BTC USD 38,469.7 Gold USD 1,798.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 UPDATE Proklamasi Darurat Malaysia hingga 1 Ogos

Adakah warga CG setuju lanjutan darurat ?

  • Ya

    Votes: 12 36.4%
  • Tidak

    Votes: 10 30.3%
  • Ya, sehingga kes covid turun

    Votes: 10 30.3%
  • Setelah vaksin, saya tak nak darurat

    Votes: 4 12.1%

  • Total voters
    33
  • This poll will close: .

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
3,618
Reaction score
874
Points
81
Aku setuju darurat ni x perlu jika kerajaan ada mejoriti.

Malangnya kerajaan xde mejoriti.

Darurat penting agar kita dpt pulihkan kes covid dan tentukan kerajaan baru berdasarkan undi semula wakil parlimen.

---

Selagi kes tak pulih, kita x mampu nk undi semula.

---

Untuk elak masalah mejoriti kerajaan PN dipersoalkan, maka sebaiknya darurat diteruskan sehingga kes covid kembali rendah dan terkawal melalui program vaksin dan sebagainya.

pru adalah jalan terbaik untuk memastikan kestabilan politik, aku menyokong penuh kalau nk buat pru bila2 masa pun, tp buat masa ni kita tiada keperluan terdesak untuk adakan pru, lagipun tempoh matang sebuah kerajaan selepas pru 14 akan berakhir tahun 2023, YDPA dah tentu lebih jelas dgn keadaan semasa..

persoalan majoriti besar kecil dalam sebuah kerajaan tu perkara biasa dalam negara demokrasi, semua ahli parlimen telah divaksin, jika masih ragu kerajaan boleh menambahbaik dan memperketat sop dalam parlimen, jika tsmy hilang majoriti sekalipun YDPA boleh melantik mana2 ahli parlimen yg dirasakan mendapat majoriti untuk mentadbir negara tanpa perlu mengadakan pru.. bgmn rakyat nk yakin dgn vaksin covid sedangkan pemimpin yg membuat dasar covid pun tak menunjukkan keyakinan masing2..

dari sejumlah 70org menteri dan timbalan menteri yg ada, berapa kerat je yg betul2 berfungsi sepenuhnya dalam tempoh darurat ni, sebarang pertukaran atau pengguguran menteri atau timbalan menteri dalam tempoh keadaan krisis ini tidak akan memberi byk kesan terhadap pentadbiran kerajaan..

perjalanan sebuah kerajaan yg lebih kukuh diperlukan utk memastikan setiap tindakan dan dasar2 yang dibuat untuk menangani covid ada semak imbang dari pihak kerajaan dan pembangkang, fungsi parlimen perlu diangkat semula.. tak semestinya kerajaan perlu ikut telunjuk dan nasihat pembangkang tapi cukup penting agar setiap aspek dalam penggubalan dasar diambil kira.. yg dipertaruhkan adalah nyawa rakyat, try n error dalam menggubal dasar perlu dielakkan sebaik mungkin..
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,466
Reaction score
323
Points
51
Sambung darurat jalan terbaik

276.jpg


PERTEMUAN Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat pada 9 hingga 11 Jun 2021 lalu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Yang di-Pertuan Agong juga dijangka mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.

Lazimnya, perjumpaan sebegitu hanya membabitkan perubahan besar dalam kepimpinan negara kerana dalam kebanyakan hal lain, Yang di-Pertuan Agong hanya bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet.

Namun pada hemat penulis, Yang di-Pertuan Agong menjemput pemimpin politik dan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu adalah bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai keadaan negara serta pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan mengenai Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos 2021.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta agar darurat ditamatkan dan Parlimen kembali bersidang.

Namun, satu blok kecil pembangkang terdiri daripada Pejuang dan Warisan menyokong cadangan Tun Dr Maha-thir Mohamad supaya Yang di-Pertuan Agong menubuhkan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Sudah tentu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mendapat pelbagai laporan termasuk kecenderungan besar di media sosial yang mempertikai kejayaan darurat.

Bagaimanapun, keputusan yang akan dibuat nanti pasti atas pertimbangan budi bicara setelah mengambil kira pandangan semua pihak. Ia haruslah soal apakah yang memberi kebaikan lebih besar kepada rakyat dan negara, bukan aliran pemikiran mana yang popular.

Kesimpulan daripada kenyataan-kenyataan media para pemimpin parti politik yang bertemu Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian besar ahli Parlimen masih menyokong darurat diteruskan.

