UPDATE Pulau rebutan & wilayah di Laut China Selatan

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,366
Reaction score
1,924
Points
206
China Selamba Tukar Nama Tempat, Kita Masih Segan Dengan Nama 'MALAYAN SEA'

1. Baca dahulu tentang tindakan China menukar nama-nama tempat menjadi berunsur keCinaan pada globe yang dijual di negara kita sendiri :


2. Hakikatnya, jika kita rujuk pada peta-peta lama terutamanya dari Barat, nama-nama pulau, sama ada kecil atau besar, yang menganjur dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Vietnam semuanya ditulis sebagai 'Pulo', yang boleh menjadi petunjuk siapa sebenarnya penguasa asal lautan berkenaan.

3. Yang menyedihkan adalah nama-nama tersebut kini sudah hilang. Ketika Champa masih lagi tersisa di selatan Vietnam, pulau-pulau yang ada di perairannya masih ditulis sebagai 'Pulo Condore' dan 'Pulo Sapata'.

4. Begitu juga di selatan Thailand, pulau-pulau utamanya masih tertulis sebagai 'Pulo Carnom' (kini Ko Samui), 'Pulo Sancori' (kini Ko Phangan) dan 'Pulo Bardia' (kini Ko Tao). Sekarang nama Tentalam juga sudah tenggelam bertukar menjadi Sathing Phra.

5. Yang paling utama, dalam peta tahun 1821 ini juga dengan jelas mencatatkan perairan di antara semenanjung Tanah Melayu dengan Sarawak sebagai 'MALAYAN SEA'.

6. Bila agaknya kita akan berani menggunakan semula nama tersebut bagi wilayah EEZ di dalam kawasan perairan negara kita bagi menggantikan sama sekali istilah Laut China Selatan yang digunakan sekarang?

Ibnu Rusydi
laut malaya
laut champa
laut china selatan (nama paling takda kena mengena)
 
Sponsored Post

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,322
Reaction score
843
Points
161
Kepulauan batu batan yg dituntut malaysia,vietnam dan filipina tu..elok pakat2 bincang bagi pajak pada US utk buat kem tentera US disitu..Mrk mampu dari segi wang dan aset ketenteraan.
Dapat juga seimbang kekuatan US dgn china..Kalau biar nanti China pergi tambak lagi..kita tenguk saja..melopong.

Nak halang China!!!!! mimpi saja kot?
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,366
Reaction score
1,924
Points
206
Kepulauan batu batan yg dituntut malaysia,vietnam dan filipina tu..elok pakat2 bincang bagi pajak pada US utk buat kem tentera US disitu..Mrk mampu dari segi wang dan aset ketenteraan.
Dapat juga seimbang kekuatan US dgn china..Kalau biar nanti China pergi tambak lagi..kita tenguk saja..melopong.

Nak halang China!!!!! mimpi saja kot?
Bagi us pun sama je.
Nanti deme tak reti nak balik.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
laut malaya
laut champa
laut china selatan (nama paling takda kena mengena)
Nampak tak kat situ punya la beria nak claim kawasan sampai kawasan jauh dari negara depa pun nak buh nama depa
 

Guys Peace

Active Member
Joined
Mar 1, 2010
Messages
1,661
Reaction score
34
Points
40
Kita dari dulu selalu ambil mudah kawasan negara..berapa bnyk lagi kawasan nak hilang...Pulau Spratly terang2 Malaysia punya tapi buat macam xkisah..sekarang baru nak menggelupur...Natuna dan Ambalas terang2 Malaysia punya tapi sebab xnak gaduh dengan Indonesia Malaysia Diamkan jer....Cukup la ambil la pengajaran..Kuat kan Tentera Kita dan kena Keras sikit.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1592013989292.jpg

FB_IMG_1592013991449.jpg

AMERIKA GABUNG "GLOBAL HAWK" DAN PENGEBOM B-1B "LANCER" DI LAUT CHINA SELATAN

Tentera Amerika Syarikat telah mula mengerah dron "Global Hawk" bagi menjalankan misi-misi pemantauan di Laut China Selatan dan kawasan lain di Pasifik.

