BTC USD 48,181.5 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Proklamasi Darurat Malaysia hingga 1 Ogos

Adakah warga CG setuju lanjutan darurat ?

  • Ya

    Votes: 12 35.3%
  • Tidak

    Votes: 10 29.4%
  • Ya, sehingga kes covid turun

    Votes: 10 29.4%
  • Setelah vaksin, saya tak nak darurat

    Votes: 5 14.7%

  • Total voters
    34
  • Poll closed .

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,507
Reaction score
1,597
Points
201
TAMAT DARURAT: ADAKAH PILIHAN RAYA AKAN BERLANGSUNG?

Keputusan kerajaan untuk tidak akan menasihati YDPA untuk memasyhurkan Proklamasi Darurat baharu selepas Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa sekarang tamat pada 1 Ogos 2021, adalah selari dengan pandangan yang diberikan oleh Raja-Raja Melayu yang dizahirkan selepas Perjumpaan Khas di Istana Negara pada 16 Jun 2021.

Ketetapan ini juga selari dengan desakan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ini.

Selain itu, kerajaan juga telah memutuskan bahawa semua Ordinan Darurat (6) yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan (revoked) berkuatkuasa 21 Julai 2021. Pembatalan ini memberikan beberapa kesan yang signifikan, iaitu antaranya:

a. Dewan Undangan Negeri Sarawak perlu diisytiharkan terbubar kerana tamat tempoh lima tahun dan Pilihan Raya Negeri Sarawak perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ordinan tidak lagi berkuatkuasa.

b. Kerusi Parlimen dan DUN yang kosong dalam tempoh Proklamasi Darurat perlu diisi melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh 60 hari ordinan tidak lagi berkuatkuasa. Antara kerusi yang terlibat ialah kerusi Melor di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

c. Jika darurat khusus untuk Parlimen Batu Sapi, Gerik dan kerusi Bugaya DUN Sabah juga ditamatkan, maka PRK untuk kerusi-kerusi berkenaan juga perlu dilaksanakan.

d. Jika Perdana Menteri tidak mendapat sokongan untuk kelulusan Belanjawan 2022 atau kalah dalam apa-apa pengundian di Dewan Rakyat, maka ia boleh ditafsirkan sebagai beliau hilang keparcayaan. Menurut Perkara 40(3), jika tiada calon lain yang layak dilantik perdana Menteri, maka YDPA boleh membubarkan Parlimen atas kehendak PM. Dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen, Pilihan Raya Umum ke-15 perlu dilaksanakan di seluruh negara.

e. Kadar denda yang tinggi bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dipinda melalui Ordinan Darurat dengan sendirinya terbatal dan kadar denda asal yang lebih rendah perlu berkuatkuasa.

Kita doakan agar perkembangan yang berlaku ini tidak menjejaskan usaha yang sedang dilaksanakan bagi menghadapi wabak COVID-19. Moga Allah kurniakan jalan keluar yang terbaik kepada kita semua dalam menghadapi dugaan yang besar ini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
PROKLAMASI DARURAT | Tidak Disambung, Ordinan Dibatalkan Berkuat Kuasa 21 Julai

Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini.

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,507
Reaction score
1,597
Points
201
ORDINAN DARURAT
================

Tindakan Kerajaan PN sangat merisaukan. Jika dibenarkan berterusan, Malaysia akan menuju ke kancah “stealth authoritarianism”.

Keadaan di mana dalam waktu krisis, Kerajaan menggunakan undang-undang mengikut citarasa mereka. Di kala mereka wajar lebih telus, mereka melakukan sebaliknya. Apa lagi bila mereka menggunakan krisis untuk melemahkan pelbagai instrumen semak dan imbang.

Atau menggunakan krisis untuk mengukuhkan lagi kuasa eksekutif dan bukannya memberdayakan kepercayaan nasional melalui pelbagai kerjasama demokratik rentas politik dan ideologi.

Pembatalan Ordinan Darurat oleh Kerajaan semalam kepada saya adalah tidak berpelembagaan. Pembentangan Ordinan berkaitan Darurat telah dijadualkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen Khas. Namun secara tiba-tiba ia telah dibatalkan.

Semua dilakukan tanpa ketelusan. Tiada pengumuman rasmi, tiada pembentangan di Parlimen, tiada makluman dari Istana Negara dan penwartaan.

Parlimen bukan medan persendaan. Kerajaan PN menggunakan Parlimen hanya untuk memenuhi kepentingan mereka dan bukan kepentingan nasional.

Ordinan Darurat dilaksanakan tanpa di bentangkan di Parlimen, tidak di debatkan dan pelaksanaannya tidak dapat di semak dan imbang oleh Parlimen. Pembatalannya juga hanya dimaklumkan di Parlimen. Sejak bila Parlimen hanya menjadi ‘rubber stamp’ kepada keputusan Kabinet?

