BTC USD 56,854.3 Gold USD 1,773.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [UPDATE] Sah! VIP ada kuota 10% - Imam Besar Masjid Putra tak reda

hero_99

Fun Poster
Messages
138
Joined
Jun 28, 2011
Messages
138
Reaction score
54
Points
30
Ironi sangat kita ni negara yang majoriti umat islam, tapi islam nya di mana ntah hilang. Hanya pada nama. Akhlak ke lautttt
 
Sponsored Post

logammaut

Legendary Member
Messages
11,137
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,137
Reaction score
1,244
Points
201
Dekat2 PRU15 nanti kalau ditakdirkan covid masih belum hilang sepenuhnya dan SOP masjid masih berkuatkuasa mungkin masa tu bole nampak ramai VIP berbaris nak masuk masjid bersama dgn rakyat marhaen. Kuota VIP pun tak laku.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,963
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,963
Reaction score
2,473
Points
201
Dekat2 PRU15 nanti kalau ditakdirkan covid masih belum hilang sepenuhnya dan SOP masjid masih berkuatkuasa mungkin masa tu bole nampak ramai VIP berbaris nak masuk masjid bersama dgn rakyat marhaen

Politik jumpe kt rumah penduduk je.. selangor tak benar politik dlm masjid da
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,613
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,613
Reaction score
1,592
Points
151
Derma rm10 layanan beza dgn org derma masjid rm10k........... Adakah kita ingin dilayan vip di dalam rumah Allah dgn derma 10k kita tu - ikhlas ke ni?
 

matten02

Active Member
Messages
1,433
Joined
Sep 11, 2009
Messages
1,433
Reaction score
525
Points
81
ape point die nk perli bro

solat fardu lain

solat jumaat lain

klu org tu xsemayang solat fardu lain pon tp klu die dtg nk solat jumaat tu bkn hak die nk perli2 org bro

tu antara die ngan Allah


manusia xde hak nk perli2 org solat ke x solat ke

pon manusia xde hak tentukan manusia lain berhak dtg rumah Allah ke x

even pendtg haram pon leh dtg masjid klu die nk solat kite xleh halang bro

imam bkn bermakna die suci ngan xleh ditegur pon
dh dia imam masjid tu dia bgtau la solat waktu lain xpenuh org pn.. salah ke? sapa terasa hambik le.. hahah
perli atau x tny dia le.. yg pasti betul la dia bgtau solat 5 waktu jemaah sikit.. blh la dtg
waktu jumaat dh penuh kapasiti nk marah dia ke..
time covid ni jemaah dihadkan.. nk salahkan imam ke nk salahkan SOP kerajaan?
patut salahkan MKN ngn majlis yg masih belum ubah SOP ke masjid.. tempat umum lain byk dh longgarkan SOP
Kesimpulan

Berdasarkan kepada nas dan pandangan ulama’, kami bahagikan isu ini kepada dua keadaan:

Pertama: Dalam keadaan wabak COVID-19 masih terkawal menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam keadaan ini, solat Jumaat hendaklah diteruskan dengan beberapa syarat seperti:

  • Khutbah dipendekkan
  • Orang ramai berwuduk di rumah
  • Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit
  • Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan
Kedua: Dalam keadaan wabak COVID-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM)

Dalam keadaan ini, solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Dalam hal ini, terdapat beberapa dawabit:

  • Larangan tersebut dengan nasihat pihak yang berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan sama ada rasmi atau tidak.
  • Wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu telah disahkan positif COVID-19 di tempat tersebut.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya. Amin.
Hukum solat Jumaat time covid. Nk lengkap baca SINI
 

matten02

Active Member
Messages
1,433
Joined
Sep 11, 2009
Messages
1,433
Reaction score
525
Points
81
mungkin tok imam nak perli jemaah yg tak dapat masuk solat jumaat tadi
dlm masa yg sama dia juga perli diri sendiri dan organisasi masjid yg dia ketuai.
apa yg pengurusan masjid yg sgt besar ni buat sampai jemaah ada 12 orang ja?
tu imam bagitau time solat jemaah ada 12 je.. so dtg la.. biasa anak kariah segan dgn imam.. tp tgk la sekarang ni.. sebab dlm media sosial, imam pn org caci maki..
bayangkan org bukan islam tgk cmni akhlak org islam.. cmn nk tunjuk islam mulia? penganut xtnjuk contoh yg baik pn

nk pengurusan masjid bt apa lg? anak kariah xdtg masjid imam bgtau pn semua sentap..

