Covid-19 UPDATE Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, PKP2.0 5-18/2/21, 1135 Mati, 1828 Kes Baru

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,074
Reaction score
12,214
Points
2,376
IMG_20210114_215335_006.jpg

IMG_20210114_215336_387.jpg

IMG_20210114_215338_968.jpg

IMG_20210114_215340_716.jpg

IMG_20210114_215341_482.jpg

Senarai mukim merah di Malaysia mengikut pergerakan 14 hari (1 Jan - 14 Jan 2021)

#JagaNegaraKita
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,149
Reaction score
12,104
Points
1,906
Tun Salleh Abas positif COVID-19


Januari 14, 2021 @ 11:20pm
tun_salleh_abas_1610637626.jpg

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas. - Foto e-mel

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad, Abdul Aziz Peru Mohamed, berkata Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini dan berada dalam keadaan stabil.

"Pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi.
"Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudah segala urusan beliau," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di hospital berkenaan.
Beliau tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya. – BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,149
Reaction score
12,104
Points
1,906
Bekas exco Selangor itu menjalani ujian RTK-Ag secara sukarela untuk memastikan dirinya bebas Covid-19 sebelum berlepas ke Kuantan esok.

Senator Yaakob Sapari positif Covid-19




January 14, 2021 11:59 PM


Yaakob-Sapari_web.jpg

Yaakob Sapari sedang menunggu keputusan ujian ‘polymerase chain reaction’ yang sepatutnya keluar dalam 48 jam.

PETALING JAYA: Senator Yaakob Sapari menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19.

Sumber yang dipetik Malaysiakini berkata, Yaakob disahkan positif hari ini selepas menjalani ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag), sehari sebelum beliau dijadualkan menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan.

Sumber itu berkata, bekas exco Selangor itu mengambil ujian berkenaan secara sukarela untuk memastikan dirinya bebas Covid-19 sebelum berlepas ke Kuantan esok.
“Malangnya, beliau satu-satunya orang yang disahkan positif, manakala anggota lain dalam pasukannya disahkan negatif,” kata sumber itu.


Portal berita itu melaporkan Yaakob sedang menunggu keputusan ujian “polymerase chain reaction” (PCR) yang sepatutnya keluar dalam 48 jam.
Antara acara yang dihadiri Yaakob baru-baru ini ialah sebuah program kebajikan dengan Masdiana Mohamad, isteri Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah antara ahli politik yang dijangkiti Covid-19.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,149
Reaction score
12,104
Points
1,906
"Sekarang kita lihat 3,000 kes sehari, dan jika kita kira guna matematik asas, hanya dalam lima hari kita akan dapat 15,000 kes," kata Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Dr Kuljit Singh.

1610670519264.png



Pesakit Covid-19 mungkin perlu bayar rawatan di hospital swasta


Diterbitkan 15 Jan 2021, 8:03 am

Dikemaskini 8:04 am


Putrajaya telah mula melibatkan hospital swasta dalam usaha menarik mereka ke dalam pertempuran melawan wabak Covid-19 yang semakin meruncing.
Buat masa ini, nampaknya hanya pesakit yang memiliki polisi insurans yang betul atau kemampuan untuk membayar rawatan mereka sendiri yang boleh dirawat di hospital swasta.

Bagaimanapun, tidak ada polisi yang tidak boleh berubah. Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abullah memberitahu Malaysiakini rundingan dengan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta masih berjalan.

Difahamkan, perbincangan awal antara Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) dan pihak berkuasa kesihatan persekutuan berlangsung pada hari Selasa.
Antara lain, dicadangkan agar hospital swasta memperuntukkan 10 peratus katil rawatan biasa dan unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit Covid-19.

Ringkasan pertemuan pada hari Selasa, yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali, telah banyak dikongsi di kalangan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta semalam.

a83352649eae37e1cdd9ee386966cb4f.jpg


Presiden APHM Dr Kuljit Singh memberitahu Malaysiakini mengesahkan pihaknya telah mencapai beberapa perjanjian awal mengenai bagaimana hospital swasta akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM).

Antaranya, hospital swasta perlu menangani pesakit mereka yang didiagnosis dengan virus Covid-19 ketika berada di bawah jagaannya dan tidak merujuk pesakit berkenaan ke kemudahan KKM.

