UPDATE Pulau rebutan & wilayah di Laut China Selatan

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590559213376.jpg

FB_IMG_1590559220826.jpg

FB_IMG_1590559222883.jpg

USS RAFAEL PERALTA BELAYAR 70 BATU NAUTIKA DARI PANTAI SHANGHAI

Salam sahabat semua,

Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Rafael Peralta dikesan belayar hampir dengan China di Laut Kuning semalam.

USS Rafael Peralta, sebuah kapal destroyer kelas Arleigh Burke dikesan belayar sehampir 70 batu nautika daripada pantai Shanghai.

Ya, 70 batu nautika.

Kehadiran kapal perang Amerika Syarikat seberat 9,200 tan itu didedahkan kepada awam oleh South China Sea Probing Initiative, sebuah inisiatif anjuran Peking University di Beijing.

Ia bakal memuncakkan lagi ketegangan antara Amerika Syarikat dan China, apatah lagi kemunculan USS Rafael Peralta itu ketika China sedang mengadakan latihan di Laut Kuning selama 11 minggu berakhir 31 Julai ini.

Latihan laut besar-besaran itu akan turut membabitkan kapal pengangkut pesawat China, Liaoning.

Lapan hari lepas, USS Rafael Peralta juga telah mengadakan pelayaran sama di pesisir pantai Shanghai, tetapi tidak sehampir dengan pantai China kali ini.

Pada ketika itu, USS Rafael Peralta dikesan berada pada 116 batu nautika daripada pesisir pantai Shanghai berbanding 70 batu nautika kali ini.

Pada 17 April lepas, sebuah lagi kapal perang Amerika Syarikat turut belayar sehampir 40 batu nautika daripada pantai Weihai di wilayah Shandong, China.

Kemunculan USS Rafael Peralta di luar pantai Shanghai lapan hari lepas telah membangkitkan kemarahan seorang penganalisis berpengkalan di Beijing yang memberi amaran pada Amerika Syarikat supaya tidak "bermain api" dengan menghantar kapal perangnya begitu hampir dengan pantai China.

Ok sebagaimana yang admin cakap sebelum ini, kapal CCG China menceroboh dan belayar hampir dengan pesisir pantai kita, park berbulan kat perairan kita, tak pulak China fikir pasal "bermain api."

Bila terkenal batang hidung sendiri, tahu pulak nak beri amaran jangan "bermain api".

To Xi Jinping, podah la.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590559631172.jpg

FB_IMG_1590559633463.jpg

Salam sahabat semua.

Gambar 1 - - Sebuah pesawat air-to-air refuelling KC-135R Stratotanker Amerika Syarikat (Pearl 74) memasuki Air Defence Identification Zone (ADIZ) China hari ini sebelum berpatah balik.

Gambar 2 - - Dua buah pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat B1-B Lancer (Bullet 01 dan Bullet 02) dikesan sedang menuju ke Laut China Selatan hari ini.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590559931037.jpg

FB_IMG_1590559933023.jpg

FB_IMG_1590559935060.jpg

Pacific Air Forces (PACAF) Tentera Udara Amerika Syarikat baru sahaja mengeluarkan gambar dua buah pesawat pengebom strategik B1-B Lancer berlepas dari Andersen AFB, Guam bagi melaksanakan misi di Laut China Selatan hari ini.

Paparan radar misi kedua-dua pesawat itu di Laut China Selatan itu ada admin sertakan dalam laporan sebelum ini.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590560065314.jpg

FB_IMG_1590560068316.jpg

FB_IMG_1590560070706.jpg

FB_IMG_1590560072893.jpg

AMERIKA DAN CHINA MUNGKIN BERPERANG DALAM 18 BULAN???

Sebuah think tank berpengaruh Amerika Syarikat, Council of Foreign Relations (CFR) menjangkakan peningkatan risiko konfrontasi ketenteraan antara Washington dan Beijing dalam tempoh 18 bulan akan datang ini.

"The risk of military confrontation in the South China Sea involving the United States and China could rise significantly in the next eighteen months, particularly if their relationship continues to deteriorate as a result of ongoing trade frictions and recriminations over novel Coronavirus pandemic, " kata CFR dalam laporannya beberapa hari lepas.

