UPDATE Pulau rebutan & wilayah di Laut China Selatan

CG Sponsors




Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
347
Reaction score
119
Points
23
ni isu yg boleh akibatkan perang betul dkt negara kita.. tp rakyat masih sibuk dok politik sempit lagi..

skrg ni kira tengah tunggu siapa nak mulakan dulu.. silap sikit je boleh jadi isu besar,

geng prc dgn thailand dah bersiap buat terusan kra.. kalau perang dkt lcs pun kapal boleh bypass lalu dkt sana, skip klang/melaka dgn spore.. kapal asing boleh jimat travel 1200km nanti.. sape tak nak ikut highway baru :p

kita dgn jiran2 ni nanti terlopong lah tengah2 perang us vs prc nanti .. dah lah economy terjejas kena sailang lagi dgn thai

thai ni dari dulu lagi.. akan berpakat dgn musuh untuk kepentingan sendiri, dulu dia bagi jalan untuk jepun jajah malaya, kalau ade yg ingat sejarah lagi lah.. ;)
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590775751359.jpg

FB_IMG_1590775753789.jpg

FB_IMG_1590775756246.jpg

USS MUSTIN ADAKAN MISI "FONOP" DI WOODY ISLAND, CHINA KERAH KAPAL

Kapal perang jenis destroyer Amerika Syarikat, USS Mustin mengadakan pelayaran "Freedom of Navigation Operations" (FONOP) berhampiran Pulau Paracel di Laut China Selatan semalam.

China dilaporkan telah menghantar kapal perang dan pesawatnya untuk "shadow" pelayaran USS Mustin itu.

Ia disahkan oleh Kol Li Huanmin daripada Southern Theater Command, PLA yang berkata, kapal-kapal China itu telah bertindak "menghalau" USS Mustin itu.

USS Mustin, sebuah destroyer "Arleigh Burke" dilaporkan belayar di dalam 12 batu nautika daripada Woody Island dan Pyramid Rock di Paracel dalam misi FONOP itu.

Jurucakap 7th Fleet berkata, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa perairan itu tidak boleh dituntut oleh China sebagai perairan miliknya.

Woody Island merupakan salah satu batuan (rocks) di Paracel yang kini berubah menjadi pulau buatan manusia selepas ditambak oleh China.

Ia kini menjadi pengkalan tentera utama Beijing di Laut China Selatan dengan penempatan pesawat pejuang, radar, komunikasi dan peluru berpandu.

Woody Island turut dituntut oleh Vietnam.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

hab81020

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,073
Reaction score
204
Points
83
kena cari jalan pecahkan komunis china, sama macam komunis soviet dulu,
tak mustahil bukan sahaja lautan tapi daratan pun dia akan claim atau takluk
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1591106850406.jpg

FB_IMG_1591106852601.jpg

FB_IMG_1591106854679.jpg

CHINA SEMAKIN HAMPIR UNTUK ISYTIHAR ADIZ DI LAUT CHINA SELATAN???

Salam sahabat semua,

Beijing nampaknya semakin hampir untuk mengisytiharkan Air Defence Indentification Zone (ADIZ) atau Zon Identifikasi Pertahanan Udara di Laut China Selatan.

Ini berdasarkan laporan oleh akhbar South China Morning Post (SCMP) yang dimiliki oleh Ali Baba Group semalam.

ADIZ di Laut China Selatan menurut SCMP itu akan meliputi Pulau Pratas berhampiran Taiwan, Pulau Paracel dan Pulau Spratly, kata seorang pegawai kanan Tentera China kepada akhbar terbabit.

Akhbar kepunyaan billionair Jack Ma itu memang dikenali memiliki hubungan rapat dengan kepimpinan tentera China.

Kenyataan pegawai kanan tentera China itu hanya mengiyakan dakwaan oleh Kementerian Pertahanan Taiwan pada 4 Mei lepas bahawa Beijing bakal mengisytiharkan ADIZ di Laut China Selatan.

Dakwaan ADIZ di Laut China Selatan itu sememangnya ada asasnya kerana infrastruktur untuk menguatkuasakan ADIZ telah pun siap dibina oleh China.

Infrastruktur itu merujuk kepada pulau-pulau buatan manusia yang dibina oleh Beijing di Laut China Selatan.

Selepas beberapa tahun ditambak, batuan-batuan maritim yang dahulunya tidak mampu menampung penempatan manusia kini telah menjadi pulau-pulau yang lengkap dengan landasan kapal terbang dan hangar berhawa dingin untuk menempatkan pesawat pejuang, kelengkapan radar dan sistem komunikasi serta peluru berpandu.

