BTC USD 61,098.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 142 66.0%
  • Tidak Setuju

    Votes: 39 18.1%
  • Neutral

    Votes: 28 13.0%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 6 2.8%

  • Total voters
    215

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

Tarian zapin ceriakan PPV sempena Hari Malaysia

Oleh Omar Ahmad- September 16, 2021 @ 12:19pm
[email protected]



JOHOR BAHRU: Walaupun masih dalam pendemik COVID-19, petugas sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Midvalley Southkey di sni menceriakan sambutan Hari Malaysia dengan mempersembahkan tarian zapin kepada penerima vaksin.

Penyelaras PPV Mega Midvalley, Mahdhir Malham, berkata 20 petugas sukarelawan MyVac mengambil bahagian mempersembahkan tarian zapin kepada penerima vaksin ketika PPV itu dibuka pagi tadi.

Sepanjang hari ini, lagu patriotik dan semangat cintakan negara akan dipasang di PPV itu sebagai suntikan semangat kepada penerima vaksin dan petugas.

"Bukan itu sahaja, lebih 70 petugas sukarelawan MyVac dan juga petugas kesihatan pelbagai kaum yang berada di sini turut mengenakan pakaian tradisional termasuk baju kurung, kebaya, baju Melayu, sari, kurta, cheongsam serta samfoo.

"Pembukaan PPV pada pagi ini dimulakan dengan lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor, sebelum tarian zapin dipersembahkan. Tepukan gemuruh kami terima daripada penerima vaksin, ternyata semangat dan perpaduan kaum amat dirasai.

"Kita tidak mahu pendemik ini menghalang keceriaan dan semangat sambutan Hari Malaysia. Senyuman setiap petugas dan penerima vaksin amat bermakna kepada kami," katanya ketika ditemui di PPV Mega Midvalley, hari ini.

Bagi petugas sukarelawan MyVac, D Indumathi, 24, sempena Hari Malaysia dia mengenakan pakaian kurung moden yang dipinjam daripada rakannya.

Katanya, rasa lebih bersemangat apabila mengenakan pakaian tradisi pelbagai kaum dan bertugas dalam suasana perpaduan yang mesra.

"Saya berbangga mengenakan pakaian kaum Melayu, seronok datang bertugas hari ini, apabila rakan sukarelawan lain juga mengenakan pakaian tradisi India iaitu sari. Saya berharap perpaduan ini dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, sukarelawan MyVac, Cynthia Fong, 23, bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

Katanya, mereka bukan sahaja bertugas membantu barisan hadapan melengkapkan dan melancarkan proses pemberian vaksin, tetapi mesra sebagai rakyat Malaysia.

Sejak dibuka pada Julai tahun lalu, PPV ini sudah memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada kira-kira 225,000 penerima.

16921omar1_1631765963.jpg


Seramai 20 Sukarelawan MyVac mempersembahkan tarian Zapin dihadapan penerima vaksin sempena Hari Malaysia di PPV Mega Midvalley Johor Bahru, hari ini. - Foto NSTP/Omar Ahmad


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

58.8 peratus populasi dewasa Pahang lengkap imunisasi

Oleh Asrol Awang- September 16, 2021 @ 2:42pm
[email protected]

0915rsvaksin_1631774519.jpg


Gambar hiasan. - NSTP


KUANTAN: Seramai 691,258 penduduk atau 58.8 peratus populasi dewasa di Pahang sudah lengkap divaksin COVID-19, setakat semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, berkata seramai 960,126 penduduk atau 81.7 peratus populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Beliau berkata, seramai 26,048 orang pula yang sudah berdaftar sedang menunggu untuk menerima dos pertama.

"Namun masih ada 189,626 orang dewasa atau 16.1 peratus yang masih belum berdaftar.

"Berdasarkan bekalan vaksin yang diterima, kita sasarkan sebanyak 100 peratus populasi dewasa berjaya disuntik sekurang-kurangnya satu dos pada akhir bulan ini.

"Pelbagai strategi disusun di semua daerah bagi merancakkan proses vaksinasi.

"Peluang dan ruang untuk mendapat suntikan terbuka luas dan diharapkan warga Pahang yang masih belum mendaftar segera berbuat demikian supaya sasaran mencapai 100 peratus menerima dos pertama akhir bulan ini tercapai," katanya menerusi kenyataan Facebook, hari ini.

Bermula semalam, Dr Nor Azimi berkata, program vaksinasi remaja dengan komorbid sudah dilakukan di lima hospital di Pahang.

Katanya, lima hospital berkenaan ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini; Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH), Temerloh; Hospital Lipis, Hospital Pekan dan Hospital Bentong.

"Bermula 20 September ini, program vaksinasi akan diperluaskan kepada semua pelajar berumur 16 dan 17 tahun.
"Penyelarasan sedang dibuat bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376

PPV warga asing akan guna sistem kupon nombor elak sesak

Oleh Zuhainy Zulkiffli- September 16, 2021 @ 6:45pm
[email protected]

kesSOP-16_1631789356.jpg


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (tengah) melakukan pemeriksaan aplikasi MySejahtera. - NSTP/Danial Saad


GEORGETOWN: Sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terbabit dalam urusan vaksinasi secara 'walk-in' kepada warga asing di negeri ini bermula esok, juga akan menggunakan sistem penggiliran nombor.

