BTC USD 42,905.7 Gold USD 1,764.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 136 66.7%
  • Tidak Setuju

    Votes: 36 17.6%
  • Neutral

    Votes: 27 13.2%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 5 2.5%

  • Total voters
    204

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Tingkat Vaksin Di Kawasan Berisiko Tinggi

Dengan pencapaian kadar vaksinasi per kapita negara ini antara yang terpantas di dunia ketika ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilihat berada di landasan tepat dalam mengurangkan jumlah kes pesakit yang dimasukkan ke hospital atau wad unit rawatan rapi (ICU).

Momentum itu dijangka akan dapat ditingkatkan apabila kadar pemberian suntikan vaksin COVID-19 seluruh negara melebihi 50 peratus kelak terutamanya di Lembah Klang.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Kerajaan Kekal Tidak Wajibkan Vaksin COVID-19

Kerajaan kekal dengan pendiriannya untuk tidak mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata semua vaksinasi yang lain juga tidak diwajibkan dan diambil secara sukarela.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
COVID-19| UK Sumbang 415,000 Vaksin Astrazeneca Kepada Malaysia

Malaysia bakal menerima 415, 000 dos vaksin COVID-19 jenis Astrazeneca hasil sumbangan United Kingdom.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata perkara itu diumumkan rakan sejawatnya, Setiausaha Luar Dan Hal Ehwal Komanwel UK, Dominic Raab.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,747
Points
1,906
MMA Sabah berkata vaksin CanSino sesuai untuk diberikan kepada penduduk yang mengalami kesukaran untuk ulang alik ke pekan atau bandar.

Vaksin CanSino paling ideal untuk Sabah, kata persatuan​





July 29, 2021 9:30 AM


CanSino-vaccine-AFP.jpg


MMA Sabah menyambut baik jaminan yang diberikan oleh kerajaan pusat untuk memberi keutamaan kepada Sabah mendapat bekalan vaksin CanSino. (Gambar AFP)

KOTA KINABALU: Vaksin berdos tunggal Covid-19 jenis CanSino sangat ideal untuk digunakan penduduk negeri ini, khususnya bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman, kata Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sabah, Dr Kew Seih Teck.

Beliau berkata, vaksin CanSino sesuai untuk diberikan kepada penduduk yang mengalami kesukaran untuk berulang alik ke pekan atau bandar terdekat berikutan faktor pengangkutan serta keadaan jalan yang tidak begitu baik untuk pasukan kesihatan datang ke kawasan mereka.

Katanya, dengan vaksin CanSino juga, program jangkauan yang sedang dilaksanakan kerajaan dapat dipermudahkan seterusnya mempercepatkan lagi program vaksinasi di kawasan pedalaman atau luar bandar.
“Pendaftaran (untuk mendapatkan vaksin) menerusi aplikasi MySejahtera bermasalah di kawasan pedalaman kerana ketiadaan akses internet dan ini menyukarkan penduduk kampung.



“Bagaimanapun dengan adanya vaksin CanSino, ia pasti meningkatkan lagi program ‘outreach’ yang kini dilaksanakan kerajaan kerana vaksin itu hanya memerlukan satu dos saja,” katanya kepada FMT.

Kew berkata, beliau menyambut baik jaminan yang diberikan kerajaan pusat untuk memberi keutamaan kepada Sabah bagi menerima bekalan vaksin CanSino.

“Saya diberitahu Sabah akan dibekalkan dengan vaksin CanSino dan diharapkan ia akan sampai pada Ogos seperti yang dijangka. Kemenangan kita ke atas cabaran pandemik Covid-19 ini, jawapannya adalah program vaksinasi yang berkesan,” katanya.

Terdahulu sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan Sabah akan diberi keutamaan untuk mendapat bekalan vaksin CanSino.

Jaminan itu diberikan kepada Ketua Menteri Hajiji Noor dalam pertemuan secara maya antara dua pemimpin berkenaan baru-baru ini.
Menurut laporan juga sebanyak tiga juta bekalan vaksin itu tiba di negara ini pada bulan depan.