"Global Hawk" adalah High-Altitude Long Endurance (HALE), bagi misi pemantauan jarak jauh. (GAMBAR 1)

Kehadiran "Global Hawk" di Laut China Selatan dan Pasifik akan membantu misi oleh pesawat lain termasuk B-1B Lancer (GAMBAR 2) dan P-8 Poseidon.

Ia memberikan kelebihan kepada Amerika Syarikat dalam memantau secara berterusan keadaan di Laut China Selatan, Selat Taiwan dan perairan lain di Pasifik pada ketika ketegangan dengan China memuncak.

Tentera Amerika Syarikat menempatkan empat buah "Global Hawk" di Yokota Air Base di Jepun manakala pesawat pengebom strategik B-1B Lancer itu ditempatkan di Andersen Air Base, Guam.

Empat buah dron berkuasa tinggi di Jepun itu adalah sebahagian daripada 34 buah "Global Hawk" yang dimiliki oleh Amerika Syarikat ketika ini, tetapi negara itu mempunyai perancangan untuk menamatkan khidmat 24 daripada dron itu dalam tempoh terdekat.

"Global Hawk" itu akan digantikan dengan dron stealth "RQ-180" yang sedang diujikaji ketika ini.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,333
Reaction score
3,319
Points
236
Bagaimana Asia Tenggara Melawan China Dalam Isu Sempadan Laut China Selatan

Pada ketika ini kita melihat kerajaan Amerika Syarikat sedang berada dalam situasi huru-hara akibat rusuhan. Bagaimanapun, percaturan politik antara negara tersebut dan seteru utamanya China sedang berjalan rancak tanpa kita sedar.

Pada 1 Jun 2020, kerajaan Amerika Syarikat secara rasmi menghantar perutusan diplomatik kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menolak dakwaan kerajaan China tentang isu pemilikan sempadan di sepanjang Laut China Selatan.

Dalam perutusan sama, Amerika Syarikat terang-terang menyatakan sokongan kepada tuntutan negara kita! Ekoran daripada campur tangan ini, kerajaan China menyifatkan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sebagai cubaan mencari gaduh. Kami kurang pasti kenapa isu ini tidak berapa dihebohkan.

Screenshot-1769.jpg


Boleh dikatakan pada ketika ini, Amerika Syarikat kini sudah menjadi sebahagian daripada gabungan usaha beberapa buah negara Asia Tenggara termasuk negara kita, secara rasmi menolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan secara diplomatik.


Asia Tenggara bersatu melawan tuntutan China

Screenshot-1770.jpg


Sejarah penolakan tuntutan China terhadap Laut China Selatan secara diplomatik, boleh dikatakan bermula pada tahun 2008.

Indonesia menjadi negara pertama mencabar apa yang dinamakan sebagai 'sembilan garisan sempadan' atau 'nine dash line' terbitan China, yang didakwa kerajaan China membuktikan pemilikan mereka ke atas sebahagian besar kawasan Laut China Selatan.

Pada 16 Jun 2008 kerajaan Indonesia menghantar tuntutan bagi memanjangkan garis sempadan lautan negara mereka yang dilabelkan sebagai 'continental shelf' melebihi 200 batu nautika.

Bagaimanapun, hanya selepas tindakan kerajaan kita dan Vietnam bersatu menghantar tuntutan serupa pada 6 Mei 2009 dipercayai menjadi pemangkin utama penyatuan negara-negara Asia Tenggara dalam menghentikan ancaman China di sini.

Tindakan 3 negara ini dalam memperluaskan garis sempadan lautan negara mereka kurang disenangi kerajaan China.