"Sepanjang tahun 2020, Kementerian Kesihatan telah menangani semua kes secara bersendirian termasuk yang dirujuk oleh hospital swasta. Ini keputusan mereka sendiri, dan itu adalah keputusan yang baik, kerana ini merupakan salah satu cara yang baik untuk membendung virus tersebut. .

"Kedua, ini bagi menyesuaikan diri dengan keluk pembelajaran mengenai virus baru ini. Itulah sebabnya mengapa Malaysia adalah salah satu negara terbaik dalam menangani wabak tersebut.
"Sekarang kita mempunyai situasi di mana jumlahnya meningkat sangat tinggi. Jadi, sekarang kita lihat 3,000 kes sehari, dan jika kita mengira menggunakan matematik asas, hanya dalam lima hari kita akan mendapat 15,000 kes. Jadi, sudah tentu hospital tidak akan ada daya kemampuan.

"Sekarang, langkah pertama adalah hospital swasta akan menjaga pesakit mereka sendiri," katanya.
Menurut Kuljit, APHM berharap dapat melaksanakan rancangannya secepat mungkin.

Persatuan ini bekerjasama dengan 146 hospital anggota untuk mengenal pasti keupayaan masing-masing, serta masalah teknikal lain untuk menampung wad pengasingan bagi pesakit penyakit berjangkit.
Terdapat 201 hospital swasta di negara ini.


Siapa bayar: Insurans, poket sendiri, k'jaan?
Bagaimanapun, pada saat ini, usaha awam-swasta itu juga menghadapi masalah lain: Siapa yang akan membayar bilnya?
Walaupun APHM berkata hospital anggotanya tidak mencari keuntungan daripada wabak itu, hospital masih perlu mengenakan bayaran untuk menampung kos dan gaji pekerja kesihatan mereka.

Antara pilihan yang ada adalah meminta syarikat insurans untuk melindungi pesakit dengan kad perubatan, sementara mereka yang mempunyai mampu perlu membayar dari poket sendiri.
Tetapi menurut Kuljit, syarikat insurans agat berat hati mahu berbuat demikian.

"Kerana mereka memandang ini sebagai pandemik dan mereka meletakkan pandemik sebagai kriteria pengecualian (dalam polisi insurans mereka). Kerana apabila mereka perlu menanggung pandemik, mereka rugi banyak. Tetapi kami menggesa syarikat insurans untuk mempertimbangkan kembali hal ini.

"Kita sekarang berada di dalam wabak. Ini darurat. Mereka perlu meneliti semula. Syarikat insurans harus membayar kerana rawatan Covid-19 tidak mahal, cuma banyak pemerhatian, bekalan oksigen dan lain-lain, tetapi tentu saja jika seseorang dimasukkan ke unit rawatan rapi, kosnya akan lebih tinggi," katanya.

31247c6ae5651200665edee58ff3c0af.jpg


Oleh kerana perbincangan masih berlangsung antara Putrajaya, hospital swasta dan syarikat insurans, pihak berkenaan juga meneliti pesakit yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar bil perubatan.

Ini selepas sebahagian daripada perancangan kecemasan termasuklah, Kementerian Kesihatan menghantar pesakit mereka ke hospital swasta jika mereka tidak lagi dapat menampung jumlah kes Covid-19.
Dalam senario ini, Kuljit berkata mereka belum mencapai keputusan mengenai perkara itu, tetapi bersetuju tiada seorangpun yang patut dinafikan rawatan kesihatan.

"Sekiranya kita mencapai tahap di mana orang tidak memiliki (insurans) kad perubatan dan mereka tidak dapat katil di (kemudahan) kerajaan, maka mungkin Kementerian Kewangan dapat memiliki mekanisme untuk membayar bil (rawatan di hospital swasta itu)."

Pengambilan pesakit Covid-19 oleh hospital swasta bagaimanapun boleh dilakukan tanpa kerelaan.

