Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : Pihak berkuasa Norway lancar siasatan

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
BREAKING



UK approves Pfizer-BioNTech vaccine for use, first in the world Vaccine to be made available across UK from next week, says government.

Read more: https://aje.io/5ff5m
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Lakukan kajian terperinci status halal vaksin Covid-19

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mahu kerajaan Persekutuan melakukan kajian terperinci ke atas status penggunaan vaksin Covid-19 supaya ia menepati syarak dalam Islam serta tidak dipolemikkan oleh mana-mana pihak.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah tersebut amat perlu kerana ia akan memberi keyakinan kepada orang Islam untuk menerima kaedah tersebut sebagai salah satu usaha untuk berubat.

"Ada segelintir masyarakat yang tolak terus vaksin ini tetapi bagi saya ini tidak tepat daripada segi agama sebab vaksin juga antara usaha untuk kita mencegah sesuatu penyakit. Jadi, kalau ia halal dan tidak bercanggah dengan syarak, apa salahnya.

"Namun, kita minta supaya kerajaan Persekutuan menjalankan kajian terperinci dan merujuk kepada pihak berkuasa agama atau majlis fatwa supaya tidak timbul polemik dalam kalangan masyarakat," katanya kepada pemberita ketika hadir Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan kerajaan akan mula membuat tempahan awal vaksin Covid-19 menerusi peruntukan berjumlah lebih RM3 bilion dalam Belanjawan 2021 yang dianggarkan diperoleh pada suku pertama tahun depan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malaysia dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin tersebut dari China, namun, ia menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat Islam yang meragui status halal mengenai penggunaan vaksin tersebut.

Sementara itu, mengulas perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan, Mohd Amar berkata, amat penting untuk rakyat negeri berkenaan terus menjaga disiplin dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, jika semua pihak mengamalkan kehidupan sihat dan mematuhi SOP sebagaimana yang perlu, maka tidak mustahil PKPB ini akan ditamatkan.

“Kalau semua patuh SOP maknanya mungkin PKPB tidak disambung tetapi ia bergantung kepada perkembangan dalam sehari dua ini.

“Ini sebabnya kita minta rakyat mendisiplinkan diri supaya angka jangkitan ini tidak meningkat dan sekiranya meningkat maka kerajaan tiada pilihan selain melanjutkan PKPB," kata beliau lagi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ajian-terperinci-status-halal-vaksin-Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
UK approves Pfizer-BioNTech Covid-19 vaccine for mass inoculation | AFP



UK luluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk digunakan 'minggu depan'

LONDON: Britain hari ini menjadi negara Barat pertama meluluskan vaksin COVID-19 untuk kegunaan ramai, selepas mengumumkan bekalan ubatan Pfizer-BioNTech itu bermula minggu depan.

"Kerajaan hari ini menerima cadangan Agensi Perundangan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) untuk meluluskan vaksin COVID-19 Pfizer-BioTech.

"Vaksin ini boleh didapati di seluruh United Kingdom (UK) bermula minggu depan," kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Keutamaan akan diberikan kepada penghuni rumah jagaan, petugas penjagaan dan kesihatan, warga emas dan golongan berisiko tinggi kesihatan.

Selepas menjalankan ujian klinikal selama beberapa bulan dan menganalisis data, MHRA merumuskan bahawa vaksin terbabit memenuhi standard kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

"Bagi membantu kejayaan program vaksin, adalah penting untuk semua individu memainkan peranan dan mematuhi peraturan ditetapkan di kawasan masing-masing, supaya virus ini dapat dibendung serta membolehkan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) melaksanakan kewajipan mereka dengan tenang," kata kenyataan itu.

Pengerusi Pfizer, Albert Bourla berkata, ia adalah detik bersejarah dalam perang menentang COVID-19.

"Kebenaran ini adalah matlamat yang mahu kami capai sejak mula mengisytiharkan bahawa sains akan menang, dan kami mengucapkan tahniah pada MHRA atas kejayaan mereka menjalankan penilaian secara terperinci, serta mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu melindungi rakyat UK," katanya.

