BTC USD 48,269.9 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Proklamasi Darurat Malaysia hingga 1 Ogos

Adakah warga CG setuju lanjutan darurat ?

  • Ya

    Votes: 12 35.3%
  • Tidak

    Votes: 10 29.4%
  • Ya, sehingga kes covid turun

    Votes: 10 29.4%
  • Setelah vaksin, saya tak nak darurat

    Votes: 5 14.7%

  • Total voters
    34
  • Poll closed .

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
hmobj28321341_1623892764.jpg

Pelaksanaan proklamasi darurat sejak 11 Januari lalu disifatkan mendatangkan kejayaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.-Foto fail NSTP/Ghazali Kori


Darurat bawa kejayaan tangani COVID-19 - Takiyuddin


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan proklamasi darurat sejak 11 Januari lalu disifatkan mendatangkan kejayaan besar dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yakin tiada pihak boleh menafikan bahawa proklamasi darurat sejak 11 Januari lalu, berjaya mengekang peningkatan kes COVID-19 daripada mencecah puluhan ribu sehari.

"Banyak perkara diselesaikan (dalam tempoh darurat dilaksanakan). Walaupun jumlah kes masih banyak, kalau tiada darurat ia mungkin lebih banyak. Jangan dinafikan.

"Bagi saya, darurat ini telah memberi kejayaan yang besar kepada negara kita dalam menghadapi pandemik COVID-19.

"Analisa oleh pihak luar negara mengatakan jika Malaysia tak ambil langkah tegas termasuk dari segi perundangan, kes harian boleh mencapai 20,000 hingga 30,000 sehari.

"Pakar kata kalau tiada undang-undang yang memberi kemudahan dan membolehkan tindakan cepat dan tepat oleh pihak yang melaksanakan pencegahan, kita mungkin alami keadaan yang lebih teruk," katanya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Harakah bertajuk 'Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' yang disiarkan secara maya, semalam.

Berhubung dakwaan pelaksanaan darurat ketika ini menghilangkan kuasa Ahli Parlimen untuk membawa suara rakyat, Takiyuddin memyifatkannya sebagai kurang tepat kerana isu rakyat masih hangat diutarakan menerusi pelbagai platform, khususnya media sosial dan ia diberi perhatian oleh kerajaan.

Katanya, pelaksanaan darurat bukan bermakna Ahli Parlimen sudah tidak berfungsi, sebaliknya wakil rakyat kini memiliki lebih banyak kerja untuk menyantuni rakyat yang memerlukan pelbagai bantuan akibat terkesan dengan penularan COVID-19.

"Semasa darurat, status Ahli Parlimen tetap kekal sebagai wakil rakyat yang dipilih pada PRU-14, ada peranan dan tanggungjawab dalam menyuarakan hasrat dan masalah rakyat.

"Apabila darurat dan Parlimen tidak bersidang, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang masih mempunyai kerja yang penting dan saya akui semua komited untuk membantu rakyat.

"Nak bawa suara rakyat, di luar Parlimen pun berkesan. Dalam media massa, sampai isu yang dibangkitkan lebih hebat daripada dalam Parlimen.

"Jadi macam mana nak kata tidak boleh menyuarakan hasrat rakyat dengan kebebasan media yang ada, sampai teruk juga kerajaan nak beri penjelasan dan mempertahankan diri," katanya.


 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,090
Reaction score
2,776
Points
201

Ramai salah faham, anggap lockdown dan darurat dapat turunkan kes segera - Annuar Musa​

41621952785_TBANUARMUSAx.jpg

KUALA LUMPUR: Ramai yang salah faham, menganggap Ordinan Darurat dan Sekatan Pergerakan Penuh mampu menurunkan kes positif COVID-19 dengan segera.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, pada masa sekarang, semua pihak perlu bersabar untuk mendapatkan hasil dari setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Tegasnya, apa yang dilakukan pada hari ini, dalam 14 hari kemudian baru nampak kesannya terutamanya dalam penurunan jumlah kes positif.

“Ada yang kata bila lockdown, mesti terus selesai, isytihar darurat mesti terus selesai. Pengurusan COVID-19 tidak begitu, ramai di luar sana yang masih tidak faham.

Program Vaksinasi | Rakyat sedia beri kerjasama penuh

“Malah di Amerika Syarikat, vaksinasi banyak, kes harian masih lagi 13,000 ke 14,000. Di United Kingdom, walaupun sudah bebas bergerak, vaksin baru 47 ke 48 peratus, kes harian masih lagi 7,000.

“Banyak tidak faham antara vaksin dan kes positif, kes positif akan terus berlaku sebab virus tidak mati,” katanya dalam sidang media ketika menghadiri Program Pemberian Vaksin Industri di KL Sentral pada Sabtu.

Tambahnya, inisiatif dilakukan kerajaan boleh dianggap berjaya kerana berjaya menurunkan kes berbanding sebelum ini yang merekodkan hampir 10,000 kes.

“Macam sekarang, lockdown tiga minggu. Baru di peringkat awal, ia berjaya sebab masa mula-mula kita decide lockdown, kes 8,000 ke 9,000 kes.

BACA: Usaha kerajaan laksana PKP 3.0 berjaya tunjuk kesan positif - Azmin
“Kalau tiada lockdown hari ini, angka dijangka 15,000 ke 16,000 pada masa ini. Perkara ini perlu diterangkan kerana orang luar jadikan isu,” ujarnya.