Walaupun APHM berkata pihaknya juga ingin membantu negara ini, namun kerajaan juga memiliki lebih banyak kuasa sekarang selepas pengisytiharan darurat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata semalam antara langkah darurat yang boleh diambil adalah mengenakan kompaun kepada hospital swasta yang enggan menerima pesakit Covid-19.
“Kita bersetuju dengan KKM kalau boleh tidak sampai tahap memaksa lagi, peringkat awal ini kita bincang dengan pihak swasta dan memberi cadangan kerajaan

“Kalau mereka tidak setuju kita boleh guna undang-undang, malah denda kalau tak silap saya sehingga RM5 juta dan boleh dipenjara,” katanya yang juga menteri pertahanan.
Pada ketika berita ini ditulis belum ada lagi Ordinan Darurat baru yang dikeluarkan. Ordnan sebegitu adalah undang-undang khas yang boleh digubal oleh Yang di-Pertuan Agong, tanpa kelulusan parlimen.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,149
Reaction score
12,104
Points
1,906
Semasa PKP tahun lepas, 266 individu membunuh diri dari 18 Mac hingga 31 Okt, iaitu purata 30 kes sebulan.

Kesan PKP yang tersembunyi dan membunuh




January 15, 2021 7:07 AM

Retail-Shops-Retail-shops-Business-Closed-Movement-control-order-Masjid-India-Kuala-Lumpur-300...jpg

Dengan perniagaan ditutup, keuntungan berkurang dan pekerjaan hilang, orang ramai menjadi kecewa, marah, malah berkencerungan membunuh diri, kata pakar psikologi.

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan (PKP) terbaru yang dijangka berkuat kuasa selama empat minggu akan menyebabkan lebih banyak pekerjaan hilang, berkurangnya dan keuntungan dan penutupan lebih banyak perniagaan.

Ia juga bakal membawa keresahan, perasaan marah dan kemurungan, malah peningkatan insiden bunuh diri susulan pengasingan sosial, serta peningkatan keganasan rumah tangga, kata pakar kesihatan mental.
Semasa PKP tahun lepas, sejumlah 266 individu membunuh diri dari 18 Mac hingga 31 Okt, iaitu purata 30 kes sebulan, atau satu kes setiap hari.

Pakar psikologi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Lihanna Borhan berkata, isu kesihatan mental dijangka meningkat melainkan langkah berkesan diambil.



“Kita harus bersiap sedia. Kita tidak dapat menjangka berapa buruk keadaan yang akan berlaku, tetapi akan ada kes. Malah kes bunuh diri dan keganasan rumah tangga juga mungkin bertambah kerana orang ramai berdepan dengan perasaan marah, resah dan kemurungan (semasa PKP),” katanya kepada FMT.

“Perasaan marah mungkin berpunca daripada individu yang terasing di rumah sekali lagi.

“Ramai individu biasa mengikuti SOP, tetapi angkanya mungkin lebih besar daripada sebelum ini. Perasaan kecewa akan meningkat, dan akan mencetuskan kemarahan,” katanya.

Lihanna berkata, rakyat Malaysia pernah mengalami kesan pelaksanaan PKP pada 2020, dan berasa bimbang berhubung kehidupan mereka.

“Perniagaan baharu sahaja beransur pulih. Mereka baharu memulakan perniagaan pada tahun baharu ini. Kini mereka berdepan dengan PKP semula.”

Beliau berkata, ketidaktentuan yang dihadapi semasa PKP berkemungkinan tidak sihat. Justeru, orang ramai tidak harus dibiarkan berasa bersendirian sewaktu berdepan kebimbangan mereka.

Beliau menggesa kerajaan mewujudkan khidmat pesanan yang, antara lain akan menggalakkan orang ramai makan makanan yang sihat dan menjalankan aktiviti fizikal.

“Perlu ada usaha bersepadu antara agensi kerajaan dan NGO. Kita tidak harus membiarkan hanya Berfrienders memikul beban itu. Banyak NGO terlibat dalam hal ini dan dengan usaha bersepadu, banyak yang boleh dicapai,” katanya.

Lihanna bagaimanapun berkata, usaha yang dilakukan tidak harus dilihat sebagai langkah politik kerana orang ramai akan terus menyalahkan ahli politik sebagai punca keadaan hari ini.
Beliau menggesa NGO mengambil langkah mula dengan sokongan agensi kerajaan.

Pengarah Pentadbiran Bukit Aman Ramli Din dilaporkan berkata, kebanyakan kes bunuh diri tahun lepas berpunca daripada masalah hutang (25%), diikuti masalah rumah tangga (24%) dan masalah dalam perkahwinan (23%).