Pfizer dan BioNTech menambah, mereka menjangkakan keputusan sama dari sejumlah negara lain dalam tempoh beberapa hari atau minggu lagi. - AFP
 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Filipina beri FDA kuasa guna vaksin untuk kecemasan

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengeluarkan perintah eksekutif hari ini, memberi kuasa kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) untuk menggunakan vaksin serta ubatan COVID-19 bagi tujuan kecemasan.

Filipina bakal memulakan pemberian vaksin kepada 25 juta penduduk tahun depan, dengan harapan dapat mengembalikan kehidupan normal selepas hampir sembilan bulan berdepan peraturan ketat, selain memulihkan kembali ekonomi yang teruk terjejas.

FDA kini boleh membenarkan penggunaan kecemasan jika terdapat alasan kukuh menunjukkan vaksin berkenaan berkesan dalam mencegah, mengesan atau merawat COVID-19 dan jika potensi yang ada mengatasi risiko.

Kebenaran untuk kegunaan kecemasan juga perlu diberikan jika tiada alternatif lain untuk ubat atau vaksin terbabit.

Pelaksana program kesihatan awam atau pemerolehan kebangsaan boleh memohon untuk mendapatkan kebenaran itu, kata perintah berkenaan.

Dengan perintah itu, vaksin terbabit boleh diluluskan untuk kegunaan dalam tempoh sebulan, berbanding perlu melalui tempoh asal selama enam bulan.

Filipina, negara kedua mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian tertinggi di Asia Tenggara, sedang berusaha keras memperoleh bekalan vaksin, bagi mencapai objektif suntikan ke atas satu pertiga daripada 108 juta penduduk.

Jabatan Kesihatan hari ini melaporkan 1,438 kes COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 434,357. Kadar kematian turut meningkat kepada 8,436 selepas 18 lagi pesakit meninggal dunia. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
COVID-19: Penduduk Jepun dapat vaksin percuma

TOKYO: Jepun akan memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua penduduk di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini, ketika negara berkenaan berperang dengan peningkatan jumlah jangkitan harian.

Undang-undang itu menyatakan kerajaan akan menanggung kos vaksin untuk 126 juta penduduk, diluluskan oleh Dewan Negara.

Negara terbabit berjaya memperoleh vaksin COVID-19 untuk 60 juta penduduk dari Pfizer dan tambahan dos untuk 25 juta rakyat lagi dari firma bioteknologi Moderna.

Mereka juga mengesahkan akan menerima 120 dos vaksin AstraZeneca.

Pfizer dan Modena sedang dalam proses mendapatkan kelulusan penggunaan kecemasan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, selepas ujian klinikal mendapati suntikan berkenaan efektif.

Rang undang-undang terbabit diluluskan dua minggu selepas Perdana Menteri Jepun berkata, negara itu kini berada dalam kecemasan akibat pandemik, manakala petugas perubatan memberi amaran, semua hospital sedang berada di ambang kemusnahan.

Jepun secara dasarnya mengalami jumlah jangkitan yang rendah, dengan sekitar 2,100 kematian dan 150,000 kes, malah tidak melaksanakan sebarang perintah berkurung.

Namun, negara itu ketika ini dilanda gelombang ketiga, yang menyaksikan peningkatan jumlah kes harian sejak beberapa minggu lalu.

Susulan senario terbabit, Gabenor Jepun menggesa penduduk agar tidak terbabit dalam sebarang acara tidak penting, selain mengarahkan perniagaan berasaskan minuman keras ditutup lebih awal, walaupun tiada mekanisme penguatkuasaan dilakukan.

Kerajaan juga memutuskan untuk membenarkan mana-mana kawasan menarik diri dari kempen pelancongan domestik yang kontroversi. - AGENSI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,400
Reaction score
11,907
Points
2,376
FB_IMG_1606968823182.jpg

RISK AND REWARD

There’s no such thing as 100% effectiveness.