Walaupun Presiden UMNO yang mewakili 39 ahli Parlimen mahu darurat ditamatkan, namun kita tahu mereka yang berada dalam struktur kerajaan hari ini tidak cenderung ke arah hal tersebut.

Dari segi Covid-19, jumlah kes yang mencecah ribuan setiap hari menyukarkan sebarang usaha menamatkan darurat. Proklamasi Darurat bertujuan membolehkan kerajaan membuat ordinan yang dengan segera dikuatkuasakan bagi membantu usaha melawan pandemik.

Ia termasuklah kebenaran untuk kerajaan mengambil alih fasiliti swasta dan tentera bagi tujuan pengawalan pandemik, perbelanjaan segera dalam pembelian vaksin serta urusan mengawal penularan dan mengenakan peraturan lebih ketat.

Ia memerlukan keputusan segera yang tidak mungkin diperoleh melalui Parlimen yang akan digunakan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dalam sidang terakhir Dewan Rakyat, hampir keseluruhan akta termasuk Belanjawan 2021 yang dibentangkan berhadapan ancaman tidak diluluskan kerana majoriti tipis kerajaan.

Dalam keadaan biasa, kita mengalu-alukan ia sebahagian demokrasi berparlimen yang menyuburkan proses semak dan imbang bagi kepentingan rakyat. Namun, dalam keadaan pandemik, kita tidak boleh meletakkan demokrasi lebih tinggi daripada nyawa rakyat.

Benar, darurat belum berjaya mengurangkan kes Covid-19 tetapi ia berjaya memperlahankan penularan wabak apabila kerajaan lebih banyak masa fokus kepada usaha mengawal pandemik, mengurus ekonomi dan kebajikan rakyat.

Berdasarkan pelan imunisasi kebangsaan sedia ada, kita akan mencapai 80 peratus vaksinasi pada penghujung tahun yang membolehkan kita membuka semula aktiviti ekonomi dan sosial termasuk politik.

Jadi, wajar darurat disambung bagi membolehkan usaha mengekang penularan Covid-19. Rakyat sudah banyak berkorban. Tiba masanya ahli politik pula berkorban. Apa salahnya semua ahli politik bersabar sedikit lagi.

Fokus kepada usaha mengawal pandemik, mengurus ekonomi dan kebajikan rakyat.

*Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/143903/KOLUMNIS/Sambung-darurat-jalan-terbaik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
  • Like
Reactions: WnB

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,150
Reaction score
448
Points
91
ape bende je la dok pikir nk buat pru x abih2..dok pikir kunun lepas pru gov akan stabil la pe la...yg senang pak mentri jgk dpt jawatan idaman..yg susah rakyat jgk keje siang mlm...x tpikir plak pru kang nti kes naik balik plak..kobis x setel2 jgk wlupun dah bertukar gov..sama je la smua nk jaga punggung sndri la..xde mknenye aku undi dia ni lg bagus dr yg sedia ada ni..paling tidak pun nti x puas ati main lompat2,mcm x biasa plak
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,330
Reaction score
4,044
Points
201
ape bende je la dok pikir nk buat pru x abih2..dok pikir kunun lepas pru gov akan stabil la pe la...yg senang pak mentri jgk dpt jawatan idaman..yg susah rakyat jgk keje siang mlm...x tpikir plak pru kang nti kes naik balik plak..kobis x setel2 jgk wlupun dah bertukar gov..sama je la smua nk jaga punggung sndri la..xde mknenye aku undi dia ni lg bagus dr yg sedia ada ni..paling tidak pun nti x puas ati main lompat2,mcm x biasa plak

Kita xde pilihan boss..

Kita memerlukan kerajaan yg stabil untuk pacu ekonomi..

Membangunkan negara..

Kita perlukan kerajaan yg stabil untuk membina kayakinan pelabur dan sebagainya.

----

Walaupun akan berlakunya pergaduhan, perebutan jawatan dan sebagainya dlm politik..

Kita kena terima..

----

Lagi pun lepas ni nak dpt vaksin..
At least dpt kurangkan jangkitan covid..
 

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
14,330
Reaction score
4,044
Points
201
Cadangan Atuk (sampah) tentang Majlis Pemulihan Negara (MPN)

download195928987_3030420410504355_2641147316892356999_n.jpg


IMG_20210615_093217.jpg


IMG_20210615_093307.jpg
 

pinjamankereta2013

Active Member
Joined
Feb 8, 2013
Messages
1,710
Reaction score
298
Points
51
jika tujuan utama darurat adalah untuk menangani covid, maka sy mengundi untuk tidak disambung..

