UPDATE Tingkat 2 ICU HSA terbakar, 6 maut, Hospital Medan Mula Beroperasi

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
Bomba nafi kebakaran HSA berpunca telefon bimbit dicas

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor hari ini menafikan kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini berpunca daripada telefon bimbit dicas, seperti yang didakwa dalam media sosial.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor, Mohd Rizal Buang, berkata punca sebenar kejadian belum dikenal pasti kerana siasatan kebakaran masih dilakukan.

Beliau berkata pasukannya masih menjalankan siasatan dan mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk dibawa ke makmal ibu pejabat JBPM negeri selain merekod dan menemubual saksi kejadian.

"Saya sendiri yang mengetuai operasi itu...saksi memberitahu kebakaran berpunca dari bilik rawatan. Bilik rawatan cuma ada peti ais yang menempatkan ubat-ubatan...itu sahaja yang kita nampak di lokasi itu," katanya kepada pemberita semasa ditemui di HSA hari ini.

Mohd Rizal berkata pihaknya juga menyerahkan kembali kepada HSA untuk tindakan lanjut setelah pemantauan Aras 1, yang ditutup sementara akibat percikan api semalam, didapati tiada bahaya yang boleh menyebabkan kebakaran.

Namun, pasukan bomba sentiasa ditempatkan di HSA ketika operasi pembersihan dijalankan, katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rizal menyarankan supaya semua bangunan terutamanya bangunan lama menjalani pemeriksaan tahap keselamatan serta menaik taraf sistem keselamatan.

"Bangunan lama memang kita nasihatkan (diperiksa) kerana boleh mendatangkan masalah. Jika bangunan lama dan dibina mengguna kayu sepenuhnya, itu memang agak risiko," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyarankan supaya bangunan lama dinaik taraf menggunakan bahan yang tidak mudah terbakar selain dipasang dengan sistem keselamatan kebakaran sama ada sistem pasif atau aktif. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/206569
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,797
Reaction score
11,456
Points
2,376
Blok ICU yang terbakar diarah ditutup - Subramaniam

JOHOR BAHRU: Blok barat yang menempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar Selasa lalu sehingga menyebabkan enam pesakit maut, ditutup untuk pemeriksaan menyeluruh

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata semua perkhidmatan di dalam blok berkenaan akan dipindahkan sepenuhnya bagi memudahkan pihak kejuruteraan membuat pemeriksaan menyeluruh mengenai tahap keselamatan blok termasuk pendawaian, struktur, gas bio-perubatan dan utiliti

Sehubungan itu katanya, pesakit, kakitangan termasuk perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Tabung Darah serta Unit Trauma dan Kecemasan di blok barat HSA, akan dipindahkan ke hospital lain termasuk Hospital Permai dan Hospital Sultan Ismail (HSI)

"Keputusan sama ada bangunan blok itu selamat digunakan semula akan dibuat selepas proses siasatan dijalankan

"Paling cepat, ia akan mengambil masa dua minggu, namun jika lewat ia akan makan masa antara tiga hingga empat minggu," katanya pada sidang media di sini, hari ini

Dalam pada itu, Subramaniam berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bagi mendapatkan bantuan perkhidmatan yang diperlukan daripada hospital swasta

Katanya, pihaknya berharap rakyat di daerah ini, khususnya yang menggunakan perkhidmatan perubatan di HSA memahami keadaan yang berlaku dan diminta merujuk kepada hospital lain buat sementara waktu

"Saya minta penduduk daerah ini memahami perkara ini dan boleh menggunakan perkhidmatan di HSI atau Hospital Kulai dan sebagainya untuk keperluan mereka

"Jika tidak boleh, kita cuba beri juga perkhidmatan di sini, tetapi kena faham kesulitan dalam masa beberapa minggu ini," katanya

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menempatkan kemudahan Bilik Pembedahan Bergerak bagi menangani kes pembedahan ringan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206583
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,797
Reaction score
11,456
Points
2,376
Tragedi HSA: Lebih 400 dipindahkan sehingga kini - Dr Hilmi


JOHOR BAHRU: Lebih 400 pesakit sudah dipindahkan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) setakat ini ke beberapa hospital berhampiran, termasuk ke hospital kerajaan di daerah lain

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata operasi pembedahan juga akan dipindahkan ke hospital lain termasuk di Mersing, Kluang dan Segamat selain Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai di Tampoi

Katanya, susulan pengumuman Menteri Kesihatan yang menutup blok Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA, semalam tiada lagi pesakit dipindahkan kerana semua sudah dilakukan pada hari kejadian

"Penutupan semalam tidak membabitkan pemindahan kerana semua proses pemindahan lebih 400 pesakit itu dilakukan pada hari kejadian (Selasa lalu) ke beberapa hospital berhampiran

"Jika ada operasi pembedahan membabitkan pesakit yang dipindahkan, pakar dan doktor akan membawa pasukan mereka termasuk jururawat dan selepas selesai mereka akan pulang dan tidak membebankan tenaga kerja di hospital yang memberi tumpangan," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat daripada pihak HSA hampir sejam di sini, hari ini

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican. Dr Hilmi berkata, kerja ubah suai dan penambah baikan Wad ICU yang terbakar perlu dilakukan segera dan menyeluruh kerana ia membabitkan bangunan lama yang memerlukan sistem pendawaian dan paip oksigen yang baharu

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, semalam mengumumkan blok barat yang menempatkan ICU di HSA ditutup untuk pemeriksaan menyeluruh

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206844
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
didakwa penampakan kak ponti

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,951
Reaction score
21,021
Points
1,671
ATM hantar hospital bergerak ke HSA


Hospital bergerak milik ATM. - Foto Fail

Johor Bahru: Penghantaran bantuan hospital bergerak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akan dilakukan hari ini.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, penghantaran itu termasuk satu unit dewan bedah.

"ATM bersedia membantu semantapnya demi kesejahteraan rakyat Johor.

"Oleh itu, bantuan hospital bergerak termasuk dewan pembedahan akan digerakkan ke HSA hari ini. Ia akan beroperasi sepenuhnya pada Isnin ini, seperti yang diperlukan pihak hospital," kata Zulkifeli hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan meminta bantuan ATM untuk menempatkan dewan pembedahan bergerak di HSA bagi membolehkan pembedahan kecil dilakukan.

Keperluan ini timbul berikutan kebakaran pada pagi Selasa, yang meragut nyawa enam pesakit iaitu empat wanita dan dua lelaki yang ditempatkan di Unit

Rawatan Rapi (ICU) Selatan HSA manakala seorang pesakit berjaya diselamatkan.

Dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi di wad itu cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.


http://www.hmetro.com.my/node/177748
 
Sponsored Post
Top
Log in Register