Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : Pihak berkuasa Norway lancar siasatan

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
COVID-19: Malaysia dijangka terima vaksin Pfizer hujung Februari

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat negara ini berjalan lancar apabila bekalan diperoleh, Kementerian Kesihatan sudah membangunkan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan PKP, hari ini.
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,542
Reaction score
1,384
Points
201
COVID-19: Malaysia dijangka terima vaksin Pfizer hujung Februari

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai persediaan awal bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat negara ini berjalan lancar apabila bekalan diperoleh, Kementerian Kesihatan sudah membangunkan Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan PKP, hari ini.
december hari tu kata jan 2021... ni feb plak... alang2 ckp je dekat pru .. kan senang... sayang ketat2 PN
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Petugas Home Team Singapura akan disuntik vaksin COVID-19


SINGAPURA: Seramai 1,050 pegawai jagaan kesihatan barisan hadapan Home Team akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 beberapa minggu akan datang, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.

Antara mereka yang mendapat suntikan vaksin adalah Pegawai Khidmat Perubatan Kecemasan (EMS), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kakitangan Divisyen Khidmat Perubatan Home Team dan pegawai Divisyen Khidmat Perubatan Jabatan Penjara Singapura (SPS).

Pegawai barisan hadapan dari Agensi Sains dan Teknologi Home Team yang menjalankan ujian makmal pada sampel swab daripada pelawat juga akan diberikan suntikan vaksin.

Lebih 1,000 pegawai Home Team sudah dikenal pasti bagi operasi vaksinasi ini, dengan 94 peratus bersetuju untuk mendapatkan suntikan vaksin, dedah MHA, menurut laporan agensi berita CNA.

Seramai 80 pegawai disuntik dengan vaksin semalam.

Program vaksinasi, termasuk suntikan dos kedua, bagi 1,050 pegawai Home Team dijangka selesai dalam tempoh enam minggu, kata MHA.

Kerajaan Singapura juga akan memperluaskan program itu ke lebih banyak institusi jagaan kesihatan dalam masa beberapa minggu akan datang.

Matlamatnya adalah untuk memberikan vaksin, bermula dengan warga emas yang berusia 70 tahun ke atas, mulai bulan hadapan sebelum memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Singapura yang lain dan penduduk jangka panjang yang secara perubatan layak mendapatkan suntikan vaksin.

Vaksin COVID-19, yang dihasilkan oleh gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer dan firma Jerman BioNTech, memerlukan dua suntikan yang diberikan dengan jarak 21 hari.

Pegawai jagaan kesihatan barisan hadapan Home Team yang pertama disuntik dengan vaksin adalah Pegawai Waran 1 (WO1) SCDF, Mohamed Shafiee Jamin, 38, yang juga seorang paramedik SCDF di Balai Bomba Kallang yang bertindak menangani kes kecemasan perubatan setiap hari.

Shafiee pernah memberikan respons dan menguruskan kes yang disyaki dijangkiti COVID-19 sebagai sebahagian daripada tugasnya.

"Vaksin ini memberi saya keyakinan dan ketenangan apabila menjalankan tugas saya sebagai kakitangan barisan hadapan SCDF.

"Mengambil vaksin bukan hanya untuk keselamatan diri saya, tetapi juga untuk keselamatan pesakit, rakan sekerja dan orang tersayang," katanya. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
WHO jangka vaksin dapat diagihkan semua pada Februari

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menyeru komitmen semua pihak untuk tempoh 100 hari akan datang bagi memastikan vaksinasi Covid-19 terhadap pekerja kesihatan dan golongan berisiko tinggi di semua negara dapat dimulakan.

Pada satu sidang webinar mingguan, Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata setahun lalu, kematian pertama Covid-19 dilaporkan, lapor Agensi Anadolu.

"Setahun kemudian, terdapat hampir dua juta kematian akibat Covid-19, dan sementara berharap vaksin yang selamat dan berkesan dilancarkan, kami mahu ia disegerakan dan vaksin akan diperuntukkan secara adil pada beberapa minggu akan datang.

"Saya meminta komitmen bersama agar dalam 100 hari ke depan, vaksinasi untuk pekerja kesihatan dan mereka yang berisiko tinggi di semua negara dapat diagihkan," katanya.

