Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : 29 dead in Norway after COVID-19 vaccination

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,554
Reaction score
1,384
Points
201
Vaksin Covid-19 AstraZeneca-Oxford Juga Mempunyai Keberkesanan 90% Tetapi Paling Mampu Milik

Selepas Pfizer, Moderna dan Sinovac Biotech mengumumkan keputusan ujian calon vaksin Covid-19 mereka, Astrazenca turut telah menerbitkan laporan ujian mereka semalam. Secara purata calon vaksin AZD1222 yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Oxford ini mempunyai keberkesanan 70% selepas dua dos penuh diberikan selang sebulan. Ia meningkat ke 90% jika dos separuh diberikan kemudian dos penuh sebulan kemudian.

Seperti calon vaksin CoronaVac yang dibangunkan Sinovac Biotech, calon vaksin AstraZeneca-Oxford hanya memerlukan suhu simpanan di antara 2-8 darjah Celsius selama enam bulan. Kos setiap dos dianggarkan sekitar €2.50 (~RM12.13) sahaja. Pfizer sebelum ini dilaporkan akan menjual vaksin mereka pada harga $20 (~RM82) manakala Moderna sehingga $37 (~RM151).

AstraZeneca dipilih sebagai rakan pengeluaran oleh Universiti Oxfrod kerana telah berjanji tidak akan mengambil sebarang keuntungan dalam penjualan vaksin sepanjang tempoh wabak. Untuk negara dunia ketiga pula, harga jualan akan dikekalkan rendah untuk selama-lamanya.

Di rantau Asia Tenggara, AstraZeneca telahpun memilih Thailand untuk menjadi pusat pengeluaran vaksin Covid-19 mereka. Sebelum penghujung 2021, sebanyak 700 juta dos akan dihasilkan dengan sasaran sehingga 3 bilion dos sepanjang 2021.


Sumber rujukan https://www.astrazeneca.com/media-centre/press-releases/2020/azd1222hlr.html
Mcm mane la thai leh dpt plak
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Mcm mane la thai leh dpt plak
" AstraZeneca telahpun memilih Thailand untuk menjadi pusat pengeluaran " .. tengok kos murah kot, sbb tu mereka buat lab producing vaksin disana
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,554
Reaction score
1,384
Points
201
" AstraZeneca telahpun memilih Thailand untuk menjadi pusat pengeluaran " .. tengok kos murah kot, sbb tu mereka buat lab producing vaksin disana
Thai amik vacsin astra kot. Malaysia amik vacsin dari china.. so china buat lab kt sini la kot
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Thai amik vacsin astra kot. Malaysia amik vacsin dari china.. so china buat lab kt sini la kot
mungkin, sebab kita ada perjanjian dengan China sebelum ni, COVAX Malaysia x daftar calon ..
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,835
Reaction score
4,384
Points
601
2 vaksin COVID-19 Thailand sedia diuji terhadap manusia

BANGKOK: Institut Vaksin Kebangsaan Thailand semalam mengumumkan dua daripada tujuh calon vaksin COVID-19 berjaya diuji terhadap haiwan dan bakal menjalani ujian ke atas manusia.

Pengarahnya, Dr Nakorn Premsri, berkata dua calon vaksin memasuki percubaan Fasa 2 terhadap manusia adalah vaksin mRNA yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Vaksin Chula (Chula VRC) dan vaksin DNA dihasilkan Bionet-Asia.

Chula VRC menjangkakan prototaip vaksin mRNA akan memasuki fasa ujian terhadap manusia sekitar April tahun depan.

Prototaip mRNA pertama kali diuji ke atas 72 sukarelawan dan sekiranya ujian terbabit berjaya, maka prototaip Chula akan memasuki percubaan fasa kedua membabitkan 600 individu.

Sementara itu, Nakorn berkata lima calon vaksin yang lain kini sedang menjalani ujian ke atas haiwan.