Kaedah itu digunakan bagi mengelakkan kesesakan ketika proses pemberian vaksin di PPV yang berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini program pemberian vaksin di PPV Pulau Pinang berlangsung dalam keadaan teratur dan dijangka tidak ada masalah bagi pengunjung yang walk-in.

"Seperti inisiatif walk-in kepada warga tempatan sebelum ini, kita akan gunakan sistem penggiliran yang mana 500 nombor akan diberi dan mereka akan diarah pulang jika jumlah yang hadir melebihi angka itu.

"Namun, polis akan terus melakukan pemantauan di lokasi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil jika masih ada pihak yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan," katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily bersama Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong melakukan tinjauan pematuhan SOP di pusat beli belah di Persiaran Gurney; Pantai Shamrock dan Pantai Miami di Jalan Batu Feringghi, di sini.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sebanyak empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dipilih bagi pelaksanaan pemberian vaksin secara 'walk-in' kepada warga asing di negeri ini bermula esok.

Empat PPV berkenaan adalah di Pusat Konvensyen Setia SPICE; Dewan Milenium; SP Arena dan Dewan Serbanguna Sungai Bakap dengan waktu operasi bagi warga asing bermula pada jam 2 petang setiap hari.


 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,682
Reaction score
1,613
Points
201
Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 17 September 2021.

Latest percentage of Malaysian adult population vaccination rate as of 17 September 2021.

#LindungDiriLindungSemua

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
77.5% Penduduk Dewasa Lengkap Vaksin COVID-19

18.09.2021 - Kuala Lumpur, Pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara merekodkan peningkatan apabila 238,002 dos disuntik semalam, berbanding 202,298 dos kelmarin. Ia menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang sudah diagihkan bertambah kepada 39,923,416 dos sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari lalu. Portal COVIDNOW oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan, jumlah penerima dos lengkap vaksin di Malaysia kini melonjak kepada 18,135,561 individu atau 55.5 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bilangan penerima sekurang-sekurang satu dos vaksin COVID-19 turut melonjak kepada 21,861,904 orang, yang merangkumi 66.9 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah itu bersamaan dengan 77.5 peratus penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas bagi penerima lengkap vaksin, dan 92.9 peratus bagi individu dewasa yang menerima sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan kapasiti vaksinasi harian semasa, KKM menjangkakan imuniti kelompok iaitu 80 peratus populasi negara lengkap divaksin, boleh dicapai menjelang 16 Disember depan atau kira-kira tiga bulan lagi.

Setakat semalam, sejumlah 24,178,099 individu mendaftar sebagai penerima vaksin, dengan 2,316,195 daripadanya sedang menunggu untuk menerima dos pertama. Bagaimanapun, sejumlah 8,479,301 orang atau kira-kira 25.9 peratus daripada lebih 32 juta rakyat Malaysia masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin buat masa ini. Ia sekali gus menyaksikan, jumlah individu yang berdaftar sebagai penerima vaksin masih belum mencecah 80 peratus daripada populasi negara, dan memerlukan sekurang-kurangnya enam peratus atau sekitar dua juta individu untuk mencapai angka berkenaan.

Dalam pada itu, Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) kekal mencatat peratusan tertinggi bagi populasi yang menerima vaksin lengkap dengan 77.3 peratus daripada keseluruhan penduduknya. Ia disusuli Labuan (67.3 peratus), Negeri Sembilan (66.6 peratus), Sarawak (64.6 peratus), Perlis (58.7 peratus) dan Melaka (55.1 peratus). Selain itu, hanya dua negeri iaitu Sabah dan Kelantan yang masih merekodkan peratusan populasi menerima vaksin lengkap di bawah 40 peratus, dengan masing-masing mencatatkan 37.9 peratus dan 36.2 peratus.​

1631935276568.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
COVID-19 di Malaysia
Laman web rasmi kerajaan Malaysia untuk data dan analisa tentang COVID-19
Dikemaskini 18 Sep 2021, 7:00 am

1631935370373.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Makin Ramai Masyarakat Orang Asli Terima Vaksin

Jika sebelum ini ramai masyarakat orang asli di Pos Balar, di Gua Musang, Kelantan mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum menerima vaksin.

Namun hasil penerangan dan penjelasan pelbagai pihak mengenai manfaat vaksin serta keperluan sijil digital vaksinasi, ramai yang tampil untuk menerima suntikan vaksin pada Program Outreach Vaksinasi yang diadakan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
COVID-19 di Malaysia
Laman web rasmi kerajaan Malaysia untuk data dan analisa tentang COVID-19
Dikemaskini 17 Sep 2021, 7:00 am

1631935620006.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Sukarelawan Gigih Cari Penerima Vaksin

Kadar vaksinasi yang rendah di Sandakan, Sabah, memerlukan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mencari inisiatif termasuk memberi penerangan lebih jelas kepada pelbagai kelompok masyarakat di daerah itu.

Langkah itu termasuk mewujudkan pasukan sukarelawan tempatan yang lebih mengetahui budaya setempat, sekaligus memudahkan usaha pemberian vaksin.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register