Ia juga memiliki jeti untuk persinggahan kapal-kapal perang China.

Misi-misi pemintasan (intercept) oleh China terhadap pesawat-pesawat asing yang menceroboh ADIZ Laut China Selatan ini berkemungkinan besar akan dilancarkan dari pulau-pulau buatan manusia China seperti, Fiery Cross Reef, Mischief Reef dan Subi Reef.

Sebab itulah Beijing tidak mengisytiharkan ADIZ di Laut China Selatan, selagi usaha membina pulau-pulau buatan manusia itu dan melengkapkannya dengan pelbagai kemudahan belum lagi siap.

Kini apabila pulau-pulau buatan manusia itu telah siap, maka kita semua bolehlah menjangkakan bahawa ADIZ di Laut China Selatan itu bakal membuat "kemunculannya" pada bila-bila masa.

Terutamanya ketika ini, sedang semua negara sedang sibuk bergelut dengan pandemik COVID-19.

Kemungkinan pengisytiharan ADIZ di Laut China Selatan itu akan berlaku tidak lama lagi telah hangat diperkatakan apabila Beijing mula menempatkan pesawat-pesawat peronda maritim KQ-200 dan pesawat amaran awal KJ-500 di pulau-pulau buatan manusia itu.

Pesawat-pesawat ini merupakan elemen ISR (Intelligence, Surveillance and Recconaisance).

Kehadiran pesawat-pesawat terbabit yang merupakan elemen penting dalam usaha untuk menguatkuasakan ADIZ di Laut China Selatan itu berjaya dikesan oleh Imej-imej satelit baru-baru ini.

Ini diperakui sendiri oleh Li Jie, seorang pakar tentera laut dan bekas Kolonel dalam PLA yang berkata kepada SCMP bahawa negara yang mahu mengisytiharkan ADIZ selalunya akan menunggu selepas infrastruktur yang akan menyokong penguatkuasaannya telah siap.

Walauapapun, kita boleh menjangkakan bahawa sebarang pengumuman Beijing untuk mewujudkan ADIZ di Laut China Selatan akan meningkatkan lagi ketegangan antara Washington serta negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan Beijing.

Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk negara-negara pesisir Laut China Selatan sudah semestinya tidak akan menerima ADIZ yang diisytiharkan secara unilateral oleh Beijing itu.

Laut China Selatan itu adalah laluan utama perdagangan dunia dan tidak ada negara yang akan membenarkan Beijing menguasainya.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1591107378900.jpg

FB_IMG_1591107381416.jpg

FB_IMG_1591107384267.jpg

BUKAN KAPAL PERANG, TAPI KESAN KAPAL PENYELIDIKAN GEOLOGI CHINA AMAT BERBAHAYA

Salam sahabat semua,

Pada 18 April 2020, Kementerian Hal Ehwal Awam dan Kementerian Sumber Asli China mengumumkan bahawa Suruhanjaya Nama Geografi negara itu (Geographical Names Commission) telah menamakan 80 ciri-ciri maritim di Laut China Selatan.

Menamakan ciri-ciri maritim itu lebih kurang samalah dengan menuntut hak pemilikannya.

55 daripada ciri-ciri maritim itu terletak di dasar Laut China Selatan manakala 25 ciri maritim itu (bukan Pulau) terletak di atas permukaan air.

Secara keseluruhannya sejak tahun 1980-an, China telah menuntut pemilikan kira-kira 300 ciri-ciri maritim di Laut China Selatan, sama ada di dasar atau atas permukaan laut.

Dan ciri-ciri maritim ini, bukan sahaja terletak di dalam perairan China tetapi sebahagian besarnya berada di wilayah Vietnam, Filipina dan Malaysia.

Ok kalau ciri-ciri maritim atas permukaan air itu boleh dilhat dengan mata kasar, bagaimana pula yang berada di dasar laut.

(GAMBAR 1) Inilah kegunaan kapal penyelidikan geologi, Hai Yang Di Zhi Bao Hao (HD8).

Pada July 2019 China telah menghantar HD8 ke perairan Vietnam dan kapal penyelidikan geologi itu telah "berkampung" bersama-sama kapal pengiring China Coast Guard di perairan negara Indochina itu sehingga November 2019.

(GAMBAR 2)So selama hampir 5 bulan, kapal HD8 itu memeta dan mengkaji aspek geologi di dasar laut perairan Vietnam itu.

Akhir November, kapal HD8 itu pun pulang semula ke China selepas selesai menjalankan tugasnya di Vietnam.