1. darurat versi pn terbukti tidak menurunkan kes covid malah kes lebih tinggi dalam tempoh darurat
2. tanpa darurat versi pn, program vaksinasi tetap berjalan seperti biasa
3. darurat versi pn tidak dimanfaatkan sebaiknya malah memberi mudarat kepada ekonomi..

kesimpulannya, darurat pun tak macam darurat, dari perspektif untuk tangani covid, pengistiharaan darurat tidak memberi manfaat pun..

dari perspektif politik, darurat beri kelebihan utk pn bertahan sebagai kerajaan....yg gagal...

Ini yg betulnya
Aku sejak parlimen tutup... anak aku dibenarkan sekolah
Siapa ada anak akan terfikir benda nie
Nyawa anak kita tak berharga
Nyawa ahli parlimen pengecut lagi berharga
Si..all punya ahli parlimen.. mana letak otak
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,430
Reaction score
13,635
Points
2,376
Sidang Parlimen boleh diadakan dalam fasa tiga PKP, sekitar September atau Oktober - PM @MuhyiddinYassin https://t.co/ktsNvErziM
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
83,610
Reaction score
13,598
Points
1,906
Shamrahayu berkata, pelaksanaan darurat di negara ini pada masa ini adalah berbeza dengan darurat yang diisytiharkan pada tahun 1969.

Fungsi Mageran dan MKN sama ketika darurat

16 Jun 2021


1623819996843.png

Dr Shamrahayu Abdul Aziz


SHAH ALAM - Pelaksanaan darurat di negara ini pada masa ini adalah berbeza dengan darurat yang diisytiharkan pada tahun 1969.
Pakar perlembagaan, Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, darurat kali ini berkaitan penyebaran Covid-19, manakala darurat pada tahun 1969 ialah darurat antara kaum dan hubungan etnik yang tegang.

Bagaimanapun, katanya, mekanisme penubuhan majlis seperti Majlis Gerakan Rakyat atau Mageran pada tahun 1969 dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempunyai fungsi yang sama ketika darurat.

"Mekanisme itu boleh digunakan bersesuaian dengan keadaan. Sebabnya ialah apabila fungsi suatu penubuhan atau majlis yang dinamakan Mageran, ia dikaitkan dengan (darurat) 1969 sahaja.

"Tetapi sebenarnya ia boleh dikaitkan dengan situasi semasa dan ia tidak perlu nama Mageran. Contoh sekarang kita ada MKN berfungsi seumpama Mageran," katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian siri ke-265 bertajuk ‘Mageran: Jalan Keluar Pulih Krisis Negara?' yang disiarkan secara langsung menerusi dalam talian di Facebook Sinar Harian pada Selasa.

Wacana turut menampilkan Ahli Parlimen Sik yang juga penganalisis keselamatan, Ahmad Tarmizi Sulaiman serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.



Sementara itu, Shamrahayu berkata, darurat dalam konteks kini memfokuskan kepada pendekatan menyekat penularan pandemik Covid-19, serta melihat dan membuat peraturan yang berkaitan dengan pandemik tersebut.

"Saya nampak mungkin istilah atau (cadangan menubuhkan satu majlis dengan) nama Mageran itu membuat masyarakat terasa seperti kita sekarang menangani masalah seperti tahun 1969.

"Sebenarnya pokok pangkalnya sebab kenapa kita mengisytiharkan darurat dan (cadangan penubuhan) majlis seperti ini (adalah) bagi menangani situasi pada ketika ini.

"Jadi pada saya, fomula itu mungkin boleh terpakai. Namanya mungkin tak perlu Mageran. Saya dengar juga Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut (penubuhan) badan seperti Mageran dan tidak semestinya Mageran," katanya.



 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,430
Reaction score
13,635
Points
2,376
IMG_20210616_162652_632.jpg

Maklumat berkaitan keputusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini adalah PALSU.
Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan berita yang tidak benar yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Pastikan Sahih, Baru Kongsi!

 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,046
Reaction score
244
Points
133
Covid-19 diparas paling tinggi, kematian paling tinggi selepas perisytiharan darurat. So darurat ini tiada kena mengena dgn menangani wabak Covid-19, tak perlu darurat pun. Terlalu ramai self serving incompetent people dalam gomen sekarang, tak cukup focus pada pandemik, masalah rakyat, ekonomi etc lembab, dragging their feet. Perlukan competent, proactive, sincere people dlm legitimate administration utk kembalikan rakyat & negara ketahap yg jauh lebih cergas, lebih baik & respected.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register