Covid-19 UPDATE Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP2.0 5-18/2/21, 1141 Mati, 1555 Kes Baru

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,319
Reaction score
1,545
Points
201
Ebit Lew

8m ·

Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang oku,tiada pekerjaan,anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri. Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8 ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya yer tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew

View attachment 333007
Kesian menteri ni. Sorg3 buat keje.. menteri lain da kene kobit
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,913
Reaction score
220
Points
33
Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri

947343.jpg


SEPANG - Polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) berhubung tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

"Kertas inkuiri telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS.

"Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuaian," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan aktiviti segelintir pesakit Covid-19 berkumpul bermain daun terup hingga mengundang kecaman netizen.

Berdasarkan rakaman video tersebut, tiada wang diletakkan bersama, namun kelihatan paket makanan seperti biskut dan mi segera dipercayai dijadikan sebagai barang pertaruhan.

Setakat Khamis, video itu telah mendapat perkongsian hampir 1,000 selain lebih 300 reaksi daripada pengguna Facebook.


== sinar harian


 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,209
Reaction score
12,111
Points
1,906
Kesian menteri ni. Sorg3 buat keje.. menteri lain da kene kobit
rakyat semua dok berharap pada dia, sebab dia yg mampu menyempurnakan hasrat kebanyakan yg memerlukan

yg menteri menteri tu mana, apabenda la pak menteri ni..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,319
Reaction score
1,545
Points
201
rakyat semua dok berharap pada dia, sebab dia yg mampu menyempurnakan hasrat kebanyakan yg memerlukan

yg menteri menteri tu mana, apabenda la pak menteri ni..
BDR = bekerja dari rumah kot
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,209
Reaction score
12,111
Points
1,906
Berjudi di Maeps: Polis buka kertas inkuiri

View attachment 333027

SEPANG - Polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) berhubung tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

"Kertas inkuiri telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS.

"Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuaian," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan aktiviti segelintir pesakit Covid-19 berkumpul bermain daun terup hingga mengundang kecaman netizen.

Berdasarkan rakaman video tersebut, tiada wang diletakkan bersama, namun kelihatan paket makanan seperti biskut dan mi segera dipercayai dijadikan sebagai barang pertaruhan.

Setakat Khamis, video itu telah mendapat perkongsian hampir 1,000 selain lebih 300 reaksi daripada pengguna Facebook.


== sinar harian
tn hiduprakyat, yg ni tuan boleh bukak thread
nanti ada keputusan siasatan akan dishare :)
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,209
Reaction score
12,111
Points
1,906
Mohamad Jamalee

· 15m ·

Dalam keadaan krisis, pemimpin yang paling kita tak mahu adalah pemimpin yang populis.

Pemimpin yang populis ni apa? Pemimpin yang "Kami dengar suara rakyat dan kami akur".

Rakyat ni dia tak ada data lengkap, dia tak ada 'bird's-eye-view' keadaan semasa, dia tak ada agensi-agensi yang 'feed' dia maklumat dan jangkaan. Pandangan rakyat ni terbatas pada apa sekeliling dia, dan paling pasti, apa yang mudah untuk dia.

Saya sambut baik kelonggaran waktu restoran beroperasi sehingga jam 10 malam, tapi dari aspek lainnya, persediaan SOP krisis, I am seriously not impressed.

Pandangan saya ni bukan bersandarkan keputusan buka restoran sampai pukul 10 malam saja. Ia adalah pandangan akumulatif dari bulan 10 tahun lepas sampailah ke hari ini.
1. Kes meningkat 1000 dan kita dah menunjukkan tanda-tanda kes sporadik, kita masih relaks.
2. Kita dikejutkan dengan kes varian baru yang lebih ganas, tapi kita tak ketatkan kemasukan dan tempoh kuarantin.
3. Kes cecah 3000 dan sistem kesihatan 'overload' baru kita nak bertindak.
4. PKP dan darurat dikuatkuasakan tanpa SOP yang jelas.
5. Rakyat berpusuan dan berpergian bebas tanpa penguatkuasaan ketat.
6. Tiada bantuan yang signifikan yang mampu membuatkan rakyat terus duduk di rumah, yang akhirnya menyebabkan rakyat akan terpaksa keluar mencari rezeki.
7. Restoran yang dibenarkan beroperasi sampai 8 malam dilanjutkan ke 10 malam kerana desakan rakyat.

