BTC USD 57,175.0 Gold USD 1,815.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP2.0 5-18/2/21, 1407 Mati, 2875 Kes Baru

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,281
Reaction score
12,630
Points
1,906

Kluster aktiviti berbuka puasa, tarawih dikesan di Johor, kata Exco​


May 5, 2021 8:00 AM

covid-19-patient-hospital-fb.jpg


Peratus kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 di negeri Johor sudah mencecah 114% setakat ini. (Gambar Facebook Noor Hisham Abdullah)

JOHOR BAHRU: Kes indeks bagi satu kluster baharu di negeri ini dikesan daripada kekerapan menghadiri aktiviti berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih di sebuah surau di Jalan Impian Emas 17 di sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan.

Beliau berkata, kes pertama untuk kluster komuniti itu dikesan melalui saringan bergejala pada 21 April lalu dan susulan itu saringan kontrak rapat telah dijalankan.

“Saringan membabitkan ahli keluarga, rakan sekerja dan jemaah surau sehingga 2 Mei lalu menyaksikan seramai 252 orang telah disaring, di mana 52 daripada mereka didapati positif dengan tiga kes kematian dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.
Vidyananthan berkata, tindakan penutupan surau tersebut telah dijalankan bermula 24 April sehingga 2 Mei.



Katanya, kluster berkenaan masih di dalam pemantauan Jabatan Kesihatan negeri dan dijangka tamat pada 29 Mei sekiranya tiada kes baharu dilaporkan selepas ini.

Dalam perkembangan lain, Vidyananthan berkata, peratus kapasiti penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 di negeri itu sudah mencecah 114% setakat ini.

“Berdasarkan statistik 3 Mei, seramai 49 pesakit dirawat di ICU enam hospital berpakar dengan peratus kapasiti penggunaan katil ICU khusus Covid-19 sebanyak 114%,” kata beliau.



Semalam, Johor merekodkan 336 kes harian dan dua kes kematian dengan 275 kes tempatan, 59 kes tahanan (penjara) dan dua kes import, di mana daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 194 kes.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,281
Reaction score
12,630
Points
1,906
Dr Yahya berkata, perbezaan antara varian India dengan varian terdahulu adalah transmisi yang lebih pantas, sebaran yang cepat berlaku dan lebih mudah untuk dijangkiti.

Mutasi Covid-19 India lebih bahaya

05 Mei 2021


1620175066406.png

India kini mencatat jumlah kes kedua tertinggi dengan 19.5 juta kes dilaporkan setakat ini dan kematian mencecah 215,000 orang. Foto: EPA


SHAH ALAM - Pakar virologi memberi amaran varian Covid-19 dari India lebih serius berbanding varian terdahulu dari segi tempoh penyebaran kerana mempunyai mutasi berganda yang memberi kesan lebih buruk kepada pesakit yang dijangkitinya.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, perbezaan antara varian India dengan varian terdahulu yang ada di negara ini adalah dari segi transmisi yang lebih pantas, sebaran yang cepat berlaku dan lebih mudah untuk dijangkiti.

“Pada asasnya, varian ini menyebabkan satu transmisi yang lagi pantas. Dari segi virologinya, apabila proses penghasilan virus lebih pantas berlaku, ia akan menyebabkan kerosakan teruk kepada seseorang itu.

“Terdahulu, mereka dalam golongan 20 tahun ke 40 tahun yang dijangkiti varian sebelum ini, biasanya tak bergejala kerana mempunyai sistem imun yang optimum.

“Namun, dengan varian mutasi berganda ini, kumpulan ini juga tidak terkecuali menunjukkan kesan yang teruk.

“Ini terbukti bahawa kesan daripada varian ini lebih bahaya dari varian yang terdahulu seperti varian Afrika Selatan atau United Kingdom (UK),” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau turut menegaskan bahawa varian India perlu diberi lebih perhatian supaya proses penyebarannya dapat dikawal secepat mungkin.
“Sekiranya terdapat lebih banyak jangkitan disebabkan varian ini, tidak mustahil akan berlaku peningkatan yang mendadak seperti yang berlaku di negara India.

Beliau menegaskan jika ia boleh berlaku di India, maka tidak mustahil perkara yang sama berlaku di Malaysia dan oleh yang demikian, mutasi berganda seperti varian Covid-19 dari India ini amat perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan rakyat negara ini.


