Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : 29 dead in Norway after COVID-19 vaccination

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601

Ultra-cold freezers are needed to store Covid vaccine. Pfizer's vaccine needs to be kept at minus 94 degrees Fahrenheit, which is significantly below the standard for 36-46 degrees Fahrenheit for many vaccines. "I think anybody who is going to be potentially storing Covid-19 vaccine is looking to get their hands on something like this
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601

Pfizer, Moderna, Oxford, Sputnik V: As Covid Vaccines Publish Results, Here's What We Know


COVID: Some Bay Area Hospitals Plan For Early Distribution Of Pfizer Vaccine
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
Filipina beli 2 juta dos vaksin COVID-19

MANILA: Kerajaan Filipna dan syarikat swasta tempatan akan menandatangani perjanjian tiga pihak dengan firma farmaseutikal Britain, AstraZeneca hari ini untuk pembelian vaksin COVID-19 keluaran syarikat antarabangsa itu.

Setiausaha vaksin negara, Carlito Galvez Jr, semalam berkata dua juta dos vaksin dihasilkan AstraZeneca akan dibeli berdasarkan perjanjian yang dimeterai.

Terdahulu, menurut AstraZeneca, vaksin COVID-19 keluarannya berkesan 70 peratus dalam semua ujian klinikal penting yang dilakukan.

Vaksin itu juga boleh mencapai tahap keberkesanan 90 peratus dan boleh dihasilkan dengan kos lebih murah, lebih mudah diedarkan serta mudah ditambah pengeluarannya.

Kerajaan Filipina berusaha menyediakan vaksin bagi sekurang-kurangnya 60 juta rakyat Filipina untuk mencapai kekebalan kelompok, sekali gus mengekang penularan virus di negara itu.

Sebelum itu, Galvez yang juga bekas ketua tentera yang bertanggungjawab merangka strategi memerangi COVID-19, memaklumkan kerajaannya juga sedang berunding dengan syarikat pembuat vaksin lain seperti Pfizer Inc dan Sinovac dari China.

Langkah itu bertujuan bagi memastikan bekalan vaksin mencukupi bagi semua penduduk Filipina. - AGENSI
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,719
Reaction score
1,408
Points
201
Pfizer ni dasar capitalze betul.. nak kene spen beli vacsin.. nak kene spend beli ultra frezer storage lagi.. berlayer2
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
COVID-19: Malaysia bakal dapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin


PUTRAJAYA: Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penghantaran pertama membabitkan sejuta dos vaksin itu akan dibuat pada suku pertama tahun depan.

Perdana Menteri memaklumkan, bekalan itu akan diperoleh daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer, hasil perjanjian pembelian awal ditandatangani kerajaan melalui Kementerian Kesihatan pada 24 November lalu.

Katanya, perjanjian itu bertujuan memastikan kerajaan ada akses kepada data untuk menilai kualiti, keselamatan dan keberkesanan, selain menjamin akses terhadap vaksin berkenaan jika sedia untuk diedarkan syarikat terbabit.

Beliau berkata, ia susulan Pfizer menyatakan analisis data interim pertama menunjukkan keberkesanan vaksin itu adalah 95 peratus.

"Melalui perjanjian ini juga, Pfizer menjanjikan penghantaran sebanyak sejuta dos pada suku pertama 2021, disusuli 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.

"Pihak syarikat bagaimanapun masih perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta kelulusan regulatori daripada negara pengeluar, selain Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan, sebelum vaksin berkenaan boleh digunakan di Malaysia.

"Kerajaan memberi jaminan bahawa vaksin yang akan digunakan di Malaysia mesti melepasi syarat ketat ditetapkan NPRA. Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dalam soal ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diadakan secara sidang video di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Muhyiddin memaklumkan, Malaysia melalui Menteri Kesihatan juga menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX, 22 November lalu, untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

"Justeru, kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin COVID-19 untuk 30 peratus rakyat Malaysia.

"Proses pemberian vaksin, selepas diperoleh nanti, akan dilakukan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan berisiko tinggi yang mudah mendapat jangkitan COVID-19.

"Kumpulan berisiko tinggi ini termasuk petugas barisan hadapan, warga emas dan pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, diabetes, pernafasan kronik dan sebagainya.

"Seterusnya, vaksin ini juga akan diperluaskan kepada kumpulan sasar yang lain," katanya.
 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
5P jadi kayu ukur bekalan vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menilai lima aspek penting berhubung bekalan vaksin COVID-19 untuk keperluan rakyat di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia meliputi pendaftaran, pembekalan, pemberian (agihan), pemantauan dan penilaian atau 5P.

Beliau berkata, aspek 5P terbabit akan menjadi kayu ukur bagi menentukan kewajaran penggunaan sesuatu vaksin itu.

"Aspek 5P yang penting itu ialah pertama, vaksin terbabit mesti sudah didaftarkan; kedua, pembekalan meliputi rantaian dari pelbagai aspek, termasuk logistik, kaedah penyimpanan sehinggalah ia sampai kepada pengguna.

"Ketiga, KKM akan melihat aspek pemberian dengan keutamaan kepada golongan berisiko tinggi.

"Sebagai contoh, petugas barisan hadapan, warga emas dan sebagainya akan menerima dulu peruntukan vaksin berkenaan," katanya pada sidang media, hari ini.

Seterusnya, Dr Noor Hisham berkata, aspek pemantauan akan turut diteliti bagi mengenal pasti sama ada terdapat kesan sampingan bagi pengguna kelak.

"Yang terakhir ialah penilaian keseluruhan vaksinasi perlu dilakukan, antara lain bagi melihat sama ada ia memenuhi objektif kita untuk mencapai imuniti kelompok.

"Inilah konsep yang kita guna supaya negara tidak ketinggalan. Misalnya, jika ada vaksin telah didaftarkan bawah Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), berkemungkinan permintaan terhadapnya juga akan meningkat.

"Kita berkemungkinan akan ketinggalan jika tidak memulakan langkah proaktif bagi mendapatkan vaksin, namun apa yang lebih penting ialah ia mestilah selamat digunakan," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
51,060
Reaction score
4,388
Points
601
Vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak, belum ada kajian terperinci

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bekalan vaksin fasa pertama bagi negara ini terhad kepada individu berumur 18 tahun ke atas memandangkan belum ada data dan kajian terperinci berkaitan keselamatan penggunaannya terhadap kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kebanyakan kajian vaksin tidak dijalankan dalam kalangan individu bawah 18 tahun.

"Majoriti vaksin kita akan lihat kepada indikasi diguna pakai dalam kajian penyelidikan berkenaan dengan peringkat umur setakat ini lebih daripada 18 tahun.

"Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, perlu lihat kepada data dan KKM dimaklumkan kebanyakan vaksin tidak banyak menjalankan kajian bagi umur bawah 18," katanya dalam sidang media COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sekiranya kanak-kanak berumur bawah 12 tahun menerima vaksin berkenaan, dibimbangi ada kesan sampingan daripada penggunaannya.

Beliau berkata demikian mengulas 12.8 juta dos vaksin COVID-19 yang tidak membabitkan imunasi untuk kanak-kanak.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register