Apa yang bermain dalam kepala saya adalah - In the first place why did you decide to limit restaurants operation up to 8pm?

Mesti ada sebab kan? Mesti ada perkara yang kerajaan nampak yang boleh membantu secara signifikan pengurangan kes. Tak mungkin kerajaan buat keputusan semudah - "Oh jom tutup semua restoran pukul 8".

Pasti ada justifikasi kuat.

Jadi bila kerajaan dengan mudah kata - "Kami dengar keluhan rakyat dan buka restoran sehingga jam 10 malam" justifikasinya apa? Hanya suara rakyat?

Keputusan sebelum ni, buka sampai jam 8 malam ni pakai petik saja ke?

Too bad lah you memilih nak jadi kerajaan masa krisis begini. Tapi memang dalam sejarah, semua pemimpin yang naik masa krisis kena bersikap tegas dan bukan bersifat populis.

What to do, you chose.

Step up and do what's right lah.

Nak buat semua orang gembira jual aiskrim.
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,748
Reaction score
605
Points
81
Biar mati je la politicians Malaysia nie kena covid

Ganti lapis baru pulak

Rata2 yg ada semua tua2 nak mampus dah pon masih nak berebut jawatan

Bab sembang di no 1... time takyat susah semua sembunyi
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,913
Reaction score
220
Points
33
Lelaki boleh mandul jika dijangkiti Covid-19

View attachment 333008

LONDON – Jangkitan Covid -19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana virus tersebut berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma, demikian amaran dikeluarkan saintis dalam satu penemuan terbaharu.

Dalam satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology kelmarin, penyelidik menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.

“Sistem pembiakan lelaki telah disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu.

“Ini boleh menimbulkan ancaman global terhadap potensi kesuburan lelaki kerana golongan ini lebih mudah mendapat jangkitan Covid-19 berbanding wanita terutama pada usia yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata,” tulis abstrak kajian.

Laporan awal turut menunjukkan kemungkinan penularanCovid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi teruk pada pasangan yang dijangkiti.

Penyelidik telah mengenal pasti empat cara utama di mana virus korona dapat mempengaruhi kesuburan lelaki dengan kaedah pertama adalah pencerobohan yang disasarkan.

Pasukan penyelidik percaya kehadiran reseptor ACE2 (lokasi paling senang dijangkiti koronavirus) di testis menjadikan sel genital atau alat sulit lelaki sebagai sasaran jangkitan yang berpotensi.

Cara kedua adalah menerusi keradangan yang disebabkan oleh virus Covid-19 yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada tisu pembiakan lelaki.

Keradangan di sekitar jantung juga dapat menyekat atau menurunkan bekalan darah ke zakar yang akan mengakibatkan kegagalan ereksi.

Cara ketiga kesan virus korona terhadap kesuburan lelaki adalah menyebabkan keradangan di seluruh sistem badan yang menjadikan tahap hormon kesuburan mereka tidak stabil.

Faktor keempat adalah tekanan perasaan yang diketahui mempengaruhi kesihatan seksual dan telah menjadi isu bagi ramai orang sepanjang penularan wabak ini.

Covid-19 juga dapat meningkatkan tekanan oksidatif badan ke tahap yang tinggi sehingga dapat mempengaruhi bentuk, jumlah, daya maju dan “kemampuan berenang” sperma.

“Lelaki yang dijangkiti Covid-19 perlu diberi konsultasi psikologi bagi mengelakkan ketakutan yang tidak rasional dan tekanan yang berlebihan kerana ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan sistem pembiakan mereka,” kata salah seorang penyelidik, Prof Shubhadeep Roychoudhury. – Agensi


== kosmo

Perlu kaji lagi jika lelaki boleh mandul akibat Covid-19

GAMBAR HIASAN


Kuala Lumpur: Kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan jika jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana virus terbabit berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menjalankan lebih banyak kajian lagi berhubung perkara itu.

"Kita perlukan banyak lagi kajian untuk mengesahkan perkara terbabit," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Terdahulu pihak saintis memberi amaran jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandulan pada lelaki kerana virus itu berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology, penyelidik menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.

Menurut kajian itu, sistem pembiakan lelaki disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu.

Laporan awal turut menunjukkan kemungkinan penularan Covid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi pada pasangan dijangkiti.


== hmetro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register