Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : Pihak berkuasa Norway lancar siasatan

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Ayatollah larang Iran import vaksin COVID-19 AS, Britain

DUBAI: Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei, hari ini melarang kerajaan Iran mengimport vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

"Pengimportan vaksin dari AS dan Britain ke negara ini adalah dilarang dan saya sudah memberitahu perkara ini kepada pegawai sebelum saya mengatakannya secara umum sekarang.

"Saya tidak yakin dengan mereka, kadang kala mereka mahu menguji vaksin ke atas negara lain.

"Jika AS boleh mengeluarkan vaksin, mereka tidak akan berdepan bencana coronavirus di negara mereka sendiri," kata Ayatollah dalam ucapan secara langsung di televisyen.

Iran, negara yang paling teruk terjejas oleh coronavirus di Asia Barat, melancarkan percubaan ke atas manusia bagi calon vaksin COVID-19 tempatannya yang pertama akhir bulan lalu dan mengatakan ia boleh membantu Iran menewaskan wabak itu walaupun berdepan sekatan AS yang memberi kesan ke atas kemampuannya untuk mengimport vaksin.

Bagaimanapun, Ayatollah memuji usaha Iran untuk membangunkan vaksin tempatan, namun negara itu perlu mendapatkan vaksin dari 'tempat lain yang boleh dipercayai'.

Beliau tidak memperincikan perkara itu, namun sudah diketahui umum bahawa China dan Russia adalah sekutu Iran.

"Saya tidak optimis mengenai Perancis juga kerana sejarah mereka mengenai darah yang dijangkiti," kata Ayatollah yang merujuk kepada skandal darah tercemar negara itu pada 1980-an dan 1990-an. - AGENSI
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
South Africa has concerns over government vaccination targets


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Sinovac, AstraZeneca pohon kelulusan vaksin di Brazil

SAO PAULO: Pengeluar dua vaksin COVID-19 yang dibangunkan firma farmaseutikal China, Sinovac dan Oxford-AstraZeneca semalam memfailkan permohonan pertama bagi kelulusan pengawalseliaan di Brazil, negara yang teruk terjejas, kata pegawai.

Pengawalselia kesihatan Persekutuan, Anvisa kini mempunyai masa 10 hari untuk memberi maklum balas kepada permohonan itu, walaupun ia termasuk meminta maklumat lebih lanjut daripada penaja.

Satu permohonan dihantar Butantan Institute, sebuah pusat kesihatan awam di Sao Paulo, yang bekerjasama dengan Sinovac untuk menguji dan mengeluarkan vaksin CoronaVac.

Satu lagi adalah daripada Fiocruz Foundation yang berpangkalan di Rio de Janeiro dan bekerjasama dengan Universiti Oxford dan rakannya, firma farmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca, dalam kerjasama yang sama.

Permohonan itu dibuat selepas pegawai mengumumkan CoronaVac menunjukkan keberkesanan 78 peratus dalam ujian klinikal di Brazil, berita yang disifatkan Gabenor Sao Paulo, Joao Doria sebagai 'bersejarah'.

Sinovac belum mengeluarkan keputusan daripada peringkat akhir ujian klinikal di seluruh dunia, yang juga dijalankan di Chile, Indonesia dan Turki.

Bagi vaksin Oxford, keputusan yang dikeluarkan pada Disember lalu mendapati ia 62 peratus berkesan kepada sukarelawan yang diberikan dua dos penuh dan 90 peratus berkesan bagi mereka yang diberikan separuh dos, diikuti satu dos penuh.

Bagaimanapun, keberkesanan kedua-dua vaksin itu dilihat kurang, dibandingkan dengan lebih 90 peratus keberkesanan yang dilaporkan firma farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan Moderna.

Vaksin CoronaVac dan Oxford menjadi perdebatan dalam pertelingkahan politik di Brazil antara Doria dan Presiden sayap kanan, Jair Bolsonaro, yang mungkin menjadi lawan dalam pemilihan presiden tahun depan.

