BTC USD 43,168.6 Gold USD 1,751.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[UPDATE] Siti Sarah selamat bersalin bayi lelaki, Siti Sarah meninggal dunia

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,490
Reaction score
406
Points
91
Oksigen menurun doakan Siti Sarah, kandungan selamat

Screenshot_20210804-234647_Chrome.jpg

Keadaan Sarah sebelum dikejarkan ke HUKM.

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.

"Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.

"Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
"Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya," katanya.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.


*Hmetro
 

“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…” – Shuib​

C9004D95-AFD7-46D7-99C3-BDFD9610FE9D-scaled.jpeg


  • 9 Ogos 2021, 6:13 am


KUALA LUMPUR: “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…”

Berita duka itu dikongsi pelakon dan usahawan, Shuib yang kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin selepas penyanyi itu menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi tadi.

Shuib memuat naik status berkenaan di Instagram miliknya.

“5.13 minit pagi, 9 Ogos 2021. Bidadari syurga saya pergi buat selamanya.

“Mohon sedekahkan Al Fatihah. Siti Sarah Raissuddin,” kongsinya.
Bintang seni itu menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu juga telah disampaikan puhak pengurusan penyanyi tersebut, Indigital Music.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penyanyi lagu malar segar, Kesetiaan itu juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.


1628298916883.png


Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan akibat tahap oksigen menurun sejak semalam.
Susulan itu Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang, semalam.

Suami Siti Sarah juga pelawak, Shuib menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi mengenai tahap kandungan oksigen Sarah yang kini semakin meningkat dan menunjukkan tanda positif.

"Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar, masih lagi perlukan bantuan oksigen. Cuma, alhamdulillah ada peningkatan.

"Jam 11 malam (semalam), oksigen turun sehingga 40, tapi jam 2 pagi alhamdulillah, oksigen naik sampai 77 dan baru sebentar tadi, doktor maklumkan, oksigen Sarah 80.

"Saya harap, semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat," katanya.

Terdahulu, Shuib memuat naik gambar keluarganya dan menulis luahan rasa hatinya yang menantikan kepulangan isteri tercinta.
"I tahu you dengar setiap kata hati I. You kuat, sayang! I dan anak-anak akan tunggu you balik," tulisnya.

Semalam turut diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Sarah secara dalam talian dan disertai sahabat handai penyanyi itu.



Semoga Sarah terus kuat melawan virus ini...

Untitled-design-59.jpg


PENYANYI Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara pembedahan kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.

“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sarah terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.
Iklan

Isteri kepada pelawak, Shuib itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM sebelum ini dikenali sebagai HUKM) pada malam Rabu.

Sarah, Shuib dan tiga orang anak disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai lalu setelah pembantu rumah dijangkiti virus itu.


Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,249
Reaction score
2,437
Points
201
Semoga cepat sembuh siti Sarah amin
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
Oksigen menurun doakan Siti Sarah, kandungan selamat

Screenshot_20210804-234647_Chrome.jpg

Keadaan Sarah sebelum dikejarkan ke HUKM.

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.

"Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.

"Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
"Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya," katanya.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.


*Hmetro

Syafakillah
Semoga dipermudahkan urusan Siti Sarah & Shuib sekeluarga
Amin Ya Rabb Alamin
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,258
Reaction score
483
Points
91
hmm sayunyela trpaksa kena g spital dlm keadaan mcm ni..
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,998
Reaction score
456
Points
91
golongan high risk...semoga di beri kekuatan lawan covid dan diberi kesembuhan
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,495
Reaction score
805
Points
171
semoga cepat sembuh
 

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,490
Reaction score
406
Points
91
Siti Sarah dimasukkan ke ICU

SHUIB berkongsi berita mendukacitakan isterinya, Siti Sarah dimasukkan ke ICU berikutan tahap oksigen semakin tidak stabil disebabkan jangkitan Covid-19.



PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Unversiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin tidak stabil akibat jangkitan Covid-19.

Perkara tersebut diberitahu suaminya, Shuib menerusi satu hantaran status Instagram sebentar tadi.

Menurut Shuib, isterinya dimasukkan ke ICU berikutan tahap oksigennya yang semakin tidak stabil.

“Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaan dia yang tidak berapa baik,” kata Shuib dalam satu hantaran dalam Instagramnya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Shuib memohon keberkatan hari Jumaat untuk peminat dan orang ramai mendoakan kesembuhan buat isterinya.

“Saya mohon di hari baik, hari Jumaat doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah memberi kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua,” tulis Shuib.

Petang Rabu, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin, 37, terpaksa dikejarkan ke HUKM berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wabak maut tersebut. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus berbahaya tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,812
Points
1,906
#rap "Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin."
https://www.hmetro.com.my/.../siti-sarah-dah-ditidurkan

Siti Sarah dah ditidurkan...​


1628226106240.png


Kuala Lumpur: "Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia," kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

"Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.
"InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita," katanya.

Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

"Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

"Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Disiarkan pada: Ogos 6, 2021 @ 12:42pm

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Allahumma Rabbannaasi Adzhibil Ba’sa Wasy Fihu, Wa Antas Syaafii, Laa Syifaa-a Illa Syifaauka, Syifaa-An Laa Yughaadiru Saqomaa”.

“Hilangkanlah kesukaran atau penyakit itu, wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan, kecuali kesembuhan-Mu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.”

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,380
Reaction score
6,088
Points
321
Kesian..
Mengandung sama..
Bahaya..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register