Varian Baharu COVID-19 Mutasi Nigeria Di Kesan Di Malaysia
Seorang petugas perubatan sedang menyuntik seorang frontliners dengan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas yang dikenali sebagai Low Dead Volume (LDV) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Bersepadu MAEPS2.0 di Serdang, Selangor, 5 Mac 2021.
05.03.2021 - Pihak berkuasa Malaysia telah menemui dua kes jangkitan virus COVID-19 dari varian baharu yang berasal dari Nigeria, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pada Jumaat. Menurut Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes itu dikesan pada dua warga asing yang baharu tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu dengan varian dari Nigeria yang dikenali sebagai B1.525 itu boleh menyebabkan peningkatan kadar kebolehjangkitan COVID-19 dan berkemungkinan mampu menyebabkan penurun tindak balas imun badan manusia.
"KKM telah menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia. Kes ini adalah dari dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT PCR. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambilkira sejarah perjalanan mereka," kata Noor Hisham dalam satu kenyataan yang dimuatnaik ke laman Facebooknya pada Jumaat.
Noor Hisham bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai dua kes tersebut, termasuk tarikh mereka sampai ke Malaysia serta samada pesakit berkenaan masih dalam rawatan atau sudah dibenarkan keluar. Sejak virus COVID-19 varian Nigeria pertama kali dikesan di United Kingdom dan Nigeria dalam Disember lalu, sebanyak 360 urutan varian tersebut boleh dijumpai dalam pangkalan data GISAID, iaitu satu inisiatif perkongsian data mengenai virus influenza dan coronavirus di peringkat global.
"Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun," kata Noor Hisham sambil menambah rekod tertinggi penemuan varian jenis itu diterima dari Denmark, diikuti oleh UK dan Nigeria.
Berdasarkan maklumat dikongsi Noor Hisham, analisis lanjut yang dijalankan oleh IMR ke atas virus dari dua pesakit turut mendapati bahawa ia mempunyai mutasi 'spike protein' seperti yang dilihat dalam varian B117 dari UK, yang dilaporkan dapat menghindari sistem imun. Sebelum ini, KKM telah mengenalpasti kemasukan varian B117 dalam dua kes berasingan pada bulan Januari dan Februari lalu dengan kes pertama ditemui pada seorang pelajar Malaysia yang baru tiba dari UK, manakala kes kedua pula membabitkan seorang lagi rakyat Malaysia yang pulang dari UAE pada bulan lepas.
Umum Dapatan Bila Kes Menurun
Pengumuman mengenai penemuan varian baharu itu berlaku ketika negara mula merekodkan penurunan kadar kebolehjangkitan COVID-19, dan hari pertama menyaksikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri dilonggarkan kepada PKP Bersyarat. KKM pada Jumaat merekodkan 2,154 kes positif COVID-19 yang baharu, menjadikan jumlah kumulatif individu yang telah dijangkiti meningkat kepada 310,097 orang manakala enam kematian baharu turut dilaporkan, menjadikan jumlah kematian berkaitan pandemik meningkat kepada 1,159 kes.
Pada 24 Feb lepas, kerajaan juga telah melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang mensasarkan untuk menginokulasi 80 peratus populasi negara bagi mewujudkan imuniti kelompok bagi melawan penularan wabak. Fasa pertama program berkenaan dikhaskan untuk 500,000 petugas barisan hadapan, manakala fasa kedua adalah akan melibatkan golongan berisiko tinggi dijangkiti coronavirus seperti warga emas dan pesakit yang mempounyai masalah morbiditi. Fasa terakhir yang akan bermula pada bulan Mei 2021 hingga Feb 2022 adalah untuk baki golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas.
Menurut laman Twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, rekod menunjukkan bahawa setakat jam 3 petang Jumaat, sejumlah 2,024,356 individu telah pun mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Di antara 24 Feb dan 4 Mac, sejumlah 99,616 individu yang dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan telah menerima vaksinasi.
Nafi Potong Barisan
Sementara itu, menurut laporan oleh media tempatan, Menteri Kesihatan Adham Baba telah menafikan dakwaan bahawa wujudnya aktiviti memotong barisan dalam program imunisasi oleh kerajaan. Beliau memberitahu portal The Malay Mail bahawa siasatan yang telah dijalankan mendapati tiada bukti bahawa amalan sedemikian berlaku, sebaliknya menurut Menteri itu perkara berkenaan dipercayai berlaku akibat kekeliruan.