1620175091409.png

Dr Malina


Beliau juga amat bersetuju dengan kerajaan yang mengambil langkah segera untuk menyekat kemasukan pelawat dari India di samping membuat saringan terhadap mana-mana pelawat dengan lebih teliti untuk mencegah varian ini dari memasuki dan merebak di Malaysia.
Kes pertama mutasi berganda dari varian India dikenali sebagai B.1.617.1 dikesan di Malaysia pada 2 Mei yang lalu.

Turut menyokong pendapat beliau ialah Pakar Kesihatan Awam dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman yang berpendapat, varian mutasi berganda yang cepat merebak itu punca kegusaran pakar perubatan.
Jelas beliau, varian mutasi berganda ini boleh menyebabkan gejala dan kesan yang lebih teruk pada rawatan yang di berikan.

“Contohnya, menjejaskan program vaksin yang berlaku sekarang ini dan hal inilah yang menjadi kerisauan pakar-pakar perubatan dan saintis.

“Apabila ia cepat merebak, kesan itu pada perkhidmatan kesihatan. Contohnya di India, ramai orang jatuh sakit pada masa yang sama. Jadi pihak kesihatan tak menang tangan dan menyebabkan ramai tidak mendapat rawatan sebaik-baiknya lalu meninggal,” katanya.
Menurutnya, walaupun terdapat kebimbangan dalam varian baharu, faktor utama yang patut dititikberatkan oleh masyarakat ialah kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegahnya.

“Varian bukan faktor utama. Yang penting adalah setiap orang harus menjaga SOP. Jika SOP dapat dikawal dengan baik dan mencegah penularan, datanglah varian apa pun kita dapat mengawalnya daripada merebak,’’ tambah beliau.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,281
Reaction score
12,630
Points
1,906

JUMPAKATMAHKAMAH.com

· 11m ·

Mana-mana premis yang terdapat kes positif C19 akan didedahkan dalam sistem HIDE kepada orang awam, menurut Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Khairy Jamaluddin.

Orang ramai boleh mengaksesnya melalui aplikasi MySejahtera bermula Jumaat ini.

Pada masa sekarang, nama premis tidak didedahkan kepada umum. Walaubagaimanapun memandangkan kes semakin menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini, tindakan menyenaraikan premis yang terkesan akibat wabak C19 adalah diperlukan.

Bukan sahaja itu, sistem ini menggunakan AI (Artificial Intelligence) untuk meramal kawasan yang bakal menjadi zon merah. Ini akan memudahkan orang ramai untuk merancang pergerakan mereka dengan lebih bersedia lagi.

Jika anda mahu premis perniagaan anda dibuang dari sistem HIDE secepat mungkin, anda perlu mengambil langkah mematuhi SOP dan memastikan pengunjung anda mematuhi SOP. Ini termasuklah tindakan mensanitasi sekiranya terdapat kes di premis anda.

1620180048331.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,281
Reaction score
12,630
Points
1,906
Dr Izani Husin berkata, ini kerana pihaknya bimbang kegagalan mematuhi SOP di majlis berkenaan boleh mendatangkan kemudaratan sehingga menyebabkan penularan kes-kes baharu Covid-19 di negeri ini.

Rakyat patuhlah SOP, jangan degil!

05 Mei 2021


1620180268301.png

Dr Izani Husin


KOTA BHARU - Rakyat negeri ini diminta terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya melibatkan urusan seperti akad nikah dan sebagainya.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, ini kerana pihaknya bimbang kegagalan mematuhi SOP di majlis berkenaan boleh mendatangkan kemudaratan sehingga menyebabkan penularan kes-kes baharu Covid-19 di negeri ini.





"Memang hari raya kebanyakannya secara tradisi kita akan buat kenduri perkahwinan dan sebagainya. Namun kita sekarang dalam PKP, kerajaan juga bimbang jika rakyat tidak ikut SOP, masalah lain akan timbul.

"Tengok ketetapan yang sudah dikeluarkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kita tidak mahu wujud kes-kes baharu yang dicipta dari kenduri atau majlis-majlis perkahwinan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, satu garis panduan khas telah dikongsikan pihak MKN Kelantan melalui laman sosial facebook rasmi badan itu bagi memudahkan orang ramai untuk memahami dengan jelas apa yang boleh dilaksanakan dalam tempoh PKP.