China bertindak balas segera melakukan tuntutan diplomatik kepada PBB yang secara langsung menidakkan apa yang diutarakan ketiga-tiga negara, tiga hari selepas Vietnam dan Malaysia selesai melakukan tuntutan.

Dengan menggunakan peta 'sembilan garisan sempadan' yang menjadi asas kepada tuntutan China, China turut melakukan tuntutan ke atas sebahagian besar bahagian tengah Laut China Selatan berdasarkan kepada hujah mereka adalah tuan punya lautan itu sebelum ini - berdasarkan faktor sejarah.


Malaysia Strikes Back 2019!

Screenshot-1771.jpg



Pada 12 Disember 2019, Malaysia sekali lagi mencabar China dalam isu Laut China Selatan.

Negara kita kembali melakukan tuntutan serupa seperti apa yang telah dilakukan bersama Vietnam pada tahun 2009, tetapi kali ini tuntutan Malaysia meliputi kawasan yang jauh lebih besar jaraknya.

Tuntutan kedua Malaysia dilihat menolak cara kerajaan China menentukan saiz 'continental shelf' serta tidak mengambil kira peranan Kepulauan Spratly dan Paracel, yang nyata menyebabkan China berang.

China menyifatkan apa yang dilakukan oleh Malaysia telah mencabar kedaulatan negara mereka (pautan PDF) serta hak mereka ke atas Laut China Selatan.

Sekali lagi kerajaan China secara rasmi mendesak PBB agar tidak melayan tuntutan terbaru Malaysia kerana dikatakan melanggar ketetapan undang-undang antarabangsa.


China terus berdegil enggan menerima keputusan antarabangsa

Screenshot-1772.jpg


Taktik yang diambil oleh negara kita, Vietnam dan Indonesia sejak mula dipuji banyak pihak kerana menggunakan ketetapan yang telah diputuskan dalam beberapa perbicaraan antarabangsa sebelum ini.

China dilihat terus enggan mengakui beberapa keputusan yang tidak memihak kepada mereka, khasnya melibatkan keputusan perbicaraan arbitrasi Julai 2016 apabila keputusan yang dicapai memihak kepada Filipina.


Indonesia menyokong Malaysia

Screenshot-1773.jpg



Banyak pihak percaya insiden kapal China mengekori kapal milik West Capella Petronas yang berlaku untuk beberapa minggu, berpunca daripada tindakan negara kita melakukan tuntutan pada bulan Disember lalu.

Apa yang sangat membanggakan, pada ketika ini tanpa kita sedari wujud kerjasama erat antara negara-negara Asia Tenggara dalam menangani kegilaan China.

Berikutan tindakan mengejutkan Malaysia mencabar China, Indonesia menjadi pihak pertama pada 28 Mei 2020 menyokong tindakan tersebut di peringkat antarabangsa, selepas kerajaan mereka mengeluarkan kenyataan menyangkal sepenuhnya validasi tuntutan China serta mendesak agar China akur kepada ketetapan yang telah dipersetujui.

Perubahan baru ini dikatakan bakal mengubah perspektif politik Indonesia yang dijangka tidak lagi perlu tunduk kepada China, seperti yang telah berlaku sebelum ini.

Tindakan terbaru Amerika Syarikat yang senada dengan Malaysia dan Indonesia pula dikatakan menjadi tamparan terbaru buat China.

Adakah kerjasama Malaysia, Indonesia dan Vietnam (serta Filipina) yang disokong oleh Amerika Syarikat mampu menekan kembali pengaruh China - agar mereka tidak lagi berani menceroboh perairan negara jiran mereka?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana percaturan-percaturan ini terus berjalan, tanpa kita sedari ia sebenarnya sedang berlaku.

Apa-apa pun, terima kasih kerajaan Amerika Syarikat kerana menyokong negara kecil kami walaupun anda sedang berdepan rusuhan!


Rujukan;
 
Sponsored Post
Top
Log in Register