Covid-19 Update Vaksin COVID-19 : 29 dead in Norway after COVID-19 vaccination

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
AS jangka vaksin dikeluarkan sebelum Krismas


WASHINGTON: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna sedang mendapatkan kebenaran kecemasan untuk mengeluarkan vaksin COVID-19 sebelum berakhirnya tahun ini, bagi membendung peningkatan kes di negara itu dan Eropah.

Moderna melaporkan keputusan penuh dan mengesahkan keberkesanan yang tinggi iaitu dianggarkan 94.1 peratus dan dijangka bergabung dengan farmasi AS, Pfizer dan BioNTech Jerman di mana vaksin itu dijangka akan diberi kelulusan selepas 10 Disember ini.

Sekiranya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS bersetuju bahawa produk Moderna selamat dan berkesan, dua dos vaksin pertama dapat disuntik ke berjuta-juta orang Amerika pada pertengahan bulan ini.

"Kita percaya bahawa vaksin ini dapat membantu membendung pandemik COVID-19," kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel.

Setiausaha Kesihatan AS, Alex Azar berkata kepada CBS News, pihaknya menjangkakan vaksin itu akan diterima penduduk AS sebelum Krismas.

Dibangunkan bersama dengan Institut Kesihatan Nasional AS, suntikan vaksin itu dikatakan boleh diterima dengan baik, dengan kesan sampingan yang paling minimum seperti sakit di tempat suntikan, keletihan, sakit otot, sakit sendi dan sakit kepala.

Moderna menjangkakan akan mempunyai sekitar 20 juta dos vaksin, yang disebut mRNA-1273, tersedia di AS menjelang akhir tahun ini dan antara 500 juta hingga satu bilion dos untuk kegunaan global pada tahun hadapan.

Kebimbangan lonjakan jangkitan COVID-19 disuarakan pakar penyakit berjangkit AS, Anthony Fauci menjelang Hari Krismas di mana ketika ini AS antara negara yang terjejas teruk dan mencatatkan 267,000 kematian.

Negara di Eropah juga berusaha mengekang wabak itu dengan melaksanakan perintah berkurung, sekatan perjalanan dan menjalankan ujian saringan apabila kira-kira 400,000 kes kematian sepanjang pada minggu lalu.

Saintis menganggarkan sekitar 70 peratus populasi penduduk dunia perlu diberi vaksin untuk mengakhiri wabak itu tetapi menjangkakan ianya tidak mungkin dapat dicapai hingga pertengahan tahun hadapan. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601

Moderna requests vaccine go ahead after ‘highly efficacious’ data
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,589
Reaction score
1,390
Points
201
Can shit je... Us ni. Duk salahkan china pasal virus last3 dia keluar vaksin dulu..
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
Penjelasan mengenai keselamatan vaksin COVID-19 perlu telus, elak kekeliruan - Pakar

KUALA LUMPUR: Ketelusan kerajaan memberikan penerangan jelas mengenai keselamatan vaksin COVID-19 kepada masyarakat, amat penting dalam memastikan usaha memerangi pandemik itu di negara ini berjaya dan membuahkan hasil.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, berkata pendekatan itu juga dapat mengelakkan kekeliruan berkaitan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat, sekali gus dapat menangkis persepsi negatif serta momokan oleh golongan antivaksin.

"Sebenarnya apa jua vaksin, ia telah melalui ujian klinikal terutamanya di negara maju. Jika ada mengatakan mereka yang mengambil vaksin adalah sebagai bahan uji kaji, ia adalah tidak benar.

"Maklumat yang mengelirukan (mengenai vaksin COVID-19) akan merugikan rakyat, khususnya mereka yang memerlukan iaitu warga emas dan golongan berisiko," katanya ketika dihubungi Bernama.

Justeru, Dr Zainal Ariffin berkata badan bukan kerajaan (NGO) harus memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang betul dan sahih mengenai vaksin kepada masyarakat.

Jelasnya kenyataan yang mengelirukan kepada masyarakat mengenai sesuatu vaksin adalah tidak bertanggungjawab dan ia seharusnya dikenakan tindakan supaya individu dan pihak terbabit mendapat pengajaran sewajarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, berkata soal status halal sesuatu vaksin dapat ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi kegunaan umat Islam.

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan golongan yang bakal diberikan vaksin COVID-19, hanya bertujuan untuk dijadikan bahan uji kaji.

"Vaksin COVID-19 mesti berpandu kepada bukti saintifik," katanya menambah PERDIM menyokong sekiranya, tindakan diambil terhadap pihak yang ekstrim sehingga membantutkan usaha kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

"Kita tidak mempersoalkan pendirian golongan antivaksin itu, tetapi mereka janganlah mengeruhkan keadaan kerana kerajaan telah melakukan yang terbaik," kata Dr Ahmad Shukri.

Minggu lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 9.6 juta atau 30 peratus rakyat Malaysia dijangka memperoleh vaksin COVID-19 tahun hadapan.

Golongan berisiko tinggi seperti petugas barisan hadapan dan warga emas yang bakal menjadi kumpulan pertama menerima vaksin COVID-19 di negara ini bukanlah dianggap sebagai 'tikus makmal', sebaliknya mereka menerima vaksin yang terbukti selamat dan telah menjalani ujian klinikal berskala besar.

Beliau juga memberi jaminan vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Malaysia kelak mesti melepasi syarat ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal itu. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
AS, Eropah rancang pengendalian vaksin COVID-19

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Eropah semalam membentangkan perancangan berhubung pengendalian vaksin COVID-19 sebaik saja ia mendapat kelulusan nanti.