Terjemahannya lebih kurang macam ini - - risiko konflik ketenteraan antara dua negara itu akan meningkat dalam 18 bulan ke depan ini berikutan hubungan diplomatik mereka yang semakin memburuk akibat isu perdagangan dan COVID-19.

CFR yang ditubuhkan pada 1921 adalah sebuah think tank yang pakar dalam bidang dasar luar dan hal ehwal antarabangsa Amerika Syarikat.

Ia berpengkalan di New York dan sering memberi nasihat dalam perkara-perkara mengenai dasar kepada pentadbiran Amerika Syarikat.

Bagi pemerhati, apa yang diperkatakan oleh CFR "carry weight".

China menurut CFR, menganggap Laut China Selatan sebahagian daripada wilayahnya yang tidak boleh dipisahkan.

Menjadikan Laut China Selatan sebahagian daripada wilayahnya merupakan "China Dream" Presiden Xi Jinping.

Presiden Xi menurut think tank itu akan memperkukuhkan lagi tuntutannya terhadap Laut China Selatan bagi menguatkan lagi cengkamannya terhadap Parti Komunis negara itu.

Ini berikutan keadaan politik yang semakin memburuk di Hong Kong, penyatuan dengan Taiwan yang semakin tipis atau peningkatan kritikan dalam negara mengenai gaya pengurusannya dalam mengendalikan isu COVID-19.

Dengan pertumbuhan ekonomi China dijangkakan 1.2 peratus tahun ini, Presiden Xi terpaksa memperlihatkan kekuatannya dalam mengendalikan pelbagai isu dalam dan luar China.

Dan isu Laut China Selatan memberikan peluang kepada Xi.

Berjaya menangani Amerika Syarikat dalam isu Laut China Selatan akan meningkatkan imej Presiden Xi di mata rakyat negara Komunis itu dan kekal di kerusi empuk presiden China itu.

-- DEFENCE SECURITY ASIA

Gambar kredit US 7th Fleet menunjukkan pesawat FA-18E Super Hornet berlepas dari USS Ronald Reagan di Laut Filipina.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590641105783.jpg

PRESIDEN CHINA ARAH TENTERA NEGARA ITU "BERSEDIA UNTUK BERPERANG"

Presiden China Xi Jinping semalam mengarahkan angkatan tenteranya untuk meningkatkan lagi latihan dan bersedia untuk berperang.

Media-media China memetik pemimpin China itu sebagai berkata adalah penting untuk "meningkatkan lagi latihan tentera secara komprehensif dan bersedia untuk peperangan", "memelihara kedaulatan negara" serta "memelihara keseluruhan kestabilan strategik negara."

Xi yang berkata demikian pada mesyuarat delegasi People's Liberation Army (PLA) dan People's Armed Police Force (PAPF) di Beijing semalam.

Mesyuarat delegasi itu diadakan sempena National People's Congress (NPC), diibarat seperti parlimen negara komunis itu.

Presiden China itu juga berkata adalah perlu untuk membuat persediaan bagi usaha ketenteraan bagi meningkatkan lagi kemampuan angkatan tentera melaksanakan misi-misi tentera.

Beliau berkata demikian hanya beberapa hari China meningkatkan belanjawan pertahanan sebanyak 6.6 peratus.

Xi berkata peningkatan belanjawan itu adalah untuk menangani isu-isu keselamatan terkini.

Kenyataan tegas Xi itu berlaku ketika ketegangan yang semakin memuncak antara China dengan Amerika Syarikat berkenaan isu Taiwan dan Laut China Selatan.

Tentera Laut China sedang mengadakan latihan besar-besaran di Laut China Timur meliputi pelbagai senario termasuk menakluk semula Taiwan yang dianggap sebagai wilayahnya.

Kedua-dua kapal pengangkut pesawat, Liaoning dan Shandong diberitakan akan dikerah dalam latihan 11 minggu yang dijadual berakhir pada 31 Julai.

China turut menghantar aset tentera untuk mengukuhkan tuntutannya terhadap Laut China Selatan.

Amerika Syarikat juga telah menghantar pelbagai kapal-kapal perang dan pesawat pengebom strategik di Pasifik untuk menangani ancaman China.

