BTC USD 32,164.5 Gold USD 1,802.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 116 65.9%
  • Tidak Setuju

    Votes: 33 18.8%
  • Neutral

    Votes: 25 14.2%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 2 1.1%

  • Total voters
    176

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,711
Reaction score
4,073
Points
236
Vaksin China Di Gunakan Di Serata Dunia

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Vaksin Covid-19 buatan China digunakan meluas apabila lebih 100 negara meluluskan penggunaan vaksin itu dan pemimpin dari 30 negara menerima suntikan dengan vaksin berkenaan, menurut Kementerian Luar China. Jurucakapnya, Zhao Lijian menyatakan, pelbagai reaksi positif diterima dan terbukti vaksin China membantu dunia menyelamatkan nyawa.

Terdahulu, hasil kajian Universiti Sri Jayawardenapura di Sri Lanka menunjukkan, sebanyak 95 peratus penerima lengkap dua dos vaksin Sinopharm mempunyai antibodi, manakala 81.25 peratus dapat menghasilkan antibodi peneutral menerusi pengaruh sistem imun. Selain itu, dapatan tersebut juga menyebut bahawa vaksin Sinopharm amat berkesan terhadap varian Delta.

Mengulas mengenai maklum balas positif itu, Zhao menegaskan bahawa vaksin China adalah selamat dan efektif untuk melawan COVID-19. Selain memperkasa kolaborasi global dalam bidang vaksin, beliau berkata China komited untuk memastikan semua negara membangun boleh mendapat akses kepada produk vaksin yang mampu milik.

China telah menyalurkan bekalan vaksin membabitkan 500 juta dos kepada lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa setakat ini, dan turut proaktif dalam program COVAX.

"Dalam tempoh empat bulan akan datang, syarikat pembekal di negara ini akan membekalkan 110 juta dos kepada negara lain melalui mekanisme perkongsian vaksin tersebut," jelas Zhao kepada media, di sini, pada Khamis.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584246
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,711
Reaction score
4,073
Points
236
PM Akan Umum Kelonggaran Pada Individu Selesai Vaksinasi

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 akan diberikan kelonggaran tertentu, kata Kementerian Kesihatan. Dalam sidang media hari ini, dimaklumkan bahawa kerajaan merancang untuk memberi beberapa "manfaat vaksinasi" kepada mereka yang telah selesai imunisasi Covid-19. Menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, keputusan itu akan diumumkan oleh perdana menteri.

"Ini telah dibincangkan di Majlis Pemulihan Negara, di mana saya dan Ketua Pengarah Kesihatan adalah antara anggotanya. Ia disebut sebagai manfaat vaksinasi, dan akan diumumkan oleh perdana menteri tak berapa lama lagi," katanya.

Untuk rekod, seseorang hanya dianggap mempunyai imunisasi lengkap setelah dua minggu menerima jumlah dos yang diperlukan untuk vaksin yang diambil. Sebagai contoh, mereka yang mengambil vaksin Pfizer atau Sinovac, yang memerlukan dua dos vaksinasi, hanya akan dianggap telah menyelesaikan vaksinasi mereka dua minggu setelah mengambil suntikan kedua mereka.

Statistik di seluruh negara menunjukkan bahawa pada minggu ini, 21.8 peratus penduduk negara ini telah menerima dua dos vaksin Covid-19. Adham mengatakan kementerian telah mengemukakan beberapa kriteria untuk manfaat vaksinasi kepada Majlis Pemulihan Negara, dengan mempertimbangkan bahawa beberapa lokasi telah mencapai 40 peratus populasi divaksinasi sepenuhnya.

"Kami mencadangkan agar Majlis Pemulihan Negara memberitahu masyarakat kita bahawa ada manfaat tertentu yang dapat kita berikan kepada mereka setelah dua minggu ketika mereka menyelesaikan dua dos mereka," katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah lebih mengulas lanjut bahawa pihaknya sedang berusaha untuk memberi kelonggaran kepada sektor-sektor tertentu bagi mereka yang telah selesai vaksinasi. Antara yang disebut sebagai contoh ialah sektor sukan, di mana Noor Hisham mengatakan kumpulan tersebut boleh dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti tertentu seperti tenis.

"Kita akan melihat tahap kepatuhan terhadap SOP saat ini, dan kelonggaran akan diberikan kepada sektor-sektor tertentu bagi mereka yang telah divaksinasi dan mematuhi peraturan. Kita belajar perkara ini dari negara lain, di mana mereka mulai melonggarkan beberapa peraturan ketika vaksinasi mereka meliputi 30 atau 40 peratus populasi. Namun, ini bukan untuk semua, tetapi hanya sektor tertentu. Semua ini akan dimuktamadkan dan diumumkan oleh perdana menteri nanti," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584270
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,711
Reaction score
4,073
Points
236
Semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan di Malaysia adalah selamat dan berkesan. Vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada anda. Pengambilan vaksin untuk melindungi komuniti daripada penyakit COVID-19 yang teruk adalah prioriti sekarang.

#lindungidirilindungisemua

CPRC Kebangsaan - Kementerian Kesihatan Malaysia

1627045530598.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,711
Reaction score
4,073
Points
236
tiada kad fizikal rasmi dari Kerajaan, kalau kreatif dan rajin boleh bukak Photoshop dan buat design sendiri .. pastikan maklumat tepat sama macam dalam sijil MySejahtera .. dan tepek QR Code sekalidaripada MySejahtera .. :)

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Kadar Vaksinasi Cecah Lebih 500,000 Dos Sehari

Kadar vaksinasi merekodkan angka tertinggi semalam, dengan 507,050 dos vaksin COVID-19 diberikan dalam sehari.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,711
Reaction score
4,073
Points
236
KKM Guna Baricitinib Rawat Pesakit COVID-19 Kategori 4 & 5

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Hospital seluruh negara akan mula menggunakan ubat Baricitinib untuk rawatan kepada pesakit COVID-19 terutama pesakit kategori empat dan lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendapat peruntukan baharu untuk rawatan menggunakan Baricitinib yang dilihat berkesan digunakan bersama Dexamethasone.

Dr Noor Hisham berkata penggunaan ubat Baricitinib yang mempunyai kesan lebih baik diharap memberi harapan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kepada pesakit COVID-19 sekali gus mengurangkan kadar kematian.

"Kami harap dengan keberkesanan yang tinggi dan rawatan lebih baik pesakit boleh pulih daripada kategori lima ke empat dan seterusnya," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Kes kategori tiga ialah pesakit mempunyai radang paru-paru tetapi tidak memerlukan oksigen, kategori empat mempunyai radang paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima memerlukan bantuan pernafasan. Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ketika ini terdapat seramai 826 pesakit kategori lima berada di hospital di Lembah Klang untuk tempoh 21 hari, manakala bagi kategori empat, sebanyak 3,473 orang kini menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata sebanyak RM38 juta akan dibelanjakan untuk pembelian ubat-ubatan khususnya Baricitinib dan pihaknya tidak akan melengahkan pemberian perolehan darurat untuk menguruskan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Ketua Pasukan Bertindak Khas 'Greater Klang Valley' Datuk Dr Chong Chee Keong berkata KKM setuju untuk membina loji oksigen mikro dan 1,000 tangki oksigen pelbagai saiz di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bagi meningkatkan kapasiti sekiranya timbul keperluan.

Beliau berkata antara langkah yang diambil untuk memenuhi peningkatan kes ialah penambahan kapasiti pesakit kategori tiga di MAEPS yang secara purata 600 kemasukan sehari dari Pusat Penilaian COVID (CAC) untuk mengurangkan kes tertangguh di Lembah Klang.
1627049901094.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | 71.9% Penduduk Dewasa Lembah Klang Telah Divaksin

71.9 peratus penduduk dewasa di Lembah Klang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

 

orang2

Active Member
Joined
Aug 28, 2013
Messages
1,425
Reaction score
219
Points
43
Cakap la apapun kebaikan vaksin...ada org tetap percaya vaksin ini membawa mudarat kepada sesetengah individu...dan covid dapat di lawan oleh antibodi badan sendiri hujahnya mengalahkan doktor yg berada di lapangan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
NRP-PIKAS | 92% Pekerja Gardenia Sudah Divaksin Dos Pertama

Gardenia Bakeries membelanjakan RM400,000 sejak tahun lepas bagi ujian COVID-19 serta aktiviti sanitasi untuk lapan kilang pengeluarannya sejajar SOP yang digariskan di tempat kerja.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register