Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : 29 dead in Norway after COVID-19 vaccination

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
EU bakal lulus dua vaksin COVID-19

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk meluluskan dua vaksin COVID-19 yang diuji Pfizer-BioNTech dan Moderna sebelum akhir bulan depan.

Ketua EU, Ursula von de Leyen, berkata, Agensi Perubatan Eropah (EMA) juga bersedia memberi kelulusan pemasaran bersyarat selewat-lewatnya pada pertengahan Disember jika tiada sebarang masalah berbangkit.

"Kami juga meneruskan rundingan dengan Moderna dan Novavax," katanya sambil menambah 27 pemimpin EU turut menyokong program pembelian vaksin itu.

Gergasi farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech dari Jerman yang bekerjasama menghasilkan vaksin itu mendakwa ujian klinikal menunjukkan kejayaan memberangsangkan dan sudah menyerahkan data berkenaan kepada EMA.

Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna pula mendakwa ujian vaksin yang sedang dihasilkannya menunjukkan 95 peratus keberkesanan.

EMA yang berpangkalan di Armsterdam bertanggungjawab meneliti hasil ujian terbabit sebelum mengesyorkannya kepada EU untuk kelulusan.

EU mempunyai kontrak untuk membeli jutaan dos vaksin daripada BioNTech, Prevac, AstraZeenca dan Sanofi jika ubat berkenaan dijual di pasaran.

Ketua EU itu turut berkata, EMA berhubung setiap hari dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS dalam urusan membabitkan syarikat menghasilkan vaksin dari negara itu.

"Jika tiada sebarang masalah, EMA akan memaklumkan kepada kami yang kelulusan pemasaran bersyarat kepada BioNTech dan Moderna dapat direalisasikan pertengahan bulan depan," katanya.

Pengasas bersama BioNTech, Ugur Sahin berkata syarikat berkenan berharap akan mendapat kelulusan itu dengan kadar segera.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Vaksin COVID-19 'boleh diyakini' - Fauci

WASHINGTON: Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS) mendakwa dua vaksin COVID-19 yang sedang dihasilkan di negara itu 'boleh diyakini' kerana tidak mengabaikan aspek keselamatan dan integriti.

Dr Anthony Fauci menegaskan perkara itu dalam taklimat khas pasukan petugas COVID-19 Rumah Putih berikutan kebimbangan awam mengenai dua vaksin dihasilkan Pfizer bersama BioNtech dan Moderna selepas syarikat terbabit mengumumkan kejayaan ujian vaksin berkenaan.

"Kecekapan dalam proses penghasilan vaksin itu tidak menjejaskan keselamatan dan integriti saintifik. Ini adalah gambaran kemajuan saintifik yang luar biasa dalam penghasilan vaksin menunjukkan kita mampu melakukan dalam beberapa bulan saja, bukannya dalam tempoh bertahun-tahun.

"Ini sebenarnya hasil kerja badan bebas yang dianggotai sekumpulan individu tidak terikat dengan mana-mana pentadbiran, dengan saya, tidak juga kepada mana-mana syarikat, sebaliknya melihat kepada data dan maklumat sahih.

"Data yang dikeluarkan itu kemudiannya diperiksa Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS," katanya.

BioNTech dilaporkan memohon FDA bagi mendapatkan kebenaran penggunaan segera, hari ini.

"Pada masa ini, walau apa pun konsep yang digunakan ia perlu dipercepatkan dan tidak mengikut cara yang salah. Ini satu (ujian) yang diperakui," tegas Dr Fauci.

Pfizer dan BioNTech serta Moderna kini menjadi syarikat utama dalam penghasilan vaksin COVID-19, menyaksikan ujian percubaan menunjukkan 95 peratus keberkesanan menangani jangkitan virus itu.

Kejayaan kedua-dua syarikat itu memberi harapan yang jangkitan COVID-19 akan berakhir selepas wabak itu menyebabkan 56 juta orang dijangkiti dan 1.3 juta orang maut di seluruh dunia. - AFP
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,410
Reaction score
2,423
Points
206
semua vaksin negara maju yang dapat dulu.
Pfizer punya production vaksin pun 50% Amerika dah beli dulu.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,658
Reaction score
1,400
Points
201
semua vaksin negara maju yang dapat dulu.
Pfizer punya production vaksin pun 50% Amerika dah beli dulu.
Pfizer ke .. pharmaniaga kata tiada kemampuan storage under -40°c
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,703
Reaction score
601
Points
126
1605860648958.png


Terdapat 10 vaksin COVID-19 yang sedang diteliti oleh KKM yang telah memasuki FASA III kajian klinikal iaitu

4 vaksin dari jenis Viral Vector Vaccine
3 vaksin dari jenis Inactivated Virus Vaccine
2 vaksin dari jenis RNA Based Vaccine
1 vaksin dari jenis Virus Like Particle Vaccine

KKM akan menganalisis untuk melihat aspek keselamatan serta keberkesanan vaksin tersebut sebelum diluluskan penggunaannya.