Kerajaan persekutuan pada mulanya meluluskan CoronaVac, yang mana Bolsonaro mempersendakannya sebagai 'vaksin China Joao Doria'.

Bagaimanapun, selepas berusaha mendapatkan dos yang cukup untuk populasi Brazil sebanyak 212 juta, kementerian kesihatan Khamis lalu mengumumkan ia sudah menandatangani perjanjian dengan Butantan Institute bagi 100 juta dos vaksin untuk digunakan di seluruh negara.

Fiocruz pula merancang untuk mengimport dua juta dos AstraZeneca yang dihasilkan Serum Institute di India, pengeluar vaksin terbesar di dunia berdasarkan jumlah. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
UK bantu kumpul dana AS$1 bilion untuk negara rentan

LONDON: Britain hari ini memaklumkan sedang mengumpul derma berjumlah AS$1 bilion (RM 4.32 bilion) daripada penderma global bagi membantu negara rentan mendapatkan akses vaksin COVID-19 melalui sumbangan dana sepadan.

United Kingdom (UK) berkata, sebagai tambahan, negara itu memperuntukkan £548 juta (RM2.10 bilion) untuk pelan peruntukan vaksin COVID-19 global, COVAX iaitu sepadan dengan £1 (RM5.47) bagi setiap AS$4 (RM16.12) yang dijanjikan oleh penderma lain.

Kanada, Jepun dan Jerman antara negara yang turut menyumbang dan ini menjadikan jumlah kutipan kini mencecah AS$1.7 billion (RM 6.86 bilion).

Menurut Pejabat Luar Negara Britain, dana ini membolehkan pengagihan sebanyak sejuta dos vaksin COVID-19 kepada 92 negara membangun bagi tahun ini.

"Kita hanya akan selamat daripada virus ini jika semua orang adalah selamat.

"Disebabkan itu kita perlu fokus kepada penyelesaian global untuk masalah global," kata Setiausaha Luar Negara, Dominic Raab, dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat ketika Britain memperingati ulang tahun ke-75 mesyuarat pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di London dan menjadi tuan rumah bagi lawatan maya Setiausaha Agung PBB, António Guterres bermula hari ini.

Esok, Guterres dijangka bertemu Raab dan Perdana Menteri, Boris Johnson, termasuk Alok Sharma, yang pada minggu ini dilantik sebagai presiden untuk sidang kemuncak utama iklim PBB, COP26, pada November. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
KKM, Pfizer meterai perjanjian keluar, bekal vaksin COVID-19 di Malaysia


PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan, hari ini memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd bagi mengeluar dan membekalkan vaksin COVID-19 Pfizer di negara ini.

Perjanjian itu adalah lanjutan kepada perjanjian "Binding Heads of Terms" (perjanjian awal untuk mengikat terma-terma) yang ditandatangani pada 24 November lalu.

Perjanjian dimeterai secara telesidang oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei), Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfizer. Perjanjian disaksikan oleh Ketua Pasaran Baru Muncul Asia Pfizer, Anil Argilla.

Berucap pada majlis itu, Dr Adham berkata, kerajaan Malaysia menghargai sokongan yang diberi oleh Pfizer dan berharap bekalan vaksin akan tiba di negara ini lebih awal daripada jangkaan.

Argilla pula berkata, Pfizer komited untuk memastikan bukan sahaja akses kepada vaksin tetapi juga bekerja bersama bagi mengakhiri pandemik.

"Ini adalah satu langkah ke depan yang memberikan keupayaan untuk mengawal dan juga kemungkinan menamatkan terus penularan pandemik ini di Malaysia," katanya. – BERNAMA
 

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,230
Reaction score
44
Points
30
Zul Yahya Pertikai Covid 19 tak ikut cara islam.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Pfizer bekal lebih 12 juta vaksin untuk Malaysia

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini menandatangani Perjanjian Pembuatan dan Pengedaran (MSA) bagi pembekalan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech BNT1262b di negara ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini, berkata majlis menandatangani perjanjian berkenaan dimeterai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, mewakili kerajaan manakala pihak Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd diwakili Pengurus Negara (Malaysia/Brunei), Luksanawan Thangpaibool.