Penasihat kanan WHO, Dr. Bruce Aylward, berkata: "Lebih 40 negara telah memulakan vaksinasi Covid-19. Namun, setakat ini hampir kesemuanya adalah di negara berpendapatan tinggi atau berpendapatan sederhana.

"Kita harus melihat vaksin digunakan di negara berpendapatan rendah dan menengah."

"Lebih 40 negara sekarang mulai melakukan vaksinasi Covid-19 dengan menggunakan lima vaksin berbeza.

Menurutnya WHO sedang berusaha mempercepat pelaksanaan vaksin melalui kemudahan COVAX, bagi mendapatkannya untuk negara-negara Advance Market Commitment (AMC) berpendapatan rendah dan menengah, 92 negara di Afrika, Amerika dan Asia.

Aylward berkata, WHO berharap ia dapat dilakukan pada Februari namun memerlukan kerjasama pengeluar vaksin untuk mengutamakannya.

Beliau menambah terdapat juga keperluan untuk kerjasama dan bantuan kewangan.

"Kami memerlukan kerjasama pembekal utama untuk memastikan kami memiliki data yang diperlukan dan vaksin ini dapat memenuhi semua kriteria keberkesanan, keselamatan dan kualiti." - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ka-vaksin-dapat-diagihkan-semua-pada-Februari
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,194
Reaction score
1,778
Points
206
Kos vaksin Sinovac lebih murah, dibotol dalam negara: KJ
| | 12 Januari 2021

938262.jpg

KHAIRY
A
A
KUALA LUMPUR - Kerajaan membayar kos pengeluaran vaksin Covid-19 yang dibangunkan makmal Sinovac dari China dengan harga lebih rendah, berikutan proses pembotolannya dibuat dalam negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan proses pembotolan vaksin itu, yang dijangka sedia untuk diedarkan kepada orang ramai akhir Mac ini.

“Saya nyatakan kos vaksin ini lebih murah susulan ia dibotolkan di sini dan bukannya di China, jika di China kosnya jauh lebih tinggi.

“Pharmaniaga telah diberi tugas untuk proses pembotolan vaksin dan kos itu telah pun dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini, dan mereka telah bersetuju dengan harga yang disebutkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian Bekalan Vaksin Covid-19 Secara Pukal antara Pharmaniaga dengan Sinovac.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Khairy bagaimanapun enggan mendedahkan semua maklumat terperinci mengenai kos perolehan vaksin tersebut kerana terikat dengan perjanjian kerahsiaan dengan syarikat pengeluar vaksin tersebut.

Katanya, Pharmaniaga telah diberi tanggungjawab dalam proses pembotolan vaksin tersebut kerana syarikat berkenaan mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Khairy berkata kerajaan akan mendapatkan pengiktirafan status halal bagi vaksin keluaran Sinovac, sebelum ia diedarkan.

“Majelis Ulama Indonesia (MUI) juga sebelum ini telah mengiktiraf status halal vaksin ini, dan kita juga akan melakukan perkara yang sama bersama Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Kita akan jamin vaksin ini selamat untuk kegunaan umat Islam,” katanya.

Terdahulu, pada majlis menandatangani perjanjian itu, Pharmaniaga diwakili Pengarah Urusan Kumpulannya Datuk Zulkarnain Md Eusope, manakala Sinovac diwakili Pengurus Besar Sinovac Life Sciences Co Ltd Gao Qiang. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...n-Sinovac-lebih-murah-dibotol-dalam-negara-KJ
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Korea Selatan rancang beli vaksin tambahan

SEOUL: Korea Selatan merancang untuk membeli vaksin COVID-19 tambahan daripada platform berbeza bagi memastikan keselamatan inokulasi rakyatnya, kata Perdana Menteri, Chung Sye-kyun, hari ini.

"Kerajaan berusaha membeli kuantiti tambahan vaksin daripada platform lain dan melihat perkembangan baik," kata Sye-kyun dalam pertemuan antara agensi mengenai maklum balas COVID-19 di kompleks kerajaan dekat Sejong, 120 kilometer di selatan Seoul.

Sye-kyun berkata, kerajaan akan mengumumkan apabila perjanjian itu dimuktamadkan, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut pihak berkuasa, negara itu sudah memperoleh 56 juta dos vaksin COVID-19 dari empat syarikat farmaseutikal dan projek vaksin global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dikenali sebagai COVAX.

