BTC USD 46,983.4 Gold USD 1,753.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 136 67.0%
  • Tidak Setuju

    Votes: 36 17.7%
  • Neutral

    Votes: 27 13.3%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 4 2.0%

  • Total voters
    203

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Sinovac Tak Termasuk Senarai Di Luluskan Untuk Perjalanan Ke England

18.09.2021 - London, Peraturan perjalanan yang dikeluarkan United Kingdom semalam menyaksikan hampir separuh rakyat Malaysia yang telah divaksin dilarang memasuki England. Di bawah peraturan baru mulai 4 Oktober, hanya pelawat yang menerima vaksin AstraZeneca, Pfizer, Moderna, atau Janssen dari Malaysia yang boleh memasuki England. Laman web kerajaan United Kingdom (UK) di mana peraturan itu diterbitkan tidak menyebut mengenai sinovac. Ini mungkin bermaksud bahawa penerima Sinovac tidak boleh memasuki UK.

Pada masa ini, 46 peratus rakyat Malaysia yang divaksinasi telah menerima vaksin Sinovac. Sinovac diluluskan untuk digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tidak jelas apakah peraturan baru itu juga terpakai bagi perjalanan ke Scotland, Wales, dan Northern Island, yang memiliki garis panduan tersendiri. Laman web kerajaan UK belum mengemas kini garis panduan bagi ketiga- tiga negara ini.

Malaysia diletakkan dalam senarai 'amber list' UK. Mereka yang melawat ke England dari 4 Oktober dan seterusnya, tidak perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum berlepas. Bagaimanapun mereka mesti menempah, membayar dan mengambil ujian Covid-19 pada atau sebelum hari kedua setelah tiba di England. Mereka juga mesti melengkapkan borang pelepasan penumpang pada bila-bila masa dalam tempoh 48 jam sebelum tiba di England.
1631961215074.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
KPLB | Misi Vaksinasi Masyarakat Orang Asli Terima Sambutan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) merekodkan kira-kira 64 peratus atau hampir 92,779 orang, daripada lebih 144,000 orang asli di seluruh negara menerima suntikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Satu, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha kini sedang dilakukan bagi membolehkan golongan remaja bawah 18 tahun dalam kalangan masyarakat itu dapat divaksin dalam kadar yang segera.

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Warga Asing Rebut Peluang Ambil Vaksin

Program vaksinasi tanpa janji temu atau 'walk-in' bagi bukan warganegara yang bermula di Pulau Pinang sejak semalam menerima sambutan menggalakkan.

Empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dipilih menawarkan kemudahan itu bagi mengurangkan kesesakan luar jangka di PPV lain.

Ikuti tinjauan Wartawan Selwam Arjunan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,682
Reaction score
14,738
Points
1,906
Lebih daripada 40 juta dos telah diberikan setakat 18 September 2021, Sabtu.
Daripada jumlah itu, seramai 18,295,014 individu daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin #COVID19.
Cepat dapatkan vaksin masing-masing agar Malaysia mencapai imuniti penuh dengan segera.

1632022770086.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,682
Reaction score
14,738
Points
1,906

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

4j ·

SIARAN MEDIA: HANYA 1.8 PERATUS LAGI UNTUK MENCAPAI SASARAN POPULASI DEWASA YANG TELAH LENGKAP DIVAKSINASI
19 September 2021- Sehingga semalam bersamaan 18 September 2021, Malaysia telah merekodkan 78.2% daripada populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi. Ini menunjukkan, hanya 1.8% sahaja lagi untuk mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi sebagai sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

Sementara itu, 93.1% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya dos satu. Secara keseluruhan, 56% daripada keseluruhan populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 67.2% telah menerima sekurang-kurangnya dos satu.

1632050158822.png

1632050141559.png
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,682
Reaction score
14,738
Points
1,906

Noor Hisham Abdullah

39m ·

Beristiqamah dalam usaha kita berperang dengan Covid-19 serta bertawakkal kepada Allah SWT. InshaAllah ada cahaya dan Noor dihujung terowong

1632055158522.png

Muhaimin Abdullah

6j · Shah Alam, Selangor ·

2 tarikh berbeza diambil pada masa 'peak hours' yang sama di CAC
Ramai dah lengkap dos vaksin dan kes nampak berkurangan, semoga bertambah baik dan kita akan hidup normal seperti biasa nanti..InsyaAllah, Kekal jaga SOP ya dan lengkapkan dose vaksin jika belum..
1f60a.png

#staysafe
— berasa gembira di Malawati Stadium
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,682
Reaction score
14,738
Points
1,906
LAMPIRAN 2

‘Lengan nak disuntik tak cukup’ – KJ​

lengan-tak-cuku.jpg
KHAIRY Jamaluddin (berdiri kiri) bertanya khabar kepada orang ramai yang berada di HSB ketika melawat hospital itu hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI

  • 19 September 2021, 7:56 pm

ALOR SETAR: Kebanyakan pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara semakin sepi dan tidak semeriah seperti sebelum ini selepas hampir 80 peratus populasi dewasa yang berkelayakan menerima divaksin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan itu menyebabkan jumlah vaksin yang dibekalkan sekarang melebihi daripada jumlah ‘lengan’ yang hendak disuntik.

Katanya, kadar vaksinasi di seluruh negara juga didapati sudah tidak mencapai kadar 500,000 sehari seperti sebelum ini.

“Sekarang ini bukan isu bekalan kerana vaksin memang mencukupi. PPV banyak vaksin tetapi ‘lengan’ yang hendak disuntik itu tak cukup.
“Kita dah berusaha sehabis mungkin dengan buka PPV, hantar tarikh temu janji untuk orang ramai dapatkan suntikan tetapi rata-rata PPV kini agak kosong,” katanya selepas lawatan kerjanya ke Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Beliau juga melawat meluangkan masa melawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Sehubungan itu, Khairy berkata, pihaknya akan terus melaksanakan program ‘outreach’ untuk mengenal pasti golongan tegar antivaksin.
Tambahnya, tumpuan tersebut juga diberikan kepada kawasan dan negeri-negeri tertentu yang masih memiliki tahap vaksinasi rendah.

Jelasnya, pada masa ini, tinggal sebanyak 17 peratus penduduk dewasa Kedah yang berkelayakan belum mendapat suntikan tersebut.
“Contohnya kawasan Pendang dan Baling di Kedah serta negeri Sabah. Sekarang ini mungkin dah tak ramai nak keluar ke PPV jadi kita kena jejaki mereka yang belum divaksin ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan majikan dalam sektor tertentu untuk mengenakan syarat supaya pekerja mereka mendapatkan vaksinasi sebelum kembali dibenarkan bekerja.

Selain itu, katanya, perbincangan turut dijalankan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengenal pasti tindakan boleh diambil terhadap penjawat awam yang memilih untuk tidak divaksin.

“Di samping itu, kita minta juga kerjasama semua pihak seperti masjid contohnya supaya betul-betul melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya membenarkan mereka yang sudah divaksin memasuki rumah ibadat tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

yussv

Fun Poster
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
871
Reaction score
162
Points
33

Smlm kt Kajang.. arini tau2 dah kt Kedah.
 
DreamCatcher

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,844
Reaction score
934
Points
176
so far hampir sebulan complete dos ni.. Efek tu makin hilang.. Back to normal balik..

Jgn minum kafeein kalau yg baru amik vaksin, nanti mcm rasa jantung laju
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register