SOP masjid mmg patut dilonggarkan dh.. tambah kt selangor % vaksin dh tinggi.. patut netizen desak MKN, bukan serang imam masjid tu

sebab semua masjid pn sama sekarang ni.. nk solat jumaat kena booking awal. tp tgh viral masjid putra.. kes VIP.. padahal kalau mansuh kuota VIP, baru 30 org rakyat blh masuk. xda beza.. masih byk lg jemaah yg still xblh masuk masjid. ini isu sebenar
 

macellsprvive

Active Member
Messages
1,906
Joined
Mar 25, 2013
Messages
1,906
Reaction score
438
Points
51
Jadi rakyat marhaen sekalian, berusahalah untuk jadi golongan vip... Banyak faedah yang anda semua boleh dapat.. Hehehe

Sapa punya peraturan tu 10% kuota..Merepek betul..
Jadilah golongan vip yg declare cukai, in sha Allah disayangi negara ketat2.
 

safuans

Active Member
Messages
1,673
Joined
Mar 13, 2009
Messages
1,673
Reaction score
320
Points
41
Dalam agama Islam ada tak buat kuota vip?
Apa hukumnya? Perbuatan memberi kuota vip, dibolehkan atau dilarang dalam Islam?
Siapa yang mereka ikut sampai boleh bagi kuota vip?

Bagi la nama imam-imam yang membenarkan kuota vip.
Sebutkan semua buku kitab rujukan.
______________________
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,192
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,192
Reaction score
15,426
Points
1,906

Muhamad Harris Nasril

· Sebentar tadi ·

Alhamdulillah.

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia


· 3m ·
BREAKING NEWS: Imam Besar Masjid Putra mohon maaf diatas video beliau yang dilihat agak keterlaluan.
Baca laporan penuh: https://ttkm.com.my/.../saya-mohon-maaf-imam-besar.../


“Saya mohon maaf” : Imam Besar Masjid Putra​


1631631560130.png



Putrajaya 14 September: Imam besar Masjid Putrajaya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas reaksi beliau yang dilihat agak keterlaluan dalam satu video secara langsung di facebook beliau berhubung isu peruntukan 10% VIP di masjid tersebut.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai perlaksanaan SOP khasnya di masjid Putra, Putrajaya.

“Untuk itu saya mengajak semua, khasnya jemaah Masjid Putra untuk kita teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat mahupun solat fardhu serta program-program yang kami anjurkan.

Beliau kemudian membaca ayat Quran, Surah Hud ayat ke 88 yang bermaksud

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upaya ku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya selain dari pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali”.

Kenyataan maaf imam besar masjid Putra itu dinaikkan di laman rasmi facebook Masjid Putra malam tadi.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada kuota 10% yang diperuntukkan kepada VIP di masjid tersebut akan dihapuskan atau tidak seperti yang didesak pelbagai pihak.

Pada video beliau secara langsung sebelum ini, beliau berkata tidak meredai perbuatan memviralkan video kononnya VIP mendapat layanan berbeza berbanding orang awam.

Beliau turut mendoakan pihak terbabit supaya diberi hidayah oleh Allah dan bertemu dengan beliau untuk meminta maaf.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagi lah bagi lah masuk, bagi lah masuk” Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar . Ha itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”
Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim
Video tersebut menjadi [email protected] pelbagai pihak sehingga beliau bertindak memadamkan video itu dari akaun facebooknya.

-Buletin TTKM-

 
Sponsored Post
Top
Log in Register