USS Ronald Reagan dan USS Theodore Roosevelt diberitakan berada di Laut Filipina ketika ini.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590641289422.jpg

FB_IMG_1590641291689.jpg

FB_IMG_1590641293806.jpg

Kapal Littoral Combat Ship (LCS) Amerika Syarikat USS Gabrielle Giffords dan kapal friget Tentera Laut Singapura RSS Steadfast mengadakan latihan bersama di Laut China Selatan pada 24 dan 25 Mei.

RSS Steadfast ini adalah Multi-Role Frigate direka mengikut bentuk friget La Fayette dan seberat 3,200 tan.

Ia adalah adalah satu daripada enam kapal kelas Formidable dibawah Skuadron 185.
Antaranya persenjataannya adalah lapan peluru berpandu anti kapal, Harpoon dan MBDA Aster untuk pertahanan udara serta hangar untuk helikoper S-70 Seahawk.

Walaupun Singapura bukan salah sebuah negara yang mempunyai pertikaian dengan Beijing dalam isu tuntutan Laut China Selatan, tetapi republik itu tetap mempunyai kepentingannya tersendiri.

Republik itu yang merupakan "Tier-1" sekutu Amerika Syarikat, mahu melihat Laut China Selatan itu terus bebas dan berfungsi sebagai laluan perdagangan penting dunia.

Sebarang usaha untuk menyekat laluan atau menguasai Laut China Selatan oleh sesebuah negara boleh menjejaskan kedudukan Singapura sebagai antara pusat perdagangan utama rantau ini.

Dengan lebih US$3 trillion perdagangan dunia menggunakan Laut China Selatan sebagai laluan mereka setiap tahun, sebarang usaha "memiliknegara" laluan perkapalan yang penting itu oleh sebuah negara akan menjejaskan keseluruhan perdagangan dunia.

China menerusi Nine Dash Line menuntut pemilikan keseluruhan Laut China Selatan.

Bagaimanapun tuntutan Beijing terhadap Laut China Selatan itu bukan sahaja dipertikai oleh Amerika Syarikat dan negara serantau termasuk Malaysia, ia juga tidak diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590715003583.jpg

FB_IMG_1590715005944.jpg

Ini adalah peluru berpandu kruis/anti kapal VCM-01 buatan Vietnam, ya Vietnam. (VCM itu mungkin membawa maksud Vietnam Cruise Missile)

Apa yang diperlihatkan adalah peluru berpandu terbabit di Kilang Z189, Vietnam.

Radar dalam peluru berpandu berkenaan, sensor dan pelbagai komponen elektronik diperbuat secara berasingan oleh syarikat negara itu, Viettel Military Industry dan Telecoms Group.

Peluru berpandu VCM-01 adalah lanjutan daripada usaha negara itu projek pembinaan peluru berpandu Vietnam KCT-15.

Projek peluru berpandu KCT-15 ini adalah berdasarkan kepada peluru berpandu kruis/anti kapal buatan Russia, KH-35.

Ok jarak VCM-01 tidak dinyatakan, tetapi jika berdasarkan kepada KH-35, ia berkemungkinan di antara 130km hingga 300km.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590715241195.jpg

KONFRONTASI US-CHINA KINI MEMASUKI TEMPOH "AMAT BERISIKO" - JENERAL CHINA

Semalam Presiden China Xi Jinping meminta tentera China "meningkatkan latihan dan bersedia untuk berperang."

Hari ini pula, Menteri Pertahanannya Jeneral Wei Fenghe pula berkata konfrontasi antara Amerika Syarikat dan China kini memasuki tempoh amat berisiko.

" The United States has intensified the suppression and containment of our side since the coronavirus outbreak and the Sino-US strategic confrontation has entered a period of high risk," katanya.

Terjemahannya lebih kurang macam ni - - "Amerika Syarikat telah meningkatkan penindasan dan pembendungan terhadap pihak kita sejak bermulanya wabak Coronavirus dan konfrontasi strategik antara US-Sino (China) telah masuk tempoh yang amat berisiko."

Beliau berkata demikian pada panel perbincangan ketika National People Congress (NPC).

Ini yang dikatakan oleh omputeh sebagai" sabre rattling".