All have risk and reward and the unknown.

We demand rigidly defined areas of doubt and uncertainty. This is absurd.

Whatever we want to do, some time tested philosophy may do some good.

Fast is slow.
Slow is fast.

Future is uncertain but history never lies.

And learn how people survives till today.

We are well equipped with that safety mechanism to live.

For some, fears kills them earlier and faster than the Virus.

🅂🅃🄰🅈 🄲🄾🄽🄽🄴🄲🅃🄴🄳

#zentse
#kalislab

Dr Razin Jaafar
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Interpol beri peringatan waspada terhadap jenayah kempen vaksin

LYON: Interpol hari ini memberi amaran kepada pihak berkuasa di seluruh dunia mengenai ancaman kumpulan jenayah terancang semasa kempen vaksinasi COVID-19 yang akan datang, termasuk vaksin palsu dan pencurian bekalan.

Pengedaran tiga vaksin COVID-19 akan segera bermula dan ramai orang akan terdesak untuk melindungi diri mereka secepat mungkin, menawarkan sasaran tersedia untuk penjenayah.

"Ketika kerajaan sedang mempersiapkan pemberian vaksin, organisasi jenayah sedang merancang untuk menyusup atau mengganggu rantaian bekalan," kata Jurgen Stock, ketua agensi kepolisian global yang berpusat di Lyon, Perancis, dalam satu kenyataan.

"Jaringan jenayah juga akan menyasarkan orang awam yang tidak curiga melalui laman web palsu dan penawaran palsu, yang boleh menimbulkan risiko yang besar bagi kesihatan mereka, bahkan kehidupan mereka," katanya.

Agensi itu pada bulan Julai telah memberi amaran mengenai banyaknya alat ujian COVID-19 palsu dan produk perubatan lain ketika negara di seluruh dunia bergegas mendapatkan bekalan semasa pandemik terbabit.

Unit jenayah sibernya baru-baru ini menyiasat kira-kira 3,000 laman web yang dihubungkan dengan farmasi dalam talian yang menjual ubat-ubatan terlarang dan produk perubatan lain, di mana 1,700 turut menggunakan teknik pancingan data untuk menipu orang agar menyerahkan data peribadi, atau perisian berbahaya yang lain.

"Penting untuk waspada, bersikap skeptikal dan selamat, kerana kebiasaannya tawarannya yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan," kata agensi itu. - AFP
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,542
Reaction score
1,384
Points
201
Interpol beri peringatan waspada terhadap jenayah kempen vaksin

LYON: Interpol hari ini memberi amaran kepada pihak berkuasa di seluruh dunia mengenai ancaman kumpulan jenayah terancang semasa kempen vaksinasi COVID-19 yang akan datang, termasuk vaksin palsu dan pencurian bekalan.

Pengedaran tiga vaksin COVID-19 akan segera bermula dan ramai orang akan terdesak untuk melindungi diri mereka secepat mungkin, menawarkan sasaran tersedia untuk penjenayah.

"Ketika kerajaan sedang mempersiapkan pemberian vaksin, organisasi jenayah sedang merancang untuk menyusup atau mengganggu rantaian bekalan," kata Jurgen Stock, ketua agensi kepolisian global yang berpusat di Lyon, Perancis, dalam satu kenyataan.

"Jaringan jenayah juga akan menyasarkan orang awam yang tidak curiga melalui laman web palsu dan penawaran palsu, yang boleh menimbulkan risiko yang besar bagi kesihatan mereka, bahkan kehidupan mereka," katanya.

Agensi itu pada bulan Julai telah memberi amaran mengenai banyaknya alat ujian COVID-19 palsu dan produk perubatan lain ketika negara di seluruh dunia bergegas mendapatkan bekalan semasa pandemik terbabit.

