BTC USD 48,549.4 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 145 65.6%
  • Tidak Setuju

    Votes: 41 18.6%
  • Neutral

    Votes: 28 12.7%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 7 3.2%

  • Total voters
    221

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
94% Populasi Dewasa Lengkap Di Vaksin

20.10.2021 - Kuala Lumpur, Jumlah populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencecah 21,993,417 orang atau 94% setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data kementerian kesihatan di portal CovidNow. Dalam tempoh sama, sebanyak 97.3% populasi dewasa atau 22,756,938 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 207,541 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,046,427. Sementara itu, 9,139 dos penggalak kepada kumpulan sasar turut diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 30,756.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 940,960 individu atau 29.9% melengkapkan suntikan vaksin manakala 2,483,693 individu atau 78.9% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula 8 September lepas.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/2021/10/19/94-populasi-dewasa-lengkap-divaksin/
 
Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
658
Points
81

Wahh..dah 94%.. mmg jauh dari target yg kite nak.. πŸ‘πŸ‘
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,294
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,294
Reaction score
15,432
Points
1,906
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin Covid-19 iaitu keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

1634719518166.png

Malaysia berunding agar tiada diskriminasi vaksin - KJ

Diterbitkan: Oct 20, 2021 4:24 PM
β‹…
Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi supaya tidak mengenakan diskriminasi vaksin bagi individu yang mahu ke negara itu bagi urusan mengerjakan umrah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

β€œKita masih berunding dengan Arab Saudi supaya tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin Covid-19 (yang digunakan Malaysia) adalah berkesan dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan korporat Keluarga Malaysia di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin Covid-19 iaitu keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja bagi individu yang mahu ke negara berkenaan.

Pada Julai lepas, negara itu mengumumkan individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm diterima masuk ke negara itu dengan syarat menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.

Khairy dalam pada itu berkata satu ciri baharu dalam MySejahtera akan disediakan bagi membolehkan individu memohon dos penggalak untuk memenuhi syarat negara lain termasuk bagi urusan mengerjakan umrah atau menunaikan haji.

Khairy sebelum ini memaklumkan individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan Arab Saudi boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan suntikan penggalak menerusi aplikasi MySejahtera bermula bulan depan.

Pada majlis berkenaan, KKM menerima sumbangan sejumlah 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Program A’fiat TH 2021 bagi menambah keperluan katil unit rawatan rapi (ICU) di beberapa hospital terpilih.

β€œSumbangan ini bukan sahaja akan digunakan di unit ICU malah di unit lain yang sama penting bagi menguruskan kes bukan Covid-19 dalam fasa transisi kita keluar dari pandemik ini,” kata Khairy yang menzahirkan penghargaan kepada TH atas sumbangan berkenaan.

Menurut menteri itu, sumbangan tersebut merupakan lanjutan daripada Program A’fiat TH 2020 di mana TH menyumbang 57 mesin hemodialisis kepada 42 hospital kerajaan dengan nilai sumbangan hampir RM2 juta.

- Bernama

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Malaysia Masih Runding Dengan Saudi Supaya Tiada Diskriminasi Vaksin

20.10.2021 - Kuala Lumpur, Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi supaya tidak mengenakan diskriminasi vaksin bagi individu yang mahu ke negara itu bagi urusan mengerjakan umrah, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

β€œKita masih berunding dengan Arab Saudi supaya tidak ada diskriminasi vaksin sebab kita dapati semua vaksin Covid-19 (yang digunakan Malaysia) adalah berkesan dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan korporat Keluarga Malaysia di kementerian kesihatan (KKM) hari ini.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin Covid-19 iaitu keluaran Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja bagi individu yang mahu ke negara berkenaan.

Pada Julai lepas, negara itu mengumumkan individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm diterima masuk ke negara itu dengan syarat menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.

Khairy dalam pada itu berkata satu ciri baru dalam MySejahtera akan disediakan bagi membolehkan individu memohon dos penggalak untuk memenuhi syarat negara lain termasuk bagi urusan mengerjakan umrah atau menunaikan haji.

Khairy sebelum ini memaklumkan individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan Arab Saudi boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan suntikan penggalak menerusi aplikasi MySejahtera bermula bulan depan.

Pada majlis berkenaan, KKM menerima sumbangan sejumlah 81 unit katil elektronik bernilai RM2 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Program A’fiat TH 2021 bagi menambah keperluan katil unit rawatan rapi (ICU) di beberapa hospital terpilih.

β€œSumbangan ini bukan sahaja akan digunakan di unit ICU malah di unit lain yang sama penting bagi menguruskan kes bukan Covid-19 dalam fasa transisi kita keluar dari pandemik ini,” kata Khairy yang menzahirkan penghargaan kepada TH atas sumbangan berkenaan.

Menurut menteri itu, sumbangan tersebut merupakan lanjutan daripada Program A’fiat TH 2020 di mana TH menyumbang 57 mesin hemodialisis kepada 42 hospital kerajaan dengan nilai sumbangan hampir RM2 juta.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...supaya-tiada-diskriminasi-vaksin-kata-khairy/
 
yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
658
Points
81
Tak boleh lawan UAE.
Ye btul..uae dah 91% at least 1 dos utk total population..kita baru 77% .. tu pun tgh on going tu..bole cecah 90% jgk kalau remaja dan kanak2 divaksin..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,695
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,695
Reaction score
16,562
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | 94.2 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi

94.2 peratus atau lebih 22 juta individu daripada populasi dewasa di negara ini lengkap vaksinasi COVID-19 setakat semalam.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,294
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,294
Reaction score
15,432
Points
1,906
Berikut merupakan data vaksinasi populasi Malaysia setakat 22 Oktober 2021.

1634957357790.png
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,695
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,695
Reaction score
16,562
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Sumbangan Trak Sebagai PPV Bergerak

Di Sabah, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan menerima sebuah trak yang akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi meningkatkan kadar vaksinasi di daerah berkenaan.

β€˜SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
658
Points
81
IMUNISASI COVID-19 | Sumbangan Trak Sebagai PPV Bergerak

Di Sabah, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan menerima sebuah trak yang akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi meningkatkan kadar vaksinasi di daerah berkenaan.

β€˜SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Sabah dgn kelantan mmg memerlukn sgt bantuan2 mcm ni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Latest Threads General Chat

Top
Log in Register