BTC USD 41,731.7 Gold USD 1,738.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [UPDATE] Sah! VIP ada kuota 10% - Imam Besar Masjid Putra tak reda

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 1j ·

Kepada sesiapa yang tidak mahu posting dikongsi, jangan set hantaran kepada public. Set friends only.

Kalau sendiri dah set public, memang semua orang boleh share posting tu. Ilmu asas media sosial ni pun tak tahu ka?
1f602.png

TTKM

Saadan Man

2j ·

Patutlah saya dikecam seluruh Malaya.. hehe..
Tak apa, saya takde koyak apa-apa. Semua berlaku dengan kehendakNya dan semua ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya saya lebih kenal dan mengerti hati budi para netizen. Terima kasih semua baik atas sokongan mahupun kecaman. Maaf sekali lagi sekiranya ada kekhilafan.
DSM

1631691278015.png
 
Sponsored Post

Sniper

Super Moderator
Staff member
Joined
Feb 26, 2006
Messages
6,109
Reaction score
797
Points
116

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 1j ·

Kepada sesiapa yang tidak mahu posting dikongsi, jangan set hantaran kepada public. Set friends only.

Kalau sendiri dah set public, memang semua orang boleh share posting tu. Ilmu asas media sosial ni pun tak tahu ka?
1f602.png

TTKM

Saadan Man

2j ·

Patutlah saya dikecam seluruh Malaya.. hehe..
Tak apa, saya takde koyak apa-apa. Semua berlaku dengan kehendakNya dan semua ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya saya lebih kenal dan mengerti hati budi para netizen. Terima kasih semua baik atas sokongan mahupun kecaman. Maaf sekali lagi sekiranya ada kekhilafan.
DSM

1631691278015.png


igt aku sorg jer bengang ngan sorg materialistik ni rupenyer rmi lg
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,840
Reaction score
4,365
Points
206
KECOH di media sosial minggu ini apabila tularnya satu klip video berkaitan seorang kenamaan (VIP) yang dibenarkan memasuki Masjid Putra di Putrajaya walaupun didakwa datang lewat ketika ingin menunaikan solat Jumaat.

Dengan tularnya klip video tersebut, ramai yang tidak berpuas hati dengan pengurusan masjid tersebut yang dilihat seakan mementingkan golongan VIP berbanding dengan orang biasa yang menunggu di luar pagar dan tidak dibenarkan masuk.

Video itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendakwa pihak masjid berkenaan memberikan ‘layanan dua darjat’.

Apa yang menjadikan isu ini lebih kecoh apabila Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim menjawab segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pengurusan masjid terbabit melalui satu video dan menyabitkan perkara tersebut kerana tindakan perakam.

Katanya, pihak pengurusan telah menetapkan golongan VIP mempunyai kouta 10 peratus dan perkara itu sebenarnya telah digazetkan sebelum ini.

“Masjid Putra adalah ‘masjid kerajaan’ dan kita nak beri peluang kepada VIP yang sibuk dengan tugas mereka untuk menyertai sembahyang Jumaat,” kata Ikmal Zaidi.

Walaupun telah memohon maaf melalui satu video yang dimuat naik di laman Facebook Masjid Putra malam kelmarin, namun isu ini tetap menjadi bualan hangat masyarakat dan ramai menyifatkan syarat tersebut tidak perlu dibuat langsung.

Melihat kepada isu ini, sebenarnya imam tersebut tidak bersalah. Tetapi cara tetapan mengenai jumlah 10 peratus golongan VIP untuk masuk ke masjid tersebut tidak perlu ada sebenarnya.

Dalam masa sama, dua foto berbeza dikongsi oleh rata-rata pengguna media sosial telah bertebaran, salah satunya adalah foto Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menunaikan solat di luar pintu masjid.

Sementara satu lagi adalah gambar didakwa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan yang menunaikan solat Jumaat di luar pagar masjid kerana lambat tiba untuk menunaikan solat tersebut.

Dilihat kepada isu ini, golongan VIP sebenarnya tidak perlu diperlakukan begitu, jika kehadiran golongan ini ke masjid adalah kerana dasar kerja, mungkin boleh diberi keutamaan.

Namun, sekiranya datang kerana peribadi atau ibadah untuk diri sendiri, pangkat itu perlu dibuang sejauh mungkin.

Bekas mufti perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya berkata, tiada istilah VIP dalam agama Islam di rumah Allah dan menyifatkan perkara itu amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana masjid. Katanya lagi, mana-mana jemaah yang mahu solat di luar masjid, perkara itu haruslah dibenarkan.

“Masjid sepatutnya membuat tindakan siapa yang datang dahulu boleh masuk atau sediakan kad kouta masjid untuk jemaah. Jika kad itu habis maka tutuplah pintu masjid.