Kuantiti dijamin kini lebih daripada cukup bagi menampung populasi negara sebanyak 52 juta.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, semalam, mengumumkan kerajaan akan memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyat negara itu secara berperingkat mulai bulan hadapan.

Walaupun jumlahnya sudah terjamin, pihak berkuasa sudah mula mendapatkan jumlah vaksin tambahan kerana ketidakpastian berterusan, menurut Perdana Menteri itu.

"Kita tidak tahu berapa lama imuniti akan bertahan selepas inokulasi, dan masalah keselamatan boleh berlaku. Kita mungkin perlu membuang vaksin secara langsung kerana jangka masa pendek jika gagal mempercepat inokulasi," katanya.

Perdana menteri turut menilai bahawa pandemik itu menunjukkan tanda keperlahanan sejak hujung minggu lalu tetapi peringatan berhubung kecuaian dalam langkah penjarakan sosial dan antivirus.

"Sama ada kita akan mencapai penstabilan jelas (daripada situasi virus) atau sekali lagi jatuh kerana kecuaian tidak teratur akan diputuskan minggu ini," katanya. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Imuniti kelompok sukar dicapai tahun ini - WHO

GENEVA: Pakar sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa imuniti kelompok sukar dicapai tahun ini walaupun vaksin COVID-19 dihasilkan secara besar-besaran.

Ketua saintis WHO, Soumya Swaminathan, berkata penghasilan dan pengagihan vaksin akan mengambil tempoh yang panjang dan sukar bagi mengekang penularan coronavirus terbabit dalam tahun ini.

"Kita tidak mampu mencapai tahap imuniti kelompok tahun ini. Oleh sebab itu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan amalan selalu membasuh tangan amat penting," katanya.

Selain itu, kumpulan pakar turut melahirkan kebimbangan berhubung penularan varian baharu virus terbabit seperti mana dikesan di Britain dan Afrika Selatan selain yang terbaru di Jepun.

Varian baharu virus itu dikesan mampu merebak dan menjangkiti individu dengan lebih cepat.

Kadar jangkitan di seluruh dunia pula terus meningkat dengan ketara terutama di Eropah, meskipun banyak negara sudah melaksanakan sekatan ketika vaksin virus itu sedang diagihkan.

Syarikat Jerman, BioNTech yang bekerjasama dengan Pfizer dalam menghasilkan vaksin pertama diluluskan di Barat, memaklumkan mereka boleh meningkatkan pengeluaran vaksin terbabit daripada 1.3 bilion kepada dua bilion dos.

Setakat ini, COVID-19 sudah menjangkiti 91,378,555 orang termasuk mengorbankan 1,954,665 nyawa di 219 negara di seluruh dunia. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Jokowi individu pertama terima suntikan vaksin Covid-19 di Indonesia


JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada Rabu menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di republik itu bagi meningkatkan keyakinan rakyatnya terhadap vaksin berkenaan.

Majlis "Suntikan Perdana" di Istana Presiden di Bogor itu, disiarkan secara langsung menerusi Youtube Sekretariat Presiden, pada Rabu.

Jokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada jam 9.40 pagi waktu Indonesia barat, sebelum diikuti beberapa menteri kabinetnya serta Ketua Polis Indonesia, Idham Azis dan Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto.

Proses vaksinasi itu akan diteruskan ke provinsi-provinsi lain secara serentak mulai esok dengan keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan, pemimpin setempat dan seterusnya, rakyat Indonesia.

Pada 11 Januari lepas, Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia (BPOM) meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dari China bagi membolehkan proses suntikan vaksin di republik itu bermula Rabu.

Pada 16 Disember lepas, Jokowi mengumumkan vaksin Covid-19 itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan dengan menyasarkan suntikan kepada 182 juta penduduk daripada jumlah penduduk Indonesia yang hampir 290 juta.

Suntikan tidak termasuk kanak-kanak dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas serta golongan berisiko seperti ibu mengandung dan sebagainya.

Sebelum itu, pada 6 Disember lepas, Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin Covid-19 dari China dan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin diterima pada 31 Disember lepas, manakala 15 juta lagi vaksin diterima semalam.

Kerajaan Indonesia juga telah memeterai perjanjian membeli 426 juta lagi dos vaksin dari Astrazeneca, Pfizer dan Novovax. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-terima-suntikan-vaksin-Covid-19-di-Indonesia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register