Dan beberapa bulan selepas kepulangan HD8 ke China atau dengan lebih tepat lagi iaitu pada 18 April lepas, China pun mengumumkan 80 ciri-ciri maritim yang dituntutnya.

Sebagaimana yang admin telah katakan, 50 daripada 80 ciri maritim itu terletak di dasar Laut China Selatan.

Dan sebahagian besar daripada 50 ciri maritim dasar yang dinamakan oleh China itu terletak di dalam perairan Vietnam, termasuk di lokasi yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Itulah kaitan di antara kapal HD8 dengan usaha China menuntut ciri-ciri maritim dasar laut di Laut China Selatan.

Sebagaimana yang kita ketahui, kapal HD8 itu juga menjalankan kajian dasar lautnya di dalam perairan EEZ/Extended Continental Shelf (ECS) kita baru-baru ini.

Selepas lebih satu bulan lebih berada di Malaysia, kapal HD8 itu pun pulang semula ke China bersama-sama data-data yang amat berharga.

Persoalan yang perlu kita fikirkan kini adalah, adakah data-data dasar laut yang ada di dalam genggaman kapal HD8 akan digunakan oleh pihak berkuasa China untuk menamakan ciri-ciri maritim dasar laut yang terletak di dalam perairan Malaysia sebagai hak miliknya?

Admin jangkakan perkara yang sama berlaku terhadap Vietnam akan turut berlaku kepada kita.

Ia boleh berlaku bulan depan, tahun depan atau beberapa tahun lagi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Sebab itu kita perlu berjaga-jaga dan mempunyai prasangka yang tinggi terhadap kapal- kapal penyelidikan asing terutamanya dari China kerana walaupun ia tidak membawa apa-apa senjata tetapi tujuan kehadirannya mungkin lebih berbahaya.

Dengan maklumat dan data yang ada di dalam genggamannya, ia boleh menyebabkan kita kehilangan segala-galanya.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,366
Reaction score
1,924
Points
206
CHINA SEMAKIN HAMPIR UNTUK ISYTIHAR ADIZ DI LAUT CHINA SELATAN???

Salam sahabat semua,

Beijing nampaknya semakin hampir untuk mengisytiharkan Air Defence Indentification Zone (ADIZ) atau Zon Identifikasi Pertahanan Udara di Laut China Selatan.

Ini berdasarkan laporan oleh akhbar South China Morning Post (SCMP) yang dimiliki oleh Ali Baba Group semalam.

ADIZ di Laut China Selatan menurut SCMP itu akan meliputi Pulau Pratas berhampiran Taiwan, Pulau Paracel dan Pulau Spratly, kata seorang pegawai kanan Tentera China kepada akhbar terbabit.

Akhbar kepunyaan billionair Jack Ma itu memang dikenali memiliki hubungan rapat dengan kepimpinan tentera China.

Kenyataan pegawai kanan tentera China itu hanya mengiyakan dakwaan oleh Kementerian Pertahanan Taiwan pada 4 Mei lepas bahawa Beijing bakal mengisytiharkan ADIZ di Laut China Selatan.

Dakwaan ADIZ di Laut China Selatan itu sememangnya ada asasnya kerana infrastruktur untuk menguatkuasakan ADIZ telah pun siap dibina oleh China.

Infrastruktur itu merujuk kepada pulau-pulau buatan manusia yang dibina oleh Beijing di Laut China Selatan.

Selepas beberapa tahun ditambak, batuan-batuan maritim yang dahulunya tidak mampu menampung penempatan manusia kini telah menjadi pulau-pulau yang lengkap dengan landasan kapal terbang dan hangar berhawa dingin untuk menempatkan pesawat pejuang, kelengkapan radar dan sistem komunikasi serta peluru berpandu.

Ia juga memiliki jeti untuk persinggahan kapal-kapal perang China.

Misi-misi pemintasan (intercept) oleh China terhadap pesawat-pesawat asing yang menceroboh ADIZ Laut China Selatan ini berkemungkinan besar akan dilancarkan dari pulau-pulau buatan manusia China seperti, Fiery Cross Reef, Mischief Reef dan Subi Reef.

Sebab itulah Beijing tidak mengisytiharkan ADIZ di Laut China Selatan, selagi usaha membina pulau-pulau buatan manusia itu dan melengkapkannya dengan pelbagai kemudahan belum lagi siap.

Kini apabila pulau-pulau buatan manusia itu telah siap, maka kita semua bolehlah menjangkakan bahawa ADIZ di Laut China Selatan itu bakal membuat "kemunculannya" pada bila-bila masa.