Baru-baru ini juga, Hajiji berkata, Sabah mensasarkan sekurang-kurangnya 60% daripada penduduknya telah menerima vaksin menjelang Okt ini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
FB_IMG_1627538448396.jpg

🔵 Status Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)

-Infografik-

JKJAV Khairy Jamaluddin
#lindungdirilindungsemua #menangbersama
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
IMUNISASI COVD-19 | Kadar Vaksinasi Harian Lebih 500,000 Dos

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, terus konsisten dalam pemberian vaksin harian, dengan jumlahnya melebihi 500,000 dos, untuk tiga hari berturut-turut.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, jumlah itu termasuk 552,701 dos suntikan vaksin dilaporkan dilaksanakan di seluruh negara semalam.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
FB_IMG_1627577370142.jpg
FB_IMG_1627577372269.jpg


204 orang masyarakat orang asli dari suku kaum Temuan menerima suntikan vaksin sempena Program 'Outreach' Vaksinasi COVID-19 Daerah Kuala Langat di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Banting, hari ini.

📸Johari Ibrahim
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
IMG_20210730_144321_413.jpg

Pulau Aman, di Pulau Pinang yang dikategorikan sebagai Zon Hijau COVID-19 sudah mencapai status imuniti kelompok apabila keseluruhan populasi dewasa lengkap menerima suntikan vaksin.

Ia selepas 156 penduduk di kawasan itu selesai menerima suntikan dua dos vaksin menerusi Program 'Outreach' vaksinisasi yang diadakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,206
Reaction score
14,987
Points
2,376
IMG_20210730_144427_691.jpg

Selepas kejayaan mencapai imuniti kelompok bagi membendung COVID-19, Wilayah Persekutuan Labuan kini bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia antara 12 hingga 17 tahun sebaik sahaja mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Persekutuan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata rancangan pelaksanaan vaksinasi yang komprehensif telah disusun untuk mencapai hampir 100 peratus imuniti bagi kira-kira 103,000 penduduk di pulau bebas cukai itu.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,772
Reaction score
14,747
Points
1,906
https://suara.tv/.../agong-zahir-penghargaan-kepada-raja.../

Agong Zahir Penghargaan Kepada Raja Salman Atas Sumbangan Untuk Covid-19 Kepada Malaysia​



30/07/2021

YDP-Agong-Al-Sultan-Abdullah.jpg



CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Yang Mulia Raja Salman Abdulaziz Al Saud atas sumbangan sejuta dos vaksin AstraZeneca dan 4.5 juta unit peralatan perubatan bernilai 5 juta USD bagi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19.

Dalam kenyataan media Istana Negara, Baginda bertitah sumbangan ini jelas membuktikan persahabatan dan hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama di antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara. Semoga sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Terdahulu, Arab Saudi menghantar tiga kapal terbang penuh dengan bantuan 5 hari selepas perbualan Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin dan Putera Mahkota Mohammad bin Salman.

FB_IMG_1627643836892.jpg

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berdua juga turut mengambil kesempatan menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan pandemik COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.

“Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Yang Mulia Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud atas sumbangan ini yang tiba di Malaysia menerusi dua buah pesawat Saudia Airlines semalam dan sebuah lagi hari ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai kemurahan hati Yang Mulia Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang telah menitahkan Pusat Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) supaya segera menyalurkan sumbangan vaksin dan peralatan perubatan kepada Malaysia.

” Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Negeri YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein atas pelaksanaan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam menjayakan sumbangan bekalan vaksin dan peralatan perubatan ini.” titah Baginda berdua, sebentar tadi.

Menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, turut menyampaikan ucapan terima kasih Baginda kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Datuk Dr. Mahmoud Hussien Saeed Qattan dan kerajaan Arab Saudi atas sumbangan ini. – SuaraTV

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register