Setakat ini, tiada vaksin untuk merawat COVID-19 ditemui namun banyak vaksin berpotensi sedang dikaji selain beberapa ujian klinikal besar dijalankan dan hasilnya akan dilaporkan akhir tahun ini.

Menurut laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ketika ini terdapat lebih 100 calon vaksin sedang dibangunkan, yang mana sebahagian daripadanya sedang dalam fasa percubaan terhadap manusia.

WHO bekerjasama dengan saintis, entiti perniagaan dan pertubuhan kesihatan global melalui ACT Accelerator untuk mempercepatkan tindak balas terhadap pandemik.

Apabila vaksin yang selamat dan berkesan ditemui, COVAX (diterajui WHO, GAVI dan CEPI) akan memudahkan akses serta pengedaran vaksin secara adil bagi melindungi penduduk dunia.

COVID-19 yang mula di kesan di Wuhan, China akhir tahun lalu setakat ini sudah menjangkiti 59,570,462 orang dan mengorbankan 1,403,111 nyawa di 218 negara di seluruh dunia. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,835
Reaction score
4,384
Points
601
Jordan beri vaksin COVID-19 percuma kepada rakyat

AMMAN: Vaksin COVID-19 bakal diberi percuma kepada rakyat dan penduduk Jordan berdasarkan keutamaan tertentu, kata Menteri Kesihatan, Nazir Obeidat.

"Rancangan bersepadu kerajaan adalah memberi vaksin kepada kumpulan yang memerlukan dan memastikan semua yang berhak akan diberi suntikan," katanya kepada media, semalam, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Obaidat berkata, kementerian juga memperbaharui protokol rawatan termasuk antivirus dan ubat-ubatan lain, berdasarkan syor serta standard antarabangsa.

Katanya, keadaan epidemiologi di Jordan masih serius, memerlukan semua mematuhi langkah keselamatan serta pencegahan, terutama memakai pelitup muka dengan cara yang betul dan mematuhi penjarakan sosial. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,835
Reaction score
4,384
Points
601
AstraZeneca janjikan vaksin COVID-19 pada harga kos

PARIS: Firma farmaseutikal, AstraZeneca dan Universiti Oxford mendakwa vaksin dibangunkan mereka menunjukkan bibit kejayaan, sekali gus mengukuhkan harapan untuk segera memperoleh vaksin COVID-19 yang berkesan.

Ketua AstraZeneca di Perancis, Olivier Nataf, ketika menjawab pertanyaan AFP dalam satu wawancara, berkata data yang diperoleh hasil analisis gabungan itu sangat menggalakkan dengan tahap keberkesanan 70 peratus.

Ujian klinikal dengan menyuntik separuh dos vaksin diikuti dos penuh sebulan kemudian menunjukkan tahap keberkesanan 90 peratus.

Satu lagi kaedah di mana suntikan dos penuh disusuli satu lagi suntikan dos penuh sebulan kemudian menunjukkan tahap keberkesanan 62 peratus.

Hasil ujian itu membuktikan kaedah pertama dapat menjimatkan penggunaan vaksin dengan tahap keberkesanan lebih tinggi, sekali gus membolehkan lebih ramai menerima suntikan vaksin.

Berdasarkan hasil ujian sama, mereka yang disuntik vaksin berkenaan dilindungi sepenuhnya daripada risiko menghidap penyakit yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selain itu, tiada kesan sampingan dilaporkan dalam kalangan penerima vaksin, malah semua peserta ujian klinikal berada dalam keadaan yang baik.

Kata Nataf, kaedah penyimpanan, pengangkutan, pengendalian dan penghantaran menggunakan kaedah sejuk beku biasa pada suhu antara dua hingga lapan darjah turut memudahkan pengagihan vaksin berkenaan.

Pihaknya juga menjangkakan dapat menghasilkan tiga bilion dos di seluruh dunia pada tahun depan, dengan pengumuman perjanjian pertama dilakukan bersama pelbagai kerajaan dan badan bukan kerajaan.

