BTC USD 57,976.8 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE SPRM Bebaskan Musa Aman Dari 46 Pertuduhan Rasuah

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,838
Reaction score
12,582
Points
2,376
image.jpg

KOTA KINABALU - Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman dan merampas beberapa fail

Memetik laporan Mstar Online, sumber SPRM berkata, sebuah pasukan penyiasat pergi ke kediamannya di Luyang di sini pada petang Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah

Namun sumber mengesahkan hanya fail yang diambil semasa serbuan itu

Sumber enggan mendedahkan sama ada serbuan itu adalah sebahagian daripada siasatan ke atas dakwaan ‘pembelian’ wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, meletakkan BN dan Parti Warisan Sabah masing-masing terikat 29 kerusi daripada 60 kerusi Dun

Namun Musa hilang sokongan majoriti selepas enam wakil rakyat dari parti komponen BN, Parti Upko dan Umno Sabah menyokong Warisan dan sekutu parti itu, DAP dan PKR di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei lalu

SPRM dilaporkan sedang meneliti dakwaan RM20 juta digunakan bagi mendapatkan sokongan BN untuk membentuk kerajaan di negeri itu

Pada awal minggu ini, pegawai SPRM merampas sejumlah RM80,000 wang tunai dan kad bank semasa serbuan di rumah dan pejabat milik Dr Jeffrey Keningau di sini

Mereka juga merekodkan kenyataan Dr Jeffrey dan pegawai partinya

Dr Jeffrey memberitahu pemberita bahawa ia bermotifkan politik dan meminta SPRM untuk menyiasat Adun BN yang lompat parti menyertai Warisan

Sementara itu, polis Sabah dijangka melengkapkan siasatan ke atas dakwaan jenayah intimidasi terhadap Yang di-Pertua Negeri sebaik sahaja mereka mendapatkan kenyataan daripada Musa

Sembilan individu sudah diambil keterangan sejak siasatan dimulakan pada 14 Mei lalu susulan laporan polis oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Jugar Mahiruddin, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sprm-serbu-rumah-musa-aman-1.838691
 

image.jpg


Mohamad Fuzi Harun (tengah) bergambar kenangan bersama barisan ahli Koperasi PDRM selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM di Hotel Kuala Lumpur International, Kuala Lumpur hari ini​

Polis akan ambil tindakan selepas Musa Aman pulang ke Malaysia

KUALA LUMPUR - Tindakan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman akan diambil apabila beliau pulang ke Malaysia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa Musa masih berada di United Kingdom

“Kita tunggu dia pulang ke tanah air sebelum sebarang tindakan undang-undang boleh diambil

“PDRM sudah maklumkan kepada pihak berkuasa di sana untuk membantu mengesan beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM kali ke-38 di Hotel Kuala Lumpur International di sini hari ini

Mohamad Fuzi menambah, sehingga masa kini, PDRM masih belum menghantar pasukannya ke sana untuk mencari Musa

“Jika ada maklumat terbaharu tentang beliau, kita akan ambil tindakan selanjutnya

“Sehingga masa kini, kami masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa di United Kingdom,” ujarnya

Kosmo! pada 29 Jun lalu melaporkan polis telah menyerahkan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai tindakan terhadap Musa Aman yang dilaporkan berada di United Kingdom

http://www.kosmo.com.my/terkini/pol...ang-ke-malaysia-1.706381#.W0RFLixWqrE.twitter

Musa ke luar negara ikut Brunei - KPN

musa7_cropped_1528345336.jpg

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang dipercayai menjadikan Brunei sebagai transit sebelum keluar meninggalkan negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu meninggalkan negara, namun polis percaya beliau keluar negara dengan cara itu

“Kita tengah kesan beliau (Musa)... ada yang mengatakan berada di Brunei tetapi tiada lokasi yang spesifik

“Saya juga sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa Brunei untuk membantu kita mengesan Musa,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir melancarkan Op Selamat 13 sempena perayaan Aidilfitri 2018 di Kuala Lumpur, hari ini

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengguna Facebook mendakwa melihat kelibat lelaki mirip Musa di Stesen Kereta Api St Pancras International, London

Pengguna Facebook dikenali sebagai Az Eem itu turut memuat naik video berdurasi 10 saat yang kemudian turut viral

Musa dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut hadir ke kediaman Musa di Kota Kinabalu, namun tidak dapat memasukinya kerana beliau tiada di rumah

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

http://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/347093/musa-ke-luar-negara-ikut-brunei-kpn


RAKAMAN video menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan seperti bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, di stesen kereta api St Pancras International di London dikongsi oleh pengguna Facebook, Az Eem dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan kumpulannya, Invoke Malaysia (INVOKE).

