Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : 29 dead in Norway after COVID-19 vaccination

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,935
Reaction score
4,385
Points
601
'Usah panik, anda akan dapat vaksin'

GENEVA: Mana-mana pihak tidak perlu panik berhubung pemerolehan vaksin COVID-19 kerana ia akan dibekalkan kepada semua yang mahukannya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.

Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mariangela Simao, berkata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sedang giat berusaha memastikan suntikan vaksin berkenaan dapat diakses di seluruh dunia.

"Tiada sesiapa yang perlu panik, kerana anda akan mendapat vaksin.

"Kami bertungkus lumus memastikan semua negara dan penduduk berpeluang untuk memperoleh vaksin terbabit," katanya yang memikul tanggungjawab jawatan dari segi akses kepada perubatan, vaksin dan farmaseutikal.

Simao berkata, kira-kira 50 negara sudahpun memulakan kempen vaksinasi, setakat ini, termasuk lebih 40 negara berpendapatan tinggi.

COVAX, iaitu usaha global diterajui bersama WHO bagi pemerolehan dan pengagihan vaksin, telah memeterai perjanjian dengan lima syarikat pengeluar untuk mendapatkan dua bilion dos vaksin COVID-19.

Ia menyasarkan jaminan pembekalan vaksin kepada 20 peratus penduduk di setiap negara peserta menjelang akhir tahun ini, dengan pembiayaan untuk 92 negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang terbabit.

"Kami menjangkakan bekalan dos pertama tiba di negara berkenaan menjelang akhir Februari depan," kata Simao. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register