UMNO telah melakukan tugasnya senafas dengan desakan rakyat. Menentang peristiharan darurat, mendesak pembatalannya, mengembalikan persidangan Parlimen dan mengembalikan fungsi Perlembagaan.

Pendirian UMNO yang konsisten ini telah meletakkan Kerajaan PN dalam kedudukannya yang terdesak dan sangat rapuh.

Pembatalan Ordinan Darurat membuktikan kebenaran pendirian UMNO bahawa darurat dari awal lagi adalah salah dan tidak perlu.

UMNO ternyata betul bahawa menggantung Parlimen dan melumpuhkan Perlembagaan bukan caranya untuk menguruskan krisis. Natijahnya Parlimen mula bersidang.

Pendirian UMNO juga benar bahawa menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan negara memerlukan penglibatan semua dan bukan hanya tindakan eksekutif.

Semua ini meyakinkan UMNO bahawa ia telah jadi suara pencerahan kepada Malaysia yang sedang gelap dan malap.


EMERGENCY ORDINANCE
======================

The actions of the PN Government manifested in Parliament are deeply troubling. If allowed to continue, Malaysia will be heading towards "stealth authoritarianism".

A situation where in times of crisis, the Government applies the law according to their own whims and fancies. When they are supposed to be more transparent, they become more obscure and ambiguous. What more when a National Crisis is used as a pretext to weaken our instruments of check and balance. Moreover, using it to further strengthen executive power instead of empowering national trust through various cross-political and ideological democratic collaborations.

The repeal of the Emergency Ordinance by the Government yesterday to me is unconstitutional. The presentation of the Emergency Ordinance was scheduled to be tabled in the Special Parliamentary session. But was suddenly cancelled.

Everything was done without transparency. There was no official announcement, no tabling in Parliament, not even a notification from the National Palace and gazetting.

The sanctity of Parliament must be upheld to its highest virtues. It is not a playground. The PN government has ignored their solemn Parliamentary duty by advancing their personal gains at the expense of National interest.

The Emergency Ordinance was implemented without being tabled in Parliament, was never debated and its implementation could not be checked and balanced by Parliament. The cancellation was also only bafflingly announced in Parliament. Since when has the Parliament reduced to become a mere ‘rubber stamp’ to Cabinet decisions?

UMNO has done its best at pushing the people's voice. Vehemently opposing the emergency declaration, demanded its repeal, demanding a reconvening of Parliament and restoring Malaysia's democracy and the honour of the Constitution.

UMNO's persistence has clearly put the PN Government in a despondently desperate and fragile position.

The repeal of the Emergency Ordinance, however perplexing, justifies UMNO's stand that the emergency declaration was wrong and unnecessary from the beginning.

UMNO was right to say that suspending Parliament and crippling the Constitution is not the way to manage the crisis. Consequently, compelling the Parliament to reconvene.

UMNO's was also right to say that resolving the country's economic and health crisis requires the involvement of all and not just the executive.

Having all of this said and done, it only validates UMNO as the voice of enlightenment to illuminate Malaysia from its darkest and dimmest moments.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
UMNO Deputy President
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,507
Reaction score
1,597
Points
201
Pembatalan Ordinan Darurat 2021

1. Pada pandangan saya, Ordinan ini boleh di batalkan oleh Kerajaan pada bila2 masa tanpa perlu di wartakan pun.

2. Walaupun pandangan saya ini agak Lucu bunyinya, tapi Inilah hakikatnya kuasa yang di miliki oleh sesiapa sebagai Kerajaan.

3. Sesiapa yg menjadi Pembangkang mesti akan bising dan memang hak Pembangkang untuk membuat bising kerana Itulah kerja mana2 pihak sebagai Pembangkang.

4. Speaker Dewan pula akan sentiasa berpihak kepada Kerajaan kerana Kerajaan lah yg meletakkan dia pada Kerusi Tinggi speaker Dewan itu utk mendiamkan Pembangkang dan melancarkan agenda Kerajaan.

5. Peguam Negara pun sama, kena mengesahkan sahaja apa jua tindakan Kerajaan kerana kalau dia tak buat begitu maka akan hilang lah segala kekebalan dan keistimewaannya sebagai Peguam Negara.

6. Nak repot salahguna kuasa kerajaan kepada SPRM? Silakan dan tunggu lah file Aduan itu mereput dalam stor Tingkat 7 bangunan SPRM.

7. Polis? Tunggu lah hari terakhir IGP nak serah jawatan kpd IGP baru. Ketika itu barulah dia dengan muka seposen akan minta SPRM siasat.

8. Mahkamah? Hmmmm saya paling tak yakin dengan sistem kehakiman Negara bila melibatkan isu2 sebegini.

9. Yang betul2 Bebas sekarang hanyalah majoriti rakyat bakal pengundi dalam PRU15 yang entah bila.

10. Ketika itu nanti Kita nak naik kan siapa pula sebagai Kerajaan? Hakikatnya Kita terus di ayam-ayam kan begitu saja oleh si waknat ni semua.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register