TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
All Blacks waspada jerat Perancis
AUCKLAND - New Zealand tidak mahu memandang rendah keupayaan Perancis apabila kedua-dua pasukan berentap pada final Kejohanan Ragbi Piala Dunia, Ahad ini.
Biarpun memiliki rekod cemerlang ke atas Perancis sebelum ini, skuad All Blacks tidak mahu terjerat dek perangkap lawan mereka itu.
Menjelang aksi final, Perancis dikatakan berdepan masalah dalaman ekoran pertelingkahan yang membabitkan para pemain dengan pihak pengurusan.
Rekod Perancis pada kempen kali ini juga tidak begitu baik apabila tewas dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan ketika menentang New Zealand dan Tonga.
Bagaimanapun, mereka bangkit dengan semangat juang tinggi ketika menyingkirkan England pada aksi suku akhir sebelum membenam Wales dalam saingan separuh akhir.
Berbeza dengan Perancis, New Zealand tampak lebih unggul apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan kumpulan.
Pada aksi suku akhir, New Zealand menunjukkan jalan keluar kepada Argentina sebelum menyingkirkan Australia.
Melihatkan rekod bersih itu, New Zealand tampil sebagai pasukan pilihan untuk dinobatkan selaku juara di Eden Park - gelanggang yang menyaksikan mereka tidak pernah tewas sejak 1994.
"Walaupun telah bertemu lawan yang sama sebelum ini, kamu tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku pada perlawanan akan datang.
"Rekod terdahulu tidak memberi sebarang makna," jelas tonggak pertahanan New Zealand, Sonny Bill Williams.
Mengulas mengenai kekuatan Perancis, Williams menjawab: Scrum Perancis menjadi kekuatan mereka. Ia dianggap antara terbaik di dunia.
"Kami tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka. Mereka mampu melakukan kejutan sebagaimana yang dilakukan pada Piala Dunia sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Perancis dijangka membariskan pemain yang sama ketika menewaskan Wales.
Perancis akan kembali mendapatkan khidmat tonggak utama, Morgan Parra yang pulih daripada kecederaan leher.
Parra yang tidak diturunkan ketika menentang Wales, akan kembali bergandingan bersama Dimitri Yachvili di bahagian tengah.
Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketiga Perancis di pentas akhir dan mereka memburu kejuaraan sulung pada Piala Dunia.
Biarpun tewas 17-37 kepada New Zealand pada aksi kumpulan sebelum ini, Perancis pernah menyingkirkan skuad All Blacks pada aksi separuh akhir Piala Dunia 1999 dan saingan suku akhir Piala Dunia 2007.