127443f3-3cd3-49c6-9b94-8052a075b946.transformed.jpg

Musa masih ada dalam negara

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman, dipercayai masih berada di dalam negara walaupun hingga kini belum tampil memberi keterangan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, baru-baru ini.


Semakan menerusi sumber Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) mendapati tiada sebarang pergerakan beliau keluar dari negara ini.

Difahamkan, Imigresen turut memantau pergerakan beliau susulan arahan daripada pihak tertinggi jabatan itu.

Berdasarkan rekod, Musa dikesan berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9 pagi 14 Mei lalu.

Beliau dikatakan menghadiri mesyuarat parti dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan pihaknya belum dapat mengambil keterangan daripada bekas Ketua Menteri Sabah itu.

"Tan Sri Musa belum tampil memberi keterangan. Yang kita tahu, beliau tiada di Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Peguam Musa, Zahir Shah yang dihubungi NSTP bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, polis Sabah menggesa Musa tampil untuk diambil keterangan berhubung laporan polis dibuat Juhar, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Setakat ini, polis sudah merakamkan percakapan sembilan individu, termasuk Juhar sejurus beliau membuat laporan polis pada 14 Mei lalu.

Rabu lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di rumah Musa di sini, namun tidak dapat memasuki kediaman itu kerana beliau tiada di rumah.

Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan BN bagi usaha membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/430484/musa-dipercayai-masih-ada-di-dalam-negara

Musa Aman dipercayai ke luar negara - Laporan

71519528412_MusaAman.jpg

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan telah ke luar negara

Menurut The Star Online, Musa berkemungkinan telah ke Brunei, dan kemudiannya berlepas ke London

Musa sedang disiasat oleh pihak polis berkaitan dengan laporan yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahi*ruddin, dimana beliau mendakwa Musa telah membuat satu ugutan jenayah ke atasnya

Dalam pada itu, Musa juga dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan kes rasuah

Peguam Musa Zahir Shah enggan mengulas tentang anak guaman beliau

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/musa-aman-dipercayai-ke-luar-negara-laporan-176521

Peguam Musa Aman nafi SPRM rampas dokumen

51524025811_TANSRIMUSAAMAN.jpg

KOTA KINABALU: Pihak Peguam Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman, hari ini menafikan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah merampas dokumen di kediamannya ketika membuat pemeriksaan pada 23 Mei lalu

Peguam Zahir Shah yang mewakili Musa, menafikan perkara itu seperti yang telah dikeluarkan dalam sebuah portal berita hari ini yang mendakwa bahawa SPRM telah merampas beberapa dokumen dan fail di kediaman Pengerusi BN itu

Katanya, walaupun pihak SPRM telah melakukan pemeriksaan ke kediaman mantan Ketua Menteri itu namun tidak ada dokumen ataupun fail yang dirampas

“Pihak SPRM juga telah mengesahkan bahawa tidak ada dokumen mahupun fail yang dirampas ketika membuat pemeriksaan di kediaman beliau (Musa) pada hari tersebut,” katanya

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini

Dalam pada itu Zahir juga berharap agar pihak media mendapatkan maklumat yang betul sebelum menerbitkannya bagi mengelakkan salah faham berlaku

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-musa-aman-nafi-sprm-rampas-dokumen-176455

Last edited:
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,533
Reaction score
1,607
Points
596
satu satu geng jibby dok kena last ramai ramai dok dalam
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,710
Reaction score
1,247
Points
201
bile nk serbu taib mahmud...?
 

helmi maryam

Active+ Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
3,411
Reaction score
16
Points
25
dah masuk sabah pastu bole singgah sarawak plk

bongkar kasi habis
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,800
Reaction score
1,884
Points
201
Ada tanda 'X'?

Open house?

:))
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,838
Reaction score
12,582
Points
2,376
Sabah dah
Mungkin Sarawak lak pasni SPRM siasat
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,218
Reaction score
833
Points
176
habis semua terbongkar.. harap tumpukan juga manifesto 100 hari ye
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,754
Reaction score
572
Points
81
dah buleh booking sel sebelah menyebelah dengan najib&azeez..xla sunyi nanti mlm, leh menyembang tera nak pejam:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register