Selain itu, katanya, garis panduan tersebut amat penting untuk memandu arah masyarakat dalam pelbagai aspek terutamanya melibatkan sektor ekonomi dan keagamaan.

"Saya tengok rakyat semakin lalai dalam mematuhi SOP ini, pakai pelitup muka pun bila perlu saja. Pergi beli makanan pun tiada penjarakan, pendek kata mereka bagaikan tidak takut dengan keadaan semasa.

"Saya merayu, patuhilah SOP, pakailah pelitup muka, disiplinkan diri. Kesian kepada petugas barisan hadapan, tunjukkan sikap kerjasama kita, keprihatinan kita. Bukan untuk orang lain, tapi untuk keselamatan kita sendiri," katanya.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,535
Reaction score
261
Points
51

COVID-19: 60 peratus daerah zon merah

kkm_1620185150.jpg


KUALA LUMPUR: Peningkatan kes harian COVID-19 sejak tengah bulan lalu menyaksikan hampir 60 peratus daripada 159 daerah di seluruh negara bertukar status kepada zon merah setakat semalam.

Data pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 antara 21 April hingga semalam yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) di Facebook, hari ini, menunjukkan sebanyak 93 daerah kini berstatus zon merah.

Daripada jumlah itu, lebih 65 peratus daripada daerah zon merah atau 61 daerah adalah di Semenanjung.

Data dikongsikan KKM juga menunjukkan semua daerah di lima negeri dan wilayah iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya bertukar kepada zon merah sepenuhnya.

Di samping itu, hanya 12 daerah sahaja yang masih kekal zon hijau setakat semalam, iaitu lima di Semenanjung dan tujuh di Sabah.

Selain itu, jumlah kes aktif yang dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh 14 hari lalu turut mencatatkan peningkatan lebih 53 peratus, daripada 25,804 pada 21 April kepada 39,490 semalam.

Selangor mencatatkan jumlah kes aktif tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu 11,420 kes, di samping Sarawak yang merekodkan 7,420 kes dan Kelantan (6,093) bagi tempoh sama.

Daerah Petaling di Selangor mencatatkan jumlah kes aktif tertinggi dalam tempoh 14 hari iaitu 4,463, selain Hulu Langat, Selangor (2,596) serta Kota Bharu, Kelantan (2,558).

Selain itu, lapan daerah lain di lima negeri merekodkan lebih 1,000 kes dalam tempoh sama, iaitu Klang (1,521) dan Gombak (1,091) di Selangor; Pasir Mas (1,241) di Kelantan; Kepong (1,361) dan Lembah Pantai (1,055) di Kuala Lumpur; Johor Bahru (1,344) di Johor; serta Bintulu (1,328) dan Sibu (1,053) di Sarawak.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok hingga 17 Mei depan.

Sebelum ini, PKP turut dilaksanakan di seluruh Kelantan sejak 22 April lalu hingga 17 Mei depan, selain perintah itu turut dilaksanakan di lima daerah di Kedah iaitu iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim bermula 1 Mei hingga 14 Mei depan.


== berita harian
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,821
Reaction score
4,448
Points
601

MB: Ujian saringan percuma di seluruh Selangor​


Susulan peningkatan kes Covid-19, Kerajaan Selangor mengambil keputusan untuk melaksanakan sistem pengawasan melalui konsep pengesanan kes aktif Covid-19 di semua 56 DUN seluruh Selangor.

Mengumumkan perkara ini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ujian saringan akan dilaksanakan secara percuma di seluruh negeri.

"Program saringan Covid-19 ini akan berlangsung bermula 8 Mei 2021 di DUN Kajang dan DUN Semenyih dan akan berlangsung sehingga 10 Jun 2021 yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Saringan percuma ini akan dilaksanakan di dua DUN setiap hari dan akan meliputi 56 DUN yang terletak di dalam negeri Selangor.


"Program ini akan memberi manfaat dan peluang kepada rakyat negeri Selangor yang berisiko, pernah menjadi kontak dengan pesakit Covid-19, bergeala dan juga rakyat yang bimbang dengan status mereka," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Perkara yang amat membimbangkan, kata Amirudin adalah apabila rakyat Selangor yang dijangkiti Covid-19 tetapi tidak mengetahuinya, atau diistilahkan sebagai pembawa senyap.

