BTC USD 61,165.8 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 142 66.0%
  • Tidak Setuju

    Votes: 39 18.1%
  • Neutral

    Votes: 28 13.0%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 6 2.8%

  • Total voters
    215

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,683
Reaction score
1,613
Points
201
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 19 September 2021.

Latest percentage of Malaysian adult population vaccination rate as of 19 September 2021.

#LindungDiriLindungSemua

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Malaysia Akan Beri Suntikan Vaksin Covid-19 Tambahan Kepada Golongan Berisiko Tinggi

Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob hari ini mengumumkan Malaysia akan memberikan suntikan vaksin tambahan (booster) kepada golongan yang berisiko tinggi dengan penyakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang. Tindakan Malaysia ini selari dengan apa yang dilakukan di negara Amerika Syarikat, Cuba, Israel dan UK yang memberikan suntikan tambahan kepada golongan-golongan yang berisiko tinggi.

Suntikan tambahan ini akan diberikan apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80%. Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua. Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini. Kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 dan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan dalam masa terdekat.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Pakej Penjagaan COVID-19 Kepada Golongan B40

Pakej Penjagaan COVID-19 Akan Diberikan Kepada Golongan B40 Dalam Bentuk Kit Ujian Kendiri dan Oksimeter;

Selain pengumuman pemberian dos vaksin Covid-19 tambahan kepada golongan berisiko tinggi di Malaysia, Perdana Menteri turut mengumumkan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) hari ini. Kerajaan akan membelanjakan lebih RM471.6 juta bagi membekalkan kit PPV kepada golongan B40 di Malaysia yang terdiri daripada :​
  • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga
  • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga)
  • 1 oksimeter nadi
  • 1 termometer
  • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan
PPC diberikan sebagai langkah persediaan negara ke arah era endemik COVID-19. Usaha ini diharap dapat meringankan beban kewangan dan perbelanjaan isi rumah B40 memandangkan harga siling kit ujian kendiri yang ditetapkan sebelum masih terlalu mahal untuk golongan ini.

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga akan menjadi penerima pakej PPC utama Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak. Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 3.6 juta keluarga B40.​

1632113210984.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | 90% Anggota Bomba Sudah Divaksin

Lebih 90 peratus daripada 14,500 anggota dan pegawai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376

Hampir 9,000 kakitangan taska lengkap divaksin

September 19, 2021 @ 3:31pm

DATUK_SERI_RINA_MOHD_HARUN_taskak_1632036684.jpg


Rina (dua, kanan) meninjau taska yang akan beroperasi dalam negeri-negeri Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok di Taska Nur Hidayu Taman Mawar Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi hari ini.Turut sama Pengusaha Taska Nur Hidayu, Sabariah Abu (tiga, kanan). - foto BERNAMA


SEPANG: Kira-kira 70 peratus atau 8,895 daripada 12,545 kakitangan taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

Beliau yang berpuas hati dengan perkembangan itu, berkata seramai 1,853 kakitangan taska pula telah menerima satu dos suntikan COVID-19 hingga 17 September lalu manakala 1,797 kakitangan lagi sedang menunggu janji temu untuk mendapatkan suntikan.

"Saya minta pengusaha taska untuk pastikan SOP (prosedur operasi standard) dipatuhi bagi memastikan persekitaran taska selamat untuk kanak-kanak," katanya selepas meninjau persediaan operasi taska hari ini.

DATUK_SERI_RINA_MOHD_HARUN_taskak2_1632036689.jpg


Rina (depan tiga kiri) bersama Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Nur Hidayu, Sabariah Abu (depan tiga, kanan) dan kakitangan selepas meninjau dan pemantauan taska yang akan beroperasi dalam negeri-negeri Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok di Taska Nur Hidayu Taman Mawar Perdana, Bandar Baru Salak Tinggi hari ini. - fotoBERNAMA


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 September mengumumkan tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapanya bekerja dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September.

Rina berkata, 2,618 pengusaha taska di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada Bantuan Khas Taska di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang disediakan untuk kelangsungan operasi taska berdaftar JKM.

Katanya, bayaran sudah dibuat mulai 1 September lalu yang menyediakan bantuan sebanyak RM3,000 bagi taska insititusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti manakala RM800 untuk pengusaha taska di rumah.

Bantuan itu untuk meringankan beban pengurusan taska dan membantu proses pengoperasian mereka seperti menanggung kos disinfeksi taska atau barang-barang keperluan lain agar taska dapat mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. – BERNAMA


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,375
Reaction score
15,064
Points
1,906
Malaysia mencapai 80% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.
Tahniah kepada semua!

1632237764968.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Malaysia Capai 80% Populasi Dewasa Negara Lengkap Divaksin

Malaysia hari ini berjaya mencapai kadar 80 peratus populasi penduduk dewasa yang lengkap menerima imunisasi COVID-19.

Berita baik itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman sosialnya.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,868
Reaction score
21,826
Points
1,671
Boleh walk-in

IMG_20210922_094846_609.jpg
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,375
Reaction score
15,064
Points
1,906
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, orang ramai berusia 18 tahun ke atas yang masih belum mendapat suntikan tersebut boleh berbuat demikian di PPV yang menyediakan perkhidmatan itu di setiap daerah.
https://www.utusan.com.my/.../vaksinasi-walk-in-di-perak.../

Vaksinasi walk-in di Perak hingga 31 Oktober​

Datuk-Saarani-Mohamad.jpeg


SAARANI MOHAMAD

  • 22 September 2021, 6:16 pm



IPOH: Pemberian suntikan vaksin Covid-19 secara jumpa terus di 22 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini hanya akan dibuka sehingga 31 Oktober depan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, orang ramai berusia 18 tahun ke atas yang masih belum mendapat suntikan tersebut boleh berbuat demikian di PPV yang menyediakan perkhidmatan itu di setiap daerah.

“Berdasarkan maklum balas, ada penduduk kecewa kerana masih belum mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa mengetahui bahawa mereka boleh mendapatkan vaksin secara jumpa terus di PPV.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas yang belum divaksinasi supaya segera berbuat demikian secara jumpa terus di 22 PPV yang menyediakan perkhidmatan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menurut Saarani, sehingga kelmarin, seramai 1.55 juta atau 83.57 peratus penduduk di negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Katanya, sebanyak 1.15 juta atau 61.94 peratus pula sudah lengkap menerima dos kedua.


“Vaksin secara jumpa terus ini juga dibuka kepada semua warga asing termasuk yang tidak memiliki dokumen dan ekspatriat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register