"Saya menafikan wujudnya aktiviti pemotongan barisan. Selepas siasatan, saya mendapati bahawa apa yang berlaku adalah mereka yang sepatutnya menerima vaksin tidak datang atau lewat hadir daripada waktu yang sepatutnya. Isu di sini adalah apabila bebuli vaksin telah dibuka, enam orang hendaklah diberikan suntikan dengan segera. Sewaktu mendaftar, sesetengah daripada individu ini ada di sana, namun apabila tiba waktu untuk disuntik, mereka tiada. Jadi kami terpaksa mencari individu lain bagi mengelakkan pembaziran," kata Adham seperti dilaporkan oleh portal tersebut.
Beliau menegaskan bahawa mereka yang diambil sebagai pengganti juga adalah petugas barisan hadapan, dan bukannya individu yang mendapat giliran tersebut kerana mempunyai pengaruh/hubungan. Penafian Menteri itu dibuat ketika program imunisasi COVID-19 dilanda kontroversi hangat berkaitan dakwaan mengenai petugas barisan hadapan dinafikan giliran mereka bagi memberi laluan kepada individu lain. Pada Khamis, KKM juga telah mengeluarkan satu amaran kepada semua penjawat awam supaya tidak membuat sebarang kenyataan umum yang menyentuh polisi kerajaan tanpa mendapat kebenaran, dan mereka yang didapati bersalah membuat kenyataan umum secara tidak wajar akan dikenakan tindakan.
"Setiap pegawai di KKM dari semasa ke semasa diingatkan supaya memelihara kesopanan dan kesusilaan semasa menggunakan media sosial serta menjaga batas-batas penggunaannya agar tidak terjebak sebagai salahlaku yang boleh dikenakan hukuman tatatertib. KKM memandang serius berhubung dengan salah laku dalam penggunaan media sosial dan kecenderungan pegawai membuat pernyataan awam secara tidak wajar. Setiap kes yang diadukan atau dikenal pasti sekiranya sabit kesalahan, hukuman tatatertib akan dikenakan berdasarkan kepada peraturan yang berkuatkuasa," kata kenyataan tersebut.
Malaysia sehingga kini telah berjaya mengikat perjanjian untuk mendapat 66.7 juta dos vaksin COVID-19 dari lima pembekal antarabangsa termasuk dari China dan Rusia. Vaksin pertama dari Pfizer-BioNTech telah tiba di Malaysia pada penghujung Februari lalu dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merupakan individu pertama mendapatkan vaksin tersebut pada 24 Februari lalu.
Kes sembuh=2,548
Jumlah kes sembuh=289,452 kes
Kes baharu positif=1,680 kes (1,677 tempatan, 3 import)
Jumlah positif=311,777
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=1,166 kes
Kes dirawat di ICU=172 kes
Bantuan Alat Pernafasan=84 kes
Semoga rakyat dapat belajar dan ambil iktibar daripada pengalaman yang lepas untuk mengelakkan kes melonjak secara mendadak kembali. Bantulah diri dan keluarga untuk membantu negara membendung jangkitan Covid-19 di negara kita.
5j ·
Ingatkan panas hingga ke petang
Rupanya JOONG di tengahari.
Ingatkan kes Ganu makin kurang
Rupanya naik lagi gara2 rentas negeri.
Rt Trg pada 5 Mac adalah 0.56
Kes terbaru hari ini melibatkan beberapa keluarga dari Johor Selangor Kuala Lumpur dan Penang balik untuk menziarahi datuk yang meninggal.
Bila ada kematian, kebiasaannya akan ada majlis tahlil. Kenduri tahlil dan lain2 melibatkan perkumpulan keluarga yang agak ramai iaitu sekitar 45 orang. Akhirnya 15 dari mereka disahkan positif Covid 19.
Dalam famili ini ada yang bergejala yang turut serta. Ini yang menyebabkan jangkitan sangat tinggi. Sepatutnya sudah tahu bergejala tangguhkan dulu atau PATUHI SOP sepenuhnya.
