InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 50,972
- Reaction score
- 4,386
- Points
- 601
Pengagihan vaksin secara adil ke seluruh dunia - G20
RIYADH: Pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) akan merintis usaha terbaik bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 di seluruh dunia dibuat secara adil.
Komitmen disuarakan gabungan negara antara terkaya di dunia itu antara lain menggariskan bahawa mana-mana negara yang menerima 'tempias' teruk terhadap aspek ekonomi berikutan krisis kesihatan awam berkenaan akan turut mendapat bantuan sewajarnya.
Pengerusi G20, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, berkata semangat kerjasama yang dicerminkan negara anggota ialah bertepatan dengan situasi pandemik ketika ini, selain wujud keperluan mendesak untuk melakar masa depan yang lebih makmur bagi penduduk dunia.
Bagaimanapun, kenyataan bersama G20 sebaik sidang kemuncak berkenaan melabuhkan tirainya dilihat kurang memberi penekanan terhadap pelbagai perincian berkaitan isu yang dibangkitkan ketika perbincangan.
Bersandarkan kenyataan bersama itu, sumber sewajarnya akan diperuntukkan demi mempercepatkan pembiayaan rangkaian aspek kesihatan global seperti penyelidikan, pembangunan, penghasilan dan pengagihan vaksin COVID-19.
'Penawar' wabak itu juga dikatakan bakal diagih secara saksama dan berupaya diperoleh pada harga berpatutan, selari matlamat program imunisasi seperti digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tatkala 'negara kaya' merencana program pembangunan vaksin masing-masing, pakar memberi amaran bahawa negara membangun bakal berdepan kekangan untuk memperoleh bahan berkenaan, sekali gus menafikan hak berbilion individu yang sepatutnya diberikan imunisasi.
Sehubungan itu, pelbagai pihak menggesa G20 menyuntik dana berjumlah AS$4.5 bilion (RM18.42 bilion) kepada Pemacu-ACT, iaitu mekanisme kendalian WHO yang menjanjikan capaian kepada ujian, rawatan dan vaksin untuk segenap lapisan masyarakat.
Berdasarkan perangkaan semasa, negara anggota G20 menyumbang lebih AS$21 bilion (RM85.94 bilion) untuk memerangi pandemik yang menjangkiti 56 juta orang di seluruh dunia dan merekodkan angka kematian menjangkau 1.3 juta.
Pada masa sama, G20 menyalurkan AS$11 trilion (RM45.02 trilion) untuk melindungi ekonomi dunia yang terkesan dengan penularan COVID-19. - AFP