InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 51,060
- Reaction score
- 4,388
- Points
- 601
Pfizer, BioNTech jangka hasilkan 50 juta dos vaksin tahun ini
KUALA LUMPUR: Pfizer dan BioNTech menjangka berupaya menghasilkan sebanyak 50 juta dos vaksin COVID-19, tahun ini, untuk memenuhi permintaan seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan bersama, hari ini, kedua-dua syarikat farmaseutikal itu turut menyasarkan penambahan pengeluaran hingga 1.3 bilion dos vaksin berkenaan bagi menampung permintaan pada tahun depan.
Justeru, syarikat terbabit sedang giat memperuntukkan dos mencukupi bagi pelaksanaan ujian klinikal fasa seterusnya, selain memulakan rantaian operasi pengeluaran dan mendapatkan simpanan bekalan untuk pandemik.
"Ketika ini, calon program vaksin BNT162b2 belum mendapat perakuan untuk diedarkan ke mana-mana.
"Kedua-dua rakan usaha sama komited membangunkan vaksin ini, bersandarkan data klinikal serta praklinikal sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat," katanya.
Hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.
Perdana Menteri memaklumkan, penghantaran pertama membabitkan sejuta dos vaksin itu akan dibuat pada suku pertama tahun depan.
Beliau berkata, bekalan itu akan diperoleh daripada Pfizer, hasil perjanjian pembelian awal ditandatangani kerajaan melalui Kementerian Kesihatan pada 24 November lalu.
Dalam pada itu, Pengurus Negara Pfizer, Luksanawan Thangpaibool, menyuarakan harapan supaya syarikat berkenaan mampu membekalkan dos vaksin diminta Malaysia, dengan secepat mungkin dan berdasarkan syarat perjanjian.
"Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dan memacu bekalan pengeluaran serta saintifik bagi membekalkan vaksin COVID-19 yang berpotensi kepada rakyat Malaysia pada kadar segera.
"Susulan krisis kesihatan global ini, matlamat Pfizer dalam merintis penyelesaian bagi mengubah kehidupan pesakit, menjadi keutamaan kami.
"Oleh itu, pembekalan vaksin yang tertakluk kepada kejayaan aspek kawal selia serta klinikal ini diharap berupaya memenuhi matlamat berkenaan," katanya.
Ketua Perniagaan merangkap Ketua Pegawai Komersial BioNTech, Sean Marett, pula merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas kerjasama serta kepercayaan yang diberikan kepada mereka.
"Kami percaya vaksin ini ada potensi untuk membantu menangani ancaman pandemik kesihatan yang masih meruncing di seluruh dunia ketika ini.
"Justeru, tekad untuk membekalkan vaksin yang selamat dan berkesan kepada penduduk di seluruh dunia dengan secepat mungkin, kekal menjadi matlamat utama kami," katanya.