BTC USD 62,858.3 Gold USD 1,751.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP2.0 5-18/2/21, 1363 Mati, 2148 Kes Baru

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Hana Hadzrami

23m ·

Berbual dengan rakan staff perubatan yang dah sembuh dari jangkitan Covid. Mereka cuma dapat Covid kategori ringan namun kehidupan selepas sembuh langsung tak sama seperti dulu.

Ada yang hanya kategori 1 namun selepas tamat tempoh kuarantin barulah timbul simptom susah nafas, sakit badan. Padahal sihat tanpa simptom sepanjang kuarantin.

Ramai mengakui berasa seolah-olah masih ada jangkitan walau dah lebih 2 bulan sembuh. Tubuh rasa letih dan sakit badan sepanjang masa. Demam dedar sesekali. Susah nafas dan jantung laju. Ada yang cirit birit tak menentu.

Sesetengahnya tak mampu menjalani kehidupan seharian; nak pakai baju, nak mandi terasa lelah. Jalan terhoyong-hayang. Bawa kereta boleh melencong salah arah. Buat kerja pun asyik tak betul.

Namun majoriti bekas pesakit Covid kategori ringan kerap mengadu tentang masalah ingatan; mudah lupa, sukar fokus, fikiran melayang. Ia dipanggil brain fog. Seolah ada kabus dalam otak. Ada yang terdengar suara-suara yang tak wujud. Ada yang ternampak visual yang sebenarnya tiada.

Rakan saya masih hilang deria bau (anosmia) dan rasa (dysgeusia) walau dah 4 bulan sembuh Covid. Telur goreng yang amat digemarinya dulu, kini terasa amat meloyakan. Tanpa bau, tekstur telur goreng menjadi suatu yang menjijikkan. Begitu juga dengan makanan lain. Hilang berat badan berkilo-berkilo disebabkan tiada selera makan.

60% bekas pesakit Covid akan mengalami masalah deria hidu; dari kurang deria hidu (hyposmia) hinggalah hilang terus deria hidu (anosmia). 50% dari mereka akan terus mengalaminya lebih dari 2 bulan. Majoriti akan sembuh akhirnya namun 5-10% akan kekal anosmik. Masalahnya deria rasa berkait rapat dengan deria hidu. Jika tak dapat hidu maka tak dapat rasa.

Ramai bekas pesakit Covid mengadu agak kecewa kerana tiada klinik khas untuk mereka follow-up tentang simptom long-haul Covid mereka. Mereka sakit tapi tiada tempat mengadu. Para doktor pun tak tahu banyak tentang menangani long-haul Covid kerana penyakit ini baru setahun. Hanya boleh saring jika ada organ terjejas dan berikan kata semangat.

Ada pesakit Covid yang perlu melatih otak mereka dengan deria rasa yang baru. Mereka belajar semula yang rasa begini bermakna manis, atau masin dan sebagainya. Jika tidak, akan terlajak gula dan garam dalam masakan kerana deria rasa dah tak sama.

Begitu juga dengan bau. Perlu dilatih semula otak dengan bauan. Jika tidak, nasi hangit, rumah terbakar atau rakan serumah dah mati berulat pun tak sedar kerana tiada deria bau.
Ini baru Covid kategori ringan. Belum cerita tentang kesan sampingan Covid kategori berat.

Tak dapat saya bayangkan jika saya sendiri mengalaminya.

Saya doakan semua pesakit Covid sembuh sepenuhnya tanpa sebarang mudarat.
.
.
Hana Hadzrami
Yang dah sembuh Covid pun perlu ambil vaksin selepas 3 bulan. Imuniti asli anda hanya bertahan 2-3 bulan sahaja.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376

Kesian
Jangan amik ringan
Sekali dah terkena
Takut seumur hidup merana
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Sebab yang kena tu sihat
Kalau yang dah ada sakit tu lain citee la kan

aah klu ada yg berpenyakit serius masa dapat covid tu dan survived, akan terasa side effect lebih banyak sikit dari yg sihat ni
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
aah klu ada yg berpenyakit serius masa dapat covid tu dan survived, akan terasa side effect lebih banyak sikit dari yg sihat ni

Sebab tak di kongsikan sangat pasal ni atau ramai buat tak tahu je walaupun dah tahu
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Ismail Sabri berkata, sekiranya trend penurunan kes harian Covid-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari KKM dan rakyat boleh pulang beraya di kampung tahun ini

'Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini' - Ismail Sabri
| | 05 Mac 2021

1614906491888.png

Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - "Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Menteri Kanan, (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian Covid-19, ketika ini.

Ismail Sabri berkata, sekiranya trend penurunan kes harian Covid-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

"Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.
"Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam tadi.

Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.
Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai esok manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.

Mengulas mengenai taman-taman rekreasi dan awam di sesetengah negeri yang masih ditutup walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti beriadah dilakukan di situ, beliau berkata sepatutnya ia tidak menimbulkan sebarang isu.

"Kita telah benarkan beroperasi kerana taman-taman ini merupakan tempat terbuka, ia kurang berisiko berbanding tempat tertutup,” katanya menambah orang ramai boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) Pihak Berkuasa Tempatan atau SOP Majlis Keselamatan Negara. - Bernama
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,496
Reaction score
12,462
Points
1,906
Noor Hisham Abdullah

Sebentar tadi ·

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia.

Kes-kes ini adalah dari dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT PCR. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambilkira sejarah perjalanan mereka.

Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut. Ini termasuk mutasi "spike protein" E484K, Q677H, F888L dan rangkaian “protein deletions” serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7. Mutasi "spike protein" E484K juga mendapat perhatian kerana ianya dilaporkan dapat menghindari sistem imun.

Dikenali sebagai B.1.525, varian Nigeria pertama kali dikesan di UK dan Nigeria pada bulan Disember 2020. Sejak dari itu, sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di GISAID, dengan laporan tertinggi dari Denmark (n = 121) , diikuti oleh UK (n = 73) dan Nigeria (n = 56). Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imun.

KKM melalui IMR dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi Nigeria B1.525 ini dan akan memaklumkan masyarakat umum dari semasa ke semasa. Walaupun program vaksinasi sedang dilaksanakan, tindakan kesihatan awam masih perlu diamalkan kerana imuniti kelompak masih belum tercapai. Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.
----------------------------------
The Ministry of Health (MOH) Malaysia has found our first two cases of persons infected with the Nigerian Variant of SARS-CoV-2, also known as B1.525, in Malaysia.

These are from two foreign nationals who had arrived from Dubai, UAE and were found to be COVID-19 positive by a swab RT PCR test. The Institute for Medical Research (IMR) subsequently proceeded to do full genome sequencing due to their travel history.

Further analysis indicated the presence of all the reported mutations corresponding to this variant. This includes protein spike mutations E484K, Q677H, F888L and a similar suite of protein deletions seen in the UK variant B.1.1.7. The E484K protein spike mutation is of high concern as this mutation has been reported to evade the immune system.

Known as B.1.525, the Nigerian variant was first detected in the UK and Nigeria in December 2020. Ever since then, a total of 360 sequences of this variant can be found in GISAID, with the highest submission from Denmark (n=121), followed by UK (n=73) and Nigeria (n=56). The Nigerian variants too may cause increase in transmissibility as well as possible reductions in immune response.

MOH through IMR and the National CPRC will constantly monitor the development of this Nigerian B1.525 mutation and will inform the public from time to time. Even with the COVID-19 vaccination programme underway, public health measures must continue to be practiced as we have yet to achieve herd immunity. The public is advised to always practice personal hygiene by washing their hands regularly, wear their face masks especially in public places, and maintaining physical distancing at all times.

1614912892412.png
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Empat saringan percuma hujung minggu ini

Program saringan Covid-19 secara percuma diteruskan lagi di empat lokasi pada hujung minggu ini. Pada Sabtu, 6 Mac 2021, saringan dijalankan di Dewan Resak MBSA, Subang Perdana, Shah Alam dan Dewan Sebaguna MPSJ, Seri Kembangan. Manakala pada Ahad, 7 Mac 2021, saringan berlangsung di Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan Serbaguna Seksyen 2, Kota Damansara.

154676096_537510537649962_8974311713567444545_n (1).jpg

Warga Shah Alam yang menetap di kawasan berhampiran digalakkan menjalani ujian saringan COVID-19 percuma di Dataran Otomobil, Seksyen 15 pada 7 Mac (Ahad) dari 9 pagi - 4 petang.
 
kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,897
Reaction score
2,726
Points
206
EvtQtnPVEAE1uaJ.jpg

Status Terkini #COVID19, 5 Mac 2021

Kes sembuh=3,275
Jumlah kes sembuh=286,904 kes
Kes baharu positif=2,154 kes (2,149 tempatan, 5 import)
Jumlah positif=310,097
Kes kematian=6
Jumlah kes kematian=1,159 kes
Kes dirawat di ICU=184 kes
Bantuan Alat Pernafasan=87 kes
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register