Rata-rata pihak menaruh harapan tinggi supaya vaksin terbabit bersedia untuk digunakan sebelum akhir tahun ini, dengan Moderna dan BioNTech/Pfizer telahpun memohon kelulusan untuk dua vaksin pendahulu yang dibangunkan.

Di AS, sebuah panel penasihat bawah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit mencadangkan petugas kesihatan serta penghuni rumah jagaan membabitkan sejumlah 24 juta orang, diutamakan dalam pemberian suntikan vaksin itu.

Dua golongan itu meliputi kira-kira 40 peratus daripada mangsa terkorban akibat jangkitan COVID-19 di AS, setakat ini.

Namun, Kerajaan Persekutuan AS hanya boleh memberikan cadangan kepada negeri yang berkuasa untuk membuat keputusan sendiri berhubung perkara itu, justeru tidak akan ada satu ketetapan sama untuk seluruh negara berpenduduk 330 juta orang ini.

Sementara itu, Agensi Perubatan Eropah (EMA) semalam memaklumkan akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Disember depan bagi mempertimbangkan kelulusan kecemasan kepada vaksin dibangunkan BioNTech dan Pfizer.

Satu lagi mesyuarat bagi menilai permohonan daripada Moderna pula akan diadakan selewat-lewatnya pada 12 Januari tahun depan.

Jurucakap Suruhanjaya Eropah, Stefan de Keersmaecker, memaklumkan bahawa sebaik saja EMA memberikan kelulusan pengawalseliaan terbabit, kebenaran rasmi daripada Brussels akan menyusul 'sangat cepat' - berkemungkinan 'dalam masa beberapa hari'. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
50,871
Reaction score
4,385
Points
601
BioNTech/Pfizer mohon kelulusan EU

FRANKFURT: BioNTech Jerman dan rakan kongsinya di Amerika Syarikat (AS), Pfizer memaklumkan, mereka sudah memohon kelulusan pengawalseliaan Kesatuan Eropah (EU) bagi vaksin COVID-19, meningkatkan lagi harapan untuk suntikan pertama vaksin itu dapat dilakukan pada Disember.

Dua syarikat itu berkata, mereka sudah menghantar permohonan kepada Agensi Perubatan Eropah (EMA) semalam bagi mendapatkan 'Kebenaran Pemasaran Bersyarat (CMA)' bagi vaksin mereka.

Langkah itu dilakukan selepas ujian berskala besar menunjukkan vaksin itu 95 peratus berkesan melawan COVID-19 dan tidak menyebabkan kesan sampingan serius.

Jika diluluskan EMA yang berpangkalan di Amsterdan, vaksin berkenaan berpotensi untuk digunakan 'di Eropah sebelum penghujung 2020', kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pfizer dan BioNTech sudah pun memfaikan kelulusan penggunaan kecemasan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS pada 20 November lalu.

Jika badan pengawal selia AS itu memberi lampu hijau, rakyat negara itu boleh mula mendapatkan vaksin berkenaan pada pertengahan Disember.

Badan pengawal selia United Kingdom (UK) turut menyaring vaksin BioNTech/Prizer itu.

"Kami tahu sejak permulaan perjalanan ini bahawa pesakit menunggu dan kami bersedia untuk menghantar dos vaksin COVID-19 ini sebaik saja kelulusan membenarkan kami berbuat demikian," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer, Albert Bourla.

Pelopor lain dalam persaingan vaksin global, syarikat bioteknologi AS, Moderna, semalam menyatakan pihaknya sudah meminta kelulusan pengawalseliaan kecemasan bagi suntikan COVID-19 di AS dan Eropah.

Vaksin oleh Moderna dan Pfizer/BioNTech adalah berasaskan satu teknologi baharu yang menggunakan mRNA (asid ribonukleik pengutus) bagi menghantar bahan genetik kepada tubuh yang mana akan membolehkan sel tubuh manusia membentuk protein daripada virus.

Ini akan melatih sistem imunisasi untuk bersedia menyerang jika ia menemui coronavirus baharu.

Bagaimanapun, vaksin Moderna boleh disimpan dalam tempoh yang panjang pada suhu negatif 20 darjah Celcius, manakala vaksin Pfizer memerlukan suhu negatif 70 darjah Celsius.

Kedua-dua vaksin itu dibangunkan dalam tempoh yang amat singkat sebagai sebahagian daripada usaha yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi menamatkan wabak yang menjangkiti lebih 62 juta orang dan membunuh lebih 1.4 juta di seluruh dunia.

Pfizer dan BioNTech sebelum ini berkata, mereka menjangka untuk mengeluarkan sehingga 50 juta dos vaksin secara global pada tahun ini dan sehingga 1.3 bilion dos menjelang akhir 2021. - AFP
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,632
Reaction score
358
Points
141
Can shit je... Us ni. Duk salahkan china pasal virus last3 dia keluar vaksin dulu..
China dah lama declare ade vaksin tapi dia bagi negara lain yg x efektif..
aku tetap rasa punca Covid 19 dari China..
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,589
Reaction score
1,390
Points
201
China dah lama declare ade vaksin tapi dia bagi negara lain yg x efektif..
aku tetap rasa punca Covid 19 dari China..
Yep.. geng3 kapitalis gak ni.. trump saje buat slow2 pasal covid kt us.. sebb makin ramai berjangkit.. makin byk vaksin kene beli.. makin untung pharmaceutical company

Geng kpitalis awal2 da beli saham
 
Sponsored Post
Top
Log in Register