Tegasnya, tidak wajar untuk menjangkakan kes dapat turun kepada dua angka dalam masa tiga minggu.

Malaysia mencatatkan 5,911 kes COVID-19 baharu pada Sabtu dengan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik ini melanda negara meningkat kepada 691,115.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,090
Reaction score
2,776
Points
201

Tolak mereka dalam Umno yang tentang titah Raja-Raja Melayu, kata Najib​

FMT ReportersJune 23, 2021 1:51 PM
FMT-PERSIAPAN-PAU-2020-04.jpg
Umno ditubuhkan pada 1946 dengan tujuan menolak Malayan Union dan mempertahankan Raja-raja Melayu serta kebebasan bangsa dan tanah air, kata Najib Razak.
PETALING JAYA: Tolak mereka dalam Umno yang membisu atau bersekongkol menentang perintah Raja-raja Melayu dan sistem berparlimen demi mempertahankan kedudukan sendiri, seru bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib berkata, Umno ditubuhkan pada 1946 dengan tujuan menentang Malayan Union dan mempertahankan Raja-raja Melayu serta kebebasan bangsa dan tanah air.

“Antara dua daripada enam tunjang dan tujuan utama Umno seperti termaktub dalam Fasal 3 perlembagaan Umno adalah mendukung dan mempertahankan Raja Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen.

“Inilah asas dan tujuan Umno wujud,” katanya dalam catatan di Facebook.







Beliau berkata, wajib bagi semua pemimpin dan ahli Umno untuk bersuara demi menjaga kepentingan rakyat dan sistem demokrasi berparlimen.

Katanya, jika keadaan negara tidak kritikal, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan menerima menghadap para pemimpin parti dan ketua agensi kerajaan, selain mengadakan persidangan khas Majlis Raja-raja untuk mengeluarkan dua kenyataan titah yang amat tegas.

Beliau berkata, mereka yang tidak lagi berminat dengan perjuangan Umno tidak patut dicalonkan dalam pilihan raya umum atau pemilihan parti akan datang.

“Sebab jika dicalon pun akan ditolak rakyat yang sedang menderita.





“Dan sekiranya mereka bertanding dalam pemilihan parti, semua ahli Umno wajib tolak.

Minggu lalu, Agong dilaporkan berkenan agar Parlimen bersidang kembali secepat mungkin.

Raja-raja Melayu turut berkata, tiada keperluan bagi negara terus berada dalam keadaan darurat selepas 1 Ogos. Mereka juga menyeru agar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung kembali.
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,453
Reaction score
794
Points
171
kenapa ya pemimpin umno dan pas yg jadi baru...a ppbm cakap mcm takde akal dah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
ORDINAN DARURAT | Penyebaran Berita Palsu COVD-19 Berjaya Dikurangkan

Penguatkuasaan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No. 2) 2021 sepanjang tempoh proklamasi darurat berjaya mengurangkan penyebaran berita palsu berkaitan pandemik COVID-19.

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
ORDINAN DARURAT | Penyebaran Berita Palsu COVD-19 Berjaya Dikurangkan

Penguatkuasaan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No. 2) 2021 sepanjang tempoh proklamasi darurat berjaya mengurangkan penyebaran berita palsu berkaitan pandemik COVID-19.

Oh yg nie yg dikatakan berjaya tu, tahniah pn
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,507
Reaction score
1,597
Points
201
DARURAT DIBATALKAN 5 HARI LEPAS?

Dalam persidangan Parlimen yang sedang berlangsung kita dimaklumkan bahawa enam ordinan darurat telah dibatalkan pada 21 Julai.

Mengapa tiada langsung pengumuman sebelum ini? Benar, Parlimen merupakan medan terbaik untuk membahaskan isu-isu dasar berkepentingan negara tetapi untuk suatu keputusan besar seperti pembatalan darurat, mengapa tiada pemakluman awal kepada umum?

Bermakna, selama 5 hari rakyat tidak diberitahu undang-undang dan sistem apa yang beroperasi dalam negara. Bagaimana kesahihan segala tindakan selama 5 hari ini baik kompaun, denda dan lain-lain perihal pentadbiran negara yang berlandaskan andaian bahawa undang-undang darurat masih terpakai?

Dalam perbahasan tadi kita mendengar bahawa Perlembagaan memperuntukkan bahawa sebarang Ordinan Darurat mesti dibentang kepada Parlimen, melainkan ia dibatalkan lebih awal. Adakah mengelak prosedur perbahasan ini menjadi sebab pembatalan dibuat awal? Sedangkan semalam kenyataan rasmi UMNO jelas mahu membahas dan membatalkan ordinan darurat.

Apapun, suatu penjelasan tuntas mesti dibuat segera bagi mengelak kekeliruan. Dalam Dewan tadi pun, masih wujud kekeliruan apakah status darurat. Adakah proklamasi kekal sehingga 1 Ogos tetapi ordinannya sahaja yang batal? Bilakah keputusan pembatalan ini dibuat? Adakah telah diperkenan SPB YDPA?

Disebalik semua kekeliruan ini, suatu yang jelas:

Sepertimana beberapa keputusan besar sebelum ini misalnya untuk melaksanakan persidangan Parlimen kali ini pun, setelah didesak berkali-kali oleh pelbagai pihak termasuk UMNO, barulah sesuatu tindakan diambil dan seakan tergesa-gesa.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register