Terutamanya ketika ini, sedang semua negara sedang sibuk bergelut dengan pandemik COVID-19.

Kemungkinan pengisytiharan ADIZ di Laut China Selatan itu akan berlaku tidak lama lagi telah hangat diperkatakan apabila Beijing mula menempatkan pesawat-pesawat peronda maritim KQ-200 dan pesawat amaran awal KJ-500 di pulau-pulau buatan manusia itu.

Pesawat-pesawat ini merupakan elemen ISR (Intelligence, Surveillance and Recconaisance).

Kehadiran pesawat-pesawat terbabit yang merupakan elemen penting dalam usaha untuk menguatkuasakan ADIZ di Laut China Selatan itu berjaya dikesan oleh Imej-imej satelit baru-baru ini.

Ini diperakui sendiri oleh Li Jie, seorang pakar tentera laut dan bekas Kolonel dalam PLA yang berkata kepada SCMP bahawa negara yang mahu mengisytiharkan ADIZ selalunya akan menunggu selepas infrastruktur yang akan menyokong penguatkuasaannya telah siap.

Walauapapun, kita boleh menjangkakan bahawa sebarang pengumuman Beijing untuk mewujudkan ADIZ di Laut China Selatan akan meningkatkan lagi ketegangan antara Washington serta negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan Beijing.

Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk negara-negara pesisir Laut China Selatan sudah semestinya tidak akan menerima ADIZ yang diisytiharkan secara unilateral oleh Beijing itu.

Laut China Selatan itu adalah laluan utama perdagangan dunia dan tidak ada negara yang akan membenarkan Beijing menguasainya.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
dia pun nak jadi polis dunia juga macam USA.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1591540763717.jpg
FB_IMG_1591540765986.jpg

FB_IMG_1591540768167.jpg

FB_IMG_1591540770519.jpg

GAZETTE 1879 BRITISH PERKUAT KEDUDUKAN M'SIA DALAM ISU TUNTUTAN SPRATLY DAN AMBOYNA CAY?

Salam sahabat semua.

Baru-baru ini sahabat admin telah berkongsi notification kerajaan kolonial British (no 432) yang dikeluarkan di atas permintaan Pemangku Gabenor Labuan.

Ia dikeluarkan oleh setiausaha kerajaan kolonial itu sendiri Cecil C. Smith di Singapura dan bertarikh 19 Nov 1879. (GAMBAR 1)

Notification itu memaklumkan pada 25 Oktober 1877, warga Amerika Syarikat bernama George Frank Graham dan rakyat British bernama William Simpson telah bertemu Pemangku Gabenor Labuan, William Treacher Esquire di pejabat kerajaan di Labuan itu.

(GAMBAR 2) Lebih menarik dalam Straits Settlements Government Gazette bertarikh 21 Nov, 1879 (iaitu dua hari selepas notification kerajaan kolonial British).

Ia adalah pernyataan bahawa George Frank Graham dan William Simpson telah menerima maklumat bahawa Pulau Spratly (dalam gazette menyebut Spratty - mungkin typo) dan Amboyna Cay memiliki deposit Guano yang banyak dan jika maklumat itu benar maka mereka bersama seorang pedagang warga British di Hong Kong bernama Horatio Gay James mahu mengekploitasi bahan itu untuk tujuan keuntungan.

Gazette itu mengatakan, pada 1 Sept 1877 George dan William telah belayar di atas kapal British, Rover ke pulau itu dari Hong Kong.

Mereka mendapati pulau itu memang memiliki guano sebagaimana maklumat diperolehi dan bahawa "pulau" itu sememangnya tidak berpenghuni.

Selepas itu mereka telah ke Labuan, kerana ia merupakan wilayah terdekat British dengan Spratly bagi meminta kebenaran untuk menaikkan bendera British di Pulau Spratly dan Amboyna Cay serta "to register their claim against all comers to the land and products of the said Island and (Amboyna) Cay.

Gazzette itu mengatakan tuntutan didaftar di Labuan dan kebenaran telah diberi kepada George Frank Graham dan William Simpson untuk menaikkan bendera British di Pulau Spratly dan Amboyna Cay (GAMBAR 3)tertakluk kebenaran Setiausaha Negara untuk Hal Ehwal Luar British.

Ok, dalam gazette itu juga menyatakan kedudukan Pulau Spratly yang dimaksudkan itu.
Sahabat boleh check "pulau" Spratly apakah yang dimaksudkan dalam Gazette itu.
Adakah ia Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef), Terumbu Ubi (Ardasier Reef), Terumbu Mantanani (Mariveles Reef), Terumbu Peninjau (Investigator Shoal) dan Terumbu Siput (Erica Reef) yang telah pun diduduki oleh Malaysia ketika ini.
Ia juga menyatakan Latitude dan Longitude Amboyna Cay.

