BTC USD 57,454.4 Gold USD 1,786.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP2.0 5-18/2/21, 1407 Mati, 2875 Kes Baru

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,116
Reaction score
2,762
Points
206
Ey1w0zGVgAQp41h.jpg


Ey13tEDU4AAeHbO.jpg

COVID-19: 13 April 2021

J kes sembuh:1,290
J kumulatif:346,295 (95.2%)

J kes baru:1,767
J kumulatif:363,940

J kes aktif: 16,300

Kes tempatan:1,758 (1,508 WN, 250 BWN)
Kes import:9 (2 WN, 7 BWN)

J kematian:12 WN
J kumulatif:1,345 (0.37%)

J kes di ICU:199
Pesakit Intubated:82
 
Last edited:
Sponsored Post

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,460
Reaction score
1,136
Points
156
Saya tak faham kelonggaran yang diberi oleh MKN sedangkan R-Naught dah naik 1.07
Sepatutnya kita dah akan achieve 0.9 atau 3 angka pada May ni.
Kat restaurants pun selamba je duduk 1 meja ramai2. Celebrate birthday lagi...hehe
 

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,517
Reaction score
67
Points
40
Zul Yahya - Hayati Ramadhan,Takut lah pada allah jangan takut pada makhluk
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,738
Reaction score
796
Points
121
Saya tak faham kelonggaran yang diberi oleh MKN sedangkan R-Naught dah naik 1.07
Sepatutnya kita dah akan achieve 0.9 atau 3 angka pada May ni.
Kat restaurants pun selamba je duduk 1 meja ramai2. Celebrate birthday lagi...hehe
Nampak gaya beraya kat rumah masing2 je lah camni.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,568
Reaction score
12,561
Points
2,376
COVID-19 | 1,767 Kes Baharu, 12 Kematian

Kes harian COVID-19 di Malaysia hari ni menyaksikan 1,767 kes baharu COVID-19 direkodkan dengan Sarawak mencatat kes tertinggi, 607 kes.

Sembilan kluster baharu pula dikenal pasti selain 12 kes kematian baharu.

#vivoX60Series #PhotographyRedefined

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.


 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,522
Reaction score
261
Points
51

PKPD di beberapa lokasi di Sabah, Pahang mulai esok

pkpdlokaliti_1618312643.jpg

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi di Sabah dan Pahang bermula esok, susulan peningkatan kes COVID-19 di lokaliti terbabit.

PKPD akan dilaksanakan di Pasar Sim-Sim dan perumahan Sim-Sim, Mukim Berhala serta Kampung Sungai Obar, Batu 7, Mukim Sentosa di Sandakan; Taman Villa Mas, Tawau; dan Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud, manakala PKPD yang akan dilaksanakan di Pahang membabitkan empat perkampungan di Temerloh, Pahang.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata empat kampung itu Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Paya Pulai-Kampung Batu 4 dan Paya Pulai-Kampung Batu 5, Jalan Maran, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 di lokaliti terbabit.

Bagi PKPD di Pasar Sim-Sim dan perumahan Sim-Sim, serta Kampung Sungai Obar, KKM sudah melaksanakan 38 ujian saringan di kawasan perumahan Sim-Sim dan daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes positif COVID-19 direkodkan serta 46 ujian saringan dilakukan di Kampung Sungai Obar dan 10 kes positif direkodkan.

Ismail berkata, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.

Beliau berkata, sebanyak 42 ujian saringan pula dilaksanakan di Taman Villa Mas dan daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes positif COVID-19 direkodkan selain KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu serta masih terdapat 35 ujian saringan masih menunggu keputusan.

Katanya, KKM hari ini juga melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di Kampung Melangkap Tomis, dan sehingga kini KKM sudah melaksanakan 31 ujian saringan di lokaliti ini, dan daripada jumlah itu empat daripadanya didapati positif COVID-19.


== berita harian
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,460
Reaction score
1,136
Points
156
Tadi dengar kat radio, pasukan pemantau bazaar Ramadhan kata ramai tak ikut SOP.
Peniaga ikut SOP sebab mereka kena akur untuk cari rezeki.
Tapi pelanggan tak ikut jarak 1m ketika memilih juadah.
Rambang mata kot lihat makanan sedap2
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,522
Reaction score
261
Points
51

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat​

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat


IPOH: Penganjuran Bazar Ramadan di Stadium Perak di sini dikawal ketat, susulan kewujudan kluster komuniti yang dikenal pasti di Jalan Canning Estate, yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan itu, bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, kawalan serta pemantauan bagi prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan oleh pihak berkuasa terdiri dari Jabatan Sukarelawan Malaysia dan pihak polis.

"Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan sentiasa memperketatkan pematuhan SOP dan pihak kami akan sentiasa menerima nasihat daripada Majlis Kesihatan Negara (MKN).

"Pihak MBI juga akan sentiasa patuh pada arahan daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui pemberita di Bazar Ramadan berkenaan pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata Bazaar Ramadan Stadium Perak dilaksanakan dengan laluan khas untuk keluar dan masuk, dengan dikawal oleh petugas.

Tinjauan Bernama mendapati, pengunjung mematuhi SOP dengan merekodkan kehadiran dan mengambil suhu sebelum memasuki kawasan bazar, selain menjaga penjarakan fizikal antara pengunjung.

Seorang anggota Rela yang bertugas, Iskandar Shah, 51, berkata, pengunjung mula membanjiri Bazar Ramadan itu seawal pukul 3.30 petang.

"Para peniaga pula datang melakukan persiapan jualan sekitar pukul 3.00 petang," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Bazar Ramadan Medan Gopeng turut mendapati pengunjung mematuhi SOP ditetapkan, dengan dikawal pasukan keselamatan walaupun kembali dibanjiri pengunjung setelah setahun ia tidak beroperasi.

Menurut peniaga minuman Mohd Hanif Zamzuri, 31, kemeriahan bazar pada kali ini sedikit berbeza, berbanding sebelum kedatangan pandemik COVID-19.

"Dahulu banyak peniaga kerana khemah jualan tiada penjarakan, tetapi sekarang peniaga juga kena jaga jarak namun sambutan masih memberangsangkan," katanya.


== astro awani
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register