“Nasihatkan mereka supaya mematuhi SOP penjarakan sosial. Amat tidak islamik sekiranya menghalau orang daripada solat walaupun di luar pintu masjid. Masjid itu rumah Allah, milik semua umat Islam. Perkara ini jelas dilarang al-Quran dan hadis Nabi,” katanya.

Dalam hal ini jika kita memetik satu hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat di masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman.

Secara dasarnya hadis ini mengingatkan kita bahawa mereka yang datang ke masjid seharusnya memberikan fokus kepada urusan keimanan dan meninggalkan dunia. Jangan ada yang ke masjid, tetapi hati masih terpaut pada dunia.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906

Muhamad Harris Nasril

· 35m ·

Kita beroleh kemenangan.

SOP baru: Kapasiti solat Jumaat di masjid Putra kini 500 orang.​


1631805834418.png


Putrajaya, 16 September : Masjid Putra di Putrajaya hari ini mengumumkan kuota untuk jemaah solat Jumaat meningkat seramai 200 orang kepada 500 orang berkuatkuasa 16 September.

Perkara ini dinyatakan dalam satu poster di laman facebook masjid berkenaan yang dinaikkan hari ini.

Pintu utama akan mulai dibuka pada jam 11.45 pagi.

Sebelum ini kuota untuk solat Jumaat adalah seramai 300 orang dengan 10% dari jumlah itu diperuntukkan kepada VIP.


1631805900211.png


Manakala untuk solat fardhu pula kuotanya adalah seramai 200 orang.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah

1. Wajib memakai pelitup muka.

2. Sanitasi tangan ketika hadir dan pulang.

3. Vaksin lengkap.

4. Bawa sejadah bersaiz besar (standard)

5. Penjarakan sosial 1.5 meter.

6. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dibenarkan masuk.

7. Check in Mysejahtera.

Sementara itu, kuota 10% untuk VIP tidak dinyatakan dalam poster tersebut.

Pada minggu lepas, Imam Besar Masjid Putra mengesahkan terdapat kuota seramai 30 orang, iaitu 10% dari 300 jemaah yang dibenarkan solat Jumaat.

Beliau dalam satu video di Facebooknya Jumaat lepas berdoa supaya pihak yang memviralkan video kononnya terdapat layanan istimewa terhadap golongan VIP diberikan hidayah Allah.

Beliau turut meminta pihak tersebut bertemu dengan beliau untuk meminta maaf kerana perbuatan itu tidak diredainya.

Walau bagaimanapun, imam tersebut kemudian memohon maaf secara terbuka apabila video beliau itu tular dan mendapat kritikan pelbagai pihak.

Berikutan itu beliau berkata pihaknya akan memperbaiki keadaan terutamanya pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di masjid berkenaan.

“Saya Imam Besar Masjid Putra, ingin memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam yang mengetahui kes ini secara jauh mahupun dekat diatas reaksi saya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video yang tular di media massa dan sosial pada Jumaat lalu.

“Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf diatas segala keterlanjuran berkenaan dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai pelaksanaan SOP di Masjid Putra,” katanya

-Buletin TTKM –


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,403
Reaction score
14,828
Points
1,906
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua PPN dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok.
#AWANInews #AWANI745 #MalaysiaSihat

Solat Jumaat di masjid di KL, Putrajaya dibenarkan 500 orang - JAWI​

Bernama
September 16, 2021 20:18 MYT
Solat Jumaat di masjid di KL, Putrajaya dibenarkan 500 orang - JAWI

Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok. - Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang manakala bagi Surau Jumaat ialah 150 orang dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula seramai 100 orang.

Beliau berkata bilangan jemaah bagi tujuan sama di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang.


"Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Ajib berkata ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan Peralihan Fasa PPN.

Beliau berkata bagi solat fardu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 orang, tujuh Masjid Zon dan Masjid Kariah (100 orang) manakala Surau Jumaat (50 orang).

Katanya bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat pula dibenarkan seramai 50 orang manakala bagi Surau Jumaat serta Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat sama di PPR dan PA DBKL serta semua surau dibenarkan seramai 40 orang.

Mohd Ajib berkata bagi Labuan yang berada dalam Fasa Empat PPN, bilangan jemaah solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk solat Jumaat dibenarkan separuh daripada kapasiti sebenar, yang turut berkuat kuasa esok.

Katanya pada masa sama, bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama.
Selain itu, beliau berkata kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu untuk kuliah yang lain, dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

"Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan.

"Semoga umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan, terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir," katanya.
-- BERNAMA

 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
2,112
Reaction score
760
Points
81
alhamdulillah..kuota solat jemaat naik kpd 500org..fardhu jd 200org..harap kuota solat fardhu tu public pki la jgk semaksimum mungkin..jgn plak bg 200 tp yg spi 20, tu pun 13org ajk ja..7 org ja org awam
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register