Dalam pada itu, putus hubungan mewakili 15% kes, manakala faktor lain, termasuk tekanan kerja, halusinasi dan masalah mental yang berpunca daripada dadah menyumbang kepada 13% kes.

Bekas presiden Persatuan Psikologi Malaysia Goh Chee Leong berkata, kurangnya interaksi sosial boleh menimbulkan beberapa isu kesihatan mental, termasuk keresahan yang membawa kepada kemurungan.
“Kita adalah makhluk sosial dan kegagalan bertemu kawan-kawan, keluarga dan terpisah dari anggota keluarga boleh membawa kepada keterasingan sosial.

Kurang interaksi boleh membawa kepada masalah mental, terutamanya kemurungan dan keresahan.

“Wujud risiko isu kesihatan mental,” katanya kepada FMT.

Ketua pegawai eksekutif REAL Education Group itu berkata, PKP juga boleh menimbulkan isu kesihatan mental dalam komuniti perniagaan dan kebimbangan pekerja berkait pekerjaan, kehidupan dan kesan ekonomi ke atas mereka.

Hampir 800,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan tahun lepas.

Goh bagaimanapun berharap, oleh kerana rakyat Malaysia pernah berdepan PKP tahun lepas, maka mereka seharusnya mampu menghadapinya kali ini.

Katanya, salah satu kesan positif PKP ialah keluarga berasa terjamin mereka selamat daripada Covid-19 kerana mereka kini bekerja dari rumah.

Beliau berkata, tahun lepas tahap keresahan mungkin lebih tinggi kerana orang ramai mengalaminya buat kali pertama dalam hidup mereka.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,149
Reaction score
12,104
Points
1,906
Mereka akur dengan PKP, namun kesal kerajaan tidak mempertimbangkan pendekatan lebih berhemah bagi membolehkan kedai gunting rambut dibuka tanpa menjejaskan kesihatan awam.

PKP ibarat gunting dalam lipatan untuk tukang gunting rambut?




January 15, 2021 7:30 AM


Gunting-Rambut-FMT.jpg

Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia, TN Winda Tahir berkata, kerajaan tidak patut mengarahkan kedai gunting rambut ditutup terus, sebaliknya mengambil pendekatan lebih berhemah tanpa menjejaskan kesihatan awam.

PETALING JAYA: Jangan jadikan perintah kawalan pergerakan (PKP) gunting dalam lipatan untuk kami – itu rayuan pengusaha kedai gunting rambut yang terkejut dengan keputusan kerajaan melarang mereka beroperasi semasa PKP 2.0.

Pengusaha yang akur dengan keperluan PKP untuk melandaikan lekuk Covid-19, namun terkejut dengan keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengarahkan penutupan kedai gunting rambut, sekali gus menutup periuk nasi mereka.

Hanif Harun, 30, yang baru empat bulan membuka kedainya di Tanjung Karang, Selangor, kini menghadapi masa depan tidak menentu.
“Bagi saya yang baru memulakan operasi, memang untung itu tidak nampak lagi. Dari segi gaji, memang saya sendiri tidak merasa gaji lagi, untung pun tidak rasa lagi.



“Kita baru sahaja nak pasarkan perniagaan kepada penduduk setempat, tiba-tiba jadi lagi macam ini,” katanya kepada FMT.
Beliau bukan sahaja bimbang nasib sendiri, tetapi juga enam pekerjanya.

“Dari segi perniagaan memang terjejas, bukan sahaja saya terjejas, tetapi juga pekerja. Kakitangan saya hanya diberikan gaji dan lebih mengharapkan komisen.

“Tetapi, jika tidak beroperasi, bagaimana pekerja hendak mendapatkan komisen? Jadi, saya terpaksa gunakan wang sendiri untuk diberikan kepada mereka.”

Katanya, beliau boleh “bertahan” jika PKP hanya dua minggu, namun terpaksa mengambil tindakan drastik sekiranya dilanjutkan.
“Setakat ini, memang boleh bertahan sampai hujung bulan ini sahaja. Jika diteruskan memang ‘koyak’ juga. Setiap bulan saya perlukan RM8,000 untuk tanggung operasi.

Gunting-Rambut-FMT_1.jpg

Hanif Harun (dua dari kanan) bersama kakitangannya di kedai gunting rambut yang baru dibukanya empat bulan lalu.

