accounted for the majority of its Asian automobile revenue, financial statements show. The company opened a third plant in Wuhan in April, according to a press release. Honda did not respond to a request for comment.

Given the upcoming Lunar New Year, companies may not feel the effect of the lockdown for a while.

Renault said its plant was already closed for the holiday, which runs until February 4. "We are studying carefully the issue internally through the different departments and China," Yamane said. "We are of course respecting the Chinese authorities' regulations," she added.

Luxury firms falter

Shares in luxury goods companies, which usually benefit from increased consumer spending over the Chinese New Year, have also taken a hit this week.

LVMH (LVMHF), which owns Louis Vuitton and Fendi, has fallen 6% since Monday. Gucci and Balenciaga parent Kering (PPRUF) is also down 6%, while Richemont, the maker of Cartier watches, has dropped 7%.

These companies are "bracing themselves for a potential hit to their sales," said David Perrotta, the UK head of international payments provider, Planet.

Travel restrictions could have a "significant impact on sales during this crucial two-week spending period" when "luxury retailers would typically be expecting a windfall in sales to Chinese shoppers," he added.

In 2018, Chinese consumers at home and abroad spent 770 billion yuan ($115 billion) on luxury items, equivalent to a third of the global spend, according to McKinsey. The management consulting firm expects Chinese consumers to account for 40% of the world's spending on luxury goods by 2025.

Kering and Richemont declined to comment. LVMH did not respond to a request for comment.

Sumber : CNN
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,040
Reaction score
194
Points
33
Free Malaysia Today
3 min ·
Rakyat Australia marah dengan sikap masyarakat China yang menjual daging koala di pasar basah binatang eksotik, Wuhan.





Bagaimana China dapat bekalan jual daging koala di pasar basah Wuhan?

January 24, 2020 1:51 PM







Ketika dikejutkan tentang wabak Koronavirus yang datangnya daripada salah satu binatang eksotik di pasar basah Wuhan, terdapat perkara yang menyedihkan bagi masyarakat Australia apabila pasar itu turut menjual daging koala.

Ia dijual pada harga RM41, namun tidak dapat dipastikan sama ada harga berkenaan untuk setiap kilo atau seekor koala.

Pendedahan tersebut dibuat seorang pengguna Twitter bernama Muyi Xiao di mana dia memberitahu yang koala turut menjadi “mangsa” binatang eksotik yang dijual oleh masyarakat China.

“Cuba anda lihat pada menu daging haiwan yang ada di sana. Mereka turut makan koala. Tiada haiwan yang selamat daripada dimakan di China.


“ ‘Disembelih segar, dibekukan dan dihantar terus ke rumah anda’, antara yang tertera pada papan harga yang terdapat di pasar berkenaan,” tulis salah satu komen yang terdapat di laman Weibo, hari ini.

Penduduk Australia turut tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapat stok koala hidup sedangkan haiwan berkenaan cuma boleh didapati di Australia sahaja.

Dalam Daily Mail UK turut melaporkan bahawa pasar basah ini turut menjual daging koala mentah yang segar untuk dimakan oleh penduduk setempat.

Berita berkenaan ternyata mengejutkan serta menimbulkan kemarahan penduduk Australia.




Semua binatang eksotik ini dijual di Huanan Seafood Market yang terletak di tengah-tengah bandar Wuhan.


Dan ketika ini pasar tersebut telah ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa berikutan wabak Koronavirus dikatakan datang daripada binatang eksotik yang dijual iaitu ular berbisa dengan nama saintifiknya “Bungarus multicinctus”.

Kesan daripada itu, ia telah mengakibatkan 25 orang mati, manakala 450 lagi dijangkiti.

Kini wabak itu masuk ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan.

Selain ular dan koala, anjing, ular, tikus dan kelawar turut dijual kepada masyarakat tempatan.

Sumber gambar : twitter Muyi xiao

kesian kesian kesian...maksud aku koala..dh terselamat dr hutan tebakaq di Aussie, tp tak selamat dr periuk2&mulut2 org cina
 
Sponsored Post
Top
Log in Register