Unit jenayah sibernya baru-baru ini menyiasat kira-kira 3,000 laman web yang dihubungkan dengan farmasi dalam talian yang menjual ubat-ubatan terlarang dan produk perubatan lain, di mana 1,700 turut menggunakan teknik pancingan data untuk menipu orang agar menyerahkan data peribadi, atau perisian berbahaya yang lain.

"Penting untuk waspada, bersikap skeptikal dan selamat, kerana kebiasaannya tawarannya yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan," kata agensi itu. - AFP
Waspada kot sebb klu cerita film 🎥 mcm ni akan berlaku rusuhan.. tapi tak kot jadi sanpai mcm tu..dlm film sape berjangkit dlm seminggu mati terus. Memang x akan pulih.. beza can covid yg mana ramai sembuh
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,387
Reaction score
1,876
Points
201
Virus selsema tu nanti dia mutate
Jd covid 20 plak

Kene pkp lg hehe
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,802
Reaction score
4,383
Points
601
Vaksin COVID-19: Kerajaan UK beri perlindungan undang-undang kepada Pfizer

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) memberi perlindungan undang-undang kepada Pfizer daripada disaman, sekali gus membolehkan vaksin COVID-19 dibangunkan syarikat farmaseutikal gergasi berkenaan diedarkan ke seluruh negara ini seawal minggu depan.

Menurut laporan Independent, semalam, Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial mengesahkan bahawa syarikat itu telah diberi perlindungan daripada tindakan undang-undang atas sebarang masalah timbul berkait vaksin terbabit kelak.

Menteri turut dilaporkan mengubah undang-undang, beberapa minggu kebelakangan ini, untuk memberi perlindungan baharu kepada syarikat seperti Pfizer, dengan imuniti daripada disaman pesakit sekiranya berlaku sebarang komplikasi.

Kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang menyediakan vaksin berkenaan serta pengeluarnya, turut dilindungi.

Menurut laporan itu lagi, vaksin terbabit akan disediakan kepada golongan berumur 16 tahun ke atas.

Ia tidak akan diberikan kepada wanita hamil berikutan masih kekurangan data mengenai kesannya terhadap diri dan bayi dalam kandungan mereka, setakat ini, namun perkara itu sedang diteliti melalui ujian berterusan.

Vaksin dibangunkan Pfizer/BioNTech telah diluluskan Agensi Kawal Selia Produk Perubatan dan Penjagaan Kesihatan (MHRA), Selasa lalu.

Pengarah Urusan Pfizer di UK, Ben Osborn pada satu sidang media, kelmarin, bagaimanapun enggan menjelaskan sebab syarikat itu memerlukan perlindungan undang-undang.

"Kami tidak akan mendedahkan sebarang perincian mengenai mana-mana aspek dalam perjanjian itu, terutama berhubung klausa liabiliti," katanya.

Ditanya bila data lengkap mengenai ujian klinikal vaksin terbabit akan diterbitkan, syarikat itu memaklumkan, ia masih dalam proses.

Sementara itu Ketua Eksekutif MHRA, Dr June Raine, pula berkata tiada sebarang aspek diabaikan dalam analisis terhadap keselamatan vaksin berkenaan.

"Syor ini hanya diberi oleh MHRA selepas penilaian saintifik paling tegas dilakukan terhadap setiap data bagi memastikan ia memenuhi standard keselamatan, keberkesanan dan kualiti yang ketat.

"Kami juga telah meneliti serta mempersetujui maklumat ditetapkan supaya orang awam dan petugas profesional dalam penjagaan kesihatan sangat jelas serta meyakini vaksin itu digunakan dengan cara yang betul," katanya pada satu taklimat berasingan, kelmarin.

Beliau berkata, Institut Nasional untuk Standard Biologi akan bebas menguji 'setiap vaksin dikeluarkan' bagi memastikan ia memenuhi standard keselamatan. - AGENSI
 
Sponsored Post
Top
Log in Register