BTC USD 32,177.8 Gold USD 1,803.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Vaksinasi Kebangsaan untuk rakyat Malaysia

Adakah anda setuju untuk terima suntikan vaksin COVID19

  • Setuju

    Votes: 116 65.9%
  • Tidak Setuju

    Votes: 33 18.8%
  • Neutral

    Votes: 25 14.2%
  • Tidak Setuju, tetapi terpaksa atas faktor memenuhi tuntutan undang-undang

    Votes: 2 1.1%

  • Total voters
    176

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,827
Reaction score
1,887
Points
201
Jadi dalam kes vaksin pun sama je kan
Pedulikan negara lain tak cukup vaksin
Tak vaksin tak leh masuk negara depa
Ada terbaca satu artikel hr tu, memang negara maju bolot vaksin nie, xingat plk kt mn aku baca....klau xsalah smp who pun bising Bab nie
 
Sponsored Post

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,145
Reaction score
1,530
Points
156
gitulah tn azham, asal ada point nak bangkang
Pembangkang berkualiti saya sokong.
Kalau kerajaan salah, bidas mereka dengan hujah, data dan bukti yang kukuh.
Kalau setakat screenshot, pelajar sekolah rendah PdPR pun boleh buat.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,195
Reaction score
13,516
Points
1,906
Pembangkang berkualiti saya sokong.
Kalau kerajaan salah, bidas mereka dengan hujah, data dan bukti yang kukuh.
Kalau setakat screenshot, pelajar sekolah rendah PdPR pun boleh buat.

setuju dengan tn azham
klu nak bangkang, biar secara bijaksana
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,827
Reaction score
1,887
Points
201
Pembangkang berkualiti saya sokong.
Kalau kerajaan salah, bidas mereka dengan hujah, data dan bukti yang kukuh.
Kalau setakat screenshot, pelajar sekolah rendah PdPR pun boleh buat.
Pernah ka pembangkang kt bijak, selagi ada point xkira bijak xbijak semua di bangkangnya hahaha
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,145
Reaction score
1,530
Points
156
Ada terbaca satu artikel hr tu, memang negara maju bolot vaksin nie, xingat plk kt mn aku baca....klau xsalah smp who pun bising Bab nie
Kalau tak silap banyak laporan pasal vaksin diboloti oleh negara kaya masa Malaysia baru je dapat 1st shipment vaksin kat KLIA.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
Kalau tak silap banyak laporan pasal vaksin diboloti oleh negara kaya masa Malaysia baru je dapat 1st shipment vaksin kat KLIA.

Post in thread 'IMUNISASI KEBANGSAAN: Fasa 1 Vaksin 26 Feb, Fasa Ke 2 Bermula 19 April,'


Pasal ni ke bang @azham
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
FB_IMG_1624427388537.jpg
FB_IMG_1624427390727.jpg

FB_IMG_1624427393610.jpg


Petugas barisan hadapan Pusat Kesihatan Daerah Jerantut mengangkat peralatan untuk vaksinasi selepas mengharungi sungai dengan menaiki bot untuk ke Kampung Orang Asli Sungai Kucing pada program Vaksinasi Masyarakat Orang Asli Ulu Tembeling, hari ini.

Pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dapat dilihat apabila mereka sanggup turun hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan semua lapisan masyarakat menerima suntikan vaksin sebagai usaha bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

📸 Mohd Faizol Aziz

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1974897

#LindungDiriLindungSemua #MenangBersama #Vaksin #COVID19
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Sasaran 60% Rakyat Divaksin Akhir September

Kerajaan menyasarkan 60 peratus rakyat negara ini divaksin menjelang hujung September ini.

Ia jangkaan lebih awal daripada sasaran asal menjelang November atau Disember, yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
303,947
Reaction score
13,544
Points
2,376
IMUNISASI COVID-19 | Vaksinasi Bergerak Di 6 Lokasi PPR Ibu Negara

Program Vaksinasi Bergerak [email protected] kini berada di enam lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) sehingga 23 Jun.

Inisiatif trak vaksin bergerak dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun lalu, berupaya memberi suntikan hingga 20,000 kepada warga Wilayah Persekutuan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,195
Reaction score
13,516
Points
1,906
Semua vaksin Pfizer itu dibeli dan bukan disumbangkan Kesatuan Eropah.

4 juta vaksin Pfizer dari EU ‘di lengan rakyat’, penasihat khas KJ jawab Guan Eng​





June 23, 2021 10:09 PM


ghows-azzam-twitter-230621-1.jpg


Mohd Ghows Mohd Azzam berkata, 445,000 dos vaksin Pfizer dijangka sampai minggu ini dan minggu seterusnya, menjadikan semuanya berjumlah 4.87 juta dos seperti diluluskan untuk dieksport. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Semua vaksin Pfizer yang dibeli dan diterima dari Kesatuan Eropah (EU) sudah diberikan kepada penerima yang layak sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, 23 Februari lalu.
Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohd Ghows Mohd Azzam dalam ciapan Twitternya berkata, semua vaksin Pfizer itu juga dibeli kerajaan, bukannya disumbangkan EU sekali gus menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, bahawa vaksin berkenaan adalah sumbangan EU.

“YB @guanenglim, semuanya di lengan rakyat Malaysia. Setakat semalam, 6.3 juta dos sudah diberikan.
“Empat juta Pfizer yang dibeli sudah tiba, manakala 445,000 dos dijangka sampai minggu ini dan minggu seterusnya, menjadikan semuanya berjumlah 4.87 juta dos seperti diluluskan untuk dieksport,” katanya menjawab dakwaan Lim.



Dalam pada itu, Mohd Ghows berkata, sebanyak 828,000 dos AstraZeneca dari pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, COVAX pula diterima menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).

Terdahulu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, meminta Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, menjelaskan apa yang berlaku terhadap lima juta dos vaksin dihantar EU ke negara ini, 15 Jun lalu.

Lim berkata, EU sudah membuat penafian mengejutkan berhubung dakwaan Khairy bahawa kesatuan itu membolot vaksin sedangkan mereka mendedahkan sudah meluluskan pengeksportan lebih lima juta dos bagi membantu Malaysia mempercepatkan PICK.
Beliau berkata, kerajaan PN sangat tidak bertanggungjawab dan tidak kompeten apabila secara konsisten meneruskan naratif bahawa krisis kesihatan Covid-19, krisis ekonomi dan politik tidak ada kaitan dengan mereka.

Katanya, kegagalan untuk melaksanakan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) yang konsisten, mempercepat kelulusan vaksin dan pelaksanaan segera PICK adalah tanggungjawab kerajaan PN sendiri.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register