UPDATE Pulau Boracay| Pelancong China tanam pampers berisi najis dalam pantai

Recommended Brokers


mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
23,339
Reaction score
2,243
Points
191
Pulau peranginan popular Boracay dipenuhi najis?



PRESIDEN Filipina Rodrigo Duterte mengancam akan tutup pulau peranginan popular Boracay kerana keadaan terlalu kotor akibat perairannya dipenuhi najis dari pusat pelancongan di situ.


Pemimpin itu memberi tempoh enam bulan kepada Setiausaha Alam Sekitar Roy Cimatu untuk pihak berkuasa menyelesaikan masalah itu dan memberi amaran tidak teragak-agak menutupnya untuk menjaga kesihatan dan keselamatan jutaan pelancong yang mengunjunginya.

“Saya akan menutup Boracay. Ia sudah menjadi penakung najis.

“Airnya terlalu busuk. Bau apa? Najis. Kerana semuanya dari Boracay,” katanya ketika forum perniagaan di kediamannya di Davao.

Transkrip rasmi forum itu didedahkan istana presiden, kelmarin.

Pegawai jabatan pelancongan mengakui pandangan Duterte itu yang mengetengahkan masalah pembetungan yang semakin teruk di pulau yang terkenal dengan pasir putih dan air jernihnya.

Setiausaha Pelancongan Wanda Teo berkata dalam satu kenyataan, “Sayangnya Boracay, yang berulang kali dipuji majalah percutian berprestij sebagai pulau terindah dunia, mungkin hilang statusnya sebagai syurga pelancong jika pencemaran perairannya berterusan.”

Sementara itu, jurucakap jabatan Ricky Alegre berkata beberapa premis melepaskan sisa kumbahan terus ke laut.

“Ada segelintir premis yang secara haram mengalihkan saluran kumbahan mereka.

“Daripada 150 premis perniagaan yang baru diperiksa pihak berkuasa kebelakangan ini, cuma 25 yang mempunyai saluran kumbahan sewajarnya,” katanya kepada AFP.

Selain itu katanya, banyak premis turut dibina terlalu hampir dengan kawasan pantai, malah ada yang menceroboh ke atas jalan di sekitar pulau seluas 1,000 hektar itu.

Boracay menarik lebih dua juta pelancong setahun dan meraih kira-kira 56 bilion peso (RM4.3 bilion) setahun, kata sumber dalam industri itu.

Duterte memberi amaran keadaan itu mampu menjadi bencana alam sekitar dan ‘tragedi’ yang akan mengusir pelancong dari pulau yang terletak kira-kira 190 kilometer ke selatan Manila.

https://www.hmetro.com.my/global/2018/02/311899/boracay-dipenuhi-najis
 
Update # 1
Filipina tutup sementara Pulau Boracay


Kawasan longgokan sampah di Pulau Boracay.
MANILA - FILIPINA. Kerajaan Filipina mengumumkan penutupan sementara Pulau Boracay selama enam bulan berikutan pencemaran yang semakin kritikal di destinasi tarikan pelancong tersebut.

Menurut jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Harry Roque, bermula 26 April ini pulau yang menarik hampir dua juta pelancong tahun lalu akan ditutup, beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai penutupan terbabit.

Keputusan penutupan sementara pulau itu mengundang kebimbingan ia bakal menjejaskan kehidupan dan perniagaan mereka yang bergantung kepada destinasi pelancongan terkenal yang menyumbang kira-kira AS$1 bilion (RM3.87 bilion) kepada ekonomi negara itu.

Februari lalu, Duterte mendakwa pihak hotel, restoran dan perniagaan yang beroperasi di pulau tersebut mencemarkan persekitaran dengan mencampak sisa buangan terus ke dalam laut, beliau turut mengugut akan menutup sepenuhnya Pulau Boracay jika pihak berkenaan tidak segera melakukan pembersihan. - BBC

http://www.sinarharian.com.my/global/filipina-tutup-sementara-pulau-boracay-1.818469
Update # 1
Pulau Boracay ditutup untuk pelancongan bermula 26 April ini


MANILA: Pulau Boracay akan ditutup sebagai destinasi pelancongan bermula 26 April ini.

Keputusan itu dibuat Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Duterte meluluskan penutupan Boracay sebagai destinasi pelancongan selepas menyatakan perairan di pantai pulau terbabit kotor ibarat "lubang sampah" disebabkan oleh kesesakan dan pembangunan.

Impak penutupan terbabit turut dibincangkan Duterte bagi membela nasib hampir 17,000 pekerja pelancongan di pulau terbabit.
Setiausaha Pelancongan Filipina, Frederick Alegre berkata antara langkah awal yang dibincangkan adalah dengan memindahkan kesemua pekerja terbabit ke tanah besar.

Pulau Boracay terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara kerana keindahan semulajadinya dengan anggaran pendapatan kira-kira AS$1 bilion setiap tahun.

Namun hasil kajian yang dibuat kerajaan mendapati pengabaian kebersihan di pulau terbabit telah mengakibatkan ancaman kepada Boracay dan jika diteruskan ia mungkin akan menjadi pulau mati.

Februari lalu, Duterte berkata air luat di Boracay telah menjadi "lubang sampah" dengan sisa manusia yang dilepaskan ke laut.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/pulau-boracay-ditutup-untuk-pelancongan-bermula-26-april-ini-172149
Last edited:
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,527
Reaction score
1,143
Points
196
crowded sangat.
sistem kumbahan pun dah jadi caca merba.
 

cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,137
Reaction score
600
Points
161
Dlm brochure pelancongan gmbran mcm syorga penuh keindahan alam.
Dah smpai bole plak bau najis.
P'cutian ke nerake ni.
 

Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,012
Reaction score
42
Points
70
Dh lama plan nk pegi nmpkny kena tangguh dulu ler
 

Jackhalid

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 24, 2008
Messages
6,330
Reaction score
931
Points
111
Perangai SETINGGAN. Hotel pun buat cara setinggan ... asal boleh melepas
betul. tempat dia cantik. pernah pergi 2012 dulu.

tapi selain dari pantai + pulau dia, keliling tu ramai penduduk macam tak bertamadun. setinggan. orang2 miskin yg kais pagi makan pagi. :(
 

wxa

Permanently Banned
Joined
Sep 25, 2017
Messages
375
Reaction score
25
Points
20
geng2 dari cina suka berak merata
 
Sponsored Post
Top
Log in Register