Satu benda yang menarik adalah mengenai Amboyna Cay. Sebagaimana yang kita tahu Amboyna Cay kini diduduki oleh Vietnam.

Jika menurut gazette itu, bendera British telah dinaikkan di Amboyna Cay oleh George Frank Graham dan William Simpson pada 1877.

Bukankah ia menjadikan Amboyna Cay itu menjadi milik negara kita selepas British berundur dari Tanah Melayu selepas pada 1957?

Sepatutnya Amboyna Cay milik kita dan bukan Vietnam seperti yang berlaku kini.

Amboyna Cay ini dikatakan terletak di dalam continental shelf kita.

Vietnam dikatakan mula menduduki Amboyna Cay, batuan maritim di Spratly bermula pada 1974 sehingga kini.

Ada laporan mengatakan Malaysia tidak mahu meneruskan tuntutannya terhadap Amboyna Cay kerana pemerintah negara ketika itu enggan menimbulkan konflik dengan Vietnam.

Walaupun apa pun, kenyataan yang terkandung dalam Gazette ini perlu kajian lebih lanjut oleh pakar-pakar.

Sekali lagi admin ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat admin yang sedia berkongsi gazette kerajaan kolonial British itu untuk pengetahuan kita semua.

Kita mengalu-alukan rakan-rakan lain untuk memberi pendapat.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1591540904556.jpg

Semalam admin keluar jalan-jalan di KL dan singgah di satu kompleks membeli-belah.
Ternampak satu globe yang agak menarik dan bercadang hendak membelinya.

Tapi bila dilihat dengan lebih teliti, globe ini memaparkan peta "Nine Dash Line" Laut China Selatan yang dituntut oleh China. (bergarisan merah)

Admin percaya globe yang dijual di pusat membeli belah terkenal ini dibuat di China.
Nama batuan Laut China Selatan di globe itu pun guna nama yang diberikan oleh pihak berkuasa China seperti Zengmu Ansha (James Shoal), Nansha Qundao (Spratly), Zhongsha (Paracel), Donghsa (Pratas), Sansha (Woody) dan Huangyan Dao (Scarborough Shoal).

Ini kalau ada sekolah yang beli globe ini dan digunakan untuk ajar anak-anak kita, jenuh kita nak explain.

Pelan-pelan dia cucuk jarum halus dalam pemikiran kita bahawa Laut China Selatan itu memang hak dia. Puihhh.

Kalau kat Vietnam, dah tunjuk perasaan ni.
#kpdnhep #wismaputra

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1591598702786.jpg

FB_IMG_1591598705528.jpg

FB_IMG_1591598707627.jpg

China Selamba Tukar Nama Tempat, Kita Masih Segan Dengan Nama 'MALAYAN SEA'

1. Baca dahulu tentang tindakan China menukar nama-nama tempat menjadi berunsur keCinaan pada globe yang dijual di negara kita sendiri :


2. Hakikatnya, jika kita rujuk pada peta-peta lama terutamanya dari Barat, nama-nama pulau, sama ada kecil atau besar, yang menganjur dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Vietnam semuanya ditulis sebagai 'Pulo', yang boleh menjadi petunjuk siapa sebenarnya penguasa asal lautan berkenaan.

3. Yang menyedihkan adalah nama-nama tersebut kini sudah hilang. Ketika Champa masih lagi tersisa di selatan Vietnam, pulau-pulau yang ada di perairannya masih ditulis sebagai 'Pulo Condore' dan 'Pulo Sapata'.

4. Begitu juga di selatan Thailand, pulau-pulau utamanya masih tertulis sebagai 'Pulo Carnom' (kini Ko Samui), 'Pulo Sancori' (kini Ko Phangan) dan 'Pulo Bardia' (kini Ko Tao). Sekarang nama Tentalam juga sudah tenggelam bertukar menjadi Sathing Phra.

5. Yang paling utama, dalam peta tahun 1821 ini juga dengan jelas mencatatkan perairan di antara semenanjung Tanah Melayu dengan Sarawak sebagai 'MALAYAN SEA'.

6. Bila agaknya kita akan berani menggunakan semula nama tersebut bagi wilayah EEZ di dalam kawasan perairan negara kita bagi menggantikan sama sekali istilah Laut China Selatan yang digunakan sekarang?

Ibnu Rusydi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register