BTC USD 42,047.8 Gold USD 1,777.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 137 66.8%
  • Tidak Setuju

    Votes: 36 17.6%
  • Neutral

    Votes: 27 13.2%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 5 2.4%

  • Total voters
    205

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Kuarantin Di Rumah Jangkit Ramai Orang, Segerakan Vaksin Semua - Dr. M

27.07.2021 - Kuala Lumpur, Kuarantin kendiri di rumah bagi pesakit Covid-19 tidak bersesuaian kerana boleh menjangkiti keluarga atau rakan, kata Ahli Parlimen Langkawi. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hal itu kerana sebilangan besar pesakit tersebut mungkin tidak diasing sekali gus akan merebakkan jangkitan kepada orang lain.

“Tahap jangkitan bagi 17,000 pesakit ini tidak sama. Sudah tentu hanya segelintir sahaja akan dirawat dan dimasukkan ke hospital manakala yang kurang serius pula mencecah ribuan kes dan terpaksa kuarantin di rumah. Mereka tidak dapat dikuarantin dengan betul, mungkin ada yang tidak diasingkan dan kesudahannya individu serumah pula akan keluar tanpa sedar sebenarnya menyebarkan wabak itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata kes Covid-19 akan berterusan meningkat, malah daripada 17,000 kes baharu hanya 1,000 sahaja dapat dimasukkan ke hospital. Justeru, beliau menggesa kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Semakin besar bilangan pesakit yang dikuarantin di rumah, semakin banyak jumlah kes baharu. Oleh itu, satu-satunya jawapan adalah vaksinasi. Dos vaksin 500,000 sehari tidak cukup. Vaksinasi percuma ini harus diberikan kepada semua individu dengan kadar segera,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/07/dr-...h-jangkit-ramai-orang-segerakan-vaksin-semua/
 
Sponsored Post

paraducks

Junior Member
Joined
Sep 20, 2019
Messages
98
Reaction score
22
Points
21
Dah dapat 1st dos sejam tadi. Lengan kebas je lagi, kepala agak pening. Dapat pfizer.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Selvax Komuniti - Lebih 1,000 Penduduk Kinrara Di Jangka Terima Suntikan

27.07.2021 - Shah Alam, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara menjangkakan lebih 1,000 penduduk akan hadir bagi mendapatkan suntikan pelalian di bawah Program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti hari ini. Ng Sze Han berkata program bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu akan diadakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Aurora Place, Bukit Jalil.

“Kita telah hantar nama penerima yang layak menerima suntikan Selvax kepada pihak Selcare dan mereka akan menyampaikan info untuk penduduk menerusi mesej. Harap mereka yang dapat janji temu itu hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin Puchong Indah di Dewan Serbaguna MBSJ, di sini, semalam. Sze Han berkata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima 2,500 peruntukan dan beliau akan menggunakan lebihan itu untuk diberi kepada pekerja KDEB Waste Management (KDEBWM).

“Kita peruntuk dos Selvax untuk esok kira-kira 1,000 dos dan lebihan itu akan diberi kepada kakitangan KDEBWM terutama yang bekerja di lapangan dan belum menerima vaksin,” katanya.

Selvax Komuniti bakal memanfaatkan 250,000 penduduk Selangor khususnya warga emas dan OKU membabitkan 500,000 dos. Maklumat berkaitan program tersebut boleh dicapai dengan melayari laman sesawang http://vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/07/pakatan-desak-isu-batal-ordinan-darurat-dijawab-segera/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Warga asing dapat beksin, happy lain macam. orang kita suruh cucuk veksin, mcm2 alasan ..

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Saringan Bersasar Ikut Saranan WHO - Pengerusi STFC

27.07.2021 - Selangor, Langkah Kerajaan Selangor mengadakan saringan Covid-19 besar-besaran sejak tahun lalu selaras gesaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mengawal perebakan wabak, kata Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC). Berucap sebagai ahli parlimen Kuala Selangor pada Mesyuarat Khas Parlimen hari ini, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kaedah FTTIS (cari, uji, kesan, asing, sokong) digunakan dalam saringan diperkenalkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sejak tahun lalu.

Menurutnya analisa menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dilakukan pihaknya bagi membuat jangkaan titik panas sebelum saringan bersasar dilaksana dan ini tidak dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) yang hanya menumpukan kepada pemeriksaan kontak rapat pada waktu itu.

“Kami melakukan saringan bersasar sebelum berlaku kluster dan menerusinya kita mendapati ada kawasan jangkitan positifnya melangkaui lebih 20 peratus. Andai tidak dilakukan inilah menyebabkan terjadi perebakan dan menjangkiti komuniti, jangkitan boleh berlaku dua arah sama ada dari rumah atau di tempat kerja,” katanya berucap selama 55 minit pada sidang hari kedua itu.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya memulakan perbahasan mewakili ahli parlimen memberi laluan kepada Dr Dzulkefly selepas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyampaikan penerangan berhubung peranan kerajaan mengawal Covid-19. Beliau berkata saringan komuniti Selangor itu selaras dengan ‘mantera’ WHO yang menekankan pelaksanaan FTTIS bagi mengawal perebakan wabak.

“Mantera WHO tekankan kita laksana FTTIS, KKM lambat hendak belajar, angka kes tidak boleh ditutup,” katanya.

Fasa pertama Saringan Komuniti dilancarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 hingga PKP 2.0 melibatkan lebih 26,000 individu manakala 97,565 individu diuji sepanjang 8 Mei hingga 10 Jun lalu bagi fasa dua. Pada fasa ketiga, seramai 5,582 individu menjalani saringan anjuran Kerajaan Negeri di lapan kawasan DUN. WHO menyarankan pihak berkuasa melaksanakan FTTIS sebagai tindakan pantas mengawal perebakan wabak Covid-19.​

1627368336001.png
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,085
Reaction score
2,377
Points
201
Elak Kesan Tidak Di Ingini, KKM Kongsi Panduan Lepas Dapat Vaksin

26.07.2021 - Kuala Lumpur, Vaksin membantu menguatkan pertahanan badan daripada serangan Covid-19. Susulan itu, kesan buruk jangkitan virus ke atas kita dapat dikurangkan. Namun selepas suntikan, individu disaran elakkan kegiatan jasmani yang berat selama tujuh hari bagi membolehkan badan membina kekebalan dengan lebih baik. Selain itu, seseorang mungkin mengalami beberapa kesan tidak diingini seperti bengkak di tapak suntikan, pening, sakit sendi, letih atau menggigil.

Kesan tidak diingini
  • bukan semua penerima vaksin alami kesan tidak diingini selepas suntikan (adverse events following immunization atau AEFI)​
  • kebanyakan kita alami gejala ringan seperti berikut dan sembuh dalam beberapa hari:
    (a) kerengsaan, bengkak atau kemerahan di tapak suntikan
    (b) pening, sakit otot dan sakit sendi
    (c) rasa letih
    (d) mual
    (e) demam
    (f) menggigil​
  • elak memandu atau mengendali mesin hingga kesan ini hilang​
  • jarang berlaku bengkak pada kelenjar​
  • mungkin alami alahan seperti ruam yang gatal, sesak nafas dan bengkak pada muka atau lidah​
  • dapatkan rawatan segera jika alami sebarang AEFI atau reaksi alahan teruk​
Jika saya demam?
  • mungkin berlaku dalam tempoh 48 jam selepas suntikan​
  • dapatkan rawatan segera jika:
    (a) demam berlarutan selepas 48 jam
    (b) alami gejala jangkitan Covid-19
    (c) tinggal dengan individu positif virus
    (d) tinggal dengan individu yang ada gejala​
Jika ada kesan tidak diingini?
  • dapatkan nasihat dan rawatan doktor​
  • petugas kesihatan bantu anda buat laporan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)​
  • laporan AEFI boleh dibuat melalui laman web rasmi: www.nrpa.gov.my
Elakkan aktiviti berat
  • sukan melibatkan bola atau raket​
  • berbasikal​
  • berenang​
  • angkat berat​
  • berlari atau joging​
Langkah berjaga-jaga
  • sila jumpa doktor jika alami gejala berikut:
    (a) sesak nafas
    (b) sakit atau ketat dada akut
    (c) jantung berdebar​
Terbaik garis panduan nie
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
IMG_20210728_104026_795.jpg

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jumlah dos Pfizer ditambah menerusi dua perjanjian tambahan pada 22 Mac 2021 dan 19 Mei 2021 menjadikan jumlah terkini bekalan vaksin Pfizer yang dibeli adalah bersamaan 70 peratus populasi negara.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#JomCucukVaksin #SisiTVParlimen
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
VAKSINASI | Sabah Yakin Capai Sasaran 60 Peratus Penduduk Divaksin

Sabah berada di landasan yang terbaik bagi mencapai sasaran 60 peratus penduduk divaksin menjelang Okotober ini.

Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Noor berkata, ia bersandarkan kepada angka program vaksinasi jangkauan luar, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), dengan jumlah dos suntikan melebihi sasaran 30 ribu dos sehari selama empat hari berturut-turut sejak 21 Julai lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,318
Reaction score
15,000
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | 6,801 Dos Vaksin Diberi Di Pedalaman Sarawak

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi Combat Medic Vaccination Team (CMVT), telah memberi 6,801 dos suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk di pedalaman Sarawak.

Angka itu direkodkan dalam tempoh sebulan program itu dilancarkan walaupun terpaksa menempuh bentuk muka bumi yang mencabar serta lokasi yang jauh terpencil.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register