Covid-19 UPDATE Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP2.0 5-18/2/21, 1141 Mati, 1555 Kes Baru

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,214
Reaction score
12,111
Points
1,906
Puad mengesyorkan, lebih baik laksanakan PKP seketatnya agar PKP tidak perlu disambung setiap minggu kerana menyusahkan rakyat mendapat sesuap nasi.

PKP longgar lebih susahkan rakyat





22/01/2021



1611296076284.png




KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tegas bukannya separuh masak seperti yang dijalankan ketika ini.

Puad mengesyorkan, lebih baik laksanakan PKP seketatnya agar PKP tidak perlu disambung setiap minggu kerana menyusahkan rakyat mendapat sesuap nasi.

“Betul, lagi lama PKP 2.0 yang longgar ini dilanjutkan, lagi lama ketidakadilan berlaku. Ada yang dibenarkan beroperasi cari makan ada yang tidak boleh cari makan.

“Setuju dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawabPKP yang tegas untuk seketika adalah lebih baik dari PKP separuh masak yang berpanjangan,” katanya.

Puad memberitahu, PKP yang bersambung akan mengakibatkan mudarat yang berpanjangan.

“Mudaratnya berpanjangan. Masalah tidak selesai.

“Masalah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal lama jadi Perdana Menteri sahaja yang selesai,” bidas beliau.

Puad mempersoalkan langkag kerajaan sambung lagi sampai PKP sampai 4Febuari 2021.

Sedangkan kes tetap tinggi. PKP sambung setiap minggu?

“Masalahnya kuatkuasa PKP tidak ketat. Kereta berkeliaran di lebuh raya. Dengar info radio, jalan di KL sesak macam biasa setiap pagi kerana rakyat nak pergi kerja.

Sedangkan Kluster tempat kerja penyumbang “besar. Sekarang ada 11 kluster tempat kerja daripada 16 kluster. Kilang dan tapak pembinaan diberi kelonggaran beroperasi.

“Memang double standard. Kerajaan bukan sahaja tidak konsisten tetapi nampak macam tidak tahu apa nak buat. Tegas atau tidak,” katanya.

Bahkan ujarnya, rakyat tidak boleh makan di restoran. Tetapi orang ramai selamba makan di gerai gerai di pekan kecil dan kampung.

“Maka tujuan darurat gantung Parlimen hanya untuk pekakkan telinga daripada dikritik kerana gagal menangani pandemik Covid-19 malah sudah tidak ada semak and imbang.


 
Sponsored Post

akuehebat

Super Active Member
Joined
Jan 12, 2012
Messages
7,746
Reaction score
496
Points
81
Ab Jalil Backer

58m ·

Puad duit berjuta bolehlah minta PKP diketatkan.
tu la..duit berkepuk2, x kisah la...org y xde duit, harapkan gaji, tentu x mau..
dan kalau katakan buat sebulan pkp y ketat, jamin ke covid 100% lenyap?

pendirian kerajaan skrg ialah, kena trima covid dlm masa sama ekonomi kena berjalan..
ikut ckp, najib buat apa..dia da xde kuasa, sedap la ckp mcm2..sedangkan zaman dia, muhyidin tnya psl ketelusan 1mdb, trus kena pecat dr umno..
 

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,350
Reaction score
53
Points
40
Isham Jalil - keputusan kerajaan PN adalah sebab kenaikan mendadak kes COVID-19 di Malaysia
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,216
Reaction score
1,872
Points
206

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ujian RTK-Ag perlu dibuat seminggu selepas muncul gejala – Dr Noor Hisham
January 22, 2021 2:40 pm

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Penggunaan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) Covid-19 perlu dikendalikan oleh individu terlatih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata untuk mendapatkan keputusan yang tepat, ujian RTK-Ag perlu dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari pertama setelah wujudnya gejala.

“Lebih spesifik untuk kelompok baharu dengan kadar jangkitan positif yang tinggi dan apabila kajian keseirasan menunjukkan tahap kespesifikan yang tinggi.
“Disarankan pengesahan ujian RTK-Ag, apabila sistem kesihatan dibebani. Kepekaan alat ujian (untuk RT-Ag) mestilah lebih dari 80 peratus dan kespesifikan melebihi 97 peratus,” katanya menerusi catatan Twitternya hari ini yang menyenaraikan lima cadangan umum untuk ujian RTK-Ag bagi pengesahan kes Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata kit ujian RTK-Ag digunakan ketika tempoh masa, teknik Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT PCR) lebih dari 48 hingga 72 jam atau jika ujian RT PCR tidak dapat diperoleh.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata bahawa Malaysia adalah antara beberapa negara pertama di dunia yang menggunakan RTK-Ag untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menggunakannya sejak Jun tahun lepas.

Kit berkenaan telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan pematuhan terhadap standard yang diperlukan dan kemudian diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk penggunaan yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat.

Muhyiddin berkata, kit ujian RTK-Ag digunakan sebagai ujian pengesahan di Sabah sejak 5 Oktober tahun lepas sehingga 14 Januari dengan 365,740 ujian RTK-Ag dijalankan dan pengesan kadar positif 3.75 peratus, sekali gus telah memudahkan usaha KKM dalam menguruskan wabak di negeri itu.

Penggujian massa kit ujian RTK-Ag juga telah digunakan untuk menguruskan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja asing di negara ini, kata Muhyiddin.
– BERNAMA
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,214
Reaction score
12,111
Points
1,906
Najib Razak



22m ·

Ya, memang benar. Bursa Saham Malaysia ketinggalan.
Sejak bulan lepas, susulan pengedaran vaksin Covid dan kemenangan presiden Amerika Syarikat Joe Biden, pasaran-pasaran saham dunia mencatat tahap paling tinggi dalam sejarah.
Tapi Bursa Malaysia sahaja yang tidak menunjukkan prestasi yang sama sejak bulan lepas (tengok graf) di mana lain-lain pasaran dalam dunia naik ke paras tertinggi tetapi kita turun.
Malah indeks Bursa Malaysia masih 300 point di bawah paras tertinggi dalam sejarah yang dicatat pada bulan April 2018 sebelum PRU14 walaupun pasaran-pasaran saham lain dalam dunia satu persatu catat paras paling tertinggi dalam sejarah masing-masing.

1611307238121.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,158
Reaction score
12,222
Points
2,376
IMG_20210122_184712_364.jpg

Status terkini COVID-19 setakat 22 Januari 2021

Jumlah kes sembuh baru: 2,554 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 132,706 kes (75.3 %)

Jumlah kes baharu COVID-19: 3,631 kes
Jumlah kumulatif kes baharu: 176,180 kes
Jumlah kes aktif: 42,814 kes

Kes tempatan: 3,625 kes
Kes import: 6 kes (2 WN, 4 BWN)

Jumlah kematian baru: 18 kes (17 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 660 kes (0.37 %)

Jumlah kes di ICU: 251 kes
Pesakit COVID-19 intubated: 102 kes
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,158
Reaction score
12,222
Points
2,376
IMG_20210122_184735_590.jpg


Kes Positif Mengikut Negeri​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,158
Reaction score
12,222
Points
2,376
IMG_20210122_184812_801.jpg


Statistik Terkini COVID19 Di Sarawak​
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,158
Reaction score
12,222
Points
2,376
IMG_20210122_184850_409.jpg


Statistik Terkini COVID19 Di Pulau Pinang​
 
Sponsored Post
Top
Log in Register