Majlis diadakan secara maya di pejabat Menteri Kesihatan di sini, hari ini.

"Perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd membabitkan perolehan 12,799,800 dos vaksin yang akan dibekalkan mulai penghujung Februari depan, membabitkan 20 peratus populasi penduduk Malaysia dengan dua dos seorang.

"Perjanjian yang dimeterai hari ini adalah untuk fasa pertama dengan penghantaran vaksin ke seluruh Malaysia," katanya.

Menerusi kenyataan itu, kerajaan bersetuju membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b sebanyak 25 juta dos membabitkan 39 peratus populasi Malaysia, yang akan diterima sepanjang 2021.

Sebelum ini, BH melaporkan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM memberi kelulusan pendaftaran secara bersyarat vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

Kelulusan itu diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pada 8 Januari lalu.

Pada 15 Disember tahun lalu, Pfizer membuat permohonan pendaftaran bersyarat dengan NPRA bagi penggunaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat itu.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Selangor peruntuk hingga 5 juta dos vaksin Covid-19

SUNGAI BESAR - Kerajaan Selangor merancang memperuntukkan sebanyak 3 hingga 5 juta dos pembelian vaksin Covid-19 bagi membolehkan penularan virus dikawal sekali gus memutuskan rangkaian jangkitan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan selain membawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan Rabu ini.

"Saya sedang usahakan sejak minggu lalu dan akan muktamadkan apabila semua urusan selesai," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, langkah itu bagi memastikan kesihatan rakyat di negeri ini terus terjamin di samping memastikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi.

"Selangor perlu membeli (vaksin Covid-19) kerana membabitkan ramai pekerja industri industri termasuk pekerja asing.

"Setakat ini, vaksin Covid-19 disediakan kepada warganegara (namun) pekerja asing juga perlu membeli vaksin terbabit," katanya.

Ditanya mengenai langkah kerajaan Selangor berikutan mencatatkan bilangan kes Covid-19 harian tertinggi, Amirudin berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negeri pada minggu lalu.

Katanya, beberapa perancangan dan pelan tertentu masih dalam tindakan namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita akan cuba membantu MKN kerana ketika ini suasana berbeza memandangkan Selangor dan beberapa negeri mencatatkan kes tertinggi terutama membabitkan pekerja kilang dalam kalangan warga asing.

"Sebelum ini mereka (pekerja asing) tidak disaring, apabila Selangor antara negeri mewajibkan pekerja asing disaring, akhirnya kita mendapat kes tinggi," katanya.

Malah, Amirudin mengakui penularan positif Covid-19 juga merebak dalam kalangan institusi kerajaan.

"Kita harus menyusun kembali strategi supaya sistem kesihatan kita mampu menampung dan mengawal penyakit ini dengan lebih berkesan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...or-peruntuk-hingga-5-juta-dos-vaksin-Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Vaksin COVID-19: Kajian Klinikal Fasa Tiga mulai 21 Januari

KUALA LUMPUR: Kajian Klinikal Fasa Tiga vaksin COVID-19 di Malaysia akan bermula pada 21 Januari ini di sembilan hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah kelolaan Pusat Kajian Klinikal (CRC) masing-masing.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu, berkata kajian klinikal yang pertama dilakukan di negara ini itu dijangka membabitkan seramai 3,000 sukarelawan.

"Malaysia bakal menjadi negara pertama di luar negara China untuk kajian calon vaksin "inactivated COVID-19 vaccine" buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences, China (IMBCAMS) ini.

"Semua keperluan regulatori termasuk kelulusan etika daripada Medical Review & Ethics Committee (MREC) dan akhir sekali, Clinical Trial Import License (CTIL) daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah diperoleh pada 8 Januari lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Berita selanjutnya menyusul
 
Sponsored Post
Top
Log in Register