BTC USD 43,109.1 Gold USD 1,750.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 138 66.3%
  • Tidak Setuju

    Votes: 38 18.3%
  • Neutral

    Votes: 27 13.0%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 5 2.4%

  • Total voters
    208

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Keputusan Ujian Kit Kendiri Perlu Di Lapor Dalam MySejahtera

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau tidak sah (invalid) perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pengguna perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Katanya, jika keputusan ujian kit kendiri positif, pengguna perlu hadir ke fasiliti kesihatan swasta, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau mana-mana Klinik Kesihatan (KK) untuk tujuan penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya keputusan negatif tetapi individu berkenaan bergejala, mereka turut dinasihatkan hadir ke klinik swasta atau KK untuk penilaian sama, manakala untuk keputusan invalid, pengguna perlu ulang semula ujian," katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara maya bersama Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin hari ini.

Setakat Khamis lepas, KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memberi kelulusan bersyarat kepada tiga jenis kit ujian kendiri COVID-19 untuk dijual dan diguna di negara ini. Kit-kit tersebut adalah Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 buatan syarikat tempatan; Reszon Diagnostics International Sdn Bhd; Gmate® COVID-19 buatan Korea Selatan dan Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co., Ltd.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham memberitahu penularan varian membimbangkan (VOC) COVID-19 di Malaysia kini mengalami trend peningkatan, terutama bagi varian Beta dan Delta. Katanya setakat semalam, sebanyak 378 jangkitan dikesan bagi varian Beta dan Delta manakala bagi varian Alpha sebanyak 14 jangkitan dilaporkan.

"Jangkitan itu yang dikesan menerusi penjujukan genom penuh SARS-Cov-2 dilihat membimbangkan kerana VOC Delta terutamanya mempunyai kadar kebolehjangkitan dan kemudaratan tinggi berbanding VOC Beta dan Alpha.

“Bukti saintifik yang terbaharu juga menunjukkan individu yang dijangkiti varian Delta mempunyai bilangan virus dalam badan yang mampu mencecah 1,000 kali lebih tinggi daripada yang bukan Delta,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1984983
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Kerajaan Belum Keluarkan Kad Fizikal Lengkap Suntikan Vaksin

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Kerajaan belum mengeluarkan sijil lengkap pengambilan dos vaksin berbentuk kad yang dicetak, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau juga menegaskan bahawa sebarang kad yang dijual di pasaran dan ditularkan baru-baru ini, bukan dikeluarkan oleh kerajaan.

“Tidak ada kad fizikal, hanya ada sijil digital di aplikasi MySejahtera. Itu sahaja,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Dr Adham turut menegaskan bahawa kad tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin. Menurutnya kerajaan akan mengeluarkan MY COVID-19 Vaccination Badge dalam bentuk kad dicetak tidak lama lagi sebagai bukti bahawa seseorang individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Hanya sijil digital dalam aplikasi MySejahtera sahaja diakui kerajaan. Buat masa ini, kami menunggu kelulusan Kabinet untuk keluarkan MY COVID-19 Vaccination Badge,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1984983
 
azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,867
Reaction score
1,843
Points
156
Keputusan Ujian Kit Kendiri Perlu Di Lapor Dalam MySejahtera

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau tidak sah (invalid) perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pengguna perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.

Katanya, jika keputusan ujian kit kendiri positif, pengguna perlu hadir ke fasiliti kesihatan swasta, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) atau mana-mana Klinik Kesihatan (KK) untuk tujuan penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.

“Sekiranya keputusan negatif tetapi individu berkenaan bergejala, mereka turut dinasihatkan hadir ke klinik swasta atau KK untuk penilaian sama, manakala untuk keputusan invalid, pengguna perlu ulang semula ujian," katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara maya bersama Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin hari ini.

Setakat Khamis lepas, KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memberi kelulusan bersyarat kepada tiga jenis kit ujian kendiri COVID-19 untuk dijual dan diguna di negara ini. Kit-kit tersebut adalah Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 buatan syarikat tempatan; Reszon Diagnostics International Sdn Bhd; Gmate® COVID-19 buatan Korea Selatan dan Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co., Ltd.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham memberitahu penularan varian membimbangkan (VOC) COVID-19 di Malaysia kini mengalami trend peningkatan, terutama bagi varian Beta dan Delta. Katanya setakat semalam, sebanyak 378 jangkitan dikesan bagi varian Beta dan Delta manakala bagi varian Alpha sebanyak 14 jangkitan dilaporkan.

"Jangkitan itu yang dikesan menerusi penjujukan genom penuh SARS-Cov-2 dilihat membimbangkan kerana VOC Delta terutamanya mempunyai kadar kebolehjangkitan dan kemudaratan tinggi berbanding VOC Beta dan Alpha.

“Bukti saintifik yang terbaharu juga menunjukkan individu yang dijangkiti varian Delta mempunyai bilangan virus dalam badan yang mampu mencecah 1,000 kali lebih tinggi daripada yang bukan Delta,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1984983
Ramai rakyat Malaysia tidak jujur dalam MuSejahtera.
Dah +ve pun datang ke PPV.
Menipu screenshot status lagi.
Setakat nak declare results kit tu, faham2 je lah.
Sekarang pun kes meningkat sebab ramai yang tidak jujur.
Contact rapat tapi boleh keluar pergi mall.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376

Semua bergantung kepada sikap
Kalau tak jujur
Buat lah apa pun
Tak jadi punya
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Pharmaniaga Di Benar Jual Vaksin Bagi Pasaran Swasta Bermula Ogos

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Syarikat farmaseutikal Pharmaniaga Berhad akan dibenarkan menjual vaksin bagi sektor swasta bermula Ogos depan. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, kerajaan menerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) akan menetapkan syarat dan garis panduan.

"Pharmaniaga sudah selesai hantar bekalan kepada kita walaupun ada sedikit tambahan perolehan kita akan buat. Mereka akan jual vaksin Sinovac ini di pasaran swasta bermula Ogos, tetapi dengan syarat dan garis panduan daripada JKJAV yang akan bermesyuarat minggu depan termasuk harga siling akan ditetapkan untuk pasaran swasta," jelasnya dalam sidang media harian Program PICK pada Jumaat.

Mengulas mengenai khabar angin mendakwa Sinovac telah dihentikan dalam Program PICK, tegas Khairy, perkara itu tidak benar sama sekali. Sebaliknya, bekalan Sinovac telah selesai dihantar sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan oleh Pharmaniaga seperti mana yang diminta.

"Sinovac tidak dihentikan daripada PICK. Bekalan Sinovac telah selesai diberi dan dihantar ke Kerajaan Persekutuan. Sebab itu Sinovac diberi dengan kuantiti kurang dalam PICK, we have not pull out Sinovac from PICK. Pharmaniaga hantar semua dos vaksin itu kepada Kerajaan Persekutuan dan ada lagi perolehan baharu daripada syarikat itu," katanya lagi.

Berita asal https://www.astroawani.com/berita-m...agi-pasaran-swasta-bermula-ogos-khairy-309906
 
hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,490
Reaction score
406
Points
91
FB_IMG_1627030888059.jpg

Tiada kad digital fizikal vaksinasi dikeluarkan

PUTRAJAYA – Tiada kad digital fizikal vaksinasi dikeluarkan untuk penerima yang sudah lengkap suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tular di media sosial mengenai pengeluaran kad digital fizikal vaksinasi yang memuatkan sijil vaksinasi Covid-19 beserta paparan jenis vaksin diterima.

Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini, tiada kad fizikal digital vaksinasi dikeluarkan sebaliknya hanya sijil digital vaksinasi yang dikeluarkan menerusi aplikasi MySejahtera.

“Sijil digital vaksinasi itu boleh dicetak menerusi laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

“Bukti lain vaksinasi adalah menerusi kad suntikan vaksin yang diberikan kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya pada sidang akhbar mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
FB_IMG_1627031943421.jpg

📌 Sasaran satu dos suntikan vaksin kepada semua penduduk Lembah Klang sebelum atau pada 1 Ogos - Khairy

📌 Penerima vaksin dibenar ambil video suntikan mereka, jururawat perlu tunjuk picagari - Khairy

📌 Keputusan ujian kit kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilapor kepada KKM melalui aplikasi MySejahtera - Menteri Kesihatan

📌 Isu suntikan vaksin kosong: Ada pengadu buat laporan polis kerana tiada kesan sampingan vaksin - Khairy

📌 Kerajaan akan memutuskan mengenai garis panduan penjualan vaksin swasta termasuk penetapan harga siling, minggu depan - Khairy

📌 Setakat ini tiada kad fizikal digital bagi yang lengkap dua dos vaksin - Khairy

📌 Terdapat peningkatan trend penularan VOC di Malaysia ketika ini dengan Beta dan Delta makin menguasi jangkitan - Menteri Kesihatan

📌 Jururawat mengaku suntik picagari kosong diberi amaran, jalani proses tatatertib - Khairy
--------------------------------------------------------------------------

📌 Govt targets to give at least one dose of vaccine to all Klang Valley residents before or by Aug 1 - Khairy

📌 Government will decide on guidelines for private sale of vaccine including ceiling price next week - Khairy

📌 Vaccine recipients allowed to record injection process, nurses must show them the syringe - Khairy

📌 Result from COVID-19 self-test kit, either positive, negative or invalid, must be reported to MOH via MySejahtera - Adham

📌 Empy-syringe issue: Some police reports lodged because complainants feel no side effects of vaccine - Khairy

📌 No physical digital card issued for those fully vaccinated so far - Khairy

📌 There's an upward trend in transmission of VOCs in Malaysia with Beta and Delta variants dominating infections - Adham
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
FB_IMG_1627032289929.jpg
FB_IMG_1627032292479.jpg

Penerima Vaksin merakam proses penyuntikan Vaksin ketika tinjauan BERNAMA di Hospital Ar-Ridzuan hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), @khairykj memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Kerajaan Belanja RM3 Juta Untuk Kesan, Kaji Genom Covid-19

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Ketika varian Delta mencetuskan kebimbangan di seluruh Malaysia, kerajaan melabur sebanyak RM3 juta untuk mengesan dan mengkaji lebih banyak kes dengan varian yang membimbangkan. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan satu konsortium untuk menjalankan penjujukan genom SARS-COV2 melibatkan 3,000 sampel dalam masa tiga bulan bermula Ogos ini.

Konsortium tersebut melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi.

“Di antara kriteria yang digunakan untuk pemilihan sampel termasuk sampel yang mempunyai nilai Ct kurang dari 25, sampel dari kluster positivity tinggi, kes kematian/BID atau dari ICU dan beberapa kriteria lain,” katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.

Terdapat 12 jenis sampel yang akan dikaji.

Ahli-ahli dalam konsortium tersebut terdiri daripada daripada Institut penyelidikan Perubatan (IMR), UKM-UMBI, Unimas, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Tidrec Universiti Malaya, UiTM dan Institut Genom Malaysia (MGI). Hanya sebahagian kecil jangkitan Covid-19 di Malaysia - dengan puluhan ribu setiap minggu yang dianalisis.

100 Kes Baru Varian Delta Di Kesan

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu hari ini bahawa 106 kes baru dari varian Delta Covid-19 telah dikesan antara 12 Julai hingga 22 Julai. Ini menjadikan jumlah kes Delta yang dikesan di Malaysia meningkat kepada 189. IMR dan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Unimas juga mengesan 10 kes baru varian Beta dan tiga kes baru varian Alpha.

Ini bermakna negara telah mencatatkan sejumlah 206 kes Beta, 14 kes Alpha, 13 kes Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584252
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Tujuh Negeri Beli Lebih 6 Juta Dos Sinovac, Selangor Tertinggi

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Pharmaniaga hari ini memaklumkan hampir separuh daripada 14 juta dos vaksin Sinovac yang dirancang untuk dijual mulai bulan depan telah dipesan oleh pelbagai kerajaan negeri yang menjalankan inisiatif vaksinasi sendiri selari dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick). Pengarah Urusan Pharmaniaga, Zulkarnain Md Eusope dalam sidang media dalam talian hari ini mengatakan bahawa kerajaan Selangor mendahului senarai negeri dengan pesanan untuk 2.5 juta dos Sinovac.

Katanya, negeri-negeri lain yang menunjukkan minat awal termasuk Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak, dengan jumlah pesanan dari tujuh negeri itu berjumlah kira-kira enam juta dos. Dos selebihnya akan dijual kepada sektor swasta termasuk hospital yang akan mula memberikan vaksin Sinovac mulai 1 Ogos, seperti yang diumumkan oleh Menteri Penyelaras Pick Khairy Jamaluddin awal hari ini.

"Sekali lagi seperti yang saya katakan sebelumnya, sekarang perlumbaan adalah antara kadar vaksinasi dengan penularan wabak. Justeru, inisiatif sektor swasta yang kita jalankan selari dengan Pick akan bermula tidak lama lagi, dan kemudian kita akan membantu Malaysia untuk memenangi perlumbaan ini," kata Zulkarnain.

Berhubung pemberian vaksin, Zulkarnain mengatakan sebahagian daripada pesanan Selangor telah dihantar lebih awal memandangkan jumlah kes positif Covid-19 di negeri itu yang tinggi, sementara selebihnya akan tersedia selepas 1 Ogos. Katanya, Pharmaniaga juga bersedia untuk menyokong kerajaan persekutuan sekiranya berlaku kelewatan pembekal vaksin lain, untuk mengekalkan kadar vaksinasi yang tinggi seperti semalam yang mencapai rekod lebih 500,000 dos sehari.

Pada masa yang sama, Zulkarnain mengatakan rancangan perniagaan masa depan Pharmaniaga termasuk melihat pasar asing lain yang berminat untuk membeli vaksin Sinovac. Awal hari ini, Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata kerajaan membenarkan Pharmaniaga menjual Sinovac agar lebih banyak orang mendapat vaksin lebih cepat.

Dia juga mengatakan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan mengatur penjualan, termasuk dengan menetapkan harga siling.

"JKJAV, yang dipengerusikan bersama oleh (Menteri Kesihatan) Dr Adham Baba dan saya, akan bertemu minggu depan untuk memutuskan garis panduan penjualan vaksin swasta, termasuk (menetapkan) harga siling, agar vaksin ini tidak dijual pada harga terlalu tinggi di Malaysia,” tambahnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584251
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register