“Memang saya harap selepas 14 hari ini, akan ada toleransi daripada kerajaan.”

PKP 2.0 dikuatkuasakan mulai Rabu lalu di enam negeri, termasuk Selangor yang saban hari mencatatkan jumlah kes tertinggi. Semalam, negeri itu mencatatkan 1,036 kes positif.

PKP membabitkan sekatan perjalanan ketat, manakala pelbagai perniagaan tidak dibenarkan beroperasi sehingga 26 Jan ini, sebelum keputusan dibuat untuk melanjutkan PKP atau sebaliknya.

Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia, TN Winda Tahir menyifatkan keputusan Putrajaya melarang kedai gunting rambut beroperasi amat mengecewakan dan menekan ahlinya.

Beliau akur dengan keperluan langkah tegas untuk membendung Covid-19, namun tidak menyangka kedai gunting rambut akan dilarang beroperasi sama sekali.

“Rata-rata kami menyangka sektor ini dibenarkan beroperasi semasa pelaksanaan PKP 2.0 ini. Justeru, ramai pengusaha kecewa, ramai yang tidak bersedia menerima keputusan ini.
“Mereka belum pulih daripada kesan pelaksanaan PKP terdahulu.”

Katanya, kerajaan tidak patut mengarahkan kedai gunting rambut ditutup terus, sebaliknya mengambil pendekatan lebih berhemah tanpa menjejaskan kesihatan awam.

“Sebenarnya sektor ini tidak perlu dilarang, mungkin boleh hadkan masa operasi atau melalui temu janji sahaja. Ekonomi masih dapat berjalan dan masyarakat juga boleh mendapatkan khidmat kami. Setakat ini, dapat dilihat pengusaha kedai gunting rambut patuh kepada SOP dengan baik.”

Beliau berkata, walaupun SOP PKP 2.0 tidak membenarkan kedai gunting rambut dibuka, pengusahanya tetap perlu menanggung kos sewa premis dan perbelanjaan berkaitan.

Katanya, meskipun pengusaha kedai gunting rambut Bumiputera menghadapi begitu banyak dugaan dan kesempitan kewangan, mereka belum menerima apa-apa bantuan khusus dari Putrajaya.

Winda bimbang ahlinya yang terdesak akan menerima tempahan menggunting rambut di rumah pelanggan, seperti semasa PKP julang kali diadakan tahun lalu, yang mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan virus itu.

Semalam, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan kedai dobi layan diri yang dilarang beroperasi sebelum ini, boleh dibuka di kawasan PKP.

Namun, belum ada berita gembira seumpama itu dari kerajaan untuk pengusaha kedai gunting rambut.


 

myrayyan

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2010
Messages
13,038
Reaction score
61
Points
130
antara job menguntungkan masa pkp/dok rumah ni jadi gamers lah..bukan pkp pun mmg diorg ni dok rumah gak. income msk mcm tu jer tp yg gamer yg btl2 dah stabil lah.

bab gunting rambut tu bos aku import mai opis.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,149
Reaction score
12,104
Points
1,906
Muhamad Harris Nasril

· 3m ·

Di bawah ordinan darurat, kerajaan boleh mengambil alih sebarang bangunan, hanya perlu beri pampasan yang ditaksirkan.
Bangunan itu termasuklah bangunan hospital swasta.
Tumpang tanya doktor swasta selebriti, awak masih nak "kentut bin ketawa" ke?
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,923
Reaction score
173
Points
83
antara job menguntungkan masa pkp/dok rumah ni jadi gamers lah..bukan pkp pun mmg diorg ni dok rumah gak. income msk mcm tu jer tp yg gamer yg btl2 dah stabil lah.

bab gunting rambut tu bos aku import mai opis.
PKP lepas sorang staff ofis aku wakafkan mesin rambut so kasi tapak 1 je
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,074
Reaction score
12,214
Points
2,376
antara job menguntungkan masa pkp/dok rumah ni jadi gamers lah..bukan pkp pun mmg diorg ni dok rumah gak. income msk mcm tu jer tp yg gamer yg btl2 dah stabil lah.

bab gunting rambut tu bos aku import mai opis.
Bab gunting rambut ni paling senang
Beli mesin masa PKP tahun lepas
Orang rumah je jadi tukang gunting
Senang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register