Ia selepas Council of Foreign Relations berkata konflik antara China dan Amerika Syarikat boleh berlaku dalam tempoh 18 bulan akan datang ini.

Ada yang kata admin "war mongering", tetapi inilah yang keluar dari mulut pemimpin tertinggi China serta think tank berpengaruh Amerika Syarikat.

Sebenarnya pemimpin China sudah merasakan kepanasannya.

China berhadapan dengan ketegangan yang memuncak di beberapa medan daripada sempadannya di India, Laut China Selatan dan Taiwan serta Kepulauan Senkaku, Jepun.

Dengan perairan di Laut China Selatan, Laut China Timur, Laut Kuning serta ruang udaranya dipenuhi dengan pelbagai kapal perang, kapal selam, pesawat pejuang dan sistem persenjataan lain, sedikit kesilapan (misjudgement) boleh membawa kepada konflik bersenjata secara besar-besaran.

Jika Beijing tidak claim Laut China Selatan, bertikai dengan India berkenaan sempadan di Ladakh atau memasang cita-cita mahu menyerang Taiwan, semua ini tidak berlaku.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,188
Reaction score
11,350
Points
2,376
FB_IMG_1590715359360.jpg

FB_IMG_1590715361964.jpg

FB_IMG_1590715364569.jpg

SHANDONG DAN LIAONING BELAYAR DI LAUT PENUH GELORA

China dijangka buat pertama kalinya akan mengerahkan kedua-dua kapal pengangkut pesawatnya, Liaoning dan Shandong (gambar 1 dan 2) untuk beroperasi dalam satu latihan tentera negara itu bulan depan.

China hanya memiliki dua kapal pengangkut pesawat berbanding Amerika Syarikat yang memiliki 11 buah.

Latihan tentera besar-besaran ini adalah sebahagian daripada latihan selama 11 minggu yang dijangka turut meliputi Laut China Selatan.

Pada ketika ini, Shandong dan Liaoning dipercayai berada Bohai Bay di Laut Kuning, menjalankan latihan persediaan.

Apa yang menarik tentang latihan ini adalah ia akan melibatkan simulasi serangan amfibi terhadap sebuah pulau.

Simulasi pendaratan oleh ribuan anggota marin tentera China terhadap sebuah pulau menggunakan kapal, helicopter, pesawat pengangkut dan hoverkraf akan berlaku di Hainan.

Ini adalah kemuncak kepada latihan tentera besar-besaran itu, yang juga bertindak sebagai amaran kepada Taiwan supaya jangan sekali-kali berpisah dengan China.

Namun bagi pemerhati tentera, simulasi pendaratan anggota tentera China ke atas pulau isebenarnya adalah latihan akhir sebelum ia melaksanakan menakluk Pulau Pratas milik Taiwan.

Pulau Pratas atau dipanggil Dongsha (gambar 3) oleh China adalah atoll yang terletak di kedudukan yang amat strategik di antara Selat Bashi di Taiwan dengan pengkalan lautnya di Laut China Selatan.

Pulau Pratas dilhat sebagai laluan penyambung antara Laut China Selatan dengan Pasifik Barat.

Beijing sebenarnya bimbang sekiranya Taiwan bertindak membenarkan Amerika Syarikat menggunakan Pulau Pratas itu sebagai lokasi persinggahan kapal-kapal tentera lautnya serta kapal selam.

Seorang pemerhati tentera pro-Beijing, Song Zhongping berkata, jika Taiwan menyewakan Pulau Pratas kepada Amerika Syarikat bagi tujuan peninjauan dan operasi anti kapal selam, ia akan mendatangkan bahaya kepada tentera China.

Menurut sebuah akhbar Beijing, Global Times yang amat rapat dengan pemimpin China berkata, Pulau Pratas itu amat strategik manakala angkatan tentera negara itu mempunyai keupayaan menukar satu latihan kepada operasi sebenar.

Beliau merujuk kepada pendaratan anggota tentera China di Pulau Pratas atau Taiwan.

Sama-samalah kita melihatnya.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
 

SMI6

Active Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,458
Reaction score
494
Points
46
china ni dulu kene serang dgn kublai khan,

dgn jepun pun tak blh nak menang nasib baik usa bom jepun dulu

elphant fight with elephant.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register