Bersama putuskan rantaian COVID-19

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
Remdesivir tidak berkesan rawat COVID-19

PARIS: Ubat antivirus remdesivir didapati tidak boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 walaupun betapa deritanya keadaan mereka.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini, ubat berkenaan tidak memberi kesan penting terhadap peluang pesakit untuk terus hidup.

Berdasarkan beberapa rawatan yang menunjukkan penemuan awal terhadap pesakit menderita akibat dijangkiti virus berkenaan, pakar antarabangsa Kumpulan Pembangunan Garis Panduan WHO (GDG) berkata tiada bukti data yang ada sekarang ini bahawa remdesivir memperbaiki tahap kesihatan pesakit.

Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara lain lain sebelum ini memberi persetujuan sementara untuk penggunaan remdesivir selepas dilakukan penelitian awal yang menunjukkan bahawa ubat itu dapat memendekkan tempoh pemulihan terhadap beberapa pesakit COVID-19.

Presiden AS, Donald Trump antara pesakit yang pernah dirawat menggunakan remdesivir termasuk ubat lain selepas beliau diuji positif COVID-19 pada Oktober lalu.

Syor WHO yang dibuat hari ini bersandarkan empat ujian rawak antarabangsa terhadap lebih 7,000 pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap COVID-19.

Meskipun ubat itu diterbitkan dalam panduan rawatan terkini bagi jurnal perubatan BMJ, barisan panel mengakui cadangan mereka tidak bermaksud remdesivir tidak memberi manfaat langsung ke atas pesakit.

Bagaimanapun, berdasarkan angka terkini, kos dan kaedah penyampaian menyarankan agar tidak menggunakan remdesivir sebagai tambahan rawatan biasa untuk pesakit COVID-19 di hospital tanpa menghiraukan keadaan pesakit.

Pada bulan lalu, syarikat Gilead yang mengeluarkan remdesivir berkata, penjualan ubat itu meningkat hampir AS$900 juta (RM3.68 bilion) pada suku ketiga tahun ini.

Remdesivir pada mula dibangunkan sebagai ubat bagi merawat virus Ebola, namun satu kajian yang diterbitkan pada Mei mendapati ia boleh mengurangkan tempoh rawatan pesakit COVID-19 yang terlantar di hospital secara purata dari 15 ke 11 hari.

Bagaimanapun, WHO kini mendapati ubat itu sedikit atau tiada kesan terhadap kematian atau jangka masa rawatan di hospital dalam kalangan 11,000 pesakit di 30 negara. - AGENSI
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,658
Reaction score
1,400
Points
201
Pfizer tunggu 'lampu hijau' untuk edar vaksin Covid-19
MyMetroGlobal
Share

Tweet
AFP
Washington: Pfizer dan rakan niaganya, BioNTech sudah mengemukakan permohonan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) bagi kebenaran kecemasan penggunaan vaksin yang dibangunkan pihaknya.

Vaksin itu dibangunkan dalam tempoh amat pantas iaitu 10 bulan selepas kod genetik Covid-19 dikenal pasti.

"Ya, kami sudah mengemukakan (permohonan itu)," kata jurucakap Pfizer kepada AFP,


Pengumuman itu susulan syarikat berkenaan melengkapkan ujian percubaan vaksin itu yang menunjukkan ia 95 peratus berkesan dalam melindungi individu daripada jangkitan virus berkenaan.

Dalam pada itu, vaksin dibangunkan syarikat berkenaan kini dalam proses penilaian di negara-negara Kesatuan Eropah, Australia, Kanada, Jepun dan United Kingdom.

"Kami bersedia untuk mengedarkan vaksin berkenaan dalam tempoh beberapa jam selepas mendapat kelulusan berbuat demikian," kata kenyataan Pfizer/ BioNTech.

Tempoh singkat untuk penghasilan vaksin tidak pernah dilakukan di mana-mana negara dunia, sebelum ini.

Sejak beberapa dekad lalu, vaksin di AS, secara puratanya, memakan masa lapan tahun untuk dibangunkan.

Kerajaan AS, sebelum ini, menjangka dapat memberi vaksin kepada 20 juta rakyatnya pada Disember, dan antara 20 juta hingga 35 juta orang untuk setiap bulan berikutnya.

Keberkesanan vaksin dibangunkan Pfizer juga menunjukkan ia konsisten untuk individu daripada semua peringkat usia.

Bagaimanapun, vaksin berkenaan perlu disimpan di bawah suhu -70 darjah Celcius, berbanding satu lagi vaksin dibangunkan syarikat Moderna yang hanya memerlukan ia disimpan di bawah suhu -20 darjah Celcius atau suhu peti ais biasa.

Bagaimanapun, dos vaksin Pfizer-BioNTech adalah lebih kecil, iaitu 30 mikrogram, berbanding vaksin Moderna (100 mikrogram) sekali gus mengurangkan kos penghasilan untuk setiap dos.

Lagi berita berkaitan Covid-19
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2020 @
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,972
Reaction score
4,386
Points
601
AstraZeneca reports more promising COVID-19 vaccine results

 
Sponsored Post
Top
Log in Register