Sama seperti kisah di Besut sebelum ini. Beberapa keluarga dari Kuantan dan Johor balik menziarahi nenek yang berumur 100 tahun dan sakit tua. Akhirnya 5 ahli keluarga dijangkiti Covid 19 termasuk nenek ini. Nenek ini akhirnya meninggal jua.
Ada juga kisah jiran disahkan positif Covid 19 hanya kerana menziarahi keluarga arwah.
TOLONG LAH...Kita dah hadap Pandemik Covid 19 ni setahun lebih dah. Bila ramai kes baru maka proses mengesan kontak rapat yang ramai itu akan bermula lagi. Sampai bila lagi kita nak macam ini..
TOLONG LAH ambik iktibar dari kisah ini. Elak perkumpulan famili ramai2 kecuali kita boleh sahkan tiada pembawa Covid 19 dalam keluarga kita. Bila berkumpul ramai2 akan ada risiko pendedahan kepada ramai orang. Apalagi kalau status kesihatan masing2 tidak diketahui.
Kita tak pernah kata tak boleh balik untuk ziarah ahli keluarga yang meninggal atau atas sebab yang lain. Tapi balik lah dengan berhati2 dan PATUH SOP sepenuhnya. Jika tak mampu nak patuh, ELAK itu lebih baik.
Bila rentas negeri tidak dibenarkan rakyat resah gelisah dan marah2. Tapi kalau dibenarkan tanpa ada tanggungjawab DIRI SENDIRI untuk sama2 PATUH SOP ini lah akibat yang akan kita tanggung nanti.
Semua perkara boleh dibenarkan tapi kita semua kena ambik tanggungjawab untuk JAGA DIRI dan JAGA ORANG LAIN dengan PEMATUHAN SOP sepenuhnya. Ini TANGGUNGJAWAB KITA semua bukan tanggungjawab pihak berwajib sahaja.
Pesanan #PKNTrg
Dr Nor Azimi binti Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu
Kenduri tahlil antara punca kes Covid-19 di Terengganu
GAMBAR HIASAN
BERNAMA
Kuala Terengganu: Tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sempurna menjadi antara punca kes baharu Covid-19 di Terengganu hari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata, kes itu membabitkan beberapa keluarga dari Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang balik ke Terengganu untuk menziarahi datuk yang meninggal dunia.
"Apabila ada kematian, kebiasaannya akan ada majlis kenduri tahlil. Bilangan ahli keluarga yang terbabit sekitar 45 orang. Akhirnya, 15 daripada mereka disahkan positif Covid-19.
"Dalam keluarga ini ada individu bergejala yang turut serta. Ini menyebabkan jangkitan sangat tinggi.
"Sepatutnya apabila sudah tahu diri bergejala, tangguhkan dulu perjalanan rentas negeri atau patuhi SOP sepenuhnya untuk mengelakkan jangkitan seperti ini," katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.
Jabatan Kesihatan Terengganu merekodkan 22 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negeri itu 110 kes.
Dr Nor Azimi berkata, pertambahan kes Covid-19 akibat rentas negeri dan berkumpulnya ahli keluarga yang ramai bukanlah pertama kali terjadi kerana sebelum ini turut berlaku di Besut.
"Beberapa keluarga dari Kuantan, Pahang dan Johor balik menziarahi nenek mereka yang berumur 100 tahun dan sakit tua. Akhirnya, lima ahli keluarga dijangkiti Covid-19 termasuk nenek yang akhirnya meninggal dunia.
"Ada juga kisah jiran disahkan positif Covid-19 hanya kerana menziarahi keluarga arwah. Oleh itu, ambillah iktibar dari kisah ini.
"Elak berkumpul sekeluarga beramai-ramai kecuali kita boleh sahkan tiada pembawa Covid-19 dalam keluarga kita.
"Kita tidak pernah kata tidak boleh balik untuk ziarah ahli keluarga yang meninggal atau atas sebab yang lain. Tapi baliklah dengan berhati-hati dan patuh SOP sepenuhnya. Jika tidak mampu hendak patuh, elak itu lebih baik," katanya.
Kuala Terengganu: Tindakan sebuah keluarga berkumpul bagi menghadiri kenduri tahlil dalam jumlah ramai tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang sempurna menjadi antara punca kes baharu Covid-19 di Terengganu hari ini.