"Mereka ini adalah golongan tidak bergejala dan sihat.

"Golongan ini amat merisaukan kerana mereka boleh menularkan dan menjangkiti kumpulan yang berisiko tinggi," jelasnya.

04c2885e49690eb6a49f882e5234ee84.png


Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob memaklumkan enam daerah di Selangor - Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang - dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 ke 17 Mei.

Sehubungan itu, kata Ismail Sabri pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di enam daerah dikenakan PKP di Selangor.

Pun begitu, dia berkata pengecualian rentas daerah dan negeri di kawasan PKP ini dibenarkan untuk kes kecemasan seperti kes kematian.



Menurutnya, keputusan itu diambil kerana daerah-daerah di Selangor menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Tiga daerah selebihnya - Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor - akan terus diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,535
Reaction score
261
Points
51

8 singa di taman haiwan India positif COVID-19

lion_1620188378.jpg


NEW DELHI: Lapan ekor singa Asia di taman haiwan India dijangkiti COVID-19, kata kerajaan negara itu semalam, sambil mendedahkan bahawa tiada bukti haiwan itu boleh menjangkiti manusia.

Pihak berkuasa India di wilayah selatan Hyderabad turut berkongsi sampel dengan makmal kajian kerajaan pada 24 Mac lalu selepas singa terbabit menunjukkan tanda mengalami masalah pernafasan.

Hasil ujian yang dijalankan ke atas singa terbabit diperoleh di tengah-tengah kenaikan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk di India.

"Berdasarkan pengalaman dengan haiwan di taman haiwan lain di dunia yang pernah positif SARS-COV2 tahun lalu, tiada bukti bahawa haiwan boleh menyebarkan virus itu kepada manusia," menurut Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim.

Taman Haiwan Nehru kini sudah ditutup, menurutnya dalam satu kenyataan.

India melaporkan lebih 300,000 kes COVID-19 setiap hari selama 13 hari berturut-turut dan kini mencatatkan 20 juta kes jangkitan virus itu, kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat. - AGENSI


== berita harian
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,281
Reaction score
12,630
Points
1,906
Zainal berkata hanya 20 peratus pegawai, anggota dan sukarelawan bomba Kelantan dibenar mengambil cuti Aidilfitri dan ia akan dikurangkan lagi jika kes kian meningkat. -BeritaMkini

1620194129798.png


Hazmat Kelantan paling banyak kendali pengebumian pesakit Covid-19​



Diterbitkan 5 May 2021, 1:42 pm



Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan paling banyak mengendalikan urusan pengebumian pesakit Covid-19 sejak tahun lepas berbanding negeri lain.

Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin berkata dalam tempoh itu pihaknya mengendalikan 85 pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dengan 12 kes pada tahun lepas dan selebihnya pada tahun ini.

“Hampir setiap hari ada sahaja kes yang akan dikendalikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian 180 kotak buah kurma sumbangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada anggota bomba di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, di Kota Bharu hari ini.

Zainal berkata JBPM Kelantan juga menjalankan lebih 1,000 operasi sanitasi awam di seluruh negeri itu sejak bermulanya pandemik Covid-19 tahun lepas.

“Sejumlah 250 operasi sanitasi awam dilakukan tahun lepas manakala 1,208 dilaksanakan bermula Jan lalu dan antara lokasi yang terlibat ialah premis kerajaan serta bangunan sekolah,” katanya.

Sementara itu, Zainal berkata hanya 20 peratus daripada hampir 1,500 jumlah keseluruhan pegawai, anggota dan sukarelawan JBPM Kelantan dibenarkan mengambil cuti sempena Aidilfitri bermula 11 Mei hingga 30 Jun.

Bagaimanapun, katanya jumlah yang bercuti itu akan dikurangkan lagi sekiranya kes Covid-19 di negeri ini semakin meningkat.
- Bernama

 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,864
Reaction score
391
Points
91
mujur lerr kelantan ambik tindakan awal... batalkan pasar ramadhan.. kalau tak rasanya kes lagi tinggi... wpun skrg nih ada jaa pasar ala2 bazar ramadhan yg penjual pasang khemah tepi jalan.....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register