"Tahap keupayaan pengeluaran terus ditambah baik setiap minggu dan buat masa sekarang, sudah ada 50 juta dos tersedia.

"Harganya sekitar 2.50 euro (RM12.14) setiap dos. Ini adalah perkara utama, perjanjian kami dengan Universiti Oxford ialah supaya dapat memberi vaksin ini kepada penduduk dunia menggunakan akses yang paling adil.

"Kami bertekad untuk menghasilkan tiga bilion dos ini pada harga kos untuk 2021 supaya kita tidak lupa bahawa ini adalah perlumbaan melawan virus, bukannya perlumbaan menghasilkan vaksin.

"Pada dasarnya, terdapat banyak kerjasama dalam perlumbaan menentang virus ini, antaranya Pfirzer bekerjasama dengan BioNtech, Sanofi dengan GSK dan AstraZeneca dengan Universiti Oxford," katanya - AFP.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,835
Reaction score
4,384
Points
601
Pfizer mula daftarkan vaksin di Brazil

SAO PAULO: Syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer sudah menyerahkan hasil ujian vaksin COVID-19 kepada pihak berkuasa kesihatan Brazil.

Menurut Pfizer, ia adalah langkah penting untuk mendapat kelulusan dan mendaftarkan vaksin berkenaan sebelum boleh diedarkan di negara itu.

"Ini adalah langkah penting supaya vaksin ini boleh menembusi Brazil," katanya melalui kenyataan.

Brazil yang mempunyai seramai 212 juta penduduk, merekodkan kadar kematian akibat COVID-19 kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Negara itu mencatatkan lebih enam juta kes COVID-19 sejak pandemik COVID-19 melanda.

Keputusan ujian klinikal kajian fasa tiga vaksin BNT162b2, dibangunkan oleh Pfizer dan syarikat farmaseutikal Jerman, BioNTech, bermula Julai lalu dengan membabitkan 43,661 peserta di 150 lokasi di seluruh dunia.

Menurut kedua-dua syarikat itu, di Brazil sahaja, terdapat 2,900 sukarelawan yang menyertainya.

Wakil daripada Pfizer dan Agensi Penyeliaan Kesihatan Nasional Brazil (ANVISA) bertemu semalam untuk memulakan proses pembentangan hasil ujian itu.

Bagi menyelaraskan proses itu, ANVISA berkata, makmal yang membangunkan vaksin itu boleh membentangkan hasilnya apabila ia sudah bersedia.

Pfizer berkata, pihaknya menjangkakan untuk membentangkan maklumat berkaitan vaksin itu secara berperingkat.

Kenyataan itu juga menyebut, ia termasuk data yang menunjukkan 95 peratus kadar keberkesanan selepas tujuh hari pengambilan dos kedua seperti yang dilakukan dalam percubaan klinikal fasa kedua.

Pengarah Perubatan Pfizer di Brazil, Marjori Dulcine, berkata, syarikat itu akan menyediakan semua data yang diperlukan untuk penilaian.

"Pfizer juga akan bekerjasama dengan ANVISA supaya proses itu dapat berjalan dengan lancar dan secepat mungkin, " katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,835
Reaction score
4,384
Points
601

Professor Roger Seheult, MD discusses the AstraZeneca and Oxford DNA COVID-19 Vaccine: How it works, and what we know about the safety, efficacy, and side effects at this time.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,835
Reaction score
4,384
Points
601

Professor Roger Seheult, MD discusses the Pfizer / Biontech COVID-19 mRNA vaccine: How it works and what we know about the safety and efficacy at this time.

No mRNA vaccine has ever been approved by the FDA, but Pfizer and BioNTech hope to receive emergency approval based on preliminary data from their ongoing vaccine trial.

This two-dose vaccine regimen has limitations including the need for -70 C refrigeration and many questions remain:
Will the vaccine prevent transmission and asymptomatic spread?
How long will immunity last?
Will “90% effective” hold up to peer-review and additional data when it is gathered?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register