BTC USD 63,386.7 Gold USD 1,744.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP2.0 5-18/2/21, 1321 Mati, 1510 Kes Baru

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,436
Reaction score
12,443
Points
1,906
Himpunan Tahun Baharu Cina punca lonjakan kes Covid-19 di Sarawak, kata menteri

February 25, 2021 1:30 PM

SWAB_TEST_COVID19_MERU_FMT_12122020-3-1-11.jpg

Sarawak mencatatkan rekod 353 kes baharu Covid-19, dengan 25 kluster aktif semalam.

KUCHING: Majlis perhimpunan sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah faktor utama lonjakan kes Covid-19 di Kuching dan Samarahan, menurut Dr Sim Kui Hian.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan negeri itu berkata, pengesanan kontak sepanjang dua minggu ini menunjukkan perhimpunan sosial di bistro, restoran dan kediaman peribadi sempena perayaan itu adalah penyumbang utama kes yang dilaporkan baru-baru ini.

“Esok (Jumaat) adalah Chap Goh Mei, hari terakhir perayaan Tahun Baharu Cina,” kata beliau di Facebook.

“Ia akan menjadi satu lagi acara ‘panas’ untuk penyebaran Covid-19. Oleh itu, penting untuk terus mematuhi prosedur operasi standard dengan ketat.”





Sim-Kui-Hian-ms-100419-1.jpg

Dr Sim Kui Hian.

Sim berkata, setiap etnik berdepan risiko kerana kes positif berulang kali dikesan dalam acara sosio kebudayaan yang berkaitan dengan perhimpunan besar.
Semalam, Sarawak mencatat rekod 353 kes baharu Covid-19, melepasi angka 300 buat pertama kalinya sejak bermula wabak itu, dengan 25 kluster aktif. Angka harian tertinggi sebelum ini adalah 229 pada 22 Jan.

Sim juga menasihatkan mereka yang berasa tidak sihat untuk tidak pergi bekerja kerana bilangan kluster berkaitan tempat kerja semakin meningkat.
Beliau berkata, majikan harus digalakkan untuk membenarkan pekerja tidak hadir di tempat kerja dan memastikan mereka menjalani ujian calitan.

“Ini adalah cara untuk melindungi tempat kerja mereka dan mengelakkan gangguan kepada operasi pekerjaan,” katanya.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,436
Reaction score
12,443
Points
1,906
1614275064832.png


Kunjungan tahun baru Cina cetuskan kluster di S'wak, 14 positif setakat ini
Diterbitkan 25 Feb 2021, 9:53 pm



Satu kluster baru Covid-19 dikenal pasti di Sarawak, dipercayai daripada kunjungan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan terdapat 14 kes positif dalam kluster Jalan Ho Pin.

Mereka yang positif dipercayai dijangkiti ketika kunjungan perayaan di Samarahan, Serian dan Kuching antara 11 hingga 14 Februari.
Kes indeks adalah seorang wanita berusia 22 tahun yang disahkan positif pada 18 Februari, kata jawatankuasa itu.

"Siasatan lanjut dan pengesanan kontak menemukan 13 lagi kes positif, menjadikan jumlah kes positif kepada 14 setakat ini," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan, seperti dipetik The Star.
Hari ini, terdapat 219 kes baru di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu kepada 8,869 kes. Dua kematian dilaporkan di Sibu.

Kluster Jalan Ho Pin dikenal pasti hanya dua hari selepas Sabah mencatatkan kluster pertama yang berpunca daripada perayaan tahun baru Cina.

Kluster tersebut, iaitu kluster Mawar, melibatkan 15 kes di Sandakan ketika ia mula dikenal pasti. Ia berkaitan dengan majlis makan besar sebuah keluarga pada 12 Februari, menurut Malay Mail.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, sejumlah 19 daripada 53 individu yang disaring berkaitan kluster itu didapati positif.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
78,436
Reaction score
12,443
Points
1,906
Elak kunjung-mengunjung, rumah terbuka Chap Goh Mei, kata Masidi

February 25, 2021 9:55 PM

Masidi-Manjun-bernama-211020.jpg

Masidi Manjun berkata, ia bagi menghindar daripada jangkitan Covid-19 seperti mana berlaku di kluster Mawar, di Sandakan, baru-baru ini. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengingatkan orang ramai agar mengelakkan aktiviti kunjung-mengunjung dan rumah terbuka sempena sambutan Chap Goh Mei, esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, ini bagi menghindar jangkitan Covid-19 seperti berlaku di Kluster Mawar, di Sandakan, baru-baru ini.

Selasa lalu, beliau berkata Kluster Mawar mencatat 15 kes dan siasatan mendapati penularan jangkitan terjadi semasa menghadiri majlis makan malam sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 12 Feb.

Sementara itu, Masidi berkata, daripada 93 kes positif Covid-19 yang dicatatkan hari ini, sebanyak 45 kes (48.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat.

“Selain itu, saringan bergejala 12 kes (12.9%), saringan kluster baharu dan sedia ada 31 kes (33.3%), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan lima kes (5.4%) adalah dari lain-lain kategori.

“Jumlah kapasiti katil di hospital Covid-19 sebanyak 785 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,913 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) serta Penjara pula 1,000 unit.

“Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,698 unit manakala peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 13.78%,” katanya.


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Status Terkini #COVID19, 26 Februari 2021
Kes sembuh=3,085
Jumlah kes sembuh=266,846 kes
Kes baharu positif=2,253 kes (2,246 tempatan, 7 import)
Jumlah positif=295,951
Kes kematian=11
Jumlah kes kematian=1,111 kes
Kes dirawat di ICU=201 kes
Bantuan Alat Pernafasan=93

EvJG54qUYAoMqpF.jpg
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
EvJZFDHUcAACMxy.jpg

COVID-19; 26 Feb 2021

J kes sembuh:3,085
J kumulatif:266,846 (90.2%)

J kes baru:2,253
J kumulatif:295,951

J kes aktif:27,994

Kes local: 2,246 (1,324WN-58.9%, 922BWN-41.1%)
Kes import:7(3WN)

J kematian:11 (8WN)
J kumulatif:1,111(0.38 %)

J kes di ICU:201
Pesakit Intubated: 93
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
#COVID19 Selepas 5 bulan, kes sembuh keseluruhan akhirnya kembali melepasi 90%.

Kali terakhir kes sembuh melepasi 90% pada 27 Sept 2020 dan peratusan terendah, 64% pada 17 Okt 2020.

Kes sembuh keseluruhan setakat ini ialah 266,846 termasuk 3,085 hari ini.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
EvJZFDGUUAE48E0.jpg

Kes positif 2,253 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Februari 2021 adalah seperti berikut:

  • Selangor: 633 kes
    • 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia, Kluster Teknologi Emas, Kluster Jalan Jenjarum, dan Kluster Bukit Putra;
    • 377 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 545 kes
    • 539 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Columbia;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 276 kes
    • 127 kes daripada kluster-kluster, termasuk 64 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Simpang Tiga Muar dan Kluster Jalan Mega Satu;
    • 75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara;
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 250 kes
    • 83 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 129 kes
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merotai Besar;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 122 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 93 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Genting Terang;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 73 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Telekong;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 68 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 25 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 21 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 13 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,363
Reaction score
1,102
Points
156
View attachment 346843

Kunjungan tahun baru Cina cetuskan kluster di S'wak, 14 positif setakat ini
Diterbitkan 25 Feb 2021, 9:53 pm



Satu kluster baru Covid-19 dikenal pasti di Sarawak, dipercayai daripada kunjungan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan terdapat 14 kes positif dalam kluster Jalan Ho Pin.

Mereka yang positif dipercayai dijangkiti ketika kunjungan perayaan di Samarahan, Serian dan Kuching antara 11 hingga 14 Februari.
Kes indeks adalah seorang wanita berusia 22 tahun yang disahkan positif pada 18 Februari, kata jawatankuasa itu.

"Siasatan lanjut dan pengesanan kontak menemukan 13 lagi kes positif, menjadikan jumlah kes positif kepada 14 setakat ini," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan, seperti dipetik The Star.
Hari ini, terdapat 219 kes baru di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu kepada 8,869 kes. Dua kematian dilaporkan di Sibu.

Kluster Jalan Ho Pin dikenal pasti hanya dua hari selepas Sabah mencatatkan kluster pertama yang berpunca daripada perayaan tahun baru Cina.

Kluster tersebut, iaitu kluster Mawar, melibatkan 15 kes di Sandakan ketika ia mula dikenal pasti. Ia berkaitan dengan majlis makan besar sebuah keluarga pada 12 Februari, menurut Malay Mail.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, sejumlah 19 daripada 53 individu yang disaring berkaitan kluster itu didapati positif.


Nak sangat kan bagi peluang pada mereka ni.
Keras kepala mereka ni akan buat MKN fikir banyak kali untuk benarkan rentas negeri semasa Aidilfitri.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
EvJvhquUYAI7iiy.jpg


EvJviyKUcAEpQxQ.jpg

11 kematian termasuk 3 bukan warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian jangkitan COVID-19 di Malaysia; 1,111.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register