BTC USD 32,118.5 Gold USD 1,804.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 116 65.9%
  • Tidak Setuju

    Votes: 33 18.8%
  • Neutral

    Votes: 25 14.2%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 2 1.1%

  • Total voters
    176

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,195
Reaction score
13,516
Points
1,906
1624459101385.png


Sultan Ibrahim kecewa proses vaksinasi di Johor perlahan​

Diterbitkan 23 Jun 2021, 10:24 pm



Sultan Johor menzahirkan rasa kecewa apabila proses pemvaksinan penduduk negeri itu berjalan pada kadar perlahan apabila hanya 10 peratus daripada 3.78 juta populasinya sudah disuntik.

Justeru Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya kerajaan pusat segera meningkatkan lagi bekalan vaksin Covid-19 serta kadar vaksinasi termasuk di Johor.

“Kadar pemberian vaksin masih rendah dan perlu dipertingkatkan dengan segera.

“Saya menyeru kerajaan pusat supaya mempertingkatkan jumlah bekalan vaksin kepada Johor," titahnya dalam kenyataan kepada Pejabat Media Diraja Johor hari ini.

Untuk rekod kenyataan mengenai kelembapan pengagihan vaksin oleh kerajaan pusat bukanlah yang pertama dikeluarkan pihak istana kepada Putrajaya.

Pada 8 Jun lalu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa apabila mendapat tahu hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri itu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya.

Menurtu Setiausaha Sulit Sultan Selangor Mohamad Munir Bani pada pandangan Sultan Sharafuddin peruntukan itu tidak adil kerana ia sama sekali tidak seimbang dengan populasi keseluruhan penduduk Selangor.

Berdasarkan laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 setakat 22 Jun, sebanyak 14.56 peratus atau 394,956 daripada populasi Johor sudah divaksin.

Kenyataan hari ini dibuat selepas baginda menerima menghadap Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani; Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu.

Menurut Sultan Ibrahim ketika ini jentera kerajaan negeri sudah bersedia untuk memberikan 50,000 suntikan sehari dengan sasaran memvaksin 50 peratus populasi Johor dalam tempoh dua bulan.

Sultan Ibrahim juga menyatakan rasa amat bimbang ekoran maklumat yang dipersembahkan mendapati jangkitan di tempat kerja, kawasan perindustrian serta pembinaan menjadi penyumbang utama kepada bilangan kes baru Covid-19 setiap hari.

Titah baginda keadaan menjadi lebih parah apabila 69 peratus kes baru adalah jangkitan sporadik dalam masyarakat yang tidak dapat dipastikan puncanya.

“Langkah penyelesaian yang terbaik hanyalah dengan memberi vaksin kepada semua rakyat dengan cepat dan menyeluruh.
"Ini telah terbukti berjaya di banyak negara yang telah melaksanakannya,” titah Sultan Ibrahim.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Bank Dunia Perlu Bantu Pastikan Kesaksamaan Vaksin Global

Malaysia mahu Bank Dunia memainkan peranan tegas dalam usaha memastikan negara membangun menikmati kesaksamaan dalam agihan vaksin global.

Ini setelah negara-negara maju bertindak membolot vaksin di pasaran dunia menyebabkan negara lain ketinggalan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Pendaftaran Terima Vaksin Di Kelantan Melonjak

Pendaftaran vaksin di Kelantan meningkat kepada 50 peratus iaitu 603,289 daripada jumlah yang layak membabitkan 1.2 juta penduduk.

Usaha dilakukan pelbagai pihak di negeri berkenaan termasuk melalui Program Outreach di kawasan pedalaman.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Redah 70KM Jalan Tanah Merah Vaksinasi Penduduk Pedalaman

70 kilometer meredah jalan tanah merah dan bentuk muka bumi berbukit bukau dari Pekan Kota Marudu ke Pedalaman Sonsogon.

Itu cabaran dilalui petugas Pejabat Kesihatan daerah berkenaan dalam memastikan 300 penduduk yang dikenal pasti menerima vaksin bagi fasa pertama Program Jangkauan Komuniti Vaksinasi COVID-19 Kota Marudu, Sabah.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | St.John Ambulans Bantu Pesakit Terlantar

Di Kedah St John Ambulans aktif menggerakkan program capaian kepada golongan pesakit yang sukar bergerak untuk menerima vaksin.

Wartawan Kumaran Rajamoney.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Wanita Hamil 14 Ke 33 Minggu Sesuai Terima Vaksin

Berikut maklumat yang perlu diketahui golongan wanita hamil yang sudah mendaftar bagi menerima vaksin.

Tempoh sesuai untuk disuntik adalah ketika kandungan berusia antara 14 ke 33 minggu.

Kupasannya Bersama Salina Zakaria.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Kenaikan Elaun Tanda Penghargaan Kepada Sukarelawan

Kenaikan elaun sukarelawan kesihatan seperti yang diumumkan Perdana Menteri semalam dianggap sebagai penghargaan dan ia menguatkan lagi semangat untuk bersama-sama kerajaan memerangi wabak COVID-19.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
FB_IMG_1624462462690.jpg

FB_IMG_1624462465842.jpg

💉 Bagaimana vaksin berfungsi?

#VaksinCOVID19
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#Infografik
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,946
Reaction score
13,543
Points
2,376
Ali Jais